Ahad, 30 Oktober 2011

PRU 13 = UMNO / BN akan kecundang ???




Hamba terhambat untuk mengucapkan TAHNIAH yang besar kepada ISAC di laman Bumiyang atas tulisannya yang sepontan memberi amaran / peringatan bercanggah arus: 

"... UMNO / BN akan kecundang dalam PRU 13 .."

Seterusnya hamba menjadi benar benar terdorong untuk memetik beberapa catatan lagi daripada tulisan bersahaja lagi terang terangan bersuluh dalam lena yang (leka?) orang kita kini. Semuga ketulusan ISAC akan dapat mengejutkan jaga harimau dan singa dari celah celah taring UMNO yang sedang terasah entah bagaimana kini. Catatan termaksud adalah:

".... tetapi pastikan menulis perkara yang benar, kerana kamu akan dipertanggung-jawabkan di akhirat!!! "

Ini ayat siapa sebenarnya ?? Puak manakah yang biasa melontarkan kata kata itu sebagai satu amaran menakutkan ??

Maka dengan amaran itu tidaklah menjadi perkara aneh dan menghairankan kalau:

 "..... apabila berdepan dengan PKR, jentera UMNO/BN menjadi "lembik" dan seolah-olah kehilangan punca!!! " 

Hamba tidak dapat mengagak faktor apa yang membuatkan ISAC menjadi begitu berani membayangkan finomina biasa dan selalu diterima sebagai benar oleh banyak pihak tetapi selalu menjadi gagal dalam menghadapinya. Hamba digerunkan oleh satu konotasi yang sungguh sungguh menakutkan apabila seterusnya dalam tulisan itu hamba terjumpa catatan:

" ... Penulis berpendapat ini terjadi kerana penyingkiran DSAI daripada UMNO/BN telah menyebabkan mereka yang selama ini dilatih, disusup masuk ke dalam UMNO/BN dan diletakkan di bahagian-bahagian strategik dalam UMNO/BN oleh DSAI telahpun sama-sama meninggalkan UMNO/BN dan menyertai Pakatan Pembangkang terutama PKR dan PAS. Sebab itulah jentera propaganda PKR/Pakatan lebih tersusun, licik, kejam serta tidak takut untuk ......"

Maka teringatlah hamba kepada kejutan 1999 yang membuatkan ramai sahabat termasuk hamba sendiri menjadi hampir sasau kerana sesungguhnya ramai sahabat sahabat kedaulatan kenegaraan mempunyai berbagai pengalaman berhadapan keadaan di atas itu yang sekaligus membuktikan benarnya tusuk resap jarum jarum halus licik dan ganas yang terjelma oleh situasi tergambar itu. Malahan mereka yang telah  

".......sama-sama meninggalkan UMNO/BN dan menyertai Pakatan Pembangkang terutama PKR dan PAS."  

itu tidaklah begitu berkesan keganasannya. Tetapi mereka yang masih kekal dalam UMNO / BN jugalah yang pada hamba lebih berjaya memainkan peranan yang lebih berkesan. Angkara mereka ini bukan sekadar maklumat sahaja menjadi bocor; malahan strategi dan gerak kerja seluruhnya menjadi gagal.

Hamba sendiri pun melalui beberapa pengalaman yang mengesahkan betapa jahat dan kejamnya licik tari jarum jarum berhantu dengan seringai taring ghaib mereka menggagalkan usaha UMNO / BN yang sesungguhnya pada 1999 itu sebenarnya adalah masih lagi perkasa. Malahan sampai kini pun masih ramai lagi pejuang sukarela berjajar deret dibelakangnya. Namun jentera beracun yang telah tercetus dalam UMNO / BN sendiri itu akhirnya mendorong hamba merumuskan gelodak rasa menghantui emosi melalui catatan sebuah sajak tertulis dalam tahun 2000 yang antara lain memperingatkan:

"... mereka yang pandai menternak musang
didalam reban bersama ayamnya
hendaklah pandai juga
menternak hati musangnya itu
sehingga sungguh menjadi jinak ia
Takutnya kelak
ramai ayam dalam reban
akan pupus hilang tajinya
lalu bermisai dan bertaring
langsung menjadi pandai 
memakan ayam ..."

Ini adalah kesah 1999 dimana ketika hamba baru pulang ke kawasan asal hamba telah memohon bilik gerakan kempen untuk bertugas sebagai penceramah dan memang mudah diberikan kerana mereka sudah mengenali hamba. Cuma lokasi ceramah dimana hamba dan seorang lagi telah diminta datang sendiri itu adalah dipalsukan. Gagal menghubungi melalui talipon hamba terburu buru kembali untuk mencari petugas terbabit yang telah dikhabarkan telah keluar menghambat tugasan lain. Lebih menarik lagi ialah ada beberapa kumpulan lagi yang tertipu serupa hamba malam itu dan seterusnya.

Yang hendak ditanyakan ialah; sudah bersediakah kita kini untuk menghadapi keadaan kalau ia berlaku dimana mana ??


Persoalan ini menjadi terlalu penting untuk di ulang ulangkan kerana kami masih tidak rela negara tercinta ini terlepas ketangan petualang petualang yang menjadi alat kepada pihak pihak yang memang sudah diberi amaran oleh Allah dan Rasulnya juga. Wallahuakllam.

Inshaallah.

2 ulasan:

  1. Salam sejahtera...mohon dapat dilink blog KL BOYZ disini. Blog TJK telah dilink di blog KL BOYZ Terima Kasih.
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    BalasPadam
  2. OK TAPI KITA KENA TUNGGU ANAK ANAK ADA MASA SURUH BUAT. HE HE HE HE ....

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.