Selasa, 28 Disember 2010

Samakah Anwar bin Ibrahim yang kita kenal hari ini - dengan Anwar yang pernah menjadi Presiden Abim dahulu ???

Sehari suntuk hari baharu kini mendapat peluang berlayar di maya. Buka sahaja hubungan fb terjumpa posting ini di dinding (wall). Hamba tak berfikir panjang terus terlintas untuk berkongsi dengan kawan kawan di blog. Posting awal ini dalam bentuk bahan asal dahulu. Kalau ada masa dan gerak rasa hamba akan teliti dan mencelah di mana dirasakan sesuai kemudian kelak. Inshaallah.

Ambodewa Pas ‎12 DALIL UCAPAN ANWAR YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM!

Sebarkan 12 dalil utama ucapan anwar yang ternyata bercanggah dengan kehendak islam.

12 Dalil kesalahan-kesalahan Anwar yang dikupas oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady adalah seperti berikut :

1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.
Anwar Ibrahim : Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.


Uthman El-Muhammady : Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

2. Persoalan Pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut; “Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan”(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

Uthman El-Muhammady : Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik ‘cahaya’ dan ‘lampu’ itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya.

3. Persoalan Konsep Agama Adalah Universal

Anwar Ibrahim : Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

Uthman El-Muhammady : Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.

4. Persoalan Pendapat Dante, Penyair Kristian abad ke-14

Anwar Ibrahim – Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan ‘Kuasa’ tetapi juga dengan ‘Akal’. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rush :

Uthman El-Muhammady : Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi ‘The Divine Comedy’, karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali rd ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, ‘Akal’ semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi juga bergantung kepada kepercayaan ‘Wahyu’ dan ‘Syariat’. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rush tidak bergantung kepada ‘Akal’ tetapi beriman kepada ‘Wahyu’ Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.

5. Persoalan Konsep Kebebasan Beragama VS Pluralisme Agama

Anwar Ibrahim : Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Uthman El-Muhammady : Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

6. Persoalan Firman Allah, ‘Tidak Ada Paksaan Dalam Agama’
Anwar Ibrahim : Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman ‘tidak ada paksaan dalam agama’, maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Uthman El-Muhammady :Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam.
Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam ‘freedom of conscience’ (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.


7. Persoalan Konsep Menuju Kepada Yang Satu

Anwar Ibrahim : Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

Uthman El-Muhammady : Dalam Islam konsep ‘Menuju Kepada Yang Satu’ perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.

8. Persoalan Semua Kepercayaan Agama Adalah Sama
Anwar Ibrahim : Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Uthman El-Muhammady : kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks Al Quran. Apabila diturunnya Al Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain (‘muhaiminan ‘alaih). Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.

9. Persoalan Perintah- Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims)

Anwar Ibrahim : Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.
Uthman El-Muhammady : Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai ‘wahyu’. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.

10. Persoalan Konsep Kebebasan

Anwar Ibrahim : kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.

Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-
jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Uthman El-Muhammady : Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara’: Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara’, maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara’ maka ia perlu dijauhi.

Sudah tentu bagi Muslimin, Syara’ mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara’ dan ijma’, itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannyahendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.


11. Persoalan Syariat Islam
Anwar Ibrahim : Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan ‘gendang purba’ itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.


Islam
Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama(Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).

Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang
ophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya.
Uthman El-Muhammady : Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara’ yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara’ berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma’, kerana terpengaruh dengan ‘penemuan-penemuan’ para pemikir, ini tidak dibolehkan.
12. Persoalan Jihad

Anwar Ibrahim : Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

Uthman El-Muhammady : Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.
rujukan : AIDC.

Sabtu, 25 Disember 2010

Kemanakah Arah Tuju Yang Sedang Kita Sasarkan ?

Syukur Alhamdulillah. Malaysia yang tertubuh 55 tahun yang lalu dengan penduduk berbilang ethnik dalam komposisi yang sedemikian rupa masih lagi mampu pertahankan keamanan dan kemakmuran. Malahan tambah berkembang dengan begitu menggalakkan sekali.

Ini sebenarnya adalah kejayaan yang cukup cemerlang kerana kalau dilihat pada mana mana pun negara di dunia ini yang penduduknya berbilang kaum dan bilangan kaum kaum itu semuanya agak ramai selalunya menghadapi berbagai cabaran serta tekanan. Perasaan tidak puas hati, dengki, cemburu, tamak bersangka sangka  semuanya tidak aman kerana dikatakan sebagai: Ada hasad dengki dan rasa tidak puas hati disatu pihak melawan tamak haloba rakus dan rasa tidak cukup. Namun di Malaysia cara hidup kaum kaum yang ada telah berjaya di atur dalam arus mencari dan membina keseimbangan yang cukup lunak. Semua kaum telah berjaya menghayati sikap toleransi yang tinggi dan hebat.
Perebutan kuasa yang tidak terkawal sehingga tiada yang kena tiada yang betul dan boleh diterima oleh semua pihak juga selalu menjadi ancaman dan menggugat ketenteraman bermasyarakat. Namun di Malaysia semua itu sudah dilunakkan melalui rumusan rumusan berhikmah seperti pakatan murni bermaksud perkongsian kuasa dan pembahagian kuasa yang telah dirangka dan dibentuk dengan berhikmah sekali.

Maka itulah Malaysia masih boleh bertahan dalam keadaan aman dan damai sehingga kini.

Namun apakah kita sudah bosan dengan keamanan dan kedamaian itu sehingga ruang ruang mempersoalkan perkara perkara yang sensitif sedang dengan enaknya kita buka ?

Sudah tidak mampu bertahan lagikah toleransi yang kita ada; dan tidak sudi lagikah toleransi hebat itu kita terus bina dan perkukuhkan ?

Sudah terlalu tidak mencukupikah apa yang kita ada dan dapat sehingga membuatkan kita semua tidak lagi rela melihat apa yang orang lain dapat dengan penuh persoalan dan rasa cemburu dan tidak puas hati ? 

Atau sebenarnya kita kini sedang didatangi oleh unsur lain yang diam diam mengajar kita (meracuni fikiran kita) supaya merombak dan membuka rahsia rahsia yang selama ini kita simpan dengan baik dalam peti hati dan sentiasa kita belai dengan rasa rela redha dan ikhlas itu ?


Maka segala struktur yang berhikmah yang sudah sekian lama menjadi keistimewaan yang hebat bagi kita itu sudah hendak kita rombakkan kini tanpa berfikir panjang lagi ? 

Sudah sampaikah masanya segala faktur kedamaian berhikmah yang sekian lama kita jaga itu kini mahu kita ungkit persoalkan ? 

Masa depan kita dan anak cucu kita adalah bergantung kepada keputusan kita sendiri kini. Kesimpulan kita akan membawa kita kearah bentuk bentuk tindak kita yang dengan sendirinya melahirkan hasilnya akan bagaimana. 

Semuga kita berfikir dengan cara lebih berhikmah dan menolak segala hasad dengki prasangka kerakusan dan tamak haloba. Semuga tiadalah anak cucu kita kelak yang akan menangisi hari mereka akibat dari tindakan kita yang tidak bijak hari ini. 

Inshaallah.

Selasa, 21 Disember 2010

Freemason-Illuminati - New World Order dan Jaringan intelektual

Tulisan ini adalah satu petikan dari:

http://qaiyum.net/2010/03/09/anwar-jaringan-cia-ned-jesuit-yahudi-freemason-illuminati-new-world-order/
http://www.anwaraidc.com/2010/03/anwar-jaringan-cianed-jesuit-yahudi-freemason-illuminati-new-world-order.html

Hamba menjadi berminat untuk mengutip tulisan ini untuk ditampal dalam laman ini kerana ia sebenarnya mempunyai fokus dan minat yang serupa iaitu mengenai ancaman yang dibawa oleh Anwar bin Ibrahim terhadap kelangsungan kuasa pemerintahan serta kedaulatan Malaysia di bawah sistem sedia ada. Hamba tidak akan merasa puas kalau tulisan ini tidak hamba kongsikan dengan kawan kawan. Jadi silakanlah:


Oleh Angela

Tulisan ini menyentuh berkenaan jaringan Anwar di peringkat antarabangsa, berhubung kait dengan CIA/NED, jaringan intelektual, Jesuit-Yahudi-Freemason-Illuminati- New World Order

Jaringan intelektual Al Faruqi tajaan CIA

Semasa saya belajar PhD di salah satu universiti tempatan, saya mendengar mengenai Al Faruqi dengan kegiatannya untuk “menegakkan” Islam, terutamanya melalui idea “clash of civilizations”. Al Faruqi berkata, kalau kita mahu menandingi tamadun barat, kita mesti mengatasi barat melalui nilai-nilai yang murni dan tinggi. Kata-kata itulah yang telah memberikan semangat kepada saya untuk mengkaji ilmu. Dan ilmu itu juga yang akhirnya telah mendedahkan kelemahan para cendikiawan dan pemikir Islam yang dibina oleh Al Faruqi di atas tajaan CIA dan musuh-musuh Islam.

