Ahad, 14 Oktober 2012

" POLITIK BARU " ??


Setelah beberapa lama bertafakur dipulau bikinan sendiri, kerana tidak senang dengan suasana semasa yang tidak selari dengan pemikiran ku; aku pun sampai keperingkat terpaksa cuba cuba untuk muncul kembali ke dunia nyata. Antara peristiwa awal dalam proses itu yang ku ingat ialah PRK bagi DUN Sanggan di Pahang. 

Aku ikut datang berkemah dalam kawasan PRK itu dengan tujuan utamanya untuk menemui kawan kawan sambil mengutip maklumat dan menggilap kembali pengetahuan ku mengenai suasana dan senario politik yang sudah sekian lama aku ketepikan kerana ia memang sudah menjadi tidak sesuai dengan pemikiran dan pegangan ku. Pada masa itu aku menemui satu nama seorang muda yang agresif memburu tapak dalam pimpinan di bahagian. 

Berdasarkan beberapa maklumat yang tersinggah dalam kelongsong minda ku mengenai pemimpin muda itu; aku terus membuat kesimpulan sendiri bahawa ia adalah satu lagi pemimpin muda yang perlu diberi perhatian kerana adalah merbahaya dan boleh membawa pencemaran kepada suasana politik di Malaysia. 

Malangnya beberapa tahun kemudian nama itu yang telah berjaya menakluki kepimpinan di Bahagian dan telah tersenarai sebagai calun parlimen bagi kawasannya. Seterusnya nama itu telah terlantik sebagai seorang timbalan menteri. 

Kita pernah dengar istilah "POLITIK BARU" yang pernah digunakan oleh timbalan menteri berkenaan sambil memperlekehkan sahabat sahabat ramai yang sedang bertungkus lumus memerhatikan gerakan politiking dalam kampus kampus IPT. Sikit punya panas dada dada para sahabat yang sedang ikhlas berjuang cuba membela adik adik mereka dari tergoda dan menjadi salah percaya oleh salah dorongan dari maklumat yang salah dan sengaja disalahkan. Namun atas dasar keikhlasan terhadap perjuangan yang diredha relakan sahabat sahabat ramai itu berjaya kembali menjadi tenang dan aman. 

Seterusnya hari ini kita sekali lagi menjadi terkejut oleh kata kata tokoh timbalan menteri berkenaan yang membayangkan pandangan seperti menyarankan bahawa kita patut merelakan erat kasih SUARAM dalam pelokan cinta Soros yang sedang serunda cuba membeli pengaruh diserata muka bumi itu. 

Kekeliruan aku pun sudah sampai tahap yang memadai untuk aku membuat kesimpulan bahawa: TOKOH INI SUDAH KEMBALI MEMBAWA WATAK ASALNYA SEBAGAI PENGIKUT BENDUL KEPALA SONDOLNYA YANG KINI SEDANG HANYUT DIAWANGAN DENGAN PERASAN AKAN MENYANDANG JAWATAN PM. Demikian adalah pendapat ku yang rasanya kena dilontarkan kepada semua yang masih ingin berfikir. 

Silakan.

Sabtu, 22 September 2012

PANDANGAN YANG LAIN DARI KOTAK MINDA YANG BERBEZA.




http://www.youtube.com/watch?v=SNreh94ew3s

Kita memang selalu suka bersetuju dengan pandangan dari sidut tersendiri begini. Memanglah kita sehartusnya sentiasa menyemak kerja kita dan potensi kita. Bukan kerja orang dan kriativiti orang. Kalaulah kita rasa tergores atas apa apa sebab kitalah pula yang seharusnya berusaha untuk berkarya melawan dan mengatasi perkara yang melukai hati dan perasaan kita itu. Buatlah kerja jangka pendek dan jangka panjang untuk perkukuhkan benteng benteng didada dada anak anak kita. Semuga mereka tetap melihat segala yang salah itu dengan penoh rasa benci dan bulat bulat menolaknya. 

Namun kita juga kena sedar bahawa kita menghadapi suasana yang berlain sama sekali di Malaysia ini; dimana semua pihak adalah terperangkap dalam tekanan suasana tersendiri itu; dan tidak boleh lari darinya tampa menanggong rugi yang parah. Inilah yang terjadi apabila kita sesama kita terpaksa memacak kekuda untuk lebih tegap dalam tapak strategi perebutan kuasa. Segalanya kena dilihat dari sudut untung rugi pengaruh undi dalam politiking kumpulan kita. Sehinggakan kekadang kita lupa bahawa kita sudah sampai terlangkah sempadan janji asal kejadian kita hanya untuk mempertahankan strategi perebutan puak kita. Takut hamba untuk menggunakan istilah dalam ajaran ugama dalam hal langgaran sempadan ini.

Bagaimana pun kita harus rasa bersyukur kerana suasana kini seolahnya sedang mengetok pintu sallam. Semuga sallam dan rasa sallam yang tercetus itu tidak dikhianati. Dan semuga khianat khianat terhadapnya yang ada dan akan terus tercipta dapat diabaikan oleh semangat sallam yang ikhlas dari semua pihak terlibat.

Inshaallah.

Jawapan Isu Video Menghina Rasulullah S.A.W. Oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Jumaat, 7 September 2012

MENCARI PENCERAHAN YANG BENARKAH KITA ??

CARILAH PENCERAHAN DENGAN FAHAMAN YANG BENAR DARI NAS YANG BENAR. SEMUGA TIDAKLAH KITA MENJADI ALAT YANG MEMPERALATKAN NAS.

Penembak Tepat ‎"APABILA KAMU INGIN MEMILIH PEMIMPIN(DALAM ISLAM), PIHAK YANG KALAH HARUS PERGI KEPADA PIHAK YANG MENANG AGAR TIADA PERPECAHAN DIANTARA KAMU."
(Hadith Soheh).
"JIKA SESEORANG ITU INGIN MENEGAKKAN KEBENARAN BERLANDASKAN CACI DAN CERCAAN, KETAHUIKAH NESCAYA BAHAWA HATINYA TELAH ROSAK LAGI MEROSAKAN".
(Hadith Soheh).
"SEKIRANYA BERLAKU PERTIKAIAN DIANTARA KAMU(UMAT ISLAM),MAKA KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN DAN HADITH".
(Hadith Soheh).
Saudaraku seISLAM dan seNEGARA" bukankah begitu jelas perincian dan penjernihan yang telah Nabi ajarkan? Bukankah semuanya ada di dalam Al-Quran Nur Karim sebagai ikutan?? Siapakah kita diri kita untuk mengHAKIMi(MANUSIA) selain Allah SWT???
Saudaraku,
marilah kita saling berLAPANG DADA dan BERBAIK SANGKA"...
dan diANTARA DUA MUDHORAT pilihlah yang mana lebih RINGAN TIMBANGANNYA"............insyaallah pasti selamat DUNIA dan AKHIRAT! -from Penembak Tepat.
16 jam yang lalu · Suka

Penembak Tepat Jika kita gagal memahami Al-Quran, bukanlah bererti Al-Quran itu salah...
tiada sepotong ayat pun didalam kitabullah itu yg salah melainkan dari MULUT2 dan TANGAN2 manusia itu sendiri yang merubah"..

