Hamba tertarik dengan saranan Ipoh Malay di Laman Blog Ipoh Malay mengenai tajuk di atas. Hamba memang setuju dengan saranan itu kerana itulah satu satunya cara proses intergrasi kelompok kelompok masyarakat Malaysia ini boleh berlaku. Dengan cara dipaksakan melalui proses peraturan undang undang, walau pun hamba tidak pernah percaya bahawa jiwa rasa manusia itu tidak mungkin dapat dicorak dengan cara dipaksakan.
Namun oleh kerana kita sudah cuba dengan berbagai cara dan dasar perkara itu tidak boleh berlaku dan sekaligun menunjukkan saranan Ipoh Malay itu menjadi wajar pada pandangan hamba.
Kalau saranan ini hendak dilaksanak bermakna kita kena merangka dan meluluskan undang undang tertentu. Ini seterusnya bermakna kita kena himpunkan sokongan rakyat untuk memperkukuh dan memperkasakan parti dorminan dalam himpunan parti parti yang menjadi kerajaan kini.
Maknanya kita kena memperkukuhkan dan memperkasakan UMNO. UMNO sahaja rupanya harapan kita. Kita kena terima hakikat ini kerana dalam keadaan UMNO tidak berapa kuat kini kita sehingga sudah terbayang kemungkinan adanya pihak tertentu sedang mengusulkan gerakan arus masyarakat kearah penubuhan Negara Rebuplik seperti rumusan yang hamba bayangkan dalam tulisan hamba mengenai Intergrasi Kaum dalam laman ini.
Kalau sehingga sampai begitu kemungkinan hujungnya kita sekaligus kena merayu juga kepada pihak pihak Istana Istana supaya bersedia untuk menyumbang, atau sekurang sekurangnya elaklah dari munculkan akibat akibat yang boleh memberi kesan kepada kestabilan kekuatan UMNO itu.