Selepas itu saya tidak lagi terpengaruh dengan Al Faruqi dan para pengikutnya yang ada di Malaysia, termasuk Anwar Ibrahim. Al Faruqi dididik oleh mubaligh-mubaligh Nasrani sehingga diberikan keistimewaan di Amerika sebagai profesor. Anak-anak didik seperti inilah yang digunakan untuk memesongkan Islam. Sekarang segala-galanya sudah terbongkar. Dan pada masa itu Anwar sangat aktif, rupa-rupanya dia juga terjebak dengan kegiatan memesongkan Islam melalui saluran intelektual. Dan rancangan Barat itu hampir berjaya setelah mereka mampu meletakkan Anwar di samping Mahathir, sehingga Anwar menjadi TPM, dan pernah memangku jawatan PM.

Allah MAHA KAYA, rancangan untuk meletakkan Anwar sebagai PM tidak berhasil dan Mahathir pun akhirnya telah maklum akan siapa Anwar sebenarnya, walaupun pada satu ketika pernah meletakkan sepenuh harapan kepada Anwar. Allah telah selamatkan Malaysia.

Al Faruqi dibunuh kerana amalkan homoseksual
Joseph Louis Young stabbed Islamic scholars, Isma’il dan Lois al-Faruqi to death with a 15-inch knife in their Cheltenham Township home because he suspected them of having homosexual relationships with Malaysian students, according to a confession read at Young’s trial yesterday.

In the first day of testimony in Montgomery County Court, Philadelphia Police Detective Carol Keenan read an eight-page, typewritten confession signed by Young when he was arrested Jan. 16.

According to his confession, Young, also known as YusufAli, killed the Faruqis because he “found out that Dr. Faruqi and his wife were having homosexual relations with the Malaysian students.” Defense attorney Stephen G. Heckman said that as a child, Young, 40, of North Philadelphia, had been sexually molested by a man. Homosexuality is “a very degrading act for Muslims,” Young said in the confession.

Young’s statement said he was prompted to commit the slayings by Ghulam Nabi Fai, acting president of the Muslim Student Association, a national organization. According to the statement, Young said he and Nabi Fai were “very close friends…. He never came right out and said it, but I knew he wished Dr. Faruqi and his wife were dead by the way he joked about him (Isma’il al-Faruqi) and called him Big Bubba.”

By Amy S. Rosenberg, Inquirer Staff Writer. Philadelphia Inquirer, The (PA); Published: 1987-02-21

Anwar dikaderkan di Universiti Georgetown
Georgetown University is a Jesuit private university located in Georgetown, Washington, DC. Father John Carroll founded the school in 1789, though its roots extend back to 1634.
Georgetown University adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Kaitan Anwar adalah dengan Jesuit, dan dari sana Anwar menjalin hubungan dengan Zionist dan Mossad.

Very few people in Malaysia ever study Jesuitism, and the great majority of Malaysians have very little knowledge about Jesuits. There are about 25,000 Jesuits of the highest rank (vow) in the world, of which about 10% are in India alone. Their network is so excellent, mixing religious, educational, missionary, political, and diplomatic elements all into one solid intelligence network.

The Catholic Herald is published by Jesuits, this is the cause of the Kalimah Allah issue. Most Malaysians only hear about Zionists, Freemasons, Yahudi, Illuminati, Bilderbergers, CFR, neocons, New World Order, Nazis etc etc, but very seldom they ever hear about Jesuits.

Repeat: the people behind Anwar are Jesuits – they are the most powerful organization in the world. Anwar is in his present position because of his Jesuit connections – regionally based in Manila (Ateneo de Manila University), but they have centers in Malaysia, Singapore, Thailand dan Indonesia (http://www.sjweb.info/jesuits/allprovs.cfm).

Al Waleed Talal is deeply involved with Jesuits, as well as with Zionists and Mossad. So is Anwar. Waleed Talal: This nephew of the Saudi king is one of the world’s wealthiest investors, with a big stake in Citigroup. Received much publicity-some of it negative-in December 2005 for the $20 million gifts he made to Harvard and Georgetown to expand their Islamic studies departments.

In January 2006, with a partner, announced a $3.9 billion deal to buy Fairmont Hotel & Resorts. In February listed his hotel holdings on the Dubai stock exchange. Planning to take his main investment group, Kingdom Holdings, public on the Saudi exchange later this year. Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud ranked 8 among The World’s Richest People In 2006.

Anwar terperangkap dalam jaringan Jesuit-Yahudi-Freemason-Illuminati- New World Order
Kita mesti buka mata. It is not just Yahudi-Freemason-Illuminati New World Order. Tetapi, it is a Jesuit-Yahudi-Freemason-Illuminati New World Order. Buka minda, buka mata.

Lihat sini bagaimana Anwar sudah terperangkap dan jadi tali barut:

In the Jesuit Oath, the new Jesuit leader is instructed “you have been taught to act the dissembler: among Roman Catholics to be a Roman Catholic, and to be a spy even among your own brethren; to believe no man, to trust no man. Among the Reformers, to be a reformer; among the Huguenots, to be a Huguenot; among the Calvinists, to be a Calvinist; among other Protestants, generally to be a Protestant, and obtaining their confidence, to seek even to preach from their pulpits, and to denounce with all the vehemence in your nature our Holy Religion and the Pope; and even to descend so low as to become a Jew among Jews, that you might be enabled to gather together all information for the benefit of your Order as a faithful soldier of the Pope….

To take sides with the combatants and to act secretly with your brother Jesuit, who might be engaged on the other side, but openly opposed to that with which you might be connected, only that the Church might be the gainer in the end, in the conditions fixed in the treaties for peace and that the end justifies the means.”(The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).

The Jesuit Oath continues: “You have been taught to insidiously plant the seeds of jealousy and hatred between communities, provinces, states that were at peace, and incite them to deeds of blood, involving them in war with each other, and to create revolutions and civil wars in countries that were independent and prosperous, cultivating the arts and the sciences and enjoying the blessings of peace. To take sides with the combatants and to act secretly with your brother Jesuit, who might be engaged on the other side, but openly opposed to that with which you might be connected, only that the Church might be the gainer in the end, in the conditions fixed in the treaties for peace and that the end justifies the means.”(The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).

The Jesuit Oath also states “You have been taught your duty as a spy, to gather all statistics, facts and information in your power from every source; to ingratiate yourself into the confidence of the family circle of Protestants and heretics of every class and character, as well as that of the merchant, the banker, the lawyer, among the schools and universities, in parliaments and legislatures, and the judiciaries and councils of state, and to ‘be all things to all men,’ for the Pope’ sake, whose servants we are unto death.” (The Jesuit Oath as told by Carlos Didier, Subterranean Rome, pp349-351).

BEGITULAH BAGAIMANA ANWAR MENJADI AGEN JESUITS kerana kita telah diINFILTRATE sekian lama melalui orang2 seperti Anwar.

Isu Kalimah Allah juga merupakan satu daripada agenda yang sama untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat dan memecahbelahkan masyarakat. Semua itu kerja Anwar yang dibantu olehg rakan2 di belakang tabir. Kalau kita selidiki betul2, semua ini telah berlaku di negara kita.

Anwar proksi CIA di Malaysia

Agensi-agensi perisikan yang utama di dunia merupakan satu rangkaian antarabangsa. Mereka adalah di belakang Anwar. VATICAN (JESUITS) – CIA – KGB – MOSSAD.

I cannot include graphics here, so I cannot show the graphic version of the connection between the 4 agencies. MI5/MI6 is another main agency, but not included. The modus operandi of Anwar is along the same line. Anwar merupakan upahan agensi perisikan antarabangsa, dan melalui Anwar lah akan dilakukan “regime change” di Malaysia.

PRU12 was supposed to be the time for that regime change (fungsi utama NED), tapi mereka tak dapat cukup kerusi. Wan Azizah kata “fajar menyinsing” (new dawn) untuk Malaysia selepas PRU12.

Anwar pula kata “Malaysia Baru” – slogan bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh. They have not given up, so they are getting ready, ALL OUT, for PRU13. They can get external funding (pinjam dulu), but when they win, IT WILL BE PAYBACK TIME FOR MALAYSIA.

We Melayu will lose everything by then! They got huge funding for PRU12, and probably bigger for PRU13. It is all about VOTES, and this can be manipulated with MONEY. Democracy itself can be made into a highly corrupt practice!

Any system is good, but the people can corrupt it. Thailand is a good example where Thaksin has corrupted his supporters. PRU13 adalah masa bagi keruntuhan KETUANAN MELAYU. This is what the sponsors want.

The Chinese had done really bad things in Xinjiang. The CIA is taking advantage by supporting separatist group. Neither the Chinese media nor the western media are telling the truth.

Foreign powers just make it worse, using the divide and rule policy to take over any country. The “pro-democracy” is a CIA project. We have many of these CIA-backed leaders – Su Kyii (Myanmar), Anwar (Malaysia), Rabeya Kadeer (Xinjiang), Ahmad Chalabi (Iraq), Mousavi (Iran) etc etc – it is everywhere. Don’t get trapped. In Thailand there is Thaksin. In Nepal, the Jesuit-Communist allies overthrew the Hindu King, and today its is ruled by Maoists. It does not matter, Maoists or Communists or Socialists or pro-democracy… – these are being controlled BY THE SAME PEOPLE!

In Cambodia, the king was overthrown. There is a move to remove kings / royal families somehow by the agents of some Foreign entities. So, Malaysia must beware! We have it right here and it is happening NOW.

Apa perancangan Anwar seterusnya ?