Setelah wafatnya RASULLULLAH dan PARA SAHABAT, berhati2lah kita dalam mencari guru dlm rujukan Al-Quran KERANA diantara TERJEMAAH dan TAFSIRAN adalah sesuatu perkara yg amat berbeza!

Carilah Ulamak yg mengajarkannya dengan AKAL BUDI dan KEIKHLASAN HATI, bukan UMARAK yang BERDANGKAL BENCI DAN CACI...Belajar dan mengajarlah bersama pesan2 yang sabar...Usah jadikan KITABULLAH itu sebagai alat untuk sebuah MATLAMAT sehingga sanggup MENGHALALKAN CARA sendiri!!

"Nabi pernah berpesan: Seandainya berlaku perselisihan diantara kamu(muslimin) sehingga tidak bertegur-sapa selama 3hari, maka dia bukanlah umatku". persolannya??? saksikanlah video ini sendiri...
Silakan:-
http://www.youtube.com/watch?v=E0oBz-peooo&feature=player_detailpage

Kisah Syafaat Rasulullah Di Hari Kiamat
Agungnya Allah Sang Pencipta & kasihnya Rasulullah pd mnusia!! Selamat Beribadah~ :-D

Jumaat, 24 Ogos 2012

MENCARI SEPAKAT YANG HARMONI ??


Gerakan cauvanis yang bergerak secara terselindung semenjak zaman komunis lagi boleh dikatakan kini berjaya menakluk pilihan hati kaum ramai orang Cina. Faktur kejayaan mereka itu adalah diatas kegagalan gerak kerja MCA dan Gerakan yang selalu terperangkap dalam perebutan kepentingan sesama sendiri sehingga menjadi lupa bahawa mereka masih lagi satu pasukan dalam BN.

Hamba tidak mahu membilang dan menamakan siapa lebih dan siapa yang kurang. Mereka punya sejarah yang silih berganti mengintai peluang mencari langkah lebih panjang berbanding sesama sendiri sehingga lalai meladini strategi DAP dan cauvanis sejati yang memang menggunakan DAP sebagai kenderaan tampak mereka.

Pada hamba selera (taste) untuk lebih condong kepada DAP, PKR, Gerakan atau MCA  bagi kaum Cina sebagai orang yang matang dan cermat berpolitik adalah hasil dari pemerhatian semasa.  Malangnya MCA yang utamanya; bersama Gerakan juga gagal melihat dari sudut itu dan sentiasa berselera untuk berebut pengundi yang sudah menjadi tegar DAP sehingga mereka lupa untuk memainkan peranan membawa masyarakat Cina yang rasional untuk memahami dan menerima idealisma kesepakatan antara kelompok, ethnik dan kaum melalui BN.

Inilah pada hamba yang membuatkan mereka kadang kala terlihat sebagai cauvanis serupa DAP juga. Hamba membentangkan pandangan ini kini kerana tercetus rasa bimbang terhadap beberapa suara dari kalangan pemuda terutamanya MCA kini. Semuga mereka akan terbaca pandangan ini dan menyemak hakikatnya. Semak semaklah.

Semuga UMNO juga akan lebih terdorong untuk membawa sahabat sahabat sepakat dari MCA dan Gerakan untuk sama sama mencari strateginya. Janganlah hendaknya UMNO pun ikut melenting pada setiap geselan mancis dan menyimbah minyak sehingga menyalakan obor pembakar diri dan akhirnya takhta kita juga ikut terbakar dalam umarah yang tidak terkawal. Semak semaklah dengan resional dan bijaksana.

Isnin, 20 Ogos 2012

SEJARAH YANG INGIN DIKELIRUKAN.

Tulisan asal ini telah hamba salin dari laman fb
assalamualaikum dan selamat hari raya para sahabat.
kali ini saya menulis ingjn menyentuh sedikit persoalan politik dahlu dan semasa.soalan yang jawapan tiada pada saya dan saya percaya jawapan ada pada para sahabat



Dan tidak puaslah hamba kalau tidak ikut memberi ulasan walau pun ulasan hamba nanti akan seberapa ringkas yang boleh. Inahaallah. Pun begitu hamba juga tidak mahu mengganggu suasana raya di shawal kedua ini. Maka ulasan hamba akan datang kemudian. Tetapi kalau ada sahabat sahabat yang sudi membuat ulasan dan pandangan segera silakan dahulu. Catatan asal ini hamba postkan dahulu tanpa ulasan dari hamba.

1) 13 mei 1969 ,insiden tersebut mugnkinkah ada niat rahsia tersembunyi yamg dirahsiakan oleh para pejuang veteran.apa yang menyebabkan melayu cina menjadi begitu menggila sekali pada

hari kejadian??

Selepas perang dunia kedua dan Jepun dah mengaku kalah, Semenanjung Tanah Melayu (Persekutuan Tanah Melayu) nak cuba diletakkan secara langsung di bawah tadbir British dengan bertuankan Maharani kerajaan Bretain. Namun tekanan yang terjadi hasil dari tersatunya orang Melayu yang masih terbahagi kepada rakyat negeri negeri berasingan telah membuatkan mereka berfikir semula dan membatalkannya lalu menubuhkan (Persekutuan Tanah Melayu) atau Malaya. Gerakan kesatuan Melayu yang sudah berarus terus terjadi dan mengukuh sehingga 1957. Hasil dari rundingan rundingan kemerdekaan telah dianugerahkan. 

Proses ini tidak dapat mengeluarkan negeri negeri selat kecuali Singapura. Namun gerakan untuk memerdekakan bumi ini terus berlaku jua di Sabah dan Sarawak yang telah kemudiannya diletak syarat untuk menjadi sebahagian dari Malaya yang terpaksa ditukar namanya menjadi Malaysia. Proses yang selesai pada tahun 1963 itu telah ikut merangkumkan Singapura sekali. Itu syaratnya. 

Maka bermulalah satu pergolakan yang menghasilkan ketegangan yang berlaku dalam diam kerana api perkauman sudah mula bertiup atau ditiupkan. Apinya membakar dalam sekam secara berterusan sampai Singapura terpaksa disingkirkan keluar dari gagasan Malaysia dalam tahun 1965. Namun apinya masih semarak dan membakar dengan unggunannya masih ditinggalkan membara dan merebak (malahan hingga kini).  Pembakaran api perkauman oleh pihak tertentu itu mendorong keputusan pilihan raya 1969 dimana telah terjadi sepakat dan sekata dalam kalangan kaum tertentu walau pun kaum lain masih lalai dalam selesanya. 

