Khamis, 4 Mac 2010

Cadangan Menyatukan UMNO dengan PAS.

http://www.facebook.com/group.php?gid=269996163519
Ada sahabat cuba menyediakan satu laman di fb untuk membuka perbincangan mengenai saranan untuk melihat penyatuan UMNO dengan Pas. Maka ramailah tampil untuk memberi pendapat sehingga hamba pun ikut menyumbang seperti berikut:

"Cincin di jari, gelang di tangan, rantai di leher dan kalung di dada; dilolos semua buat membiaya usaha mulia mendapatkan sebuah kemerdekaan; yang kini menjadi milik kita; yang kita lena dalam nekmatnya." penghujung sebuah sajak pernah hamba tulis dan bacakan merata selalunya dengan titisan air mata.

Kita yang hidup dengan nikmat yang tidak terhingga ini menjadi lena dan berberang berang dengan rasa tidak puas hati. Pandai menuding jari sambil lupa melihat kedalam diri sendiri. Menuduh menyelar dengan bahasa yang kasar. Menolak menafi tanpa jelas memahami. Memihak berpuak tanpa hormat. Tanda tanda kehancuran dan keruntuhan sudah terlalu jelas.

Namun diruang kecil ini masih ada yang ingin bercakap mengenai perpaduan dan penyatuan walau pun masih ada yang menuduh dan memehak; masih menyelar dan menafikan; masih menyalah dan menidakkan. Namun pada hujungnya masih jua dikatakan mahukan perpaduan. Maka tergeraklah hati dan perasaan mahu ikut menyumbang mencatatkan.

Perpaduan antara kumpulan manusia bukanlah sesuatu yang mudah selagi tidak menyeluruh ikhlasnya. Bagaimana boleh menyeluruh ikhlas itu sedangkan anggotanya ramai. Bagaimana boleh jadi serupa pada hati hati yang ramai itu. Lihat sahaja apa hasilnya Syarahan Perdana yang pernah berlaku di Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka sekitar 2001 yang telah menghimpun Presiden Umno dan Presiden Pas ketika itu. Bicaranya walau tidak serupa, walau fokusnya berbeza namun rumusnya tetap sama iaitu untuk sama sama bekerjasama membela rakyat Pelestin.

Itu bukan untuk berpadu menjadi satu padahalnya. Malangnya 5 hari sahaja kita semua berseronok mendendangkan keriangan kerana UMNO dan PAS dikatakan sanggup untuk duduk semeja berbincang satu tajuk dengan harapan perkara perkara lain akan dapat dibincangkan juga kemudiannya. Nak mulakan dengan berbincang tentang kepentingan keselamatan umat Islam di Palestin sahaja dahulu. Malang sungguh selepas 5 hari dari perlafazan hasrat bersama itu mula keluarlah suara suara sumbang menapikan persetujuan bersama itu.

Rupanya ada pihak membuat ukuran lain. Ada pihak membuat kesimpulan lain kerana dalam ucapan bersama itu seorang dikatakan lebih bernas dan menarik ucapannya sehingga pihak penyokong kepada yang kurang menarik ucapannya itu memulakan pertuduhan mengatakan pihaknya telah diperangkap. Diperangkap untuk menunjukkan pihaknya lemah. Patutlah pihak itu menberikan ucapan dengan text penoh yang disediakan dengan rapi padahal pihak yang lagi satu berucap tanpa text pun.

Rupanya memang telah dirancang barangkali untuk menjadikan acara itu sebagai pertandingan syarahan dan mendedangkan kehebatan pihaknya. Malangnya pihak yang lagi satu itu memang bermaklumat dan seorang penyampai pengucapan awam yang handal dengan nada, irama dan bahasa bersahaja yang memang diketahui menarik serta mengkagumkan.

Demikian satu kesah gagal yang pernah berlaku. Maksud yang hendak hamba sampaikan ialah perpaduan yang kita bicarakan hari ini adalah terlebih langsung lagi. Ia akan melibatkan untung rugi diri peribadi para pemimpin. Memang sukar dicapai sejak peringkat awal lagi. Tanda tandanya amat jelas apabila beberapa ketika yang lalu timbul cadangan untuk diadakan perbincangan telah digalang ganti dengan saranan untuk debat terbuka dengan siaran langsung. Satu pertandingan lagi yang dituntut.