Sila baca apa yang Anwar sedang lakukan. Anwar sedang mencari jalan untuk menjatuhkan BN dan digantikan dengan kerajaan yang baru (regime change) dan membariskan satu barisan pemimpin kerajaan yang baru. Untuk melakukan itu, Anwar perlu ada strategi tersendiri.

(1) Memecahkan orang Malayu supaya UMNO dapat ditumbangkan.

(2) Mendapatkan sokongan bukan Islam melalui pluralisme agama dan isu Kalimah Allah.

(3) Ekoran daripada itu, dapat menumbangkan BN di Semenanjung melalui pemindahan undi kepada calon2 bukan BN, dan mendapatkan undi majority daripada Sabah dan Sarawak menggunakan saluran underground.

(4) Membariskan pemimpin2 baru, termasuk bekas2 ahli2 politik serpihan BN, terutamanya yang mempunyai pengaruh dan title.

(5) Menggerakkan political activtists dengan dibantu oleh CIA operatives, jaringan intelligence antarabangsa etc.

(6) Mendapatkan sumber kewangan asing bagi membiayai kegiatan underground.

(7) Menumbangkan BN pada PRU13.

(8) Mewujudkan satu kerajaan baru yang akur kepada kehendak kuasa-kuasa asing.

(9) Menjadikan Malaysia sebuah kerajaan boneka yang mengikut agenda NWO.

(10) Mewujudkan agama Islam selari dengan fahaman Anwar sendiri yang akan cenderung kepada ajaran New Age (plurisme agama) dan kehendak New World Order (sistem Dajjal).

Di masa yang sama, PRU13 akan berlaku semasa era kekeliruan yang paling tinggi, iaitu kehangatan (kononnya) akan berlaku kehancuran dunia 2012 (galactic alignment), solar flares, polar shift, project Blue Beam / HAARP, economic crash, dan bermacam2 fitnah Dajjal.

Anwar akan menggunakan kekeliruan ini untuk mengambil kesempatan merampas tampuk pemerintahan melalui “demokrasi” – manipulasi undi menggunakan taktik2 halus.

By now, Anwar has graduated from CIA “academy” – cara2 untuk lakukan false flag. Well done Anwar, but the world does not end here, there is the AKHIRAT that you will be accounted for.

Ahad, 19 Disember 2010

REPUBLIK MALAYSIA .. # =# .. Apa bezanya ???

Tulisan ini merujuk kepada sebuah tulisan yang boleh dibaca di :-

http://en.wikipedia.org/wiki/Joshua_Benjamin_Jeyaretnam

mengandungi dokumen satu keputusan daripada Privy Council yang bahagian berkenaan itu disalinkan di bawah ini. Maklumat dari dokumen itu adalah digunakan dengan tujuan untuk menggambarkan kedudukan perkara bagi menyampaikan pandangan hamba dalam hal tajuk tulisan ini. Penggunaannya cuma bertujuan untuk memberi gambaran dalam kes tertera yang ada dalam satu sistem berbanding dengan sistem sedia ada di Malaysia untuk difahami dan menjadi tatapan dengan harapan kita semua menjadi lebih tahu mengenai pilihan yang akan kita buat mengikut selera sendiri kelak. 

Rujukan termaksud adalah:

"Since the trial had been held in a district court, Jeyaretnam could not appeal the conviction, but he did appeal his disbarment to the Privy Council. The Council duly reversed the judgment, noting:
"Their Lordships have to record their deep disquiet that by a series of misjudgements, the appellant and his co-accused Wong, have suffered a grievous injustice. They have been fined, imprisoned and publicly disgraced for offences of which they are not guilty. The appellant, in addition, has been deprived of his seat in Parliament and disqualified for a year from practising his profession. Their Lordships order restores him to the roll of advocates and solicitors of the Supreme Court of Singapore, but, because of the course taken by the criminal proceedings, their Lordships have no power to right the other wrongs which the appellant and Wong have suffered. Their only prospect of redress, their Lordships understand, will be by way of petition for pardon to the President of the Republic of Singapore." [1]"
Hamba cuma ingin menunjukkan melalui rujukan ini apa yang berlaku dalam perayuan tertinggi bagi sesuatu kes dalam sistem mahkamah bagi sebuah negara anggota commonwelth yang Malaysia sendiri tidak boleh mengelak darinya. 
Perhatikan satu kes dimana Privy Council telah membuat satu keputusan berbeza dengan keputusan terdahulu di dalam sebuah mahkamah di negara asalnya yang kebetulan mengamalkan sistem republik. Walau pun Privy Council mempunyai pandangan berbeza daripada keputusan asal yang telah dibuat dalam mahkamah di negara asalnya; namun lantaran keadaan proses telah sedia ditetapkan oleh undang undang asalnya; Privy Council tidak berhak meminda keputusan asal itu. 
Keputusan hanya boleh diubah dengan rayuan kepada Presiden negara asalnya. Itu adalah kerana Presiden adalah kuasa tertinggi dalam sistem republik itu. Bayangkanlah betapa besarnya kuasa seorang presiden itu. Tidak ada lagi badan atau mana mana pihak yang boleh bertindak mengatasinya. 
Inilah perbezaan yang hendak hamba bentangkan berbanding sistem Raja Berpelembagaan yang kita ada sekarang.  Rayuan yang tersebut itu kalau dalam hal Malaysia boleh dibuat kepada DYMM SPB YDP Agong.
Sedar atau pun tidak kalau dalam sistem kita pertamanya DYMM SPB YDP Agong itu adalah tidak terlibat dengan mana mana parti politik. Maka potensi untuknya cenderung kepada badan eksekutif yang ada adalah paling minima.
Keduanya baginda tidak boleh bertindak sesuka hati atau mengikut selera sendiri melainkan sebenarnya mengikut keadilan sesungguhnya kerana baginda masih lagi ada Majlis Raja Raja di atasnya. Majlis Raja Raja boleh menubuhkan mahkamah khas bagi menjatuhkan hukuman terhadap sebarang perkara yang boleh dianggap sebagai salahlaku Ketua Negara itu dalam sistem sedia ada di Malaysia kini. Inilah jaminan keadilan paling tinggi yang kita ada. 
Alhamdulillah.

Jumaat, 17 Disember 2010

What a shame to all Americans.

Sebaik sahaja membuka talian tengah hari ini hamba terus ke fb dan terlihat satu tulisan panjang yang baharu sahaja masuk ke dinding laman hamba. Bila hamba membukanya nyatalah ia terlalu panjang. Biasanya kalau belayar di fb hamba tidak suka memberi perhatian kepada tulisan yang panjang. Namun kali ini kerana ia dikatakan datang dari Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan pengenalan ringkasnya merujuk kepada seorang penulis barat mengenai perang perang di dunia kini hamba tiba tiba tertarik untuk meninjau dan akhirnya hamba membaca dengan teliti para demi para keseluruhan tulisan 31 para itu. 

Mungkin kerana setelah lama terlantar dan tidak ada peluang untuk ke kedai buku hamba pun sudah lama tidak ada peluang untuk membaca tajuk sedemikian dari penulis barat. Ironinya bagi hamba ialah setelah sekian tumpuan diberi hamba terus membelek reaksi umum yang ada. Memang menarik tulisan ini kerana reaksinya sudah lebih 100 dan hamba pun turut membaca beberapa darinya sampai ke reaksi yang terakhir yang seperti berikut bunyinya: "Shishi Sy Tun, rupe2nya Israel yg mguasai dunia not US..but why US can be treated like "kerbau kena cucuk hidong" by Israel??"

Yang aneh itu rupanya adalah hamba sendiri kerana hamba pun ikut memberikan reaksi tetapi bukan terhadap reaksi Tun yang panjang lebar itu, tetapi hamba memberi reaksi terhadap tulisan dua baris daripada Shishi Sy  itu. 

Reaksi hamba itulah sebenarnya nak hamba kongsikan dengan kawan kawan walau pun teramat ringkas. Bacalah: ....Putera Mahameru
"After all the reading; wish to respond SS's question above. And my respond will be just another question because the answer will be always the same let it be from whoever. My question is:
Who is ruling US after all. What a shame to all Americans."
 
Aduh jam sudah pukul 1.00 petang dan hamba perlu bersiap siap untuk ke Mesjid. Hari Jumaat ni kena awal sikit. Nanti akan hamba sambung lagi untuk menyatakan kenapa jadi begitu sama ada dibawah ruangan komentar dibawah posting ini atau di posting berikutnya. 
 
Maaf. 

Republik Malaysia = Presidennya siapa dan siapa seterusnya ???

Semenjak permulaan laman ini dibuka lagi hamba telah mula membentangkan bermacam pengalaman yang menggambarkan mengenai siapa Anwar sebenarnya. Apa yang ada dalam hati dan niatnya mengikut apa yang dapat dibaca dari pengalaman sebenar yang sempat hamba lalui. 

Pada peringkat peringkat akhir kutipan pengalaman itu telah beberapa hamba kali melalui beberapa tulisan serta catatan reaksi dilaman kawan kawan telah hamba fokuskan suatu hujung kepada apa yang hamba mengertikan sebagai matlamat sebenar perjuangan Anwar itu. Hujung perjuangan itu ialah menjadikan atau dalam bahasa hamba menjerumuskan Malaysia ini untuk menjadi sebuah negara REPUBLIK. 