Keputusan 74 kerusi parlimen dimenangi Perikatan (parti memerintah) dan 70 kerusi dimenangi oleh lain2 termasuk Pas yang telah menguasai Kelantan dan Terengganu serta beberapa kerusi di utara. Sabah dan Serawak juga ikut terbahagi bahagi. Parti Perikatan masih memegang mejoriti tetapi beberapa kumpulan parti lain yang belum bergabung merasakan mereka boleh berhimpun dan bergabung sambil menarik beberapa orang wakil yang menang atas tiket Perikatan untuk menyertai mereka untuk menubuhkan kerajaan gantian. 

Keadaan ini telah menimbulkan keseronokan melampau dan perayaan perayaan telah bersemarak sehingga menghina dan memalukan pihak pihak tertentu dengan kata kata serta perlakuan tidak terkawal dan tertapis. Malahan keterlanjuran keterlanjuran telah tidak dapat dikawal lagi walau pun pihak penguat kuasa keamanan (polis) cuba mencampuri. Keadaan yang sudah terlalu kucar kacir memaksa penyerahan kepada kawalan tentera. Mujurlah keputusan itu cepat dan tidak sempatlah para pendekar jihad dari merata cerok rantau mara ke bandar bandar yang menjadi pusat kucar kacir itu walau pun beberapa kelompok telah berjaya bolos dalam fantasi keghaiban tersendiri. 

Pada menjawab persoalan adakah "rahsia tersembunyi" hamba ingin mendorong kajian kepada pendedahan ringkas ini sahaja. Banyak benda yang memerlukan huraian tetapi memang sengaja hamba sematkan dalam lipat lipat tersirat untuk mengelak daripada menyengat emosi sesiapa atau membakar semangat mana mana pihak. Demikianlah pembicaraan bahasa berbudi pilihan hamba. Kita carilah penyelesaian dengan cara jangan mengungkit sehingga menimbulkan debat yang kelak boleh mengguris rasa atau meleret kepada tekan menekan yang boleh mendorong kepada amarah yang nantinya menggamit cabar mengundang balas. Demikian itu bukanlah cara mencari penyelesaian; malahan menambahkan hangatnya sengketa.

Persoalan ini akan hamba lanjutkan jika dirasakan masih ada keperluan yang masih tidak akan gelincir dari landasan budi bijaksana. Sementara itu hamba memohon izin untuk masuk mengulas bicara dalam perkara soalan soalan (2) hingga (6) kemudian kelak kerana sekarang sudah masuk waktu zohor. Inshaallah.

2)tragedi AUKU mahasiswa pada era 70-an.ketika anwar ibrahim memimpin ABIM ketika itu.apa penyebabnya??

3)malays dilemma hasil penulisan mantan pm kita iaitu tun mahathir muhammad.apa isi pendapat dalam buku tersebut??

4)isu pengasas UMNO iaitu dato onn jaafar keluar dari umno.kenapa beliau membuat keputusan keluar dan membuat parti baharu??

5)PKMM. . .bila kita kaji selidik balik ,ramai orang melayu menyertainya dan parti yg bergabung dengan mereka iaitu angkatan pemuda insaf (API) dan angkatan wanita sedar (AWAS)??sedangkan dalam parti tersebut majoritinya belia muda melayu.

6)benarkah kesatuan melayu muda (KMM) berpaling tadah kepada pihak jepun setelah pencerobohan malaya brlaku??

para sahabat dan pejuang muda sekalian.disini saya ingin jawapan pendapat dan pencerahan dari kamu semua.kalau nak copy paste pn x apa.ini kerana saya masih tiada jawapan bagi teka teki ini.

*anak muda buta sejarah :-)

— bersama Kai Al-Waled dan 19 yang lain.

Jumaat, 10 Ogos 2012

CATATAN LAMA YANG BARANGKALI MENARIK UNTUK DIBACA SEMULA.

Tulisan lama ini barangkali berguna untuk menjadi panduan bagi orang awam dalam merumuskan fahaman sendiri. Semuga ada maklumat tambahan yang berguna untuk kita ketahui dalam membuat kesimpulan dan penilaian kita sendiri kelak.  Wallahuakllam  .....

 

Ahad, 27 September 2009


PEMBURU PERKASA SEDANG MENCIPTA JALAN KE PUNCAK

Hamba memang tahu apa yang diburu oleh Anuar kerana dia sendiri yang beritahi kepada hamba di sebuah asrama USM dalam tahun 1981 dahulu. Ada 5 orang dalam bilik di asrama itu pada malam itu termasuk dia dan hamba sendiri. Yang dia mahu adalah:

1. Pangkat dan kedudukan.
2. Kuasa. - (Tetapi kita mesti sampai ke puncak.)
3. Wang yang banyak yang tak boleh habis.

Dengan cara menyondol melalui kakak ipar Tun M beliau dah dapat semuanya kecuali penghujung bagi keperluan kedua iaitu mesti sampai ke puncak. Hamba ingatkan dah cukuplah apabila Dato Murad dah buat pengistiharan bersumpah bahawa beliau sendiri pernah mengaturkan simpanan wang sebanyak RM:13 + B untuk Anuar diluar bank bank negara terutama di bank bank di Swizland. Tetapi rupanya untuk sampai ke puncak itu masih diburunya.

Pada masa itu beliau menggariskan cara mencapainya ada 3 cara iaitu:

1. Evolusi - Dah dilaksanakan melalui ABIM selaku presidennya.
2. Revolusi - Merbahaya, katanya, dan mungkin tidak akan tercapai langsung kalau tertangkap dsb. Malahan mungkin terbunuh pun.
3. Menyusup masuk melalui saluran kuasa sedia ada. Tetapi kita mesti sampai ke puncak, dengan apa cara sekali pun.

Rupa rupanya untuk sampai ke puncak dengan apa cara sekali pun itu sampai hari ini masih di buru oleh Anuar. Cara cara yang digunakan hari ini cukup cukup membimbangkan. Cara 1 dan cara 3 dah dilaksanakan. Sekarang ini harapan cuma dengan cara 2 Revolusi sahaja lagi.

