Minta maaflah kalau tajuk kepada catatan ini tampil dalam bentuk persoalan yang seperti mengancam. Nampak sangat pihak pihak tertentu sedang menggunakan isu itu dengan cerita yang terselindung. Padahalnya apa yang kita semua tidak tahu ialah apa mungkin terjadi kalau opp lalang itu tidak dilaksanakan dalam masa yang diperlukan atau tertangguh perlaksanaannya.
Masih ingat hamba suasana masa itu memang teramat hamba rasakan bimbangnya. Kg kg di daerah hamba kebanyakannya mesjid dah jadi dua atau kalau satu mesjid pun solatnya termasuk solat jumaat menjadi 2 imam. Kampong yang dah jadi dua mesjid dalam satu mukim itu pula makmum untuk jumaatnya menjadi tidak cukup 40 ahli khariah anak mukim. Solat berlainan imam atas mesjid yang sama itu pula ada yang dah jadi tak cukup bilangan anak mukim diperlukan itu.
Kahwin dianggap tidak sah kalau imam nikahnya bukan orang puak tertentu itu. Berlakulah rumah tangga sedia ada menjadi porak peranda. Bagaimana pula anak anak hasil dari perkahwinan dahulu. Anak terpisah dari ibu bapa. Isteri terpisah dari suami. Keluarga berpecah belah sehingga tidak tegor menegor. Malahan ada yang sampai enggan menjawab salam.
Sembelihan tidak boleh makan termasuk sembelihan Tok Guru pondok dekat rumah hamba sendiri. Tok Guru yang lebih 20 tahun belajar di Mekah itu. Parahnya bekas anak murid Tok Guru sendiri yang kebetulan adalah juga anak saudara dan anak sepupunya sendiri sudah dengan berani serta hilang sopannya mencaci mencela serta menyumpah maki terhadap Tok Guru atas pentas. Masih tertengarlagi suara keluhan Tok Guru dalam nada yang sayu pada masa itu berkata; " ... eh tobeie moknasia nok wak geno ..."
Masih ingat juga hamba dua daripada empat bapa saudara hamba sendiri juga ikut terlibat. Walau tiada bahasa kasar dan suara keras menghukum namun dalam suara perlahan dan beralun mereka juga tetap tegas dengan hukum mengikut fatwa memunah itu. Kenduri kahwin saudara pupu hamba sendiri walau mereka datang namun langsung tidak menyentuh dagingnya. Padahal Tok Guru yang menyembelih lembu lembu itu adalah seorang tokoh ulamak yang teramat disegani dan adalah antara yang dilantik sebagai pakar rujuk hal ehwal ugama Islam negeri Terengganu di zaman TS Wan Mokhtar menjadi MB.
Paling parah serta menakutkan ialah fatwa bahawa darah orang lain daripada puak mereka sendiri adalah halal. Cuba bayangkan kalau tidak sempat opp lalang mematahkan arus itu. Cuba banyangkan. Namun syukurlah kerana selepas opp lalang kalau tidak silap 4 orang telah ditahan. Dua daripadanya dilepaskan tidak berapa lama selepas itu tetapi 2 orang lagi telah ditahan dalam jangka masa secukupnya dan dibuang daerah dengan hukuman pergerakan terhad kemudiannya.
Syukur kerana selepas itu keadaan telah beransur pulih. Apakah