Ada cerita menarik dari Bagan Pinang yang mungkin ramai orang tak faham kerana memang banyak kerja untuk buat semua orang jadi memang salah faham.
Dua hari lepas khabarnya SPR sudah bergerak untuk mengesahkan bahawa mereka memang serius dengan amaran bahawa parti parti yang tidak bertanding tidak dibenarkan memasang poster atau bendera masing masing. Mereka telah bertindak menurunkan lambang lambang parti parti yang tidak bertanding dalam
PRK N 31 - Bagan Pinang.
Pagi semalam semasa meninjau keliling hamba telah melalui beberapa lokasi dimana lambang lambang itu terus dinaikkan semula. Tertarik dengan kerenah itu hamba pun sempatlah mengambil beberapa gambar yang dipamir di sini.
Sebelah petangnya hamba mendapat tahu bahawa parti roket juga telah mula menaikkan semula lambang lambang mereka. Tertarik dengan keadaan itu hamba pun keluar lagi pada sebelah malam. Hamba terserempak dengan program ceramah oleh DAP yang diselindungkan atas nama
"Majlis Makan Malam DAP"
Penceramah terakhir ialah Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga adalah seorang Ahli Parlimen. Beliau menyebut tentang SPR menurunkan lambang lambang partinya itu dan berkata mereka akan membuat lapuran polis mengenai poster dan sepanduk BN yang mengandungi gambar gambar PM serta MB Negeri Sembilan. Mereka akan menuntut SPR menurunkan poster dan spanduk itu kerana kedua dua PM dan juga MB itu tidak bertanding.
Menarik menarik. Aneh benarlah kalau ada orang boleh menerima lawak bodoh begitu.
salam
BalasPadamwalaupun penerangan telah diberikan, namun kenapa diorang ni masih tak paham2 lagi.
Salam Pakcik,
BalasPadamPakatan yang tidak didaftarkan berketuakan Anwar Ibrahim seorang yang meletakkan undang-undang di bawah tapak kakinya. Selamatkan Malaysia daripada manusia seperti ini.
Nampaknya kita kena perhatikan juga si Salahuddin tu. Nampaknya dia tu pun membawa hati dan perasaan Anuar dalam Pas. Tengoklah bagaimana dia mereka2 cerita mengenai pergaduhan semalam. Kita tengok sama ada dia layan ke tidak jemputan polis untuk diambil keterangan. Pandai pandai tuduh polis tidak ambil berat.
BalasPadam