Dalam tahun 1996 dahulu seorang sahabat rapat beliau yang berjuang disampingnya untuk menjatuhkan Tun M pernah berkata:
"Tak apalah asal dapat kat kita"

setelah hamba katakan cara cara yang sedang dilaksanakan pada masa itu boleh memberi implikasi

"yang rugi ialah bangsa kita
- yang rusak ialah negara kita
- yang musnah ialah masa depan anak cucu kita"

Pada masa itu hamba menerima jawapan daripada seorang rakan perjuangannya. Tetapi hari ini kita semua boleh melihatnya sendiri dengan nyata apa yang sedang dilaksanakan oleh Anuar. Kita dapat menonton sendiri beliau menggalakkan pergeseran ethnik di Malaysia dengan antara lain mengatakan (sekadar menyebut beberapa perkara yang terbit dari mulut beliau sendiri):

1. Malaysia ini bukan Melayu punya dalam satu perjumpaan disebuah restoran di Kelang.
2. Menyokong tuntutan IFC.
3. Bersetuju dengan penggunaan perkataan Allah 
oleh ugama lain.
4. Menyokong tuntutan Hindraf sambil mengutuk 
Negara dan Pimpinan Negara di India.
5. Bersekongkol dengan tokoh2 Zionis diluar negara 
untuk secara saikologinya menyerang dan merusakkan nama baik bangsa dan negara.

Senarai ini adalah sekadar menyebut beberapa perkara secara spontan. Ini tidak termasuk perkara2 yang kita faham berlaku dengan dorongan serta restu beliau melalui PR, PKR, DAP dan PAS.

SEMUA ORANG DAH TAHU DAH.

Mutakhir kita digegarkan pula dengan pertemuannya dengan Al Gore

 Bukankah ungkapan ini seperti merendahkan kemuliaan mahkamah di Malaysia? Satu percubaan untuk memperlihatkan seolah olah mahkamah di Malaysia ini begitu mudah digunakan oleh kerajaan untuk tujuan politik. Para hakim atau yang terlibat dan tahu sesungguhnya tak nak bercakap ke? Lagi parah kerana satu lagi kes yang dikatakan sebagai "Twice, now," itu masih lagi belum dibicarakan kerana terleret oleh bermacam helah. Ertinya masih lagi dalam kostodi mahkamah. Kenapa ada orang (orang luar pula tu) telah cuba buat kesimpulan. Padahal kalau ada pemimpin kerajaan cuba bercakap begitu kita tentu akan boleh tengok betapa marahnya berbagai pihak termasuk NGO tertentu. 
 
Pada masa Bush berkuasa dan menyerang Iraq kita tak pernah dengar pun Al Gore mengkritik Bush. Tiba tiba Anuar membohongi kita dengan mengatakan Al gore mewakili suara menentang Bush. Neo Con kan tu. Kalau sekarang nak kritik pun apa makna lagi dah. Iraq dan hancur dan Bush pun dah tak ada kuasa lagi dah.
Tak payah nak muka muka la. Orang dah puas dah tengok wayang lakunan atas darat tu.
SEMUA ORANG DAH TAHU DAH.

Satu lagi mengenai Chairul Tandjung tu rupanya teman Anuar juga dia. Itu belum masuk lain2 lagi. Patutlah akhir2 ni sibuk sangat Indonesia dok meracau mengganggu ketenteraman Malaysia.

SEMUA ORANG DAH TAHU DAH.


Yang dulu pun rupanya kerja liwat itu dipercayai oleh para hakim sebagai berlaku.

Maka bagi hamba segalanya dah jelaslah sudah
sekarang ini, mengapa:

Pemimpin dihina dengan berbagai fitnah bertalu.
Mahkamah dipersenda dari dalam dan luar.
Raja Raja juga digugat.

CIPTA ISU SECARA BERTALU TALU TANPA KESUDAHAN RAKYAT MENJADI GELISAH, MARAH DAN BENCIKAN SEMUA PIHAK 
HUBUNGAN ANTARA KAUM BERTAMBAH TEGANG 
DAN AKHIRNYA 

REVOLUSI
DAN 
TUKAR SISTEM 

SAHABAT SAHABAT DILUAR SUDAH BERSEDIA DAN BERTAMBAH BERANI KINI
 
Sebabnya ada orang nak ke puncak
Ingatkan masih lagi sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan
Tetapi rupanya dah sampai nak tukar sistem kepada Sistem Republik
Nak jadi

P R E S I D E N ?

3 ulasan:

  1. Arif OmarSep 26, 2009 09:52 PM
    hakim tun hamid katakan mana-mana hakim seluroh dunia yang bicarakan kes ini tidak akan dapat nafikan bahawa dsai adalah seorang pengamal homoseksual. cuma pada tarikh yang dituduh sahaja ia tak buat. beliau dibebaskan bukan tidak bersalah cuma kekurangan bukti untuk sabitan. itu sahaja.
    BalasPadam
  2. amirhamzah64/ 64أمير حمزهSep 27, 2009 03:29 AM
    Salam pakcik,

    Walaupun cita-cita untuk sampai ke puncak bukan setakat menjadi Perdana Menteri malah menggulingkan Raja-Raja Melayu untuk menjadi Presiden Malaysia yang pertama, tetapi Anwar lupa bahawa dalam politik ini 'SEGALANYA MUNGKIN'. Dia merancang tetapi jangan sesekali lupa perancangan Allah.
    BalasPadam
  3. Che Leh JangokOct 9, 2009 01:47 PM
    Sdr. Arif, TK atas maklumat tambahan. Hamba belum jumpa maklumat itu.

    Sdr. Amir, Setuju dengan peringatan Sdr. Wamakaruwamakarullah. Tetapi tanggung jawab kita untuk secara bijaksana memikul amanah menyampaikan tetap tanpa hujung. Semuga direstuiNya.
    BalasPadam

Rabu, 30 Mei 2012

LEBUH RAYA KOTA BHARU - KUALA KRAI.


Posting ini hamba jumpa dan kutip dari fb seperti tertera. Hamba rasa perbincangan akan lebih menarik kalau di laman blog. Kerana itu hamba salin dan turunkan semula di sini. Menarik bagi hamba kerana kita tidak pernah dengar satu kajian tapak dan laluan berlaku. Maka tidak pernah kita dengar juga ada rundingan dengan tuan tuan empunya tanah tanah milik yang terlibat dalam laluan leboh raya itu. Kalau benar ini adalah satu hikayat tercipta untuk menghadapi musim pilihanraya maka banyaklah lagi olahan yang mungkin akan menuruti hikayat ini. Maka itu marilah kita sama sama mencatatkan satu perbincangan yang lebih berbentuk kekal dan mudah dirujuk kembali apabila masanya tiba kelak. Inshaallah.
Aktivis Umno Pekan Naka and 5 rakan lain were tagged in Bam Bam Bigelow's gambar. — bersama Ki Helmy.
 
