Terkesah dalam sejarah mengenai asal usul daerah Besut, iaitu daerah yang terletak paling keutara dalam Negeri Terengganu DI. Asalnya konon adalah sebuah jajahan dalam Negeri Kelantan. Raja Kelantan telah berlawan melagakan ayam sabungan masing2 dengan Raja Terengganu. Oleh kerana ayam sabungan Raja Kelantan ditewaskan oleh ayam Raja Terengganu maka tergadailah sebahagian negerinya iaitu kawasan dikenali sebagai Daerah Besut kini menjadi sebuah daerah dalam Negeri Terengganu DI. Ini cerita lama dalam sejarah yang sudah dilupakan.
Sinonom dengan cerita di atas itu hamba ingin merujuk kepada kekecohan yang berlaku beberapa tahun yang lalu ketika Negeri Kelantan DN dilanda penyakit selsema burung. Siasatan dan kajian teliti oleh pohak berwajib menemui punca awal jangkitan itu sebagai datang dari seekor ayam sabongan yang telah dibawa oleh seorang juara ayam dari Kg. Pasir Pekan untuk diadulagakan di gelanggang laga ayam di Takbai di Thailand.
Dari sinonim dua cerita ini terbitlah seloka yang selalu hamba bacakan merata2 di seluruh negara untuk difahami oleh anak2 zaman kini dan sekaligus mencari terjemahannya. Seloka itu adalah seperti berikut:
Dulu Raja melaga ayam;
Tergadai sekerat negeri.
Kini rakyat jelata melaga ayam;
Terancam nyawa seluruh umat.
Tujuan hamba ialah untuk menunjukkan betapa kemusnahan negeri yang dahulu biasa ditudingkan gejalanya kepada pihak berkuasa kini sebenarnya disedari atau tidak adalah diakibatkan oleh rakyat jelata. Inilah akibatnya apabila dalam sistem demokrasi kuasa dipindahkan kepada pemilihan rakyat yang enggan menerima pengertian sewajarnya. Tidak tahulah sama ada kita ini sudah layak menganut sistem demokrasi yang tidak dapat kita mengelak darinya itu. Padahal hari ini pun rakyat jelata masih lagi enak menuding jari kepada kuasa2 atasan dalam banyak perkara. Mungkin kerana banyak pihak menganjurkan begitu tanpa menyedari betapa akibat yang akan menimpa. Rakyat yang tidak mengerti apa apa ikut terlibat dalam perang pihak2 tertentu berebut kuasa untuk kepuncak kuasa mengancam kedaulatan negara.
Ehwal tidak mengerti apa2 ini bukan tersarung setakat rakyat jelata itu sahaja rupanya. Kini ramai lidah2 yang mahu ternama sebagai lidah bijak sedang menggelidah minda masyarakat untuk ikut terlibat dalam kesah2 laga orang pula. Maka jadi banterakan atau kelihatan seperti berbanterakanlah ramai pemimpin sesama sendiri. Barangkali ada untung yang boleh dikutip sebagai habuan kepada yang terlibat itu. Hasil sebenarnya tidak dikesahkan.
Hamba pernah menyuarakan perkara orang2 mencari untung sebegini kepada seorang terhormat (kerana bijaksananya). Sampok beliau ialah bahawa untung kebendaan itulah yang dicari oleh semua orang, bagaimana akan dapat kita menghalang mereka. Namun hamba tetap mahu berpegang kepada amanah untuk memakmurkan muka bumi ini.
Sengketa sengketa yang kita sedang semarakkan itu, biar pun tujuannya mencari keuntungan dan kemenangan sendiri pasti akan mengundang cabaran2 kemusnahan. Wajiblah kita semua benteraskan ia. Sifat seorang muslim ialah: Dengan segala kepujian kebijaksanaan memikul amanah menyampaikan tanpa henti tanpa hujung (Sidik, amanah, tabligh, fatonah).
Kalau menjanasemarakkan sengketa itu dipandang sebagai alat berkesan dalam mencari kemenangan dan keuntungan siapakah yang samggup untuk merelakan diri menjadi faktor pendamai. Padahal mendamaikan sengketa itu besar pahalanya. Wallahuaalam.....