tag:blogger.com,1999:blog-5214614896964414626.post3193900637978592004..comments2023-09-03T16:31:35.691+08:00Comments on Tok Janggut Keramat: CATATAN HARI INIC L Jhttp://www.blogger.com/profile/01617055996464468269noreply@blogger.comBlogger8125tag:blogger.com,1999:blog-5214614896964414626.post-59527598608901658092009-07-18T04:07:04.102+08:002009-07-18T04:07:04.102+08:00Asal sahaja ia kelak menjadi jariah kita, tablighk...Asal sahaja ia kelak menjadi jariah kita, tablighkanlah. Jangan sampai cuma Henry Ford sahaja yang pandai merelaizin cetusan benaan talian jariah dari tablighnya.C L Jhttps://www.blogger.com/profile/01617055996464468269noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5214614896964414626.post-67371434310165396312009-07-11T12:25:54.601+08:002009-07-11T12:25:54.601+08:00Satu aritikel dan diriingi oleh sajak yang baik. T...Satu aritikel dan diriingi oleh sajak yang baik. Tahniah Tok Wan.
Izinkan saya untuk menyebarkan artikel ini

-K.A-FFCrew Teamhttps://www.blogger.com/profile/07733503631896639447noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5214614896964414626.post-33430797076470382432009-07-06T14:30:32.030+08:002009-07-06T14:30:32.030+08:00Wahai Anak:
Kerana engkau anak,
tidak terlepaslah...Wahai Anak:
Kerana engkau anak,
tidak terlepaslah engkau
dari hajat harap
pekat melikat
pada niat memuncak
ibu dan bapak.
Maka wahai anak
kerja mu kiranya cuma satu:
kaji jelas hala tuju;
tidak berkelok; tidak berliku.
Cari sendiri cara dan laluan mu.
Bina sendiri alat dan pasukan mu.
Jadual sendiri bila ke bila apa apa mu.
Lapur sendiri segala gala mu.
Kikis hakis segala salah sangka.
Hormat agar mendapat hormat.
MENENTU TUJU KE TANGGA BATU
PANJAT DAKI MENARA GADING GEMILANG KILAU
Dan nanti dari puncaknya
LAUNGLAH AZAN BERAZAM
Biar bergema keseluruh
MUKABUMI
Dunia tidak bersempada lagi.C L Jhttps://www.blogger.com/profile/01617055996464468269noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5214614896964414626.post-15093447724761108922009-07-06T00:17:59.941+08:002009-07-06T00:17:59.941+08:00Masuk Sekolah Awal.
Kepentingan pendidikan teramat...Masuk Sekolah Awal.
Kepentingan pendidikan teramat disedari oleh keluarga hamba. Namun zaman pembesaran hamba iaitu dalam tahun tahun awal 50an pendidikan pra sekolah tidak ujud. Bagi mengatasi kekurangan itu hamba telah dihantar ke sebuah sekolah melayu dalam usia awal. Kerana kemudahan yang tidak mencukupi di sekolah bapa yang membesarkan hamba telah menempah dan menyumbang beberapa buah bangku supaya salah sebuah daripadanya dapat digunakan oleh hamba sendiri.
Permulaan alam persekolahan itu hamba tidak mengerti apa apa pun mengenai proses kehidupan atau pembelajaran. Yang hamba tahu pada masa itu hamba cuma dibangun, dimandi dan disiapkan untuk ke sekolah pada setiap pagi. Apabila ada kawan yang lebih besar melintasi didepan kedai runcit ibu hamba akan ditumpangkan untuk sama sama berjalan kaki ke sekolah. Jarak yang lebih kurang 1 km itu melalui kawasan desa, dusun, sawah dan melintasi satu anak sungai yang sejuk serta berkaca bersih airnya melalui satu titian yang dibina dengan cara mengatur beberapa batang buluh dan kayu.