ANTARA REALITI DAN HIPOKRASI Pada 28 Mei yang baru lalu, berlakulah upacara pecah tanah gilang gemilang yang dilakukan Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat tanda bermulanya pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Baru-Kuala Kerai. Dan yang lebih menariknya, pembinaan lebuhraya ini adalah atas WAKAF yakni melalui derma orang ramai. Alhamdulillah, konsep WAKAF sudah berjaya dikembangkan oleh kerajaan PAS Kelantan untuk membina sebuah lebuhraya bagi keperluan rakyatnya. Sememangnya itu adalah sesuatu yang amat membanggakan. Namun, sebelum kita bercerita lebih lanjut lagi tentang projek lebuhraya tersebut, marilah kita sama-sama fikirkan kenyataan yang telah dibuat oleh LIM Guan Eng yang mempertikaikan kos pembinaan Lebuhraya Banting -Taiping pada 29 Januari, 2012 yang lalu. Lim Guan Eng telah mempersoalkan kos lebuhraya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah “dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km.” Untuk melihat kenyataan penuh beliau, sila layari link dibawah:- http://www.themalaysianinsider.com/litee/print/bahasa/dap-tuntut-penjelasan-pm-bagaimana-lebuhraya-rm7-bilion-akan-memberi-rakyat-manfaat/ Di sinilah pertikaian terhadap kos pembinaan Lebuhraya Kota Baru -Kuala Krai itu bermula. Difahamkan kos keseluruhan pembinaan lebuhraya tersebut berjumlah RM 1.8 billion bagi kepanjangan 73 kilometer yang akan bermula di seksyen III dari Bukit Tiu, Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai merentasi Hutan Lipur Bukit Bakau. Untuk maklumat lanjut berkenaan projek tersebut, sila layari link-link dibawah:- 1) http://www.harakahdaily.my/lebuh-raya-tunjuk-jalan-keluar-buat-umno-kelantan 2) http://paspb2.blogspot.com/2012/05/tahniah-lebuhraya-kota-bharu-kuala-krai.html?m=1 Ironinya, jika Lim Guan Eng yang kredibilitinya diiktiraf sama seperti Klalifah Umar Bin Abdul Aziz oleh totok-totok PAS telah mempertikaikan kos pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping berdasarkan harga sekilometer dan dibandingkan pula dengan kos pembinaan per kilometer di India, adakah Nik Aziz mengetahui berapakah kos pembinaan per kilometer Lebuhraya Kota Baru-Kuala Krai tersebut? Wahai Nik Aziz yang dimuliakan. Tidaklah sukar bagi anda untuk mendapatkan sebuah mesin kira jenama CASIO keluaran syarikat Jepun yang dibuat di Malaysia. Dan jika produk buatan Malaysia tersebut boleh menyebabkan iman anda goyah kerana bimbang kezuhudan anda berkurangan kerana CASIO adalah jenama terkemuka dan mewah, tentu tidak sulit bagi anda untuk meminta tukang cuci lantai di pejabat anda mewakafkan sebuah mesin kira jenama AURORA buatan Taiwan yang tentunya lebih murah harganya berbanding jenama CASIO keluaran tempatan yang mana kerajaannya telah anda kafirkan melalui amanat Haji Hadi Awang lantaran berkongsi kuasa dengan orang kafir untuk memerintah Malaysia suatu waktu dahulu. Kita lupakanlah amanat Haji Hadi tu. Orang tua selalu berpesan barang lama usah dikenang walaupun sakitnya hati bila dikafirkan masih dirasai orang-orang UMNO. Kita berbalik semula pada perkara pokok ye Nik Aziz ye. :P Sudahkah mesin kira jenama AURORA yang diwakafkan oleh tukang cuci lantai pejabat anda tu ada di tangan anda sekarang ni? Sudah? Bagus Tok Guru. Sekarang cuba anda tekan nombor yang ada di mesin kira tu ikut turutan 1,800,000,000 (1.8 billion) yakni kos lebuhraya tersebut DAN bahagikan dengan 73 yakni panjang lebuhraya tu. Berapakah hasilnya yang anda dapat wahai Nik Aziz yang dimuliakan? Cuba pula anda lihat screen mesin kira jenama AURORA buatan Taiwan yang diwakafkan oleh pencuci lantai pejabat anda tu. Mesti terpapar angka 24,657,534.2465753 disitu. Untuk lebih mudah, kita singkatkan angka tersebut jadi 24.66 juta. Wahai Nik Aziz yang dimuliakan. ITULAH KOS SEBENAR pembinaan Lebuhraya Kota Baru-Kuala Krai bagi 1 kilometer yang sedang anda dan kerajaan anda usahakan sekarang ini. Ternyata kos tersebut lebih tinggi sebanyak RM 2.36 juta jika dibandingkan dengan kos pembinaan sekilometer Lebuhraya Banting-Taiping yang sedang dibina kerajaan UMNO-BN ketika ini. Malah jika mahu dibandingkan dengan kos membina lebuhraya sekilometer di India yang mana negara tersebut diperintah oleh kaum penyembah api, jelas lebuhraya yang sedang dibina kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh seorang ulama yang menduduki tempat ke-49 paling berpengaruh di dunia adalah jauh lebih mahal. Wahai Nik Aziz yang dimuliakan. Jika pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping tu, Lim Guan Eng yang anda dan jemaah anda iktiraf setara dengan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz tu mempertikaikan kewajaran kosnya dan isu itu dipolitikkan untuk memberi gambaran yang buruk terhadap kerajaan UMNO-BN yang dikatakan memakan wang rakyat disebalik pembinaan lebuhraya tersebut, apakah yang anda mahu katakan bila lebuhraya yang kerajaan anda sendiri bina melalui sedekah jariah orang ramai yang disifatkan sebagai WAKAF itu sebenarnya jauh lebih tinggi lagi? Bukankah sepatutnya harganya lebih rendah dari harga lebuhraya yang dibina oleh kerajaan yang pernah jemaah anda kafirkan melalui amanat Haji Hadi atau sekurang-kurangnya sama dengan harga lebuhraya yang dibina oleh kerajaan India yang mana kita tahu negara India diperintah golongan penyembah api? Wahai Nik Aziz yang dimuliakan. Adakah pertikaian yang klon Khalifah Umar Bin Abdul Aziz aka Lim Guan Eng itu timbulkan TIDAK membuktikan kepada anda dan jemaah anda bahawa lebuhraya menuju ke syurga di India, negara dimana anda belajar memutar belitkan ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis Nabi itu sebenarnya jauh lebih murah jika mahu dibandingkan dengan lebuhraya menuju ke syurga yang anda dan kerajaan anda sedang usahakan ketika ini dengan hasil derma orang ramai? © Bam Bam Bigelow

Hamba tidak berniat untuk melebarkan pandangan hamba sendiri pada peringkat ini walau pun memang ada banyak persoalan yang ingin hamba bentang untuk menarik perbincangan bersama. Buat masa kini ingin rasanya hamba membuka ruang yang lebih lebar kepada pandangan sahabat sahabat yang berminat serta tambahan maklumat maklumat baru yang tentunya masih banyak.

