Ahad, 16 Ogos 2009

PENGALAMAN KERJA

Berbekalkan sijil School Certificate (SC) Pangkat 3 dan 8 tahun pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan hamba dianggap layak untuk memohon bagi dilanyik kejawatan dalam kategori A. Hamba pun memohon untuk beberapa jawatan. Dua kali temuduga sahaja hamba telah terpilih untuk dilantik sebagai Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan dan melapur diri pada hari April Fool 1974.

Nasib hamba cukup baik kerana wakil KKBS pada hari hamba hadhir temuduga itu kebetulannya ialah Pengarah Penyelidikan Kebudayaan yang baru dilantik mengepalai unit yang baru ditubuhkan sebagai menyambut saranan daripada Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Patutlah hamba menerima bermacam soalan mengenai kehebatan dan kelebihan orang Melayu semasa temuduga itu. Semua soalan yang tidak hamba fahami asas atau tujuannya telah hamba jawab dengan tulus sebagai diri hamba sendiri berpandukan kefahaman serta pengalaman hamba sendiri.

Tidaklah hamba sangka rupanya itulah bakat yang dicari untuk mengisi salah satu daripada empat jawatan Pegawai Penyelidikan Kebudayaan yang ada. (2 jawatan telah diisi oleh 2 orang PTD dan satu lagi sudah ada calunnya). Seperti sudah tertera dalam rancangan Allah. Hamba kemudian khabar bahawa Pengarah yang telah berhadapan dengan beberapa perdebatan dalam mempertahankan kedudukan hemba sebagai calun paling layak.

Maka terlintas juga pada hamba kini mengenai payahnya anak2 kini mencari kesempatan untuk menempatan dalam proffrsion yang ia pelajari sehingga ke peringkat Ijazah atau Sarjana. Dan kemudian apabila sudah mendapat kesempatan itu terpaksa meronta pula kerana baru dirasakan ketidaksesuaiannya. Apa kah gambaran yang diberikah kepada penemuduga bukan gambaran dirinya yang sebenar. Atau adakah hajat awal untuk memohon jawatan itu sebenarnya tidak pernah disemak dengan minat dan bakat sebenar diri sendiri.