Rabu, 24 Mac 2010

Wahai KJ yang bergelar KP .... Tidakkah kamu sedar ?

Tidakkah KJ yang kini bergelar KP menerima hakikat bahawa beliau terpalit dengan keraguan orang ramai bahawa dia ada talikait dengan gerakan yang sedang memberkas sikap dan pendirian AnuWar??

Wahai KJ; anak didikan Oxford yang diketahui ramai aktiviti mu waktu di Oxford dulu serta menjadi fokus perhatian ramai pengamat arus politiking dalam negara(mengikut istilah Prof Zenath Kausar pensyarah UIA); terimalah hakikat itu. Anda wajib kena terima kerana anda kini dalam jurang lungsur menurun (anti climax slope) dan cerunnya akan bertambah jerus (steeper) jika anda tidak bijak mengolah guna keadaan (situasi) yang timbul kini terutamanya dalam hal hal yang melibatkan si AnuWar itu.

Anda kini tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Keadaan itu harus dilihat serta diperlihatkan bahawa anda mempunyai ruang yang cukup selesa untuk memainkan peranan yang dinamik, progresif dan agresif bagi membawa, mengolah dan membentuk suara serta gerakan Pemuda sebagai kumpulan tekanan (pressure group). Satu peranan yang mensemarakkan pergerakan Pemuda satu masa dahulu. Kalau Hisham pernah 'menyarungkan keris' andalah yang sepatutnya menghunusnya semula. Barulah terhakis tohmahan bahawa Hisham pun menyarungkan kerisnya dahulu atas tekanan bapa mertua anda kerana mainan anda sendiri.

Wahai KJ yang layu dan kuyu; keadaan sekarang sesungguhnya menyatukan semangat, emosi dan keghairahan seluruh anak muda bergelar pemuda (kerana jawatan mereka?). Tidakkan terfikir pada anda untuk menggunakan keadaan itu bagi menunjukkan bahawa mereka semuanya bergerak dibelakang anda? Yang kelihatan kini ialah Pemuda kini sudah bosan dengan kelesuan mu yang kelu itu sehingga mereka bergerak sendiri sendiri mendahului mu. Dahlah begitu setelah mereka bergerak dengan tindakan tegas bijak dan beramai ramai pun kamu masih membisu kekeluan.

Apakah benar engkau sedang bersedih pilu kerana AnuWar yang sedang menghadapi tekanan dan akan lenyap itu sebenarnya adalah kesayangan mu ????

Mashaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.