Walau bagaiman pun pada hamba oleh kerana perpaduan itu adalah sesuatu yang teramat diperlukan kita kena cari jalan untuk melihat ia tetap berlaku. Percubaan untuk menghimpunkan para pemimpin itu terlalu sukar kerana setiap yang terlibat masih memikirkan untung rugi diri dan puak puaknya, yang sesungguhnya selagi difikirkan selagi akan bertambah kusut titik pertemuannya.

Maka pada hamba ada lagi satu cadangan yang kena kita yang ingin berkata kata ini. Cadangannya ialah dengan cara menghimpunkan rakyat jelata. Keseluruhan umat Islam hendaklah berhenti bersengketa dan berbeza seterusnya memberi sokongan kepada satu parti sahaja. Biarlah para pemimpin pihak pihak lain itu dikejutkan dan merasakan mereka sudah lemah kerana kekurangan penyokong. Pada ketika itulah kita pujuk mereka dan sokong mereka dalam kesatuan yang baru itu.

Timbul pula persoalan parti mana yang mahu kita pilih untuk dijadikan teras tempat berhimpun. Hamba mengambil jalan hisab. Kerana jalan hisab itu melibatkan angka. Angka mudah dibanding. Begitulah keputusannya. Nampak disini seperti kita masih memilih kaedah suara terbanyak (demokrasi?)

Dari sini akan timbul pula saranan ekstrim dari pihak lain. Mereka tentunya akan meletakkan (seperti ada pun percubaan untuk menggarap dalam catatan catatan di atas) Islam atau Quraan dan Hadis dihadapan. Masaalahnya kalau kita bincang disitu akan timbullah kembali tuduh tuduhan, selar selaran serta nafi tidakkan. Kita kena terimalah bahawa kita kena bertolah dari sini. 53 tahun sudah berlalu dengan perkembangan yang terlalu sedikit katanya itu lahir dari; pada hamba paksaan fikiran yang dijana oleh rebutan kuasa.

Kita kini sudah melihat sistem kewangan Islam bermula dengan penubuhan Tabung Haji dan Bank Islam sehingga kini semua bank yang beroperasi di Malaysia sudah mempunyai kaunter Islamic Banking. Kita ada sistem Insuran Islam.

Kita sudah mula menghantar ramai pelajar mahir pengajian Islam malah hafazan pun untuk menuntut ilmu proffesional di Timor Tengah. Malahan kita sudah ada sekolah yang bermatlamatkan untuk melahirkan proffesional yang mahir hadis dan ilmu alquraan. Kita ada sekolah yang bermatlamat untuk melahirkan Ulul Albab.

Kita ada menyediakan elaun khas untuk pada hafiz. Ini dilaksanakan oleh majlis Ugama Islam Negeri negeri. Kita ada sekolah dan institut tahfiz dengan segala kemudahan pembelajaran yang sempurna. Dan yang terakhir kita sudah memperuntukkan untuk membayar elaun khas yang lumayan kepada Qari dan Qariah dengan harapan mereka boleh secara sepenoh masa menjaga keindahan Al Quraan.

Dari segi perlaksanaan hukum (hudud) yang banyak diwar warkan pun kita sudah banyak menapak kehadapan sehingga kedudukan Kadhi Besar bagi Mahkamah Tinggi Syariah telah menjadi sama taraf dengan Hakim Mahkamah Tinggi dengan infrastrukturnya yang sudah siap dan bersedia.

Malahan yang paling besar dan penting disebut di sini ialah adanya perkara 121.1(A) Perlembagaan Persekutuan yang telah diluluskan dalam tahun 2006 tanpa sokongan (malah dibantah) oleh Pas sendiri. Di bawah perkara ini atas kepentingan orang Islamdan hukum Islam Mahkamah Syariaah berhak mengambil kes dari Mahkamah Sivil. Sedangkan tidak pula disebutkan sebaliknya. Patut diingatkan bahawa perkara ini telah diluluskan di Parlimen sewaktu kuasa orang Melayu ketika itu di Parlimen adalah kuat iaitu 1/2 daripada jumlah kerusi dikuasai oleh UMNO sahaja.

Kedudukan inilah yang perlu kita bina. Dan semuga kita tidak akan tergolong sebagai orang orang yang khufur nikmat.

Mengenai penganut Ugama lain apabila Kedudukan orang Islam dan Melayu menjadi kuat dan masih berlaku adil kepada mereka keharmonian tentulah akan mudah berlaku.

Inshaallah.

