Ahad, 30 Oktober 2011

PRU 13 = UMNO / BN akan kecundang ???




Hamba terhambat untuk mengucapkan TAHNIAH yang besar kepada ISAC di laman Bumiyang atas tulisannya yang sepontan memberi amaran / peringatan bercanggah arus: 

"... UMNO / BN akan kecundang dalam PRU 13 .."

Seterusnya hamba menjadi benar benar terdorong untuk memetik beberapa catatan lagi daripada tulisan bersahaja lagi terang terangan bersuluh dalam lena yang (leka?) orang kita kini. Semuga ketulusan ISAC akan dapat mengejutkan jaga harimau dan singa dari celah celah taring UMNO yang sedang terasah entah bagaimana kini. Catatan termaksud adalah:

".... tetapi pastikan menulis perkara yang benar, kerana kamu akan dipertanggung-jawabkan di akhirat!!! "

Ini ayat siapa sebenarnya ?? Puak manakah yang biasa melontarkan kata kata itu sebagai satu amaran menakutkan ??

Maka dengan amaran itu tidaklah menjadi perkara aneh dan menghairankan kalau:

 "..... apabila berdepan dengan PKR, jentera UMNO/BN menjadi "lembik" dan seolah-olah kehilangan punca!!! " 

Hamba tidak dapat mengagak faktor apa yang membuatkan ISAC menjadi begitu berani membayangkan finomina biasa dan selalu diterima sebagai benar oleh banyak pihak tetapi selalu menjadi gagal dalam menghadapinya. Hamba digerunkan oleh satu konotasi yang sungguh sungguh menakutkan apabila seterusnya dalam tulisan itu hamba terjumpa catatan:

" ... Penulis berpendapat ini terjadi kerana penyingkiran DSAI daripada UMNO/BN telah menyebabkan mereka yang selama ini dilatih, disusup masuk ke dalam UMNO/BN dan diletakkan di bahagian-bahagian strategik dalam UMNO/BN oleh DSAI telahpun sama-sama meninggalkan UMNO/BN dan menyertai Pakatan Pembangkang terutama PKR dan PAS. Sebab itulah jentera propaganda PKR/Pakatan lebih tersusun, licik, kejam serta tidak takut untuk ......"

Maka teringatlah hamba kepada kejutan 1999 yang membuatkan ramai sahabat termasuk hamba sendiri menjadi hampir sasau kerana sesungguhnya ramai sahabat sahabat kedaulatan kenegaraan mempunyai berbagai pengalaman berhadapan keadaan di atas itu yang sekaligus membuktikan benarnya tusuk resap jarum jarum halus licik dan ganas yang terjelma oleh situasi tergambar itu. Malahan mereka yang telah  

".......sama-sama meninggalkan UMNO/BN dan menyertai Pakatan Pembangkang terutama PKR dan PAS."  

itu tidaklah begitu berkesan keganasannya. Tetapi mereka yang masih kekal dalam UMNO / BN jugalah yang pada hamba lebih berjaya memainkan peranan yang lebih berkesan. Angkara mereka ini bukan sekadar maklumat sahaja menjadi bocor; malahan strategi dan gerak kerja seluruhnya menjadi gagal.

Hamba sendiri pun melalui beberapa pengalaman yang mengesahkan betapa jahat dan kejamnya licik tari jarum jarum berhantu dengan seringai taring ghaib mereka menggagalkan usaha UMNO / BN yang sesungguhnya pada 1999 itu sebenarnya adalah masih lagi perkasa. Malahan sampai kini pun masih ramai lagi pejuang sukarela berjajar deret dibelakangnya. Namun jentera beracun yang telah tercetus dalam UMNO / BN sendiri itu akhirnya mendorong hamba merumuskan gelodak rasa menghantui emosi melalui catatan sebuah sajak tertulis dalam tahun 2000 yang antara lain memperingatkan:

"... mereka yang pandai menternak musang
didalam reban bersama ayamnya
hendaklah pandai juga
menternak hati musangnya itu
sehingga sungguh menjadi jinak ia
Takutnya kelak
ramai ayam dalam reban
akan pupus hilang tajinya
lalu bermisai dan bertaring
langsung menjadi pandai 
memakan ayam ..."