Waktu pulang dari sekolah, kami selalu mengambil kesempatan untuk bermandi manda dalam anak sungai itu. Berhayun sambil bergayut pada akar yang tergantung pada dahan pokok putat sebelum menjatuhkan diri dalam air adalah terlalu menyeronokkan. Ada kalanya keghairahan mengejar keseronokan itu membuatkan kami terlupa menanggalkan songkok yang dipakai sebelum terjun kedalam alor itu.
Macam mana seronok pun kami tidak boleh lama lama bermandian itu, kerana kalau terlewat untuk hadhir bagi mengikuti kelas kuraan kami akan kena marah atau menerima hukuman dari guru kuraan dan juga keluarga kita sendiri. Begitu juga kalau kami ada membuat salah disekolah: tidak cukup setakat kami kena hokum di sekolah. Hukuman berganda seterusnya diterima di rumah daripada ibu bapa.
Inilah sesuatu yang menarik untuk membandingkan dengan cara hidup kita dizaman kini. Tidak fahamlah saya apa yang membezakan. Ibu bapakah yang tidak ada rasa tanggong jawab bersama dengan guru guru anak mereka atau gurukah yang terputus hubungan dengan ibu bapa kepada murud murid mereka.
Janganlah kita nak cuba menuding jari dengan mudah terhadap mana2 pihak. Namun kita semua biasa mendengar macam macam cerita seperti ibu bapa datang kesekolah untuk memarahi guru; malah ada yang menggertak dengan senjata, atau tindakan mahkamah pun kerana aduan tertentu yang diterima dari anaknya. Apa lagi bila ada kemalangan berlaku disekolah. Malahannya kita biasa juga mendengar ada guru diserang oleh keganasan murid sehingga kadang kadang cukup mengerikan.
Dari sudut yang lain pula kita juga biasa salah laku atau tindakan bersalahan pihak guru atau sekolah. Walau apa pun tentulah tidak wajar kita membuat kesimpulan tampa terlebih dahulu membuat pengajian, kajian atau selidik secara teliti, cermat dan menyeluruh.C L Jhttps://www.blogger.com/profile/01617055996464468269noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5214614896964414626.post-65985455955834109152009-07-06T00:07:07.613+08:002009-07-06T00:07:07.613+08:00Hamba baru naik darjah tiga di Sekolah Melayu Jert...Hamba baru naik darjah tiga di Sekolah Melayu Jerteh. Rupa rupanya hamba lulus peperiksaan untuk naik darjah pada setiap tahun. Padahal hamba tidak sedar pun bila peperiksaan itu dijalankan.
Pagi itu bapa tiri hamba datang menjemput hamba di sekolah. Kami naik bas ke Kampong Raja. Dalam sebuah dewan hamba telah ditanya beberapa perkara oleh beberapa orang berpakaian kemas. Mereka juga telah menunjukkan sekeping gambar dan bertanya beberapa soalan. Hamba menjawab tanpa rasa takut atau gugup. Itu sahaja yang hamba tahu.
Rupa rupanya itu adalah satu ujian untuk kemasukan ke sebuah sekolah Inggeris. Hamba lulus dan pada 5hb. Januari 1954 hamba telah didaftarkan di "Tengku Mahmood School" bersama 44 orang lain yang menjadi kumpulan murid yang pertama. Sekolah itu ialah sekolah (yang berlangsung sampai ke peringkat menengah) yang kedua dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Yuran sekolah yang kena dibayar setiap bulan ialah RM5 iaitu kira kira 2 hari gaji bagi pekerja am pada masa itu.
Dari sini mulalah hamba terfikir betapa bertuahnya diri hamba kerana kebetulan ibu hamba telah bersuamikan seseorang berpandangan jauh dan meletakkan kepentingan pendidikan pada tahap kepentingan yang begitu tinggi. Maka hamba telah menjadi salah seorang anak paling bertuah daripada ribuan kanak kanak sezaman dengan hamba. Malahan ketika hamba lulus "School Certificate" (SPM sekarang) nama semua orang dari seluruh negara yang lulus itu telah disenaraikan dalam surat khabar. Kebanggaan dikongsikan oleh seluruh ahli keluarga.
