Isnin, 31 Ogos 2009

Lt Adnan

Lt Adnan
Bersama semangat yang waja
Engkau pergi meninggalkan kami
Membawa bersama jatidiri mu
Membawa bersama wajadiri mu
Engkau pergi meninggalkan kami

Kapan telah disempurnakan
Talkin telah pun dibacakan
Namun engkau masih belum mati
Namun bumi ini masih di sini
Namun kami masih juga begini
Meneruskan jihad tidak bertepi

Lt. Adnan
Wajadiri mu
Jatidiri mu
Kemana hilangnya
Atau telah terkubur ia bersama keranda mu di pusara
Kemanakah perginya anak yang engkau tinggalkan bersama isteri mu
Tidakkah padanya ada wajadiri mu ada jatidiri mu
Atau segalanya telah musnah terhimpit oleh tekanan yatimnya
(Berdosakah kami yang tidak mencarinya ?)
Kalau anak mu entah kemana
Kalau cucu cucumu pun entah bagaimana
Bagaimana dapat kami bawa semangat jatidiri mu
Bagaimana dapat kami terus gah berjuang dengan wajadiri mu
Bagaimana dapat kami terus hidup bersama kehadhiran mu

Lt. Adnan
Demikian adalah zaman mu
Demikian adalah cara juang mu
Demikian adalah utuh senjata diri mu
Demikian engkau telah hilang
Demikian engkau telah berjuang
Demikian pula adalah hasilnya
Dan kerja mu masih juga tidak selesai
Siapakah yang harus meneruskan
Bagaimana pula harus kami laksanakan.

Lt. Adnan
Kerja mu rupanya belum selesai
Ia tidak selesai dengan terkorbannya diri mu
Ia juga mungkin tidak akan selesai ditangan kami
Bagaimana agaknya murni perjuangan mu dapat berterusan
Sedangkan kami punya zaman yang berbeza
Sedangkan kami perlukan cara yang berbeza
Sedangkan kami perlukan alat yang berbeza
Namun wajadiri mu masih kami perlukan
Namun jatidiri mu masih kami perlukan

Lt Adnan
Maafkan kejahilan kami
Maafkan buta hati kami
Maafkan pekak telinga kami
Maafkan bebalnya hati kami
Muga muga Tuhan juga akan menerima taubat kami

Lt Adnan
Katakanlah di mana
Katakanlah bagaimana
Dapat kami cari wajadiri mu
Dapat kami cari jatidiri mu
Untuk kami panjangkan kepada generasi selepas kami
Atau kamu sebenarnya kini memang ada dikalangan kami
Atau kamu sebenarnya kini sedang mengiringi gerakan kami
Atau kamu sebenarnya kini sedang memimpin ketahanan kami
Atau kamu sebenarnya akan terus berada dikalangan anak cucu kami
Atau kamu sebenarnya akan terus mengeringi gerakan anak cucu kami
Atau kamu sebenarnya akan terus memimpin ketahanan semangat anak cucu kami.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Pembumiputeraan Berperingkat.

Hamba tertarik dengan saranan Ipoh Malay di Laman Blog Ipoh Malay mengenai tajuk di atas. Hamba memang setuju dengan saranan itu kerana itulah satu satunya cara proses intergrasi kelompok kelompok masyarakat Malaysia ini boleh berlaku. Dengan cara dipaksakan melalui proses peraturan undang undang, walau pun hamba tidak pernah percaya bahawa jiwa rasa manusia itu tidak mungkin dapat dicorak dengan cara dipaksakan.

Namun oleh kerana kita sudah cuba dengan berbagai cara dan dasar perkara itu tidak boleh berlaku dan sekaligun menunjukkan saranan Ipoh Malay itu menjadi wajar pada pandangan hamba.

Kalau saranan ini hendak dilaksanak bermakna kita kena merangka dan meluluskan undang undang tertentu. Ini seterusnya bermakna kita kena himpunkan sokongan rakyat untuk memperkukuh dan memperkasakan parti dorminan dalam himpunan parti parti yang menjadi kerajaan kini.

Maknanya kita kena memperkukuhkan dan memperkasakan UMNO. UMNO sahaja rupanya harapan kita. Kita kena terima hakikat ini kerana dalam keadaan UMNO tidak berapa kuat kini kita sehingga sudah terbayang kemungkinan adanya pihak tertentu sedang mengusulkan gerakan arus masyarakat kearah penubuhan Negara Rebuplik seperti rumusan yang hamba bayangkan dalam tulisan hamba mengenai Intergrasi Kaum dalam laman ini.