Kalau berminat untuk mengikuti silalah kelink: http://www.facebook.com/group.php?v=app_2373072738&ref=search&gid=269996163519#!/topic.php?uid=269996163519&topic=13448

4 ulasan:

  1. Kembalilah kepada Tali ALLah..
    InsyaAllah kamu tidak akan sesat...
    Bergitulah lebih kurang bunyinya...
    Beragama dgn warisan adat dgn perjuangan adalah tak sama..
    namun boleh dididik kearah kebaikan..
    Pendekatan yg sering kita lihat dgn jelas terang lagi bersuluh..
    semua boleh nampak..siapa yg mahu pada Islam dan siapa yg hanya sekadar laungan mengabui mata masyarakat...
    Sekiranya cemati sudah ditangan pun susah nak menerapkan prinsip2 Islam..manakan mudah untuk bersatu dgn perbezaan kefahaman..

    BalasPadam
  2. Yaa Allah ya Tuhan Pemerintah Sakalian Alam.... ...

    Berilah hidayah dan petunjuk Mu kepada diri kami dan juga diri sahabat sahabat ku yang enggan dan sukar mengerti itu. Lepaskan bebat ikatan pada telus penglihatan dan jelas fahaman yang membelenggu pisah persefahaman antara kami. Yaa Allah yaa Tuhan kami bukakanlah tempurung yang mengurung minda kami serta sahabat sahabat kami sehingga melihat pada kehebatan, kekayaan dan keindahan Mu dalam tampak yang kecil dan terhad terkurung dalam jangkauan famanan yang membelenggu menghalang dari merasai memahami dan menyedari kehadhiran dan keujudan Mu pada segala kejadian ciptaan Mu. Sesungguhnya engkau yaa Allah yang Maha Mengetahui, Maha Mengampuni, Maha Mengasihani dan Maha Pemberi Anugerah Hidayah kepada yang layak dan engkau kasih akan dia. Yaa Allah yaa Tuhan kami jauhkan diri kami dan sahabat sahabat kami dari segala sifat sombong, takbur dan angkuh sehingga menidakkan dan menapikan hak dan benar hamba Mu yang lain. Yaa Allah yaa Tuhan kami peliharalah diri kami dan diri mereka itu dari segala caci cela sumpah seranah dan maki hamun serta sifat sifat terkutuk mencaci mencela menyumpah seranan dan memaki hamun antar kami. Yaa Allah ya Tuhan kami sesungguhnya engkaulah yang Maha Indah dan menyukai keindahan. Maka yaa Allah peliharalah seluruh kehidupan kami didunia ini dengan segala keindahan itu yaa Allah. Semuga dengan nekmat indah itu juga kami kembali kenemui Mu bagi menghadapi hari perhitungan dengan yakin, tenang dan tabah. Yaa Allah sesungguhnya tiadalah daya upaya bagi ku melainkan dengan kuasa Mu yaa Allah. Amin Amin Amin YRA.

    BalasPadam
  3. Salam CLJ, kalau ditinjau dari sudut hati orang-orang Melayu Islam, mereka sangat-sangat berharap parti-parti besar Melayu seperti UMNO dan PAS dapat bersatu untuk bersama memperjuangkan hak-hak Melayu dan Islam...

    Tetapi, sikap angkuh dan bongkak serta rasa tamak akan kuasa dan jawatan maka isu ini dianggap sebaliknya... itulah gambar sifat Melayu yg tidak boleh lekang sejak dulu-sulu lagi....

    BalasPadam
  4. Benar sekali pandangan Yang itu:

    Itulah corak dan bentuk budaya yang nak kena dibentuk semula. Namun kalau ikut kesimpulan ahli ahli sains sosial; sesuatu budaya itu kalau mahu diubah memerlukan masa sekurangnya 100 tahun pada ukuran 3 generasi.

    Dulu iaitu tahun 70an sampai 80an rencananya sudah teratur dengan dasar yang mudah dan jelas bagi menghadapi keunikan masyarakat majmuk di Malaysia ini. Kita mendapat tentangan dari kaum lain namun dapat diansurkan. Kita juga ada tentangan dari orang Melayu sendiri, pun dapat kita hadapinya.

    Namun bila Anwar menjadi Menteri KBS macam macam berlaku. Apabila dia jadi Menteri Pendidikan lagi parah. Kini cabaran dihadapi bertambah tenat kerana perjuangan bangsa sendiri pun sudah pandai dipersoalkan oleh orang Melayu sendiri.

    Cuma kerana kita masih yakin bahawa memperjuangkan bangsa Melayu itu adalah perjuangan untuk memperkasakan Islam maka kita tidak boleh mengalah.

    Tetap juga kena diteruskan.

    Wallahuaaklam.

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.