Isnin, 24 Mei 2010

Judi Bola Sepak Piala Dunia ? ? ? Isu Politik ? ? ? ? ?


Tajuk paling hangat dibincangkan dimana mana pun kini ialah mengenai Judi Bolasepak Piala Dunia. Hamba taklah berapa faham sangat mengenai isu itu kerana tidak berminat sebenarnya untuk memberi perhatian. Hamba cuma diam diam membina rasa benci kepada Sukan Bolasepak itu kerana ia menjadi isu politik yang membuatkan masyarakat kita menjadi kalut. Pada hamba ia tidak wajar dan puncanya ialah adanya keghairahan manusia terhadap Sukan Bolasepak itu. 

Perangai napsu manusia memanglah apabila ada keghairah mereka akan berlumba lumba mempamirkan kelebihan masing masing. Maka akan dinyatakanlah bahawa: akulah yang lebih bersemangat (ghairah) menyokong pasukan yang aku minat. Aku yakin aku bijak dengan pilihanku dengan menyatakan kesanggupan untuk mempertaruhkan sekian banyak wang. Siapa yang berani lawan sila pertaruhkan. Kalau engkau salah sokongan ertinya engkau tewas dan pertaruhan engkau itu akan dapat kat aku. 

Maka judilah jadinya. Judi itu dilarang oleh Islam dan hamba pun bencilah pada judi. Tetapi puncanya ialah Bola Sepak; maka hamba pun bencilah pada Bola Sepak. Hamba sudah jadi takut kepada lanjutan daripada menggalakan Bola Sepak itu akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan Judi.

Ini bukan kesah politik. Ini adalah kesah pendirian hamba yang terpancar kedalam keputusan untuk memilih satu cara hidup. Tindakan kita mengenai segala sesuatu hendaklah lahir dari kepercayaan kita. Kalau ia sudah berlaku begitu apalah lagi pilihan kita untuk dipercayai. Demikianlah adanya bagi diri hamba. Namun hari ini ramai juga diantara kita yang mengaitkan perkara ini menjadi isu politik kepartian.

Bagi hamba kalau nak cakap Politik kita cakap ilmu politik. Kita asik dok cakap mengenai isu sampai bila pun tak selesai. Tiap hari ada sahaja isu baru yang dapat di isukan. Kita cakap mengenai kerenah manusia bila bila pun banyak perkara tak kena dapat diungkit. Tak akan habis kita bincang dan tak akan selesai pun. Dan kalau tak akan selesai buat apa kita cakap. Buang masa sambil membuat dosalah namanya.
 
Kalau nak cakap pasal Judi bola pun kena cakap juga mengenai fatwa oleh Nik Aziz mengatakan lesen arak di Kelantan dan Selangor tu tak apa sebab ia adalah untuk orang bukan Islam. Begitulah jadinya kalau kita terperangkap dalam bicara mengenai isu dan kerenah manusia. Sama tak lepas je.... pihak mana pun.

Hamba ingin mengajak semua kawan kawan bercakap mengenai ilmu politik sebagai satu bidang sains untuk pentadbiran dan pengurusan negara. Dalam hal ini perkara pertama perlu difikirkan ialah pengekalan kuasa dalam realiti yang ada. Kajilah realiti itu dengan berdesiplin. Jangan pakai balun tanpa kajian berdasar kepada realiti. Kajilah struktur masyarakat yang ada. Bilangannya, budayanya, hati budinya serta sejarahnya kena diteliti dan difahami.  Kemudian ramai pula akan muncul dengan selaran selaran emosi dan ragam hati yang geram tanpa kawalan ilmu dan kebijaksanaan.

Ingatlah peristiwa 1969 dimana Perikatan menang 74 kerusi sementara parti parti lain menang 70 daripada jumlah 144 kerusi. Pihak parti parti pembangkang pada masa itu merasakan mereka sudah dapat merampas kuasa kerana rupanya ada dirasakan puak mereka dalam Parti Perikatan itu sendiri.

Dari situ mereka berarak merayakan kemenangan itu dengan memikul keranda yang sudah siap didalamnya senjata senjata. Mereka melalui kawasan kg kg Melayu, mencabar, menghina dan menghalau Melayu supaya masuk hutan dan kembali ke kampong kerana mereka nak perintah negara ini. Itulah pencetus kepada trajedi berdarah Mei 13 1969 selain punca lain yang ganas dan kasar yang lahir dari keghairahan melampau.

Apakah kita bersedia untuk memberi kemungkinan peristiwa itu berulang ? Dan kalau dia berulang adakah keadaan dan realiti dunia kini serupa dengan dahulu itu. Apa akan berlaku seterusnya. Tidakkah kita melihat sekeliling dan mengambil contoh seperti di Timor Leste mithalnya ?