Kalau sehingga sampai begitu kemungkinan hujungnya kita sekaligus kena merayu juga kepada pihak pihak Istana Istana supaya bersedia untuk menyumbang, atau sekurang sekurangnya elaklah dari munculkan akibat akibat yang boleh memberi kesan kepada kestabilan kekuatan UMNO itu.

Intergrasi Kaum.

Masaalah dihadapi dalam hasrat INTERGRASI ANTARA KAUM di Malaysia bukan masaalah teknikal atau masaalah proses. Ia adalah sebenarnya masaalah kepentingan tersembunyi. Ada cita cita lain yang disorok dibawah permaidani. Buktinya boleh difahami apabila kita cuba melihat kepada berbagai dasar yang pernah disarankan:
  1. Sebaik selepas kejadian Mei 13 1969 yang tidak kita inginkan itu kerajaan telah menubuhkan Lembaga Perpaduan Negara. Tujuannya adalah untuk merancang dan melaksanakan program program yang boleh mendekat dan memesrakan perasaan antara kaum2. Lembaga itu sudah menjadi jabatan pun kini. Tanyalah pegawai2 kanan disana apa masaalah yang dihadapi. Kerelaan dan kesediaan untuk merealisasikan keikhlasan untuk sama sama berkampong secara hormat menghormati tentulah menjadi rumusan akhir.
  2. Kita pun telah mencipta tonggak nilai untuk menjadi penghayatan semua kaum; satu rukun yang dinamakan sebagai Rukun Negara. Ia tidak pun bercanggah pun dengan mana mana ugama. Tetapi ia tidak menjadi penghayatan sehingga mampu menjadi tonggak dalam pembinaan nilai. Kenapa ? Masing2 sibok dengan pegangan sedia ada dalam budaya masing masing dan bedegil untuk mempertahankannya tanpa menghormati sensiviti ethnik lain.
  3. Kongress Kebudayaan Kebangsaan 1971 menyarankan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan telah pun diterima pakai oleh kerajaan pada ketika itu. Hamba sendiri terlibat dalam berbagai usaha pengkajian, perancangan dan perlaksanaan berbagai program tahun tahun berikutnya. Ia tidak diterima kerana setiap ethnik mahu selinapkan bahagian yang lebih dari ethnik sendiri. Mana ada keikhlasan terhadap segala yang sudah digarapkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah diterima itu. Padahalnya semua orang faham bahawa budaya itu adalah dinamis. Ia membina dan berubah mengikut keperluan sezaman. Bagaimana ia mahi dipaksakan tanpa menghormati teras yang sepatutnya menjadi tonggak kepasa sistem nilai yang membina dan berkembang. Ikhlah terima dan sama samalah kita menyumbang kepada pembinaan dan pembangunannya. Namun dia tyidak menjadi begitu. Masing masing mahu meletakkan syarat mengikut peratusan pula. Demikian itu namanya memaksa. Bukannya mengizinkan assimilasi dan intergrasi dalam proses pembinaan dan pembangunannya. Kita juga melihat percubaan untuk melaksanakan mengikut hasrat begitu dalam dunia hiburan. Namun ia berlaku secara berjajar (perallel) dan tiada serapresapan (assimilasi). Inilah jadinya apabila masing masing keras mengawal sempadan budaya tanpa memberi izin yang ikhlas kepada proses yang bebas dari emosi yang lupa kepada rasional dan realiti.
  4. Kita juga pernah menyarankan dasar Sekolah Wawasan.
  5. Kerana dasar mengenai Sekolah Wawasan tidak diterima kita muncul lagi dengan saranan Sekolah Intergrasi dimana Kerajaan sanggup menyediakan bangunan2 yang sempurna di kawasan kawasan terpilih. Masing masing boleh melaksanakan sekolah masing masing. Cuma tempatnya sahaja bersama supaya kanak kanak yang belum menebal sentimen perkauman itu masih tetap ada kesempatan untuk berkawan dan berinteraksi. Semuga mereka boleh menjadi kawan yang faham memahami. Ini pun ditolak entah kerana apa. Cuma juara juara dalam proses bantahan dan demonstrasi mengenainya dapat kita kenalpasti sebagai juara perkauman dari parti parti politik tertentu.
  6. Terakhir ini kita bentangkan pula dengan 1 Malaysia, rakyat diutamakan. Dalam diam hamba sempat mengutip maklumat langsung dari sekumpulan anak anak muda kaum tertentu yang menyatakan; "tak bolehlah tok, sebab perbezaan kaum tu dah termaktub dalam perlembagaan itu sendiri dah." Kalau beginilah keluhan yang tersebar kepada anak2 yang masih mentahan; hamba sebenarnya dapat membayangkan masaalah yang cukup besar.
Rupa rupanya pihak pihak tertentu sedang merancangkan untuk menolak perlembagaan itu sekali. Apakah kita menghadapi tekanan dari hasrat untuk menubuhkan sebuah negara REPUBLIK ??????