Isnin, 21 Mei 2012

Payahkah nak jadi ahli UMNO ?

Berikut ini adalah satu rungutan yang sempat hamba salinan dari inbox di face book. Hamba tidak berniat untuk membuat sebarang komen atau ulasan, malahan tidak perlu pun barangkali. Siapa siapa sahaja boleh baca dan faham sendiri. Kalau tak sempat baca teliti pun bolehlah dibaca langkau langkau dan seterusnya buatlah fahaman sendiri. Benarkah ini berlaku ? 

Tidakkah kita perlukan satu kaedah yang mudah ? On line atau sebagainya ? Barangkali sahabat sahabat di ibu pejabat atau ada hubungan ke sana boleh fikirkan cadangan cadangan untuk dikemukakan bagi mendapat pertimbangan. 

Berikut ini bacalah:

Menjadi ahli PAs semudah buka kulit KACANG. menjadi ahli UMNO sesukar mengupas Kulit KELUBI (berduri dan masam)

            saya mahu kongsikan 1 report dari pendang.kisah benar 20 mei 2012. seorg pemuda pendang tlh hadir ke pej umno pndng utk jadi ahli, kmudian dia diberitahu tiada borang ahli umno . dia diminta jumpa tok penghulu atau jkk tanpa memberikan apa yg harus dilakukan olehnya..bagaimana dan dimana utk bertindak. sedang saudara itu tlh menyatakan akan kesukarannya ,mengambil cuti plg ke kg halamannya hanya 1hari, dan semata2 mahu bergerak bersama ahli pemuda. hnya mahu mjadi ahli.  sewaktu hadir, jiwanya penuh dgn bangga kala tiap langkahnya menaiki tangga pejabat. tapi apabila diberitahu oleh kerani pej umno pdg kesukaran utk dia mjadi ahli,dan acuh tak acuh saja dari kerani bertugas, maka dia turun dgn langkah yg kecewa. maka pada hemah saya, saudara itu bukanlah sesiapa hingga dibiar lepas begitu saja. mungkin umno pndng begitu bangga hingga terasa seorg yg terlepas 10 yg dtg. ia tidaklah begitu...tiap ahli yag dtg , tak kiralah siapa dan dari mana, jika dtgnya bawa hajat besar patutlah dilayan dgn bijak dan dgn memberikan yakin kpdnya utk merasa dia adalah ptg kpd bangsa negara jika berada dlm juang kelompok yg ramai... sepatutnya hemat saya yg agak lama berada di dlm anggatan ahli, siapa saja yg dtg dgn hajat mjadi ahli maka setidaknya kita bantu dia utk bertindak..apalah salahnya jika saudara itu yg tidak kenal akan penghulu atau jkk nya diberi ruang mudah cara yg berbeza. krn utk dia mgambil kputusan dtg ke pej itupun mungkin bukannya mudah.. knp tidak diambil pengenalanya, dan jika ada borang yg sepatutnya ada, dia mengisinya dan menandatangaininya. jika jkk atau penghulu atau bgn cawangan ke pej, apa salahnya pengesahan dibuat dan saudara itu telahpun di sahkan jadi ahli. mengapa yg mudah perlu disukarkan. perkara seperti ini telah banyak dipraktikkan ditempat saya. yg dtg utk jadi ahli, tidakpun kenal akan penghulu, jkk atau cawangannya...(tapi kita beri borang utk di isi bersama pengenalannya..dan disahkan kemudian tanpa berjumpa, bersusah payah jumpa sesiapa. kerna kita harus hargai niat sesiapapun yg hadir itu..dan sama ada jkk atau cawangan mahu terima atau tidak perkara berbeza.. saya sendiri ketika menjadi ahli pun tidak pun mengisi borang, hanya hanyakan hasrat kemudian saya mendapat kad beberapa waktu kemudian. begitu mudah dan senang. ...kisah ini tidak berakhir disini...apabila kita diharga, UMNO juga akan dihargai.!. pemuda tersebut kmudian plg dgn kecewa krn dia sendiripun sangat jarang plg kg dan blm pernah mengundi dan telah baru mjadi pemilih... padanya ktk itu, tak payahlah jadi ahli pun!! berdekatan dgn rumahnya (dlm perjln plg rumah) terdapat begitu ramai ahli PAS berkumpul di markas PAS pendang kerna semlm dato syeik fadhil (bekas men penerangan )akan dtg ceramah pd ptg dan mlmnya,. keramaian itu menyebabkan saudara tadi perlahankan kenderaan dan akhirnya berhenti untuk merasai akan keramaian itu... dan disapa sana sini, salam salaman dihulur belakang depan, kiri kanan oleh ahli2 PAS<,...dalm hanya kurang 10 minit ,oleh  ahli2 PAS yg sedang buat psediaan menerima dato syeik fadhil, mereka hulurkan borang speed utk di isi menjadi ahli kpd pemuda ini. dan tanpa perlu menunggu lama pada waktu itu juga pemuda itu akan disahkan jadi ahli sekiranya tandatangani borang dan memberi butiran ic. sesenang membuka kacang saja untuk jadi AHLI PAS.... tapi pemuda tersebut wlp kecewa dgn UMNO pendang, minta berfikir dan beredar dari markas PAs itu....cuba kita lihat bagaimanakan pihak pembangkang bekerja!! mereka bekerja kuat utk cari ahli dan pengaruh!! bagaimana kita UMNO!!! yg dtg pun mahu dilepaskan. memamngnya kita ada prosedur utk jadi ahli. tapi blh dipermudahkan oleh kita sendiri..kerna kita yg bekerja dan kita masih tetap telus dan jujur dgn mpermudahkan cara!!! cawangan, jkk patutnya giat mcari ahli...dan bukan mgikut cara lama..yg mahu jadi ahli hulur sana hulur sini...< kisah dari sahabat yg pergi ke pej umno pendang semlm, 20.mei.2012 tapi tidak dilayan dgn baik.....beginikah jika BN mahu menang. satu yg dtg dilepas begitu saja. 

 

Ahad, 29 April 2012

REVOLUSI DALAM PERANCANGAN.


Kerana nyata palsunya dia, dan berulangan pembohongannya maka kita telah dapat melihat deretan sahabat sahabat yang dahulunya seiringan telah dengan terang terangan meninggalkan dia. Itulah bukti paling nyata dan jelas. Maka jelas jugalah bahawa jalan untuk dia dapat menduduki kerusi paling tinggi negara (Perdana Menteri atau Presiden) itu sudah menjadi semakin ketara sukarnya. 