Nyatanya hamba tidak keseorangan dalam membuat terlahan begitu. Ramai kawan kawan yang nampak jelas bersetuju dengan pandangan begitu. Sebagai contoh ada satu catatan oleh seorang sahabat bergelar Pejuang Maya yang baru hamba temui dilaman Nadi Rakyat. Hamba salin dan bentangkan semula catatan itu disini untuk memudahkan sahabat sahabat menatapnya. Silakan:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001819983145 Pejuang Maya

Dua hari ini selesai sudah menyaksikan intergriti Parlimen dicabar dengan hebatnya oleh pembangkng-Tahniah diucpkan kepda speaker bermatian mempertahan interiti parlimen dilumpuhkan oleh pembangkang yang diketuai oleh anwar. Ini kah corak pemimpin yang "dianugerahkan"-Kita imbas kembali apa yang mereka lakukan

1.Memcabar Hak kebebasab bersuara
2.Mencabar demokrasi
3.Memcabar sistem kehakiman'
4.Mencabar Kedaulatan Raja Raja Melayu
5.Mencabar Kedaulatan Melayu
6.Mencabar Intergriti Parlimen

Kesimpulanny semua ini adalah untuk melumpuhkan sistem demokrasi yang sediaada dan memusnahkan sistem Monarki di Malaysia kearah republik of Malaysia
 
Apa yang tersenarai itu adalah kutipan dari pemerhatian seorang sahabat yang membuat catan ringkas di fb. Kita semua tentu boleh memperincikan serta menambah fakta dan maklumat dari perpustakaan pengalaman dan pengetahuan kita sendiri. 
 
Apa yang ingin hamba tegaskan disini ialah bahawasanya adalah jelas kini urutan tindakan berulangan dan berturutan oleh anasir anasir sekutu Anwar itu memang nyata menuju kepada meruntuhkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang ada sekarang untuk menggantikannya dengan sistem Republik dimana seorang Presiden akan dilantik dan Raja Raja tidak lagi diperlukan. 
 
Maka bertanyalah hamba apakah kita sudah bersedia kearah itu dan rela menerima seorang Presiden yang akan terdiri daripada siapa sahaja menggantikan seorang DYMM SPB YDP Agong (yang sesungguhnya adalah keturunan daripada Bani Hasyim) dengan kedudukan dan peranannya disemak oleh Majlis Raja Raja yang anggotanya terdiri dari keturunan yang sama itu. 
 
Sudah bersedia dan relakah kita menerima perubahan itu ???
Kelak Presidennya Siapa ???
Dan Siapa Pula Seterusnya ???
.

Jumaat, 3 Disember 2010

Anwar Sejak Dahulu Sampai Kini Tak Berani Bertaubat.

Layar punya layar terjumpa tulisan ini oleh seorang sahabat di laman The Unspinners:

SANA SINI DEMO: Kuantan ... Anwar harus bertaubat 

Tetapi yang lebih penting hamba nak kongsikan dengan sahabat sahabat dan seluruh pembaca ialah tambahan seorang pelawat dilaman berkenaan yang nampaknya adalah mengikuti perkembangan Anwar semenjak awal dan melalui zaman getirnya menghadapi penolakan dari kerajaan Tun M. 

Pelawat yang tidak mengistiharkan namanya itu telah membuat catatan kronologikal seperti dalam pengalamannya sendiri. Bagi hamba pengalaman sahabat sebegitu adalah teramat penting untuk dipelajari oleh generasi kini dan kemudian untuk menjadi panduan dalam mencari kesimpulan.

Hamba salin dan turunkan semula catatan berkenaan untuk kemudahan sahabat sahabat yang berminat:

Anonymous said... 
 
Teman ni sebenonya penyokong kuat DSAI. Dari mula dia masuk UMNO dan kemudian menang KP UMNO Malaysia mengalahkan Dato Suhaimi Kamaruddin dengan 10 undi dan lepas itu memegang jawatan Timb Menteri di JPM teman ikut dia. Kalau dia datang ke Perak, jaranglah tak ada muka teman didalam majlisnya. Gemo bebeno mendengo dia berucap. Memang teman akui ucapan dia power gila.    2. Bila dia dipecat daripada UMNO dan dari jawatan dia dalam kerajaan, timbul juga tandatanya didalam kepala hotak teman. Betoi ke perangai Nuar tak senonoh macam diceritakan. Teman pun mula menyiasat dan mencari kebenaran. Nak mencari kebenaran mesti dengo dua belah pihak. Tak boleh dengo sebelah pihak terus jump into conclusion. Mana ada hakim dalam dunia ini dengo sebelah pihak terus jatuh hukum. Kalau ada pun kangaroo court (ala komunis). Dalam islam mesti dengo dua belah pihak.    3. Teman pun dengo juga ucapan Nuar. Dia kata dia keluar nanti tidak ada apa yang dibawanya kecuali sebuah kereta proton saga dan dia dah beritahu Azizah suruh dia siap2 untuk bekerja balik sebagai Doktor. Kesian juga mendengo Nuar keluar seolah keluar sehelai sepinggang.Pendengar bukan main marah dan memaki hamun Dr. Mahathir. Timbullah gelaran MahaZalim, Mahafiruun dan macam-macam lagilah yang tak sedap telinga orang yang berfikir mendengarnya tetapi gemo beno le orang yang dah mula bencikan Dr.Mahathir.  4. Teman pun pergi pulak dengo dipihak lagi satu. Teman dengo penerangan daripada Dr.Mahathir. Setelah diterangnya dengan panjang lebo peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan Nuar disingkir Dr.Mahathir berkata "TUAN TUAN BALIK KE TEMPAT MASING-MASING ADAKAN SEMBAHYANG HAJAT BUKAN UNTUK SAYA TETAPI UNTUK KEBENARAN SUPAYA AKHIRNYA YANG MENANG IALAH KEBENARAN." Tersentak teman dibuatnya.    5. Mana mungkin Dr.Mahathir suruh orang sembahyang hajat sekiranya dia ada terlintas dihatinya hendak menginayai Nuar. Jadi solat hajat telah diadakan di surau2, di masjid2 diseluruh negara. Malahan ada rombongan pergi ke Masjidil haram di Makatulmukarramah untuk menunaikan solat hajat. Doanya sama iaitu mohon Allah tunjukkan kebenaran. Tak berapa lama kemudian Dr. Mahathir menunai ibadat umrah. Bila tiba musim haji, Dr.Mahathir pergi sekali lagi ke Mekah menunaikan ibadah haji. Di Mekah dia telah diberi kesempatan masuk ke dalam Kaabah dan di Madinah ke makam Nabi Muhammad S.A.W.    6. Sekembalinya Dr.M dari menunaikan haji, seorang rakan teman (ADUN di Perak) telah berkesempatan bertemu dengan Dr.M di Putrajaya di sebuah cafetaria. Dia lihat Dr.M berbaris mengambil barang makanan dan setelah membayarnya dia pergi ke meja makan. Katanya "Saya lihat muka Dr.M jernih, bersih".    7. Allah telah makbulkan doa solat hajat kaum muslimin dan muslimat. Teman hairan kenapa Nuar yang merasakan dirinya terinaya tidak membawa seluruh keluarganya ke tanah suci. Bukankan dia orang yang terinaya? Bukankah doa orang yang terinaya akan dimakbulkan oleh Allah? Sebaliknya di round Malaysia menghasutkan rakyat supaya bangkit menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Dr.M.    8. Maka teman ambil keputusan tinggalkan Nuar. Tindakan teman tepat. Kemudian Nuar ulang semula perangai dia yang lama dengan saudara Saiful Bukhari Azlan pekerjanya sendiri. Saiful berani bersumpah tetapi Nuar sampai hari ini tidak berani melakukannya. Orang takut kerana benar atau kerana salah? Sama-sama kita renungkan. Assalamualaikum

Ahad, 14 November 2010

Selamat Bertemu Lagi ....... (setelah hampir dua bulan menyepi)

Syukur alhamdulillah kerana hamba masih lagi mampu kembali bertemu kawan kawan di laman laman maya ini. 
Maaf dipohon kerana telah hilang menyepi dalam jangka waktu yang agak lama. Hamba sebenarnya telah melalui satu pembedahan usus di HKL (pembedahan kali kedua) dan bersambung pula dengan pantauan kajian keupayaan jantung oleh IJN. 
Hari ini adalah hari pertama hamba mendapat kesempatan kembali berlayar di maya. 
Selamat bertemu kembali. 
Inshaallah.

Ahad, 19 September 2010

Semua pun kena TIPU.


Semenjak hari pertama terdedah kesah penangkapan mereka yang dishaki terlibat dengan pembunuhan Dato Sosilawati hari tu akhbar dan semua orang pun percaya dikatakan peguam yang terlibat itu adalah seorang dato. Hamba terkejut mendapat tahu dari seorang kawan bahawa dia sebenarnya tidak pernah menerima sebarang bintang yang membawa gelaran dato. 

Namun semua orang sejak lama dahulu memanggil dia dato kerana dia sendiri menggelarkan dirinya sebagai dato. Bermula dari pejabatnya sendiri dan orang orang sekelilingnya dan akhirnya semua orang sangka dia memang dato betul betul. Aneh ? Tidak kerana kita tidak ada makanisma untuk menyemaknya. Barangkali senarai orang orang bergelar ini patut diurus oleh satu badan yang sentiasa menyemaknya.