Cakap politik janganlah main pakai balun semborono jer. Kena ada kira kira. Kena ada perhitongan. Puak mana pun ada kelemahan dan kekurangannya juga. Kita kena bijak memilih satu puak untuk memulakan satu pasukan menjadi satu pasukan sahaja. Kemudian kita kena mainkan peranan untuk mendorong pasukan itu supaya menjadi sebaik mungkin.

Jangan katakan aku tudak ada apa apa dan tiada upaya. Kerana kalau kita tiada upaya kita tidak seharusnya bercakap (... waulilil amri minkum ....). Kita kena ikut je. (Judi itu dibenarkan pun untuk orang lain bukannya untuk kita). Maka kita kena cari jalan untuk menjadikan semua kita menjadi satu pasukan sahaja. Kita tiada pilihan lain kerana bilangan kita hanya ada 56% sahaja dalam negara ini. Itu adalah t/jawab kita selaku khalifah dimuka bumi ini. Janganlah kita menjadi seperti tikus membaiki labu yang bulat dan berlurah gelugur itu sekadar kerana ia adalah labu yang mampu kita korek.

Tanyalah diri kita mampukah aku menubuhkan pasukan ku untuk membina labu yang lebih bulat lebih teratur lurahnya dan lebih seimbang gelugurnya. Jawablah soalan itu dengan jujur, ikhlas, saintifik dan ilmiah. Jangan melulu kata boleh dengan cuma meletakkan hajatnya. Bahan, proses pemeringkatan benaannya hendaklah diteliti dan dihalusi.

Janganlah kita izinkan diri kita tergari dan terkunci dalam perangkap orang orang yang memasarkan ideologi mereka untuk merebut kuasa. Itu adalah helah untuk menang bagi diri sendiri sedangkan mereka pun tidak peduli atau setidaknya tidak sedar akan akibat yang akan terjadi.
Bayangkanlah kalau 56% itu dibahagi kepada 2 puak. Satu pihak akan dapat 23%. Mampukah mana mana pihak berdiri sebagai pemimpin dengan memegan kuasa sebanyak 23% itu. Sedangkan ada pihak bila bila masa jelas boleh berhimpun untuk dapat mengumpul lebih dari itu.

Peluang yang ada bukan berlapis lapis. Sekali terlepas akan hilanglah buat selama lamanya. Bagaimana pula nasibnya anak cucu kita. Relakah kita meninggalkan mereka merempat dibumi yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya ini ? Jangan letakkan kesalahan itu kepada orang lain sebagai alasan. Kita dok ada disini ini... apa yang kita buat.

Apakah kita dengan berilmu dan dengan penoh bijaksana menyumbang kearah mengelak ia daripada terjadi atau dalam ghairah bertindak sehingga mengakibatkan ia lebih mudah terjadi. Tanyalah pada diri sendiri dengan penoh jujur dan ikhlas hati berdasar pada ilmu yang seimbang dan merangkumi.

Jangan pula kemudian nak kata aku tak sangka atau tak faham atau tak nampak nak baca. Hamba dah beri amaran disini. Ramai kawan kawan pun setiap hari memberi peringatan. Istilah jahil mengikut hukum fikh sudah tidak sesuai digunakan lagi.

Wallahuakllambissawab.

3 ulasan:

  1. SLM TUAN..BENAR ULASAN TUAN. WLU APA PUN BENTUK PERJUDIAN SAMA ADA BERLESEN ATAU TIDAK IA SESUATU PERKARA YG MUNGKAR. DAN PERKARA MUNGKAR ITU PATUT DI JAUHI MALAH HARUS DI PERANGI.

    UMUMNYA PERBUATAN BERJUDI ITU SATU PERKARA YANG TIDAK BAIK BG SEMUA AGAMA TERUTAMA MEREKA YG BERAGAMA ISLAM. SEBALIKNYA IA ADALAH TRADISI KPD SESUATU KAUM YG LAIN PULA.

    MEMANDANGKAN NEGARA NI BERBILANG KAUM, KERAJAAN HARUS LAH BIJAK MENANGANI PERMASALAHAN INI DGN TELITI TANPA MENYINGGUNG MANA2 KAUM.

    WALLAHUALAMM

    BalasPadam
  2. selalunya itulah hujah umno.. judi kena buat sebab cina dan india..

    tapi tahukah kamu bahawa agama buddha dan hindu juga melarang agamanya membazir?

    hakikatnya, cina dan india yang berjudi itu sama sahaja dengan melayu yang berjudi.. sama-sama melanggar hukum agama mereka!

    maka siapa sebenarnya yang suka sangat dengan judi ni?

    siapa yang dapat untung dengan lesen judi ni selain daripada syarikat judi itu sendiri? bukan kerajaan yang meluluskannya??

    bukan UMNO-BN??

    BalasPadam
  3. Mana ada lesen judi bola dikeluarkan. Yang dok demonstrasi guling guling tu bukan cari untung free ka ??

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.