Isnin, 3 Mei 2010

Pemimpin dan Pimpinan.


 Kadang kadang kita cenderung juga untuk bercakap mengenai pemimpin dan kepimpinan di kalangan kita; terutamanya apabila ada sesuatu yang tidak berapa kita senangi. Malang barangkali kalau kecenderungan bercakap itu lahir kerana hajat untuk saja saja menguji pandangan kita. Lebih malang lagilah kalau ia lahir dari perasaan untuk menunjukkan bahawa kita ini ada sesuatu kelebihan. Malahan lebih teruk lagi kalau kecenderungan itu tercetus oleh sesuatu kepentingan tersembunyi untuk mencari untung yang kita sirat jalinkan dibawah kerahsiaan tersendiri.

Salah satu panduan yang selalu menjadi panduan serta pakaian hamba sendiri dalan perkara ini ialah: Ayat Allah yang selalu dibawa oleh orang orang pas = "taat pada Allah patuh pada Rassul .... " (cuma mereka selalunya berhenti setakat itu sahaja, walhal sambungnya ada)  "....... patuh kepada pemimpin yang telah dilantik di kalangan kamu"

Nah itulah nelai yang kena kita hayati. Siapa sahaja yang duduk sebagai pemimpin itu kita kena patuh dan hormat. Duduk di atas itu pandangannya mungkin berbeza dengan kita kerana gambaran yang dia dapat adalah juga berbeza. Maklumat yang terkumpul dimejanya berlapis lapis. Kalau kita ada pandangan dan maklumat yang lain yang kita rasa terlepas pandang hendaklah kita cari jalan supaya dapat disampaikan juga kepadanya. Itu adalah tanggong jawab kita sebagai pengikut di bawah.

Cuma janganlah pula kita tebarkan maklumat itu sehingga ia terkutip pula oleh musuh yang sentiasa mencari sebab dan peluang. Kalau kita buat begitu kita boleh digolongkan sebagai pengkhianat tanpa sedar. Sebaliknya kalau kita tidak pandai mencari jalan untuk menyampaikan maklumat penting itu; kita kena semak diri kita dan bertanyakan sebab kenapa ruang sepatutnya tidak terbuka untuk kita. Terimalah jawapan benar dari soalan itu walau pun pahit.

Falsafah kepimpinan melayu juga membawa pengertian begitu: 

Duduk diatas hendaklah memimpin, dan tanggong jawab dalam memimpin itu adalah kepada Allah swt. Maka kalau kita pandai menghormati perkara iman itu adalah rahsia individu dan baik buruknya adalah untung rugi individu juga tentulah pandai juga kita merelakan tanggungan masing masing itu sebagai milik masing masing.

Duduk ditengah hendaklah menjadi penyokong dan bertanggong jawablah kepada Allah swt dalam memberikan sokongan itu. Lemah pemimpin adalah sama sama ditanggong sebagai kelemahan kita juga dan sedarlah bahawa kitalah yang gagal membantu pemimpin di atas itu supaya menjadi benar dan kuat.

Duduk dibawah paling mudah nampaknya kerana diparas bawah itu kita cuma perlu ikut kecuali ada disuruh buat perkara yang bercanggah dengan syarak.

Namun paras duduk itu bukanlah tetap kerana pada masa dan tempatnya kedudukan paras tengah dan bawah itu juga boleh berubah ubah mengikut situasi dan keadaan.

Kalaulah kita semua boleh patuh dengan peraturan ini inshaallah amanlah kita dan dunia kita. Namun kekadang perkara yang jelas dan mudah ini menjadi payah untuk dipatuhi kerana kita ada napsu.

Maka terjemahkanlah pula napsu itu mengikut 7 tahap kemuliaannya dari Napsu Ummarah diperingkat paling bawah hingga ke peringkat Napsu Mutmainnah sebagai peringkat napsu paling mulia yang dikatakan sebagai menjadi takhta napsu bagi pari aulia. Inshaallah.

Semuga kita ini tidaklah tergolong sebagai orang yang merasakan diri kita sendiri adalah sudah terlalu bijak sehingga mengatasi kebijaksanaan orang yang lebih tahu dari kita ... Mashaallah.

2 ulasan:

  1. itu kalau pemimpin di atas samar-samar dengan menuruti perintah Islam.. kalau jelas melanggar syariat?

    isu judi bola misalnya?

    mohon pandangan empunya blog

    BalasPadam
  2. Hamba bersetuju dengan yang hamba percara betul dan menegor dengan apa yang hamba percaya tidak betul walau pun terkena kepada idola sendiri. Maka kenalah kita melihat secara menyeluruh pada semua pihak. Jangan kita memihak dan membaham sebelah pihak dan membela apa sahaja dipihak yang lain.

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.