Semenjak hari pertama terdedah kesah penangkapan mereka yang dishaki terlibat dengan pembunuhan Dato Sosilawati hari tu akhbar dan semua orang pun percaya dikatakan peguam yang terlibat itu adalah seorang dato. Hamba terkejut mendapat tahu dari seorang kawan bahawa dia sebenarnya tidak pernah menerima sebarang bintang yang membawa gelaran dato.
Namun semua orang sejak lama dahulu memanggil dia dato kerana dia sendiri menggelarkan dirinya sebagai dato. Bermula dari pejabatnya sendiri dan orang orang sekelilingnya dan akhirnya semua orang sangka dia memang dato betul betul. Aneh ? Tidak kerana kita tidak ada makanisma untuk menyemaknya. Barangkali senarai orang orang bergelar ini patut diurus oleh satu badan yang sentiasa menyemaknya.
Lebih menarik lagi ialah satu lagi maklumat yang hamba dapat dari sumber yang sama mengkhabarkan bahawa orang itu sebenarnya sudah tidak layak digelar peguam pun. Ini adalah lesen pengamal undang undangnya sudah dibatalkan semenjak lama dahulu atas kes pecah amanah wang pelanggan. Kalaulah perkara ini benar tentulah polis sudah mengetahuinya kecuali kalau lesennya itu tidak disemak. Takkan laa.
Perkara ini menjadi lebih menarik lagi dengan adanya perkhabaran (khabar angin) mengatakan dia adalah ahli Majlis Peguam. Sedangkan lesen amalan undang undang itu ada sangkut paut juga dengan Majlis Peguam. Cerita sudah menjadi caca marba. Kita tidak tahu mana satu yang betul. Tetapi mana mana pun adalah bersalahan belaka.
Namun ramai pula yang menjalankan urusan urusan bernilai tinggi dengannya. Demikian rupanya bila ada orang bijak bercakap. Mudah dipercayai orang ramai. Ada lagi yang terkenal bijak bercakap semenjak zaman dia di UM dulu. Semenjak itu lagi semua orang tahu fakta dah diputar belit. Namun sampai sekarang masih lagi dia dipercayai oleh orang ramai. Maknanya silapnya adalah cara hidup kita yang tidak pernah pandai menyemak kebenaran. Cara hidup kita yang selalu mudah percaya dengan orang yang bijak bercakap.
MAKA KITALAH BARANGKALI KENA SEMAK DIRI KITA SENDIRI UNTUK TERLEPAS DARIPADA SENTIASA TERPERANGKAP DALAM PENIPUAN ORANG.