Selasa, 17 Ogos 2010

Kerajaan Othmaniah sudah tiada.

Barangkali kesah disebalik gambar dan cerita yang hamba kutip dari laman sahabat fb ini membawa cerita yang boleh memberi banyak peringatan dan pengajaran kepada kita semua yang sedang melalui proses keadaan sosio politik terkini. Ataukah ramai yang tidak mahu ambil kesah dan merasakan apa nak jadi pun jadilah. Namun hamba tetap percaya ramai yang tidak akan lagi hidup menghadapi suasana yang tidak akan direlakan begitu. Wallahuakllam.
(Link sumber): http://www.facebook.com/profile.php?id=100001440412456
(Gambar : Gambar yang sempat dirakam menunjukkan Khalifah Sultan Abdul Hamid II dan 4 orang (Ahli Freemasons) iaitu Laz Arif Hikmat Pasha (anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Uthmaniah), Aram Afandi (wakil Rakyat Armenia), Arnavut As’ad Tubtoni (wakil ra...kyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan) dan Emanuel Qarh Sou (Yahudi warga Itali) semasa baginda Sultan diberitahu bahawa baginda dipecat daripada jawatan Khalifah di pejabatnya) Kisah Disebalik Gambar Semasa pemerintahan Khalifah Sultan Abdul Hamid II, Daulah Islam Uthmaniah menghadapi ancaman internal (dalaman). Ia tampak pada munculnya gerakan-gerakan nasionalisme yang didalangi oleh Barat khususnya gerakan al-Ittihad Wat Taraqqi. Gerakan inilah yang disebut-sebut sebagai gerakan kemerdekaan negara Turki. Di antara visi mereka adalah cita-cita utama mereka kononnya untuk menyelamatkan Khilafah Uthmaniah. Ketika musim bunga 1908, Britain melantik seorang duta ke Istanbul bernama Gerald Luther. Apabila dia sampai ke Istanbul, sekumpulan orang daripada Jawatankuasa al-Ittihad wat Taraqqi (Turki Muda) telah menyambutnya dengan baik hinggakan mereka memisahkan kuda-kuda dari ‘chariot’nya dan menarik ‘chariot’ itu sendiri. Kesemuanya ini diberi inspirasi oleh jawatankuaa al-Ittihad wat Taraqqi dan dari inisiatif mereka sendiri. Kumpulan ini begitu kagum dengan idea-idea Barat hingga sampai ke peringkat di mana mereka tidak sedar bahawa idea-idea itu bertentangan dengan negara yang mereka tadbir. Disamping itu mereka tidak nampak akan percanggahan idea-idea Barat dengan Islam. Kejahilan dan kelemahan wawasan mereka menarik perhatian orang-orang Eropah hinggakan salah seorang diplomat yang bertugas di Istanbul pada ketika itu memberi gambaran tentang mereka, “Mereka selalu melakukan langkah kedua sebelum melakukan langkah pertama.” Aktivis-aktivis dalam kumpulan itu terburu-buru menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada mereka yang telah mendalami undang-undang dan pemikiran Barat dan golongan pro-Barat ini akhirnya menguasai parti Turki Muda itu. Apabila mereka sedar bahawa penguasaan keatas tentera akan seterusnya membawa kepada penguasaan sepenuhnya (ke atas negara), mereka berusaha menjadikan sebarang perlantikan baru berdasarkan kepada dasar parti. Maka, mereka mewajibkan semua pegawai tentera menjadi anggota parti Turki Muda dan mereka tidak mengambil berat sama ada pegawai tentera itu adalah pakar atau orang yang tidak berpengalaman dalam bidang ketenteraan. Mereka juga memperkenalkan perundangan yang menyatakan bahawa mengikut undang-undang, setiap warga Khilafah Uthmaniah adalah berhak mendapat hak-hak yang sama yang dinikmati oleh bangsa Turki dan sepatutnya memenuhi tanggungjawab yang sama. Cita-cita mereka ialah untuk melakukan reformasi keatas sistem pemerintahan di sana. Caranya dengan merombak negara dengan konstitusi dasar model konstitusi negara-negara