Khamis, 27 Ogos 2009

Kaedah Manusia Melayan Manusia.

Tiba2 terfikir nak tulis mengenai satu konsep menarik yang selalu hamba sebar sebarkan merata:
Manusia adalah makhlok sosial yang tidak lepas dari persekitarannya. Tidak lepas dari kerja nak kena selalu melayan dan berhubung sesama manusia. Maka hamba pun selalulah meneliti mengamati dalam percubaan untuk memahami. Hadhirlah satu kefahaman pada hamba mengenai kaedah manusia melayan manusia itu cuma ada 4 cara seperti berikut:
  1. Melayan teman kongsi.= Sebagai teman kongsi seperti juga suami dengan isteri. Kena sama berkongsi memikul tanggong segala masaalah. Kurang, cacat, lemah seorang teman kongsi kena ditampong atau ditimbus tutup. Sebarang kemenangan / keuntungan adalah kejayaan bersama. Kecemerlangan seseorang teman kongsi adalah kelebihan untuk kebanggaan bersama dan akhirnya kemenangan/keuntungan dinikmati bersama. Seorang menang semua merasai nikmatnya secara serupa. Tetapi apabila keluarga sudah menjadi terlalu besar, bertambah ramailah manusia terlibat menjadi ahli keluarga. Namun ia tidak akan mengubah nilai kekeluargaan selagi cemaran dari sikap2 buruk seperti hasad dengki, cemburu, tamak, penting diri, dendam dsb. Nilai2 buruk itu memang sukar dielak dari menghantui keluarga yang besar. Cuma kalau dalam ramainya anggota keluarga yang besar itu ada ramai juga ahli keluarga yang mulia hatinya selalu muncul untuk memainkan peranan sebagai pendamai tentulah keluarga itu akan lebih kekal kesetabilannya. Tetapa yang menjadi masaalahnya terlalu ramai manusia kini selalu mahu mencari serba yang mudah. Kaya mudah; laluan mudah; projek mudah; untung mudah; menang mudah; mudah dikenal; mudah dikagum; mudah dipuji; mudah terkenal dsb. Maka jadilah ramai orang suka cakap lantang2, keras dan kasar untuk memenagi hati pihak tertentu tanpa sedar ramai pihak lain dalam keluarga yang sama jadi tersingong hatinya. Bertambah malang lagi pihak2 tersanjung dalam kumpulan pihak2 terlibat rupanya sama2 mengabaikah hakikat nilai murni dan memberi pengiktirafan pula kepada kelantangan bermatlamat itu. Dalam politik macam mana. ? Kita yang terlibat dalam keluarga itu tetap melayan ahli ahli keluarga dengan wajaran begitukah ?? Selalu kita lupa kan ?? Sudah cukup ke bilangan ahli yang rela untuk terlepas peluang menggoda untung sendiri demi untuk menjadi pendamai itu.