Ini adalah kesah 1999 dimana ketika hamba baru pulang ke kawasan asal hamba telah memohon bilik gerakan kempen untuk bertugas sebagai penceramah dan memang mudah diberikan kerana mereka sudah mengenali hamba. Cuma lokasi ceramah dimana hamba dan seorang lagi telah diminta datang sendiri itu adalah dipalsukan. Gagal menghubungi melalui talipon hamba terburu buru kembali untuk mencari petugas terbabit yang telah dikhabarkan telah keluar menghambat tugasan lain. Lebih menarik lagi ialah ada beberapa kumpulan lagi yang tertipu serupa hamba malam itu dan seterusnya.

Yang hendak ditanyakan ialah; sudah bersediakah kita kini untuk menghadapi keadaan kalau ia berlaku dimana mana ??


Persoalan ini menjadi terlalu penting untuk di ulang ulangkan kerana kami masih tidak rela negara tercinta ini terlepas ketangan petualang petualang yang menjadi alat kepada pihak pihak yang memang sudah diberi amaran oleh Allah dan Rasulnya juga. Wallahuakllam.

Inshaallah.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Mesra Rasa Bangsa Serumpun = Kemana Hanyutnya ?


Semalam Siti Zainun Ismail membuat catatan ringkas mengenai pamiran lukisannya di Taman Ismail Marzuki (TIM) di Jakarta pada tahun 1974. Kalau tidak silap hamba ketika itu beliau yang kini adalah seorang Prof. yang dah pencen masih lagi sedang berjuang memperkasakan kekuatan akademik dirinya di ITB. 

Tujuh tahun kemudian (1981) Dato' Ghazali Ismail pula telah membawa persembahan theater "Ngoyang"nya untuk bermain di TIM itu. Kesah ini menarik perhatian hamba kerana TIM yang sukar dimasuki oleh sebarangan kumpulan yang tidak mendapat pengiktirafan yang tinggi itu sesungguhnya sudah membuka ruang untuk bentuk bentuk ekspresi dari orang Malaysia. 

Dalam tahun tahun sekitar itu kita di Malaysia pun selalulah menerima berbagai kunjungan dari berbagai kumpulan theater dan lain lain ekspresi seni dari Indonesia yang selalunya kita bawa untuk berkunjung ke banyak lokasi diseluruh negara. Pertukaran dan jalinan mesra rasa berlaku dengan spontan pada waktu itu.

Malangnya ia tidak lagi berkembang sebaik itu selepasnya. Apa yang berlaku dan kemana terlepasnya perhatian kita semua sehingga kini kita sebaliknya sering digembur kejutkan oleh isu isu yang seperti sengaja tersirat dalam rancangan mencari belah. 

Siapakah pengkaji atau pemerhati yang mampu memberi ulasan atau tanggapan untuk kita semua membuka perbincangan. Silakan.

Ahad, 9 Oktober 2011

BADGET 2012 ?

Bersangkutan dari dua komen si AnuWar mengenai Badget 2012 itu hamba tak nak beri jawapan teknikal; tetapi hamba ingin bentangkan lojik untuk difikirkan oleh kita semua iaitu: 

1. Kalau lelaki Y itu seorang pemimpin yg ikhlas dia tentu ingin menyampaikan sebarang akalan yang baik yang dia ada untuk diadaptasi oleh kerajaan yang akan melaksanakannya. Akalan yang baik untuk rakyat tentulah perlu dilaksanakan. Maka ia perlu disampaikan kepada pihak kerajaan supaya ia pasti jadi terlaksana. Tidak timbullah soal cedok dsb. Kalau lelaki Y menyduh menyelar cedok maknanya jelas lelaki Y tidak ikhlas dengan rakyat dan bukan bertujuan supaya perkara yang dia fikir adalah baik itu tetap berlaku untuk memberi kebaikan kepada rakyat.

2. Satu lagi tuduhan / selaran ialah bahawa badget yang dibentangkan oleh kerajaan itu dikatakan sebagai tidak realistik. Cuba kita fikirkan betul betul munasabahnya. Adakah hajat yang dibentangkan oleh kerajaan yang bertanggong jawab melaksanakan pentadbiran dan pengurusan negara itu sebagai tidak realistik berbanding dengan sesuatu yang dibentangkan oleh pihak lain yang memang sudah tahu pihaknya tidak ada kuasa dan tidak bertanggong jawab melaksanakan pentadbiran dan pengurusan semasa negara. Mana lebih munasabah dikatakan sebagai realistik. Sesuatu yang datang dari pihak yang tahu dia kena laksanakan atau sesuatu yang datang dari pihak (lelaki Y) yang tahu dia tidak ada kuasa dan memang tidak layak melaksanakan.