Yang teringat pada fikiran hamba pada ketika ini ialah perbezaan yang begitu ketara antara dulu dan kini. Jarak masa adalah teramat dekat: tetapi perbezaan sudah begitu jauh.
Kini selagi seseorang anak muda itu mahu dan mampu belajar dia tetap akan ada tempat untuk terus belajar. Dalam bidang apa sekali pun selagi ia mampu dan layak. Malah pembiayaannya pun disediakan oleh kerajaan negara merdeka ini. Persoalannya: apakah pegangan kuasa yang masih lagi ada pada bangsa kita kini rela kita biarkan tergugat.C L Jhttps://www.blogger.com/profile/01617055996464468269noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5214614896964414626.post-9665663798916269482009-07-05T17:50:49.370+08:002009-07-05T17:50:49.370+08:00Kata orang tuah atau malang itu boleh datang dalam...Kata orang tuah atau malang itu boleh datang dalam berbagai bentuk. Ada yang datang dan dirasakan secara langsung. Namun ada juga malang ditimpakan terhadap seseorang melalui permulaan dengan nekmat yang tidak disedari. Begitulah juga sebaliknya, ada kebaikan didatangkan kepada seseorang melalui payah derita yang kena ditanggong.
Pengalaman dilalui oleh keluarga hamba memberi kefahaman yang jelas mengenai pengajaran itu. Kepayahan kehidupan dizaman pendudukan Jepun yang berterusan sehingga selepas Jepun telah menyerah kalah telah memisahkan ibu dan ayah hamba. Ibu hamba dalam usia masih belasan tahun ketika itu kebetulannya seorang murid perempuan pertama dari Sekolah Melayu Kuala Setiu, iaitu sekolah melayu kedua dalam negeri Terenggan, berhasrat untuk menyambung pelajarannya.
Kali ini sekolah yang dipilih ialah sebuah sekolah arab. Untuk menepati hasrat ibu hamba itu seluruh keluarga datuk hamba telah membuat keputusan untuk menjual segala yang mereka ada di Kuala Setiu dan berpindah ke Jertih.
Dengan wang yang terkumpul datuk telah membeli sebidang tanah sawah dan satu lot tanah pertanian yang telah sekaligus menjadi tempat kediaman seluruh keluarga termasuk bapa bapa saudara hamba. Demikian rupanya kesediaan sesebuah keluarga dizaman itu untuk berkorban bagi memberi peluang kepada seorang anak mendapat pelajaran.
Maka hamba pun terfikirlah untuk mengukur kesudian dan kesediaan ibu bapa dalam masyarakat sebuah negara makmor dan mewah kini. Sebuah negara merdeka yang dipimpin dengan penoh sedar akan betapa pentingnya pendidikan dan ketinggian ilmu untuk pembinaan dan pembangunan negara.C L Jhttps://www.blogger.com/profile/01617055996464468269noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5214614896964414626.post-9867164306855852562009-06-30T23:08:32.377+08:002009-06-30T23:08:32.377+08:00Pengalaman tuan begitu berharga untuk dikongsi dan...Pengalaman tuan begitu berharga untuk dikongsi dan dihayati khususnya bagi generasi baru.DR 1221https://www.blogger.com/profile/10288438448013288624noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5214614896964414626.post-64270348331752605462009-06-30T19:57:06.205+08:002009-06-30T19:57:06.205+08:00HAMBA NAK TAHU LEBIH LANJUT TOKWAN..HAMBA NAK TAHU LEBIH LANJUT TOKWAN..Panglima Perang Cyberhttps://www.blogger.com/profile/12764782235683009585noreply@blogger.com