Manusia adalah makhlok sosial yang tidak lepas dari persekitarannya. Tidak lepas dari kerja nak kena selalu melayan dan berhubung sesama manusia. Maka hamba pun selalulah meneliti mengamati dalam percubaan untuk memahami. Hadhirlah satu kefahaman pada hamba mengenai kaedah manusia melayan manusia itu cuma ada 4 cara seperti berikut:
- Melayan teman kongsi.= Sebagai teman kongsi seperti juga suami dengan isteri. Kena sama berkongsi memikul tanggong segala masaalah. Kurang, cacat, lemah seorang teman kongsi kena ditampong atau ditimbus tutup. Sebarang kemenangan / keuntungan adalah kejayaan bersama. Kecemerlangan seseorang teman kongsi adalah kelebihan untuk kebanggaan bersama dan akhirnya kemenangan/keuntungan dinikmati bersama. Seorang menang semua merasai nikmatnya secara serupa. Tetapi apabila keluarga sudah menjadi terlalu besar, bertambah ramailah manusia terlibat menjadi ahli keluarga. Namun ia tidak akan mengubah nilai kekeluargaan selagi cemaran dari sikap2 buruk seperti hasad dengki, cemburu, tamak, penting diri, dendam dsb. Nilai2 buruk itu memang sukar dielak dari menghantui keluarga yang besar. Cuma kalau dalam ramainya anggota keluarga yang besar itu ada ramai juga ahli keluarga yang mulia hatinya selalu muncul untuk memainkan peranan sebagai pendamai tentulah keluarga itu akan lebih kekal kesetabilannya. Tetapa yang menjadi masaalahnya terlalu ramai manusia kini selalu mahu mencari serba yang mudah. Kaya mudah; laluan mudah; projek mudah; untung mudah; menang mudah; mudah dikenal; mudah dikagum; mudah dipuji; mudah terkenal dsb. Maka jadilah ramai orang suka cakap lantang2, keras dan kasar untuk memenagi hati pihak tertentu tanpa sedar ramai pihak lain dalam keluarga yang sama jadi tersingong hatinya. Bertambah malang lagi pihak2 tersanjung dalam kumpulan pihak2 terlibat rupanya sama2 mengabaikah hakikat nilai murni dan memberi pengiktirafan pula kepada kelantangan bermatlamat itu. Dalam politik macam mana. ? Kita yang terlibat dalam keluarga itu tetap melayan ahli ahli keluarga dengan wajaran begitukah ?? Selalu kita lupa kan ?? Sudah cukup ke bilangan ahli yang rela untuk terlepas peluang menggoda untung sendiri demi untuk menjadi pendamai itu.
- Melayan Pelanggan.= Kalau melayan pelanggan dalam perniagaan kita semua selalu dapat memberikan imbangan yang jelas. Malah selalu pun kita kata "pelanggan sentiasa benar" Tetapi kalau dalam politik, bagaimana kita melayan pelanggan kita. Serupa ke ?? Atau selalu kita terperangkap dengan kehadhiran emosi yang terbina oleh nilai2 buruk tersebut di atas tadi ?? Atau kita selalu terperangkap dengan nilaian yang salah, hasil dari maklumat salah yang kita kutip dari sumber yang tidak sepatutnya. Rassulullah tidak ada masaalah dengan kehadhiran Abdullah bin Ubai dalam Jumaah Islam kerana beliau kenal siapa Abdullah din Ubai. Kita dalam keluarga besar seperti dalam politik kini bagaimana ?? Lebih malang lagi kalau kita sendiri yang sengaja melantik pihak2 berkepentingan begitu sebagai pengutip dan pengumpul maklumat untuk akhirnya mengakibatkan kita mendapat krfahaman yang salah sehingga tindakan tindakan kita pun menjadi salah.
- Melayan Pesaing.= Kita bercakap mengenai persaingan sesama ahli keluarga. Kemenangan ahli keluarga mencapai kecemerlangan sejati adalah nikmat untuk kita juga. Namun janganlah kita jadi tergolong sebagai orang orang yang taksub dan lalai dari memuhasabah diri dan pihak kita. Tegoran kalau ada sewajarnya menjadi tegoran dari ahli keluarga kepada ahli keluarga. Jangan sampai ia menjadi longgokan emosi yang dihambur dipasaran terbuka. Takut nanti ia mudah dikutip oleh musuh musuh kita dengan olahan mengikut selera dan kehendak mereka. Kelak akibatnya kita juga yang kena tanggong bersama.
- Melayan Musuh.= Apabila ada mana mana pihak terletak dan ternama sebagai musuh tentulah layanan dan strategi mereka terhadap kita sebagai musuh yang sentiasa mencari lemah, cacat dan kurangnya pihak kita. Maka kenalah kita jaga laman laman lemah itu supaya tidak dengan mudah dapat diambilguna oleh pihak musuh kita itu. Janganlah dalam ghairah kita jadi lupa strategi sehingga mencorakrupakan diri kita sendiri menjadi seperti corakrupa musuh kita pula. Begitulah juga sikap kita dalam menangani strategi terhadap musuh kita. Sayangnya kerenah yang selalu dapat dilihat dalam keluarga besar seperti keluarga parti politik terbenar bangsa kita yang dikatakan berpegang kepada ajaran Islam itu gambaran sikapnya tidak pula nampak jadi begitu. Malahan fakta terkutip dari banyak pihak oleh ramai sahabat membuktikan bahawa ramai antara kita sanggup berhabisan dari segi matabenda dalam menghadapi persaingan sesama sendiri walaupun ketika cemas menghadapi perlawanan dengan musuh sebenar kita dengan kaku dan lemah menunggu habuan dan peruntukan dari atasan. Mashaallah....Salah letak ke kita ?
Wallahuaalam.