Lebih menarik lagi ialah satu lagi maklumat yang hamba dapat dari sumber yang sama mengkhabarkan bahawa orang itu sebenarnya sudah tidak layak digelar peguam pun. Ini adalah lesen pengamal undang undangnya sudah dibatalkan semenjak lama dahulu atas kes pecah amanah wang pelanggan. Kalaulah perkara ini benar tentulah polis sudah mengetahuinya kecuali kalau lesennya itu tidak disemak. Takkan laa.

Perkara ini menjadi lebih menarik lagi dengan adanya perkhabaran (khabar angin) mengatakan dia adalah ahli Majlis Peguam. Sedangkan lesen amalan undang undang itu ada sangkut paut juga dengan Majlis Peguam. Cerita sudah menjadi caca marba. Kita tidak tahu mana satu yang betul. Tetapi mana mana pun adalah bersalahan belaka. 

Namun ramai pula yang menjalankan urusan urusan bernilai tinggi dengannya. Demikian rupanya bila ada orang bijak bercakap. Mudah dipercayai orang ramai. Ada lagi yang terkenal bijak bercakap semenjak zaman dia di UM dulu. Semenjak itu lagi semua orang tahu fakta dah diputar belit. Namun sampai sekarang masih lagi dia dipercayai oleh orang ramai. Maknanya silapnya adalah cara hidup kita yang tidak pernah pandai menyemak kebenaran. Cara hidup kita yang selalu mudah percaya dengan orang yang bijak bercakap.

MAKA KITALAH BARANGKALI KENA SEMAK DIRI KITA SENDIRI UNTUK TERLEPAS DARIPADA SENTIASA TERPERANGKAP DALAM PENIPUAN ORANG.

Rabu, 15 September 2010

LGE tu KM bagi jajahan takluk Singapore ke ?

Umno Kuala Selangor
LGE Asyik Pi Singapore, Ada Apa-Apa Ke?

Sejak jadi CM di Pulau Pinang (sekarang biasa disebut Penang) ini, kita dapati kerap betul LGE pi melawat ke Singapork nun, confirmlah perbelanjaan atas dana kerajaan Pulau Pinang. Dengan hubungan sejarah DAP dan PAP, musykil juga kita apa yang dibuatnya selalu pergi sana?

Soal DAP adalah peningg...alan Lim Kuan Yew di Malaysia, bukan soal baru tapi lama dah, semua pun dah tau. Soal DAP akan mencinakan Pulau Pinang (malah Malaysia kalau ada peluang) dengan mengusir semua melayu dari pulau juga bukan perkara baru, kita dah tau lama malah sekarang pun ‘pengusiran’ tersusun etnik melayu keluar dari bahagian Pulau sedang rancak berlaku.

Kalau nak tahu, slogan Malaysian Malaysia tu pun dicipta oleh Lee Kuan Yew dan DAP meneruskannya sahaja. Pendek kata hubungan DAP dengan PAP ni memang rapat macam Azmin dan Anwarlah layaknya.

Antara yang sempat kita rekodkan ialah:-

27th April 2009 – Table Talk With New Strait Times (S’pork)
4th – 8th June 2009 – Penang Outlook Forum
28th July 2009 – Old Boys Of St Xavier Secondary School
15th June 2010 – The Old Free Association Dinner
30th June 2010 - World Cities Summit

Itu baru 2009-2010, belum lagi kita tengok rekod 2008 lagi tu. Dilapurkan juga bahawa LGE beberapa kali mengadakan lawatan ke Hongkong dan China malah terbaru 7 – 13 September LGE pi melawat Shanghai dan Xiamen di China.

Kita pelik dan hairan, parti multiracial macam DAP (kononnya) hanya nak mencari peluang pelaburan di negara yang memang china atau dikuasai orang cina saja, kenapa? Nak kata pelaburan dari Singapork masuk berduyun, tidaklah jugak.

Pelaburan seluruh negeri pun turun mendadak daripada 10 bilion pada 2008 (usaha kerajaan BN sebelumnya) hinggalah kepada RM 200 lebih juta saja pada 2010. Soalannya apa yang LGE buat pi sana (singaporl) selalu? Itu baru kita tengok lawatan LGE, belum lagi pemimpin DAP yang lain.

Kalau kita tengok rekod di atas, bukan semuanya ada kaitan langsung dengan perniagaan, dinner old school boys tu semua mungkin takdak berkaitan sangat kot. Nak kata cina melaka ni sekolah di Singapura tidak jugak sebab kalau ikut bodatanya disini, dia bersekolah di Batu Pahat dan Melaka.

So, timbul persoalan, apa yang dibuatnya hadir majlis makan malam sebegini di Singapork? Apa kesesuaian majlis makan malam old boys sekolah dengan jawatan yang dipegang LGE?

Banyak jugalah orang cakap DAP dapat dana dari PAP, ini kita tidak pastilah kesahihannya tapi dengan asal usul DAP itu sendiri dari serpihan PAP singapork, perkara ini memang tidak mustahil. Tapi yang pasti, DAP sedang laksana apa yang PAP berjaya laksanakan dulu, kurangkan orang melayu serendah mungkin dan lebihkan orang cina setinggi mungkin.

DAP dengan kerjasama Majlis Peguam sedang edar naskah Perlembagaanku dengan alasan nak bagi pemahaman lebih kepada rakyat. Walhal dia nak tunjuk dan fahamkan kepada rakyat apa yang perlembagaan sekarang tulis dan apa yang dia akan tukar jika berjaya letak diri jadi kerajaan pusat nanti (mintak jauhla).

Berselindung disebalik alasan-alasan seperti nak tuntut pencerahan (clarification), DAP sebenarnya sedang cabar Artikel 152, 153 dan yang lain-lainnya.Penasihat DAP pun sudah tukar nama Malaysia kepada MALAYsaja. Itu menunjukkan keinginan membuak-buak DAP untuk mencaturkan boneka melayunya dalam PAS dan PKR jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan besok.

Dengan balaci DAP menguasai Majlis Peguam, tidak mustahil sistem keadilan kita pun akan dihijack oleh mereka.

Balik pada tajuk asal tadi, apa yang LGE buat selalu pi Singapork? Dapat dana, dapat nasihat (bagaimana nak singkir melayu), atau apa? Seperkara lagi yang menjadi kerisauan ialah pembocoran maklumat sulit pertahanan negara. Pulau Pinang ialah dimana terletaknya Pengkalan Utama TUDM iaitu di Butterworth tempat Hornet beroperasi.

Maklumat senjata mungkin LGE takdak akses tapi layout pengkalan sudah tentu ada padanya sebagai pentadbir tanah. Negara yang dalam keadaan standby untuk berperang 24 jam macam Singapura sudah tentu dahagakan maklumat ini. Memang LGE pernah nafi dulu tapi perbuatan LGE ini tak membayangkan penafian tersebut.

Kalau betul ada ketelusan dan intergriti macam digebang, sila jawab LGE, eewwahh, macam pantun pulak.

Sumber : MyKmu
Lihat Selengkapnya

Isu Isu Panas .. .... .... Fokus Sasaran Kita ?


NAMPAKNYA SEKARANG INI KITA SEMUA DIBAKAR HANGAT OLEH KES PEMBUNUHAN YANG MELIBATKAN PEMIMPIN HINDRAF YANG JUGA TOKOH PR SERTA ANGGOTA MAJLIS PEGUAM SEHINGGA MENJADI SEPERTI LIPA KITA KEPADA FOKUS SASARAN KITA YANG SEPATUTNYA TIDAK HILANG ATAU MENJADI KURANG PENTINGNYA.

Isnin, 30 Ogos 2010

Satu Perbandingan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs404.snc4/46740_146463902055064_100000743648494_277772_1508231_n.jpg

Selasa, 17 Ogos 2010

Kerajaan Othmaniah sudah tiada.

