Sabtu, 29 Ogos 2009

Intergrasi Kaum.

Masaalah dihadapi dalam hasrat INTERGRASI ANTARA KAUM di Malaysia bukan masaalah teknikal atau masaalah proses. Ia adalah sebenarnya masaalah kepentingan tersembunyi. Ada cita cita lain yang disorok dibawah permaidani. Buktinya boleh difahami apabila kita cuba melihat kepada berbagai dasar yang pernah disarankan:
  1. Sebaik selepas kejadian Mei 13 1969 yang tidak kita inginkan itu kerajaan telah menubuhkan Lembaga Perpaduan Negara. Tujuannya adalah untuk merancang dan melaksanakan program program yang boleh mendekat dan memesrakan perasaan antara kaum2. Lembaga itu sudah menjadi jabatan pun kini. Tanyalah pegawai2 kanan disana apa masaalah yang dihadapi. Kerelaan dan kesediaan untuk merealisasikan keikhlasan untuk sama sama berkampong secara hormat menghormati tentulah menjadi rumusan akhir.
  2. Kita pun telah mencipta tonggak nilai untuk menjadi penghayatan semua kaum; satu rukun yang dinamakan sebagai Rukun Negara. Ia tidak pun bercanggah pun dengan mana mana ugama. Tetapi ia tidak menjadi penghayatan sehingga mampu menjadi tonggak dalam pembinaan nilai. Kenapa ? Masing2 sibok dengan pegangan sedia ada dalam budaya masing masing dan bedegil untuk mempertahankannya tanpa menghormati sensiviti ethnik lain.
  3. Kongress Kebudayaan Kebangsaan 1971 menyarankan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan telah pun diterima pakai oleh kerajaan pada ketika itu. Hamba sendiri terlibat dalam berbagai usaha pengkajian, perancangan dan perlaksanaan berbagai program tahun tahun berikutnya. Ia tidak diterima kerana setiap ethnik mahu selinapkan bahagian yang lebih dari ethnik sendiri. Mana ada keikhlasan terhadap segala yang sudah digarapkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah diterima itu. Padahalnya semua orang faham bahawa budaya itu adalah dinamis. Ia membina dan berubah mengikut keperluan sezaman. Bagaimana ia mahi dipaksakan tanpa menghormati teras yang sepatutnya menjadi tonggak kepasa sistem nilai yang membina dan berkembang. Ikhlah terima dan sama samalah kita menyumbang kepada pembinaan dan pembangunannya. Namun dia tyidak menjadi begitu. Masing masing mahu meletakkan syarat mengikut peratusan pula. Demikian itu namanya memaksa. Bukannya mengizinkan assimilasi dan intergrasi dalam proses pembinaan dan pembangunannya. Kita juga melihat percubaan untuk melaksanakan mengikut hasrat begitu dalam dunia hiburan. Namun ia berlaku secara berjajar (perallel) dan tiada serapresapan (assimilasi). Inilah jadinya apabila masing masing keras mengawal sempadan budaya tanpa memberi izin yang ikhlas kepada proses yang bebas dari emosi yang lupa kepada rasional dan realiti.
  4. Kita juga pernah menyarankan dasar Sekolah Wawasan.
  5. Kerana dasar mengenai Sekolah Wawasan tidak diterima kita muncul lagi dengan saranan Sekolah Intergrasi dimana Kerajaan sanggup menyediakan bangunan2 yang sempurna di kawasan kawasan terpilih. Masing masing boleh melaksanakan sekolah masing masing. Cuma tempatnya sahaja bersama supaya kanak kanak yang belum menebal sentimen perkauman itu masih tetap ada kesempatan untuk berkawan dan berinteraksi. Semuga mereka boleh menjadi kawan yang faham memahami. Ini pun ditolak entah kerana apa. Cuma juara juara dalam proses bantahan dan demonstrasi mengenainya dapat kita kenalpasti sebagai juara perkauman dari parti parti politik tertentu.
  6. Terakhir ini kita bentangkan pula dengan 1 Malaysia, rakyat diutamakan. Dalam diam hamba sempat mengutip maklumat langsung dari sekumpulan anak anak muda kaum tertentu yang menyatakan; "tak bolehlah tok, sebab perbezaan kaum tu dah termaktub dalam perlembagaan itu sendiri dah." Kalau beginilah keluhan yang tersebar kepada anak2 yang masih mentahan; hamba sebenarnya dapat membayangkan masaalah yang cukup besar.
Rupa rupanya pihak pihak tertentu sedang merancangkan untuk menolak perlembagaan itu sekali. Apakah kita menghadapi tekanan dari hasrat untuk menubuhkan sebuah negara REPUBLIK ??????

3 ulasan:

  1. NEGARA REPUBLIK SEKALIPUN ADA PERLEMBAGAAN... TETAPI MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI NAGARA REPUBLIK...

    BalasPadam
  2. Salam,

    Terima kasih respon tuan dalam blog kawan, satu penjelasan yang sempurna untuk dibuat panduan generasi msa kini.

    Malaysia sebuah negara REPUBLIK, Itulah yang tersirat di dalam agenda puak-puak ini, cuma mereka tidak mahu menunjulkannya selagi Melayu masih ramai yang bersatu. Sebab itu, mereka mempergunakan PAS untuk melebelkan UMNO kafir kerana memperjuangkan 'kebangsaan', PAS hampir berjaya mempengaruhi umat Melayu agar tidak memperjuangkan bangsa dan melupakan perkataan bangsa Melayu, yang ada cuma bangsa Islam PAS atau bangsa Malaysia.

    Puak-puak ini melihat, selagi UMNO masih berterusan memperjuangkan bangsa, selagi itulah Melayu tidak akan dapat dipecahkan. Puak-puak ini juga mengenal sejarah Islam dan mengenal kelemahan Islam, mengapa Islam sekarang tidak seagung dahulu, sebab dalam Islam juga ada pelbagai puak yang sentiasa bertelagah untuk mengkafirkan orang Islam lain, puak-puak Islam ini sentiasa berbunuhan sesama sendiri, sehingga dunia telah melebelkan Islam itu ganas dan exstrem. DAP sahabat PAS pun telah mennyatakan secara terbuka tengang Islam itu exstrem, tetapi PAS Khawarij ini tidak memperdulikannya kerana telah disogok dengan kuasa dan kebendaan.

    Inilah agenda yang tersirat di dalam hati mereka....

    BalasPadam
  3. Tahniah Yang; Yang nampaknya jelas. Sebab itulah tablegh ini wajib dan haram bagi kita yang faham ini meninggalkan akan dia.

    Tahniah di atas semangat dan keazaman Kuda Perang menyatakan Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara republik. Maka usaha kena diteruskan tanpa hentilah.

    Negara republik itu maknanya tak pakai raja lagi. Perlembagaan memang ada tetapi puncak kuasa ialah pada Presiden dan presiden itu dipilih melalui P/raya. Macam US tu la. Maka akan banyaklah hak hak yang tersirat dalam sistem kita kini akan koyak.

    Bretain tak pakai perlembagaan pun. Mereka pakai common law; Iaitu satu sistem nilai tidak bertulis yang diterima secara bersama oleh seluruh rakyat.

    Malaysia dengan nilai kauman yang berbeza2 ni ada perlembagaan pun tak boleh nak ikat kefahaman nilai menjadi bersama.

    Inilah nak kena diintergrasikan.

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.