Eropah moden. Pelopor gerakan ini ialah Midhat Pasha yang disebut-sebut sebagai Bapa Kemerdekaan Turki. Pada awalnya, gerakan ini berhasil membuat konstitusi (perlembagaan) dasar. Namun, Khalifah Sultan Abdul Hamid II menghapuskan konstitusi tersebut dan tetap berpegang kepada hak-hak Khalifah. Akhirnya meletus Revolusi pada tahun 1908 Masihi dengan semboyan yang dinamakan sebagai kemerdekaan di Turki. Ketika berlaku ketidakstabilan politik di Istanbul, kuasa-kuasa barat mengambil peluang untuk merampas wilayah-wilayah Khilafah. Austria menakluk Bosnia-Herzegovina sejurus selepas berlakunya Revolusi 1908 itu. Pada 17 November 1908, perasmian parlimen Uthmaniah menjadi mudah dan Sultan tunduk buat sementara waktu kepada parti Turki Muda. Baginda bagaimana pun berusaha untuk mengenepikan perlembagaan itu dan untuk mengembalikan Syariah Islamiyah. Perlaksanaan semula perlembagaan 1879 yang dirintis oleh Midhat Pasha telah mengakibatkan berlakunya Revolusi pada 13 April 1909 terhadap pemerintah-pemerintah baru (parti Turki Muda) yang menunjukkan penolakan majoriti umat Islam terhadap kekuasaan Turki Muda. Para ulama’ juga mendapati bahawa perlembagaan 1879 itu akan mengheret Khilafah Uthmaniah ke arah sekularisme dan perlanggaran terhadap Syariat Islam. Pasukan tentera memberontak dan mengepung pegawai-pegawai mereka (yang pro-Barat). Mereka melaungkan, “Hancurkan Turki Muda! Hancurkan Turki Muda”. Maka, Deen Islam telah memberi inspirasi untuk menentang reformasi pro-Barat dan kebanyakan penduduk berarak membantah perlembagaan ala-Barat. Untuk memulihkan keamanan, pegawai-pegawai tentera Macedonia mengirimkan Harekat Ordusu dari Salunik tetapi pasukan yang diketuai oleh seorang Daunama-Freemasons bernama Ramzi Bey telah menyerang kedudukan Khalifah dan menghancurkan benteng-benteng pertahanan pasukan yang mempertahankan Syariat Islam. Pada 15 April 1909, Sultan melantik Taufiq Pasha sebagai Wazir Besar dan menyerahkannya tanggungjawab untuk mengembalikan Syariah Islam dan peraturan-peraturan Islam dalam aspek pelaksanaan serta memansuhkan perlembagaan ala-Barat tetapi tentera di Salunik memberontak sekali lagi terhadap Sultan, merampas kuasa dan memecat pemerintah. Pertubuhan al-Ittihad wat Taraqqi telah menjadikan Salunik sebagai pusatnya. Salunik atau Macedonia pada ketika itu memiliki ciri alami yang berbeza dengan wilayah keKhalifahan Uthmaniah yang lain. Separuh daripada penduduknya adalah orang Yahudi yang berhijrah dari Andalusia (yang ketika ini dikenali sebagai Sepanyol). Mereka ingin menemukan toleransi beragama di bawah payung Islam. Kebanyakan daripada mereka memeluk Islam pada abad ke-17. Salunik juga lebih banyak berinteraksi dengan dunia Eropah jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah Uthmani yang lain. Baik dengan warna Asia mahu pun Eropah. Di Salunik inilah lahir Mustafa Kamal. Di Salunik ini pula terdapat tentera Uthmani yang ketiga. Yahudi khasnya Yahudi Daunamah terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II, memberhentikannya lalu menghancurkan Khilafah Islam untuk membuka jalan bagi mereka untuk mendirikan negara mereka (Israel) di Palestin, bumi Islam yang penuh berkat.

2 ulasan:

  1. SLM TUAN..FREEMASON DH BERTAPAK KT MESIA NI. X LMA LG ADE LA PENGIKUT2 YG BERKEPALA DAJJAL JD PENGGANTI AL JUBOREE

    BalasPadam
  2. Mereka bukan sahaja baru berada disini. Mula barat datang dulu mereka sudah membawa misinya.

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.