Barangkali kesah disebalik gambar dan cerita yang hamba kutip dari laman sahabat fb ini membawa cerita yang boleh memberi banyak peringatan dan pengajaran kepada kita semua yang sedang melalui proses keadaan sosio politik terkini. Ataukah ramai yang tidak mahu ambil kesah dan merasakan apa nak jadi pun jadilah. Namun hamba tetap percaya ramai yang tidak akan lagi hidup menghadapi suasana yang tidak akan direlakan begitu. Wallahuakllam.
(Link sumber): http://www.facebook.com/profile.php?id=100001440412456
(Gambar : Gambar yang sempat dirakam menunjukkan Khalifah Sultan Abdul Hamid II dan 4 orang (Ahli Freemasons) iaitu Laz Arif Hikmat Pasha (anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Uthmaniah), Aram Afandi (wakil Rakyat Armenia), Arnavut As’ad Tubtoni (wakil ra...kyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan) dan Emanuel Qarh Sou (Yahudi warga Itali) semasa baginda Sultan diberitahu bahawa baginda dipecat daripada jawatan Khalifah di pejabatnya) Kisah Disebalik Gambar Semasa pemerintahan Khalifah Sultan Abdul Hamid II, Daulah Islam Uthmaniah menghadapi ancaman internal (dalaman). Ia tampak pada munculnya gerakan-gerakan nasionalisme yang didalangi oleh Barat khususnya gerakan al-Ittihad Wat Taraqqi. Gerakan inilah yang disebut-sebut sebagai gerakan kemerdekaan negara Turki. Di antara visi mereka adalah cita-cita utama mereka kononnya untuk menyelamatkan Khilafah Uthmaniah. Ketika musim bunga 1908, Britain melantik seorang duta ke Istanbul bernama Gerald Luther. Apabila dia sampai ke Istanbul, sekumpulan orang daripada Jawatankuasa al-Ittihad wat Taraqqi (Turki Muda) telah menyambutnya dengan baik hinggakan mereka memisahkan kuda-kuda dari ‘chariot’nya dan menarik ‘chariot’ itu sendiri. Kesemuanya ini diberi inspirasi oleh jawatankuaa al-Ittihad wat Taraqqi dan dari inisiatif mereka sendiri. Kumpulan ini begitu kagum dengan idea-idea Barat hingga sampai ke peringkat di mana mereka tidak sedar bahawa idea-idea itu bertentangan dengan negara yang mereka tadbir. Disamping itu mereka tidak nampak akan percanggahan idea-idea Barat dengan Islam. Kejahilan dan kelemahan wawasan mereka menarik perhatian orang-orang Eropah hinggakan salah seorang diplomat yang bertugas di Istanbul pada ketika itu memberi gambaran tentang mereka, “Mereka selalu melakukan langkah kedua sebelum melakukan langkah pertama.” Aktivis-aktivis dalam kumpulan itu terburu-buru menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada mereka yang telah mendalami undang-undang dan pemikiran Barat dan golongan pro-Barat ini akhirnya menguasai parti Turki Muda itu. Apabila mereka sedar bahawa penguasaan keatas tentera akan seterusnya membawa kepada penguasaan sepenuhnya (ke atas negara), mereka berusaha menjadikan sebarang perlantikan baru berdasarkan kepada dasar parti. Maka, mereka mewajibkan semua pegawai tentera menjadi anggota parti Turki Muda dan mereka tidak mengambil berat sama ada pegawai tentera itu adalah pakar atau orang yang tidak berpengalaman dalam bidang ketenteraan. Mereka juga memperkenalkan perundangan yang menyatakan bahawa mengikut undang-undang, setiap warga Khilafah Uthmaniah adalah berhak mendapat hak-hak yang sama yang dinikmati oleh bangsa Turki dan sepatutnya memenuhi tanggungjawab yang sama. Cita-cita mereka ialah untuk melakukan reformasi keatas sistem pemerintahan di sana. Caranya dengan merombak negara dengan konstitusi dasar model konstitusi negara-negara Eropah moden. Pelopor gerakan ini ialah Midhat Pasha yang disebut-sebut sebagai Bapa Kemerdekaan Turki. Pada awalnya, gerakan ini berhasil membuat konstitusi (perlembagaan) dasar. Namun, Khalifah Sultan Abdul Hamid II menghapuskan konstitusi tersebut dan tetap berpegang kepada hak-hak Khalifah. Akhirnya meletus Revolusi pada tahun 1908 Masihi dengan semboyan yang dinamakan sebagai kemerdekaan di Turki. Ketika berlaku ketidakstabilan politik di Istanbul, kuasa-kuasa barat mengambil peluang untuk merampas wilayah-wilayah Khilafah. Austria menakluk Bosnia-Herzegovina sejurus selepas berlakunya Revolusi 1908 itu. Pada 17 November 1908, perasmian parlimen Uthmaniah menjadi mudah dan Sultan tunduk buat sementara waktu kepada parti Turki Muda. Baginda bagaimana pun berusaha untuk mengenepikan perlembagaan itu dan untuk mengembalikan Syariah Islamiyah. Perlaksanaan semula perlembagaan 1879 yang dirintis oleh Midhat Pasha telah mengakibatkan berlakunya Revolusi pada 13 April 1909 terhadap pemerintah-pemerintah baru (parti Turki Muda) yang menunjukkan penolakan majoriti umat Islam terhadap kekuasaan Turki Muda. Para ulama’ juga mendapati bahawa perlembagaan 1879 itu akan mengheret Khilafah Uthmaniah ke arah sekularisme dan perlanggaran terhadap Syariat Islam. Pasukan tentera memberontak dan mengepung pegawai-pegawai mereka (yang pro-Barat). Mereka melaungkan, “Hancurkan Turki Muda! Hancurkan Turki Muda”. Maka, Deen Islam telah memberi inspirasi untuk menentang reformasi pro-Barat dan kebanyakan penduduk berarak membantah perlembagaan ala-Barat. Untuk memulihkan keamanan, pegawai-pegawai tentera Macedonia mengirimkan Harekat Ordusu dari Salunik tetapi pasukan yang diketuai oleh seorang Daunama-Freemasons bernama Ramzi Bey telah menyerang kedudukan Khalifah dan menghancurkan benteng-benteng pertahanan pasukan yang mempertahankan Syariat Islam. Pada 15 April 1909, Sultan melantik Taufiq Pasha sebagai Wazir Besar dan menyerahkannya tanggungjawab untuk mengembalikan Syariah Islam dan peraturan-peraturan Islam dalam aspek pelaksanaan serta memansuhkan perlembagaan ala-Barat tetapi tentera di Salunik memberontak sekali lagi terhadap Sultan, merampas kuasa dan memecat pemerintah. Pertubuhan al-Ittihad wat Taraqqi telah menjadikan Salunik sebagai pusatnya. Salunik atau Macedonia pada ketika itu memiliki ciri alami yang berbeza dengan wilayah keKhalifahan Uthmaniah yang lain. Separuh daripada penduduknya adalah orang Yahudi yang berhijrah dari Andalusia (yang ketika ini dikenali sebagai Sepanyol). Mereka ingin menemukan toleransi beragama di bawah payung Islam. Kebanyakan daripada mereka memeluk Islam pada abad ke-17. Salunik juga lebih banyak berinteraksi dengan dunia Eropah jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah Uthmani yang lain. Baik dengan warna Asia mahu pun Eropah. Di Salunik inilah lahir Mustafa Kamal. Di Salunik ini pula terdapat tentera Uthmani yang ketiga. Yahudi khasnya Yahudi Daunamah terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II, memberhentikannya lalu menghancurkan Khilafah Islam untuk membuka jalan bagi mereka untuk mendirikan negara mereka (Israel) di Palestin, bumi Islam yang penuh berkat.

Isnin, 16 Ogos 2010

Wong Loi @ Muhammad Alif Abdullah (kononnya)

Cerita mengenai dua nama Cina menjualkan nama Islam tetapi setelah disemak tidak terdapat namanya di mana mana pejabat ugama islam di Malaysia. Dikatakan sedang menjalankan kegiatan penipuan. Ada gambarnya sekali dilink berkenaan seperti berikut:
http://www.facebook.com/photo.php?pid=303220&id=100000363925414

Rabu, 11 Ogos 2010

MAHASISWA DAN POLITIK.

POLITIK ?
Maafkan hamba kalau hamba suka memusatkan pembicaraan ini kepada takrif terhadap istilah politik yang menjadi pegangan dan kepercayaan hamba sendiri.  Namun pegangan itu adalah berdasarkan kepada rumusan para ilmuan dalam bidang berkaitan.

Maksud Saitifik:
Sains pentadbiran dan pengurusan negara.
 
Maksud Lanjutan:
Hubungan antara negara atau hubungan antarabangsa.
 
Maksud Serpihan Masyarakat Kini:
a) Gerakan perebutan kuasa.
b) Strategi memenangkan diri atau kumpulan.
 
Isu Larangan:
Larangan berpolitik terhadap mahasiswa adalah dikhususkan kepada larangan menyertai politik kepartian.

Kenapa Perlunya ??
Bila disebut politik kepartian itu bermaksud keterlibatan dalam strategi atau gerakan rebutan kuasa dan strategi memenangkan diri atau kelompok oleh pihak pihak tertentu.
 
Ini adalah kancah yang teramat banyak dihantui oleh berbagai kepalsuan dan kerenah dari penyakit hati manusia. Mereka yang terlibat akan mudah terperangkap dengan senjata senjata pemasaran ideologi oleh berbagai pihak berkepentingan yang kadangkala menggunakan apa sahaja untuk mencapai tujuannya. Kadang keghairan untuk membina alat yang berkesan untuk mencapai tujuan itu boleh sampai melangkauan segala sempadan seperti sempadan kebenaran, sempadan keadilan dan malah ada kalanya sempadan ugama sekali pun dilangkaui.
 
Mahasiswa masih ada tugas yang lebih penting dalam proses mematangkan dirinya sendiri untuk menghadapi berbagai cabaran yang mencabar tahap kebijaksanaan serta ketulusan hati dalam menghadapi tugas mengurus kehidupan diri dan juga masyarakat sebagai khalifah di muka bumi ini.
 
Semuga dengan tertegasnya larangan ini mahasiswa akan lebih mudah meletakkan diri untuk mematangkan pemikirannya tanpa godaan dari kekeliruan terancang pihak pihak berkepentingan.
 
Inshaallah.
(Catan yang ringkas ini adalah bertujuan untuk memudahkan pembacaan bagi kawan kawan yang tidak berapa rajin membaca.)

Sabtu, 10 Julai 2010

Tulisan lama = Patut dibaca semula

http://tokjanggutkeramat.blogspot.com/2009/08/kaedah-manusia-melayan-manusia.html

Kaedah Manusia Melayan Manusia.