Menerima hakikat kepayahan itu dia pastilah tetap kejat berpegang  kepada kerangka pelan besarnya seperti telah beberapa kali penulis bentangkan: Seperti yang diceritakan kepada penulis pada 30hb Nov 1981 dahulu dia percaya kepada tiga kaedah untuk menukar/mencapai kuasa iaitu: 1. Evolusi. 2. Revolusi dan 3. Menyusup melalui saluran kuasa sedia ada (tetapi kita tetap kena sampai ke puncak - dengan apa cara jua pun) 


Ketika itu dia masih presiden ABIM dan telah pun melaksanakan proses kaedah ( 1 ) itu melalui ABIM. Banyak masa sudah habis dan mungkin tidak akan tercapai langsung kerana prosesnya terlalu lambat dan tidak menentu. Pada masa itu dia telah seterusnya menyatakan bahawa dia juga tidak begitu yakin dengan kaedah ( 2 ) iaitu Revolusi kerana katanya adalah merbahaya dan mungkin  terbunuh, tertangkap, terpenjara dan sebagainya. Lantaran itu dia menyatakan cara ( 3 ) iaitu menyusup masuk melalui saluran kuasa sedia ada itu adalah cara terbaik. 

Rupanya dia sudah  pun melaksanakan kerja kerja asas dan beberapa bulan kemudian dia telah diterima dalam kerajaan yang memerintah dangan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan diberikan mandat khas untuk menangani gerakan tertentu. Namun khabarnya dia tidak berpuas hati kerana dia mahukan jawatan Menteri Kebinet. Atas desakan itu dia telah dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 


Episod baru itu telah melihat dia meningkat pantas dibawah perhatian istimewa Ketua Kabinet pada masa itu yang mengharapkan dia menjalankan tugas tugas khas proses transformasi sosial berteraskan ajaran Islam dan menyediakan barisan pemimpin masa depan yang menjiwai hasrat itu. Proses yang dilaksanak dengan gah dan rakus itu rupanya memakan hati ramai pemimpin sedia ada. Dan rupanya setelah beberapa kali pelapis kedua berjaya ditumbangkan ketua kebinet juga ikut menjadi sasaran kerana itulah matlamat akhir dia. 


Namun betapa pun manusia itu merancang, rancangan Allah yang masih sayangkan bumi bertuah, umat keramat di semenanjung emas di hujung lidah tanah yang sentiasa dijagai para aulia dan keturunan rasulullah saw masih tetap ada. Dengan kehendak Allah dia tetap juga gagal pada tahap terakhir itu. Pada tahap mana pun dia gagal, dia tetap gagal dan dia telah gagal melalui dua proses yang dia percaya. Maka pada hari ini dia tidak punyai cara lain selain cara ( 2 ) iaitu Revolusi. 

REVOLUSI: 
ITULAH YANG CUBA DICETUSKAN KINI DENGAN GERAK AWAL DI DATARAN MERDEKA SEMALAM.

Penulis percaya pihak pihak berkuasa sedang mengawasi arus yang sedang diolakkan itu. Namun adakah rakyat jelata dan anak anak muda termasuk para mahasiswa menyedari dan faham isi hati yang mendapat restu besar kalangan pemimpin besar yahudi itu. Kajilah dan fahamlah. Kita ada tanggong jawab dan tanggong jawab itu adalah kerana Allah SWT. 

Nasruminallah wafathum qarib wabassirilmukminin.
Inshaallah.

Jumaat, 27 April 2012

MENCARI MINDA YANG BERSIH.

BERDASAR KEPADA REKOD REKOD YANG NYATA; 

MARILAH KITA SEMUA BERTANYA:

 

AMBIGA ITU SIAPA SEBENARNYA ???

 

DARI KELOMPOK MANA TERBITNYA DIA ITU ??? 

 

SEMUGA KITA MENJADI LEBIH HAMPIR DENGAN KEBENARAN YANG HAK.

Ahad, 12 Februari 2012

HARIMAU NASRUM DI PEDANG ZULFIKAR.

 HAMBA SERONOK MENDENGAR PERAKUAN DARI US: KAZIM MENGENAI PENGASINGAN AKAUN DARI KUTIPAN AKTIVITI YANG HARAM DENGAN AKTIVITI YANG HALAL DARI SEGI HUKUM HUKUM ISLAM. 
BARANGKALI RUANG UNTUK MENJADI PENASIHAT TERHORMAT ITU SENTIASA TERBUKA BAGI ILMUAN YANG IKHLAS DAN BEBAS DARI MENCARI KESEMPATAN. RUANG ITU BARANGKALI TETAP TERBUKA LUAS SELAGI BADAN TUBUHNYA TIDAK MENJADI PENGHALANG KEPADA CITA CITA PARA PESAING YANG SENTIASA MEMBURU CITA CITA SENDIRI.

KITA SUDAH PERNAH MELIHAT RAMAI TOKOH DAN ILMUAN UGAMA YANG DITARIK DARI BERBAGAI KEDUDUKAN DAN DIBERIKAN TEMPAT SERTA KESEMPATAN ISTIMEWA OLEH PIHAK YANG BERKUASA. NAMUN AKHIRNYA KITA JUGA MENJADI TERDIAM MELIHAT PEMINGGIRAN ATAU KEJATUHANNYA.

KENAPA ??? MENGIKUT PENGALAMAN HAMBA SENDIRI YANG KEBETULAN ADA PERTEMBUNGAN DENGAN BEBERAPA ORANG TERLIBAT DAN MEMERHATI BEBERAPA ORANG YANG LAIN DENGAN PENOH MINAT ANALISA: JAWAPAN YANG INGIN HAMBA UNGKAPKAN IALAH: "POLITIKING ITU BUKAN KERJA MEREKA".

DEMIKIANLAH RUPANYA SISTEM YANG ADA DAN KITA SUDAH TERPERAP DALAM PERANGKAPNYA. RAMAI YANG TIDAK RELA TERPERAP DISITU. NAMUN MASING MASING TINGGAL SENDIRIAN DAN TIDAK TERPINTAL MENJADI SEUTAS TALI YANG BESAR DAN KUAT SEHINGGA MAMPU MEMBERI KESAN. 
KITA JUGA FAHAM DENGAN TUNTUTAN KESETIAAN DAN KEPATUHAN BUDAYA BERBAHASA MASYARAKAT BERBUDI INSAN BERIMAN.  NAMUN DENGAN MENGGUNAKAN KEBIJAKSANAAN BUDI BAHASA JIWA BERIMAN TENTULAH MASIH PANDAI KITA MENCARI CARA (MALAH MENCIPTANYA) UNTUK MEMBERI KESAN SECARA LUNAK DAN AMAN.  TERIMA KASIH KEPADA CONTOH YANG TELAH BERJAYA DISERLAH UMUMKAN OLEH US: KAZIM. 
SESUNGGUHNYA KEBAIKAN SEDIMIKIAN BIASA BERLAKU DARI SEMASA KESEMASA; CUMA TIDAK SERLAH DAN NYATA KEPADA UMUM. KESAH YANG DICERITAKAN OLEH US: KAZIM INI BERKEBETULAN PULA DENGAN KEHANGATAN KUCAH ARUS POLITIK SEDANG MELANDA DAN YANG BANYAK KALI HAMBA CATATKAN DI MUKA BUKU SEBAGAI ARUS KE3. 
SEMUGA ARUS KE3 YANG TERGAMBAR PADA HAMBA KINI ADALAH BENAR DATANGNYA DARI PERTOLONGAN TUHAN UNTUK MENYELAMATKAN UMAT MELAYU DIBUMI BERTUAH INI. SEMUGA ARUS KE3 AKAN MENGAUM SEBAGAI HARIMAU NASRUM SEPERTI GERAK DARI PEDANG ZULFIKAR DAN MENGUBAH SEGALA KEADAAN. 
INSHAALLAH.

