Semalam hamba menulis mengenai "Harapan Pemimpin = Siapa Nak Buat" berdasarkan maklumat yang hamba baca setakat semalam dan membina beberapa persoalan; lengkap dengan kesimpulan yang membayangkan kerisauan teramat sangat.
Hari ini hamba berpeluang membaca beberapa lagi catatan yang berkaitan. Catatan paling menarik perhatian hamba dibuat oleh Selempang Merah dan Dr. Navandri dilaman Minda Interlek Melayu. Kedua2 catatan ini membentangkan sebenarnya harapan untuk penyelesaian adalah masih cerah.
Terpulanglah kepada kesungguhan, kerelaan dan keikhlasan semangat perjuangan orang orang UMNO sendiri; dari peringkat kepimpinan sampai keperingkat ahli biasa yang menjadi pengikut.
Catatan catatan yang menarik itu hamba perturunkan di bawah ini. Ia mungkin menjadi lebih menarik kalau dibacakan sekaligus dengan tiga lagi catatan hamba sebelum catatan semalam itu yang hamba berikan tajuk:
- Gerakan Memperkasa Pemimpin.
- Calun Pilihan Bahagian ?
- Bagan Pinang Sudah Selesai .... ....
Deri:
Selempang Merah. Ahad, 2009 Oktober 18
SEMANGAT PEMUDA UMNO: BENARKAH KHAIRY MUSUH RAKYAT NO 1 ???
PEMUDA UMNO TUBUH
"BILIK PERANG PEMUDA"
BAGI MENGHADAPI PILIHANRAYA
16 OKTOBER 2009. Pemuda Umno akan membentuk "BILIK PERANG PEMUDA" untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang; kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin. Tambahnya lagi, pergerakan itu akan menukar strateginya dalam menghadapi pembangkang dalam pilihanraya akan datang. Setelah mengalami beberapa pilihanraya kecil, pergerakan itu akan mengambil pendekatan ‘menyerang’ pembangkang. “Kita tidak biarkan lagi Umno dicerca, ditabur fitnah tanpa bukti. Lihat di Bagan Pinang, mereka (PAS) mengisytiharkan jihad, tetapi ahli Umno berada di barisan hadapan untuk menjaga maruah parti,” katanya ketika menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno di PWTC .
Pemuda Umno juga, katanya, akan mengadakan permukiman dengan ketua dan naib ketua Pemuda bahagian sebelum akhir tahun ini untuk membentuk semangat berpasukan dalam parti.
“Dalam pilihanraya Manek Urai dan Bagan Pinang, kita menang di saluran muda (pengundi muda). Ini disebabkan gerak kerja yang mantap dan tersusun untuk menambah undi dari golongan pemuda,” katanya.
“Kursus latihan itu untuk mencapai KPI (Kunci Indeks Pencapaian) yang ditentukan untuk menangkan selera anak muda,” katanya.
Khairy berkata, pergerakan itu akan berkerjasama dengan biro politik yang diketuai oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menggerakkan iltizam untuk mencapai misi menarik pengundi muda.
Katanya, beliau juga akan menerapkan budaya ikhlas bagi memupuk prinsip kesatuan fikiran, kesatuan matlamat, kesatuan hati dan kesatuan amal sepertimana yang digariskan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Khairy juga menyentuh mengenai cadangan Pemuda yang menitikberatkan golongan muda dengan mencadangkan kerajaan memberi insentif kepada golongan muda. Ia termasuk memberikan bantuan kewangan untuk membeli rumah, memberi peluang pekerjaan dan pinjman kewangan termasuk menubuhkan Bank Belia.
Lihatlah betapa mudahnya kita membuat kesimpulah yang tidak bijak apabila kita tidak mempunyai maklumat yang sempurna. Apa lagi kalau maklumat yang kita sandarkan kefahaman kita itu terbentang melalui ayat dan perkataan yang boleh diterjemahakan dalam makna yang berbagai.
Walau apa pun kerisauan yang hamba gambarkan dalam tulisan semalam itu kini terjawab dengan rancangan pemuda melalui catatan Selempang Merah yang diturunkan di atas. Secara umumnya ia terjawab oleh catatan yang diturunkan di bawah ini pula.
Inilah catan menarik dan berkaitan dibuat oleh Dr. Novandri Hasan Basri:
18 October 2009
Nizar kvv2: Demokratikkah UMNO ?
Ketika mengulas mengenai keberkesanan perlembagaan yang dipersetujui semasa Perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, TS Muhyiddin Yassin mengatakan beliau tidak nampak sistem ini menyebabkan pemimpin silih berganti sebaliknya akan mengujudkan pemimpin yang aktif bekerja kerana jika mereka tidak bekerja dengan elok, mereka akan diganti.
Penulis setuju dengan kenyataan TS Muhyiddin Yassin mengenai 'mengujudkan pemimpin yang aktif bekerja' tetapi penulis tidak nampak sebarang bentuk mekanisme untuk mengukur keaktifan seseorang pemimpin itu bekerja.
Dan untuk ahli-ahli UMNO mengetahui 'keaktifan kerja seseorang pemimpin itu', kita biasanya hanya tahu melalui televisyen, radio, media cetak dan media internet kecuali jika pemimpin tersebut berada di kawasan kita sendiri. Mustahil untuk kita mengetahui gerak kerja pemimpin tersebut tanpa alat media tersebut.
Pokoknya, adalah tidak adil untuk ahli-ahli UMNO melakukan perbandingan di antara pemimpin-pemimpin hanya berdasarkan kepada kekerapan seorang pemimpin itu masuk di dalam televisyen atau suratkhabar.
Maknanya semua ahli yang nak dan akan terlibat dalam sebarang keputusan atau pemilihan kenalah secara aktif terlibat atau setidaknya ada cara berhubung dengan rangkaian sah semua pemimpin. Jangan pula cukup dengan hubungan sangkut sangkut dan separuh separuh. Tentulah akan menjadi tidak adil juga. Tidak adil dan tidak demokratik.
Hamba kini masih lagi sedang menunggu atau mencari catatan menarik berkaitan harapan yang dapat kita letakkan pada sayap sayap Wanita dan Puteri. Mungkin juga kita boleh tunggu untuk melihat sama bagaimana rancangan Putera.
PENYELESAIAN DAN GERAK KERJA
KENA MENYELURUH.
KALAU TIDAK
PENCAPAIANNYA
AKAN MENJADI SUKAR.