Tiba2 terfikir nak tulis mengenai satu konsep menarik yang selalu hamba sebar sebarkan merata:
Manusia adalah makhlok sosial yang tidak lepas dari persekitarannya. Tidak lepas dari kerja nak kena selalu melayan dan berhubung sesama manusia. Maka hamba pun selalulah meneliti mengamati dalam percubaan untuk memahami. Hadhirlah satu kefahaman pada hamba mengenai kaedah manusia melayan manusia itu cuma ada 4 cara seperti berikut:
  1. Melayan teman kongsi.= Sebagai teman kongsi seperti juga suami dengan isteri. Kena sama berkongsi memikul tanggong segala masaalah. Kurang, cacat, lemah seorang teman kongsi kena ditampong atau ditimbus tutup. Sebarang kemenangan / keuntungan adalah kejayaan bersama. Kecemerlangan seseorang teman kongsi adalah kelebihan untuk kebanggaan bersama dan akhirnya kemenangan/keuntungan dinikmati bersama. Seorang menang semua merasai nikmatnya secara serupa. Tetapi apabila keluarga sudah menjadi terlalu besar, bertambah ramailah manusia terlibat menjadi ahli keluarga. Namun ia tidak akan mengubah nilai kekeluargaan selagi cemaran dari sikap2 buruk seperti hasad dengki, cemburu, tamak, penting diri, dendam dsb. Nilai2 buruk itu memang sukar dielak dari menghantui keluarga yang besar. Cuma kalau dalam ramainya anggota keluarga yang besar itu ada ramai juga ahli keluarga yang mulia hatinya selalu muncul untuk memainkan peranan sebagai pendamai tentulah keluarga itu akan lebih kekal kesetabilannya. Tetapa yang menjadi masaalahnya terlalu ramai manusia kini selalu mahu mencari serba yang mudah. Kaya mudah; laluan mudah; projek mudah; untung mudah; menang mudah; mudah dikenal; mudah dikagum; mudah dipuji; mudah terkenal dsb. Maka jadilah ramai orang suka cakap lantang2, keras dan kasar untuk memenagi hati pihak tertentu tanpa sedar ramai pihak lain dalam keluarga yang sama jadi tersingong hatinya. Bertambah malang lagi pihak2 tersanjung dalam kumpulan pihak2 terlibat rupanya sama2 mengabaikah hakikat nilai murni dan memberi pengiktirafan pula kepada kelantangan bermatlamat itu. Dalam politik macam mana. ? Kita yang terlibat dalam keluarga itu tetap melayan ahli ahli keluarga dengan wajaran begitukah ?? Selalu kita lupa kan ?? Sudah cukup ke bilangan ahli yang rela untuk terlepas peluang menggoda untung sendiri demi untuk menjadi pendamai itu.
  2. Melayan Pelanggan.= Kalau melayan pelanggan dalam perniagaan kita semua selalu dapat memberikan imbangan yang jelas. Malah selalu pun kita kata "pelanggan sentiasa benar" Tetapi kalau dalam politik, bagaimana kita melayan pelanggan kita. Serupa ke ?? Atau selalu kita terperangkap dengan kehadhiran emosi yang terbina oleh nilai2 buruk tersebut di atas tadi ?? Atau kita selalu terperangkap dengan nilaian yang salah, hasil dari maklumat salah yang kita kutip dari sumber yang tidak sepatutnya. Rassulullah tidak ada masaalah dengan kehadhiran Abdullah bin Ubai dalam Jumaah Islam kerana beliau kenal siapa Abdullah din Ubai. Kita dalam keluarga besar seperti dalam politik kini bagaimana ?? Lebih malang lagi kalau kita sendiri yang sengaja melantik pihak2 berkepentingan begitu sebagai pengutip dan pengumpul maklumat untuk akhirnya mengakibatkan kita mendapat krfahaman yang salah sehingga tindakan tindakan kita pun menjadi salah.
  3. Melayan Pesaing.= Kita bercakap mengenai persaingan sesama ahli keluarga. Kemenangan ahli keluarga mencapai kecemerlangan sejati adalah nikmat untuk kita juga. Namun janganlah kita jadi tergolong sebagai orang orang yang taksub dan lalai dari memuhasabah diri dan pihak kita. Tegoran kalau ada sewajarnya menjadi tegoran dari ahli keluarga kepada ahli keluarga. Jangan sampai ia menjadi longgokan emosi yang dihambur dipasaran terbuka. Takut nanti ia mudah dikutip oleh musuh musuh kita dengan olahan mengikut selera dan kehendak mereka. Kelak akibatnya kita juga yang kena tanggong bersama.
  4. Melayan Musuh.= Apabila ada mana mana pihak terletak dan ternama sebagai musuh tentulah layanan dan strategi mereka terhadap kita sebagai musuh yang sentiasa mencari lemah, cacat dan kurangnya pihak kita. Maka kenalah kita jaga laman laman lemah itu supaya tidak dengan mudah dapat diambilguna oleh pihak musuh kita itu. Janganlah dalam ghairah kita jadi lupa strategi sehingga mencorakrupakan diri kita sendiri menjadi seperti corakrupa musuh kita pula. Begitulah juga sikap kita dalam menangani strategi terhadap musuh kita. Sayangnya kerenah yang selalu dapat dilihat dalam keluarga besar seperti keluarga parti politik terbenar bangsa kita yang dikatakan berpegang kepada ajaran Islam itu gambaran sikapnya tidak pula nampak jadi begitu. Malahan fakta terkutip dari banyak pihak oleh ramai sahabat membuktikan bahawa ramai antara kita sanggup berhabisan dari segi matabenda dalam menghadapi persaingan sesama sendiri walaupun ketika cemas menghadapi perlawanan dengan musuh sebenar kita dengan kaku dan lemah menunggu habuan dan peruntukan dari atasan. Mashaallah....Salah letak ke kita ?
Hamba seterusnya memohon kerelaan para pembaca untuk mengizinkan hamba mengakhiri catatan ini dengan satu pesanan yang juga biasa hamba bawa dan ecerkan merata rata di bumi Melayu ini; " tanda tanda awal kemusnahan seorang pemimpin ialah apabila ia salah menghimpun pengutip dan pengolah maklumat disekelilingnya." Catatan ini akan dihurai kemudian jika dirasakan perlu setelah mengamati reaksi reaksi kelak.
Wallahuaalam.

Jumaat, 11 Jun 2010

Pendaftaran Pemilih.

Pesanan kepada anak anak muda: Apa lagi yang ditunggu tunggu. Sebaik sahaja anda mencapai umur 21 tahun teruslah mendaftar di sini: http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/ Janganlah abaikan tanggong jawab anda walau dimana pun anda berada.

Isnin, 24 Mei 2010

Judi Bola Sepak Piala Dunia ? ? ? Isu Politik ? ? ? ? ?


Tajuk paling hangat dibincangkan dimana mana pun kini ialah mengenai Judi Bolasepak Piala Dunia. Hamba taklah berapa faham sangat mengenai isu itu kerana tidak berminat sebenarnya untuk memberi perhatian. Hamba cuma diam diam membina rasa benci kepada Sukan Bolasepak itu kerana ia menjadi isu politik yang membuatkan masyarakat kita menjadi kalut. Pada hamba ia tidak wajar dan puncanya ialah adanya keghairahan manusia terhadap Sukan Bolasepak itu. 

Perangai napsu manusia memanglah apabila ada keghairah mereka akan berlumba lumba mempamirkan kelebihan masing masing. Maka akan dinyatakanlah bahawa: akulah yang lebih bersemangat (ghairah) menyokong pasukan yang aku minat. Aku yakin aku bijak dengan pilihanku dengan menyatakan kesanggupan untuk mempertaruhkan sekian banyak wang. Siapa yang berani lawan sila pertaruhkan. Kalau engkau salah sokongan ertinya engkau tewas dan pertaruhan engkau itu akan dapat kat aku. 

Maka judilah jadinya. Judi itu dilarang oleh Islam dan hamba pun bencilah pada judi. Tetapi puncanya ialah Bola Sepak; maka hamba pun bencilah pada Bola Sepak. Hamba sudah jadi takut kepada lanjutan daripada menggalakan Bola Sepak itu akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan Judi.

Ini bukan kesah politik. Ini adalah kesah pendirian hamba yang terpancar kedalam keputusan untuk memilih satu cara hidup. Tindakan kita mengenai segala sesuatu hendaklah lahir dari kepercayaan kita. Kalau ia sudah berlaku begitu apalah lagi pilihan kita untuk dipercayai. Demikianlah adanya bagi diri hamba. Namun hari ini ramai juga diantara kita yang mengaitkan perkara ini menjadi isu politik kepartian.

Bagi hamba kalau nak cakap Politik kita cakap ilmu politik. Kita asik dok cakap mengenai isu sampai bila pun tak selesai. Tiap hari ada sahaja isu baru yang dapat di isukan. Kita cakap mengenai kerenah manusia bila bila pun banyak perkara tak kena dapat diungkit. Tak akan habis kita bincang dan tak akan selesai pun. Dan kalau tak akan selesai buat apa kita cakap. Buang masa sambil membuat dosalah namanya.
 