  2. Melayan Pelanggan.= Kalau melayan pelanggan dalam perniagaan kita semua selalu dapat memberikan imbangan yang jelas. Malah selalu pun kita kata "pelanggan sentiasa benar" Tetapi kalau dalam politik, bagaimana kita melayan pelanggan kita. Serupa ke ?? Atau selalu kita terperangkap dengan kehadhiran emosi yang terbina oleh nilai2 buruk tersebut di atas tadi ?? Atau kita selalu terperangkap dengan nilaian yang salah, hasil dari maklumat salah yang kita kutip dari sumber yang tidak sepatutnya. Rassulullah tidak ada masaalah dengan kehadhiran Abdullah bin Ubai dalam Jumaah Islam kerana beliau kenal siapa Abdullah din Ubai. Kita dalam keluarga besar seperti dalam politik kini bagaimana ?? Lebih malang lagi kalau kita sendiri yang sengaja melantik pihak2 berkepentingan begitu sebagai pengutip dan pengumpul maklumat untuk akhirnya mengakibatkan kita mendapat krfahaman yang salah sehingga tindakan tindakan kita pun menjadi salah.
  3. Melayan Pesaing.= Kita bercakap mengenai persaingan sesama ahli keluarga. Kemenangan ahli keluarga mencapai kecemerlangan sejati adalah nikmat untuk kita juga. Namun janganlah kita jadi tergolong sebagai orang orang yang taksub dan lalai dari memuhasabah diri dan pihak kita. Tegoran kalau ada sewajarnya menjadi tegoran dari ahli keluarga kepada ahli keluarga. Jangan sampai ia menjadi longgokan emosi yang dihambur dipasaran terbuka. Takut nanti ia mudah dikutip oleh musuh musuh kita dengan olahan mengikut selera dan kehendak mereka. Kelak akibatnya kita juga yang kena tanggong bersama.
  4. Melayan Musuh.= Apabila ada mana mana pihak terletak dan ternama sebagai musuh tentulah layanan dan strategi mereka terhadap kita sebagai musuh yang sentiasa mencari lemah, cacat dan kurangnya pihak kita. Maka kenalah kita jaga laman laman lemah itu supaya tidak dengan mudah dapat diambilguna oleh pihak musuh kita itu. Janganlah dalam ghairah kita jadi lupa strategi sehingga mencorakrupakan diri kita sendiri menjadi seperti corakrupa musuh kita pula. Begitulah juga sikap kita dalam menangani strategi terhadap musuh kita. Sayangnya kerenah yang selalu dapat dilihat dalam keluarga besar seperti keluarga parti politik terbenar bangsa kita yang dikatakan berpegang kepada ajaran Islam itu gambaran sikapnya tidak pula nampak jadi begitu. Malahan fakta terkutip dari banyak pihak oleh ramai sahabat membuktikan bahawa ramai antara kita sanggup berhabisan dari segi matabenda dalam menghadapi persaingan sesama sendiri walaupun ketika cemas menghadapi perlawanan dengan musuh sebenar kita dengan kaku dan lemah menunggu habuan dan peruntukan dari atasan. Mashaallah....Salah letak ke kita ?
Hamba seterusnya memohon kerelaan para pembaca untuk mengizinkan hamba mengakhiri catatan ini dengan satu pesanan yang juga biasa hamba bawa dan ecerkan merata rata di bumi Melayu ini; " tanda tanda awal kemusnahan seorang pemimpin ialah apabila ia salah menghimpun pengutip dan pengolah maklumat disekelilingnya." Catatan ini akan dihurai kemudian jika dirasakan perlu setelah mengamati reaksi reaksi kelak.
Wallahuaalam.

Rabu, 26 Ogos 2009

Laga Ayam vs Laga Orang ; apa bezanya.

Terkesah dalam sejarah mengenai asal usul daerah Besut, iaitu daerah yang terletak paling keutara dalam Negeri Terengganu DI. Asalnya konon adalah sebuah jajahan dalam Negeri Kelantan. Raja Kelantan telah berlawan melagakan ayam sabungan masing2 dengan Raja Terengganu. Oleh kerana ayam sabungan Raja Kelantan ditewaskan oleh ayam Raja Terengganu maka tergadailah sebahagian negerinya iaitu kawasan dikenali sebagai Daerah Besut kini menjadi sebuah daerah dalam Negeri Terengganu DI. Ini cerita lama dalam sejarah yang sudah dilupakan.
Sinonom dengan cerita di atas itu hamba ingin merujuk kepada kekecohan yang berlaku beberapa tahun yang lalu ketika Negeri Kelantan DN dilanda penyakit selsema burung. Siasatan dan kajian teliti oleh pohak berwajib menemui punca awal jangkitan itu sebagai datang dari seekor ayam sabongan yang telah dibawa oleh seorang juara ayam dari Kg. Pasir Pekan untuk diadulagakan di gelanggang laga ayam di Takbai di Thailand.
Dari sinonim dua cerita ini terbitlah seloka yang selalu hamba bacakan merata2 di seluruh negara untuk difahami oleh anak2 zaman kini dan sekaligus mencari terjemahannya. Seloka itu adalah seperti berikut:
Dulu Raja melaga ayam;
Tergadai sekerat negeri.
Kini rakyat jelata melaga ayam;
Terancam nyawa seluruh umat.
Tujuan hamba ialah untuk menunjukkan betapa kemusnahan negeri yang dahulu biasa ditudingkan gejalanya kepada pihak berkuasa kini sebenarnya disedari atau tidak adalah diakibatkan oleh rakyat jelata. Inilah akibatnya apabila dalam sistem demokrasi kuasa dipindahkan kepada pemilihan rakyat yang enggan menerima pengertian sewajarnya. Tidak tahulah sama ada kita ini sudah layak menganut sistem demokrasi yang tidak dapat kita mengelak darinya itu. Padahal hari ini pun rakyat jelata masih lagi enak menuding jari kepada kuasa2 atasan dalam banyak perkara. Mungkin kerana banyak pihak menganjurkan begitu tanpa menyedari betapa akibat yang akan menimpa. Rakyat yang tidak mengerti apa apa ikut terlibat dalam perang pihak2 tertentu berebut kuasa untuk kepuncak kuasa mengancam kedaulatan negara.
Ehwal tidak mengerti apa2 ini bukan tersarung setakat rakyat jelata itu sahaja rupanya. Kini ramai lidah2 yang mahu ternama sebagai lidah bijak sedang menggelidah minda masyarakat untuk ikut terlibat dalam kesah2 laga orang pula. Maka jadi banterakan atau kelihatan seperti berbanterakanlah ramai pemimpin sesama sendiri. Barangkali ada untung yang boleh dikutip sebagai habuan kepada yang terlibat itu. Hasil sebenarnya tidak dikesahkan.
Hamba pernah menyuarakan perkara orang2 mencari untung sebegini kepada seorang terhormat (kerana bijaksananya). Sampok beliau ialah bahawa untung kebendaan itulah yang dicari oleh semua orang, bagaimana akan dapat kita menghalang mereka. Namun hamba tetap mahu berpegang kepada amanah untuk memakmurkan muka bumi ini.
Sengketa sengketa yang kita sedang semarakkan itu, biar pun tujuannya mencari keuntungan dan kemenangan sendiri pasti akan mengundang cabaran2 kemusnahan. Wajiblah kita semua benteraskan ia. Sifat seorang muslim ialah: Dengan segala kepujian kebijaksanaan memikul amanah menyampaikan tanpa henti tanpa hujung (Sidik, amanah, tabligh, fatonah).
Kalau menjanasemarakkan sengketa itu dipandang sebagai alat berkesan dalam mencari kemenangan dan keuntungan siapakah yang samggup untuk merelakan diri menjadi faktor pendamai. Padahal mendamaikan sengketa itu besar pahalanya. Wallahuaalam.....

Selasa, 25 Ogos 2009

Ayat Kuraan ke 6667 ke ?

Bertolak dari kata2 (yang telah didolak dalikkan) oleh Nik Aziz bahawa: Islam UMNO / Penyokong UMNO tak leh masuk syurga maka terfikirlah hamba seperti telah turun satu ayat baru kepada Nik Aziz menambahkan bilangan ayat sedia ada sebanyak 6666 itu. Ayat itu barangkali berbunyi:
Wahai orang orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul, taat juga kepada mursidul am pas dan patohlah kamu kepada para pemimpin pas dengan mengundi pas......= Dah jadi gitu ke pula ayatnya ? ..... Mashaallah ........ ........ Semuga kita semua dan seluruh umat diberikan hidayah dan kesedaran untuk memahami hak batil dalam persekitaran mengelirukan ini. Amin.

Selasa, 18 Ogos 2009

ASSOBIAH BANGSA KU.......MASHAALLAH......

Hari ini hamba meninjau secara laju beberapa paparan blog kawan2 rangkaian. Seronok juga membaca mengenai perbahasan tentang pendapat Nik Aziz memberi restu kepada orang bukan Islam untuk membolehkan mereka menghina Islam. Tersentoh hati hamba bila menyedari rupa rupanya begitu tamai orang kita hari ini yang tidak sedar mereka telah terperangkap dalam perangkap paradigma ASSOBIAH. Mashaallah. Semuga ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG tetap akan mengampunkan mereka yang tersilap itu dan seterusnya memberi berkat serta hidayah menyedarkan. Inshaallah.