Selasa, 7 Februari 2012

TRANSFORMASI POLITIK NEGARA.

DAH AGAK LAMA TAK MENULIS SERIUS. NAMUN MALAM INI SETELAH MEMBACA SEBUAH CATATAN YANG MENARIK DENGAN TAJUK YANG PROVOKATIF HAMBA MENJADI TIDAK SEDAR RUPANYA REAKSI SEJURING DARI CETUSAN RASA YANG BERJAYA DIDOMBAKAN HAMBA TELAH CELOTEH AGAK TERPANJANG SIKIT. KERANA MAKSUD DARI CATATAN ITU JAUH DAN AGAK KEKAL PENTINGNYA MAKA HAMBA RASAKAN RUGILAH KALAU CATATAN ITU HILANG TERSELIT DICELAH CATATAN CATATAN YANG BANYAK DISITU. MAKA HAMBA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENERBITKANNYA SEMULA DI SINI. TULISAN ASAL YANG TELAH BERJAYA MEMBUAT HAMBA MENULIS AGAK PANJANG DALAM TIDAK SEDAR ITU IALAH:
http://musramrakunman.blogspot.com/2012/02/seorang-bloger-otai-prokerajaan.html
(Bacalah tulisan asal ini dahulu)

SEMUGA KEJAYAAN CATATAN INI MEMBAWA HAMBA KEMBALI MENULIS AKAN MENCETUSKAN PERMULAAN SEMANGAT BARU YANG AKAN TUMBUH SEMULA. INSHAALLAH. (REAKSI SPONTAN YANG TELAH TERBIT DARI HAMBA ADALAH SEPERTI BERIKUT):

SAMBUNGLAH LAGI DAN LAGI SAHABAT KU DAN SAHABAT SAHABAT KU YANG LAIN YANG IKUT MERASAKAN KEPENTINGANNYA. NAMUN SATU SOALAN HAMBA NAK TANYA IALAH AUDIEN KITAN MELIPUTI SEMUA PERINGKAT ATAS, TENGAH DAN BAWAH ? MELIBATKAN PENGIKUT, PENYOKONG DAN PEMIMPIN YANG MENYEDARI KEDUDUKAN MEREKA JUGA BERUBAH UBAH MENGIKUT KEADAAN DAN SITUASI?

ADAKAH SARANAN KITA ITU SAMPAI KESASARAN YANG KITA HAJATKAN ATAU MENABUR PADA PERMUKAAN BUMI YANG DEKAT DENGAN AKARRAMBUTNYA. MAMPUKAN SARANAN SARANAN KITA ITU MEROBAH STRUKTUR AKAR DAN OSMOSIS HARIAN SEHINGGA DIRASAKAN OLEH BANIR DAN BATANG DAHAN ?

YANG NAK KITA FIKIRKAN KINI IALAH PERUBAHAN ITU. NAMPAKNYA KITA KENA PELBAGAIKAN CARA, PENDEKATAN DAN BAHAN SERTA RAMUAN. PELBAGAIKAN SKUAD DAN PLATOON MENGIKUT KEPERLUAN DAN KEPAKARAN. MAKSUDNYA PASTI KENA ADA PIRAMID DAN JUNJUNGAN DARI TAPAK YANG LEBAR ITU SAMPAI KE PUNCAK YANG TUNGGAL.

PERKARA INI DULU KENA DIFAHAMI OLEH PEHAK PIHAK YANG PATUT FAHAM. PIHAK YANG NANTINYA MENDAPAT HABUAN DARI KEJAYAANNYA / UNTUNGNYA SEHARUSNYA DILETAK PALING BERTANGGONG JAWAB. NAMUN ADAKAH MEREKA ITU TERFIKIR BEGITU.

MAKA BARANGKALI SIAPA YANG BERFIKIR BEGITU KENALAH MELONTARKAN PANDANGAN ATAU CADANGAN YANG SUDAH DIPERHALUSI SECARA MATA KE MATA. KAWAN KAWAN YANG MEMANG SEDIA ADA LINGKUNGAN SENDIRI MUNGKINLAH LAYAK UNTUK DUDUK DAN BERBINCANG SUPAYA CADANGAN ITU MENJADI LEBIH KEMAS DAN MENYELURUH.

ASAL SAHAJA KITA TIDAK LUPA BAHAWA PERUBAHAN YANG NAK KITA SARANKAN ITU ADALAH MENGENAI MINDA, FIKIRAN, PERASAAN DAN HAJAT HATI MANUSIA. IA TENTUNYA BUKAN SEMUDAH MENGGABUNG ANGKA ANGKA DAN MENDAPAT JAWAPANNYA.

IA KENA MELALUI PROSES SIDIQ, AMANAH, TABLIGH DAN FATONAH.

WALLAHUAKLLAM.

Khamis, 26 Januari 2012

KUASA KETIGA atau ARUS KETIGA ??


MEREKA NAMPAK SAPERTI SUDAH SELESA DENGAN PANGGILAN KUASA KETIGA. HAMBA LEBIH SELESA MENYEBUTNYA SEBAGAI ARUS (BUKAN GELOMBANG) KETIGA DENGAN MAKSUD SEBAGAI KUASA PENGERAK YANG TERSELINDUNG DAN MEMALUT TENAGA BAWAH SEDAR (SACRED).

MUGA MUGA ARUS ITU SUDAH TIBA DAN MERESAP MASUK DALAM DADA DADA RASA MEMBINA KEKUATAN TERSENDIRI SAMBIL MENCARI SELINAP (STRUKTUR) TERSENDIRI YANG RUMIT TERSIRAT DALAM IKAT BEBAT YANG SUKAR DIUNGKAP BACA.
 
"NASRUMINALLAH WAFATHUM QARIB WABASSIRIL MUKMININ" .  "APABILA SUDAH SAMPAI PERTOLONGAN DARI ALLAH; MAKA SUDAH HAMPIRLAH KEMENANGAN UNTUK ORANG ORANG MUKMIN".

INSHAALLAH.