Kalau nak cakap pasal Judi bola pun kena cakap juga mengenai fatwa oleh Nik Aziz mengatakan lesen arak di Kelantan dan Selangor tu tak apa sebab ia adalah untuk orang bukan Islam. Begitulah jadinya kalau kita terperangkap dalam bicara mengenai isu dan kerenah manusia. Sama tak lepas je.... pihak mana pun.

Hamba ingin mengajak semua kawan kawan bercakap mengenai ilmu politik sebagai satu bidang sains untuk pentadbiran dan pengurusan negara. Dalam hal ini perkara pertama perlu difikirkan ialah pengekalan kuasa dalam realiti yang ada. Kajilah realiti itu dengan berdesiplin. Jangan pakai balun tanpa kajian berdasar kepada realiti. Kajilah struktur masyarakat yang ada. Bilangannya, budayanya, hati budinya serta sejarahnya kena diteliti dan difahami.  Kemudian ramai pula akan muncul dengan selaran selaran emosi dan ragam hati yang geram tanpa kawalan ilmu dan kebijaksanaan.

Ingatlah peristiwa 1969 dimana Perikatan menang 74 kerusi sementara parti parti lain menang 70 daripada jumlah 144 kerusi. Pihak parti parti pembangkang pada masa itu merasakan mereka sudah dapat merampas kuasa kerana rupanya ada dirasakan puak mereka dalam Parti Perikatan itu sendiri.

Dari situ mereka berarak merayakan kemenangan itu dengan memikul keranda yang sudah siap didalamnya senjata senjata. Mereka melalui kawasan kg kg Melayu, mencabar, menghina dan menghalau Melayu supaya masuk hutan dan kembali ke kampong kerana mereka nak perintah negara ini. Itulah pencetus kepada trajedi berdarah Mei 13 1969 selain punca lain yang ganas dan kasar yang lahir dari keghairahan melampau.

Apakah kita bersedia untuk memberi kemungkinan peristiwa itu berulang ? Dan kalau dia berulang adakah keadaan dan realiti dunia kini serupa dengan dahulu itu. Apa akan berlaku seterusnya. Tidakkah kita melihat sekeliling dan mengambil contoh seperti di Timor Leste mithalnya ?

Cakap politik janganlah main pakai balun semborono jer. Kena ada kira kira. Kena ada perhitongan. Puak mana pun ada kelemahan dan kekurangannya juga. Kita kena bijak memilih satu puak untuk memulakan satu pasukan menjadi satu pasukan sahaja. Kemudian kita kena mainkan peranan untuk mendorong pasukan itu supaya menjadi sebaik mungkin.

Jangan katakan aku tudak ada apa apa dan tiada upaya. Kerana kalau kita tiada upaya kita tidak seharusnya bercakap (... waulilil amri minkum ....). Kita kena ikut je. (Judi itu dibenarkan pun untuk orang lain bukannya untuk kita). Maka kita kena cari jalan untuk menjadikan semua kita menjadi satu pasukan sahaja. Kita tiada pilihan lain kerana bilangan kita hanya ada 56% sahaja dalam negara ini. Itu adalah t/jawab kita selaku khalifah dimuka bumi ini. Janganlah kita menjadi seperti tikus membaiki labu yang bulat dan berlurah gelugur itu sekadar kerana ia adalah labu yang mampu kita korek.

Tanyalah diri kita mampukah aku menubuhkan pasukan ku untuk membina labu yang lebih bulat lebih teratur lurahnya dan lebih seimbang gelugurnya. Jawablah soalan itu dengan jujur, ikhlas, saintifik dan ilmiah. Jangan melulu kata boleh dengan cuma meletakkan hajatnya. Bahan, proses pemeringkatan benaannya hendaklah diteliti dan dihalusi.

Janganlah kita izinkan diri kita tergari dan terkunci dalam perangkap orang orang yang memasarkan ideologi mereka untuk merebut kuasa. Itu adalah helah untuk menang bagi diri sendiri sedangkan mereka pun tidak peduli atau setidaknya tidak sedar akan akibat yang akan terjadi.
Bayangkanlah kalau 56% itu dibahagi kepada 2 puak. Satu pihak akan dapat 23%. Mampukah mana mana pihak berdiri sebagai pemimpin dengan memegan kuasa sebanyak 23% itu. Sedangkan ada pihak bila bila masa jelas boleh berhimpun untuk dapat mengumpul lebih dari itu.

Peluang yang ada bukan berlapis lapis. Sekali terlepas akan hilanglah buat selama lamanya. Bagaimana pula nasibnya anak cucu kita. Relakah kita meninggalkan mereka merempat dibumi yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya ini ? Jangan letakkan kesalahan itu kepada orang lain sebagai alasan. Kita dok ada disini ini... apa yang kita buat.

Apakah kita dengan berilmu dan dengan penoh bijaksana menyumbang kearah mengelak ia daripada terjadi atau dalam ghairah bertindak sehingga mengakibatkan ia lebih mudah terjadi. Tanyalah pada diri sendiri dengan penoh jujur dan ikhlas hati berdasar pada ilmu yang seimbang dan merangkumi.

Jangan pula kemudian nak kata aku tak sangka atau tak faham atau tak nampak nak baca. Hamba dah beri amaran disini. Ramai kawan kawan pun setiap hari memberi peringatan. Istilah jahil mengikut hukum fikh sudah tidak sesuai digunakan lagi.

Wallahuakllambissawab.

Isnin, 3 Mei 2010

Pemimpin dan Pimpinan.


 Kadang kadang kita cenderung juga untuk bercakap mengenai pemimpin dan kepimpinan di kalangan kita; terutamanya apabila ada sesuatu yang tidak berapa kita senangi. Malang barangkali kalau kecenderungan bercakap itu lahir kerana hajat untuk saja saja menguji pandangan kita. Lebih malang lagilah kalau ia lahir dari perasaan untuk menunjukkan bahawa kita ini ada sesuatu kelebihan. Malahan lebih teruk lagi kalau kecenderungan itu tercetus oleh sesuatu kepentingan tersembunyi untuk mencari untung yang kita sirat jalinkan dibawah kerahsiaan tersendiri.

Salah satu panduan yang selalu menjadi panduan serta pakaian hamba sendiri dalan perkara ini ialah: Ayat Allah yang selalu dibawa oleh orang orang pas = "taat pada Allah patuh pada Rassul .... " (cuma mereka selalunya berhenti setakat itu sahaja, walhal sambungnya ada)  "....... patuh kepada pemimpin yang telah dilantik di kalangan kamu"

Nah itulah nelai yang kena kita hayati. Siapa sahaja yang duduk sebagai pemimpin itu kita kena patuh dan hormat. Duduk di atas itu pandangannya mungkin berbeza dengan kita kerana gambaran yang dia dapat adalah juga berbeza. Maklumat yang terkumpul dimejanya berlapis lapis. Kalau kita ada pandangan dan maklumat yang lain yang kita rasa terlepas pandang hendaklah kita cari jalan supaya dapat disampaikan juga kepadanya. Itu adalah tanggong jawab kita sebagai pengikut di bawah.

Cuma janganlah pula kita tebarkan maklumat itu sehingga ia terkutip pula oleh musuh yang sentiasa mencari sebab dan peluang. Kalau kita buat begitu kita boleh digolongkan sebagai pengkhianat tanpa sedar. Sebaliknya kalau kita tidak pandai mencari jalan untuk menyampaikan maklumat penting itu; kita kena semak diri kita dan bertanyakan sebab kenapa ruang sepatutnya tidak terbuka untuk kita. Terimalah jawapan benar dari soalan itu walau pun pahit.

Falsafah kepimpinan melayu juga membawa pengertian begitu: 

Duduk diatas hendaklah memimpin, dan tanggong jawab dalam memimpin itu adalah kepada Allah swt. Maka kalau kita pandai menghormati perkara iman itu adalah rahsia individu dan baik buruknya adalah untung rugi individu juga tentulah pandai juga kita merelakan tanggungan masing masing itu sebagai milik masing masing.

Duduk ditengah hendaklah menjadi penyokong dan bertanggong jawablah kepada Allah swt dalam memberikan sokongan itu. Lemah pemimpin adalah sama sama ditanggong sebagai kelemahan kita juga dan sedarlah bahawa kitalah yang gagal membantu pemimpin di atas itu supaya menjadi benar dan kuat.

Duduk dibawah paling mudah nampaknya kerana diparas bawah itu kita cuma perlu ikut kecuali ada disuruh buat perkara yang bercanggah dengan syarak.

Namun paras duduk itu bukanlah tetap kerana pada masa dan tempatnya kedudukan paras tengah dan bawah itu juga boleh berubah ubah mengikut situasi dan keadaan.

Kalaulah kita semua boleh patuh dengan peraturan ini inshaallah amanlah kita dan dunia kita. Namun kekadang perkara yang jelas dan mudah ini menjadi payah untuk dipatuhi kerana kita ada napsu.

Maka terjemahkanlah pula napsu itu mengikut 7 tahap kemuliaannya dari Napsu Ummarah diperingkat paling bawah hingga ke peringkat Napsu Mutmainnah sebagai peringkat napsu paling mulia yang dikatakan sebagai menjadi takhta napsu bagi pari aulia. Inshaallah.

Semuga kita ini tidaklah tergolong sebagai orang yang merasakan diri kita sendiri adalah sudah terlalu bijak sehingga mengatasi kebijaksanaan orang yang lebih tahu dari kita ... Mashaallah.