Ahad, 16 Ogos 2009

Kongres Kebudayaan Kebangsaan

Pengambilan hamba sebagai Pegawai Kebudataan Belia dan Sukan dan terus bertugas di Bahagian Penyelidikan Kebudayaan telah menentukan bentuk pemikiran yang hamba hayati kini. Mohd Affandi Hassan seorang pengkritik sastra yang disegani pada ketika itu ada caranya yang tersendiri dalam membina diri hamba sebagai seorang penyelidik dan pengkaji. Masih hamba ingat sehingga kini bagaimana tertekannya hamba mengolahcari istilah paling sesuai untuk menyampaikan maksud tertentu. Maka jadilah hamba teramat cermat dan teliti dalam pilihan istilah ketika menulis.

Telah diaturkan juga acara acara acara khas untuk hamba sertai dan hayati malahan sesekalu bersama beliau sendiri namun selalunya kehadhiran hamba itu adalah bersama sarjana sarjana atau setidaknya tokoh yang mempunyai banyak rahsia yang hamba dapat belajar. Hamba juga telah dijadualkan untuk mengikuti rombongan rombongan kajian bersama sarjana sarjana kekawasan kawasan paling tebal keaslian budaya asal Melayu. Penghayatan mendalam yang hamba rasai ikhlasnya ketika itu membawa hamba sehingga masih senang berenak dalam gelombangnya sehingga kini.

Akhirnya baru disedari bahawa gaya bahasa dan penulisan hamba menjadi begitu tersendiri dan paling bebas dari pengaruh bahasa Inggeris yang juga hamba kuasai dengan baik. Rupa rupanya penguasaan dalam bahasa lain itu banyak membantu hamba dalam membina gaya bahasa yang tersendiri itu.

Keadaan ini membuatkan hamba merasakan suatu keanehan apabila ramai para ahli dan tokoh bahasa yang mempersoalkan saranan penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Mathematik dan Sains. Padahalnya penyampaian pengajaran bagi kedua dua mata pelajaran itu didalam bahasa Malaysia pun kini penoh dengan istilah istilah dalam bahasa inggeris. Aneh.

Barangkali ada perkara lain dibelakang kekecohan itu. Wallahuaalam.

PENGALAMAN KERJA

Berbekalkan sijil School Certificate (SC) Pangkat 3 dan 8 tahun pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan hamba dianggap layak untuk memohon bagi dilanyik kejawatan dalam kategori A. Hamba pun memohon untuk beberapa jawatan. Dua kali temuduga sahaja hamba telah terpilih untuk dilantik sebagai Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan dan melapur diri pada hari April Fool 1974.

Nasib hamba cukup baik kerana wakil KKBS pada hari hamba hadhir temuduga itu kebetulannya ialah Pengarah Penyelidikan Kebudayaan yang baru dilantik mengepalai unit yang baru ditubuhkan sebagai menyambut saranan daripada Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Patutlah hamba menerima bermacam soalan mengenai kehebatan dan kelebihan orang Melayu semasa temuduga itu. Semua soalan yang tidak hamba fahami asas atau tujuannya telah hamba jawab dengan tulus sebagai diri hamba sendiri berpandukan kefahaman serta pengalaman hamba sendiri.

Tidaklah hamba sangka rupanya itulah bakat yang dicari untuk mengisi salah satu daripada empat jawatan Pegawai Penyelidikan Kebudayaan yang ada. (2 jawatan telah diisi oleh 2 orang PTD dan satu lagi sudah ada calunnya). Seperti sudah tertera dalam rancangan Allah. Hamba kemudian khabar bahawa Pengarah yang telah berhadapan dengan beberapa perdebatan dalam mempertahankan kedudukan hemba sebagai calun paling layak.

Maka terlintas juga pada hamba kini mengenai payahnya anak2 kini mencari kesempatan untuk menempatan dalam proffrsion yang ia pelajari sehingga ke peringkat Ijazah atau Sarjana. Dan kemudian apabila sudah mendapat kesempatan itu terpaksa meronta pula kerana baru dirasakan ketidaksesuaiannya. Apa kah gambaran yang diberikah kepada penemuduga bukan gambaran dirinya yang sebenar. Atau adakah hajat awal untuk memohon jawatan itu sebenarnya tidak pernah disemak dengan minat dan bakat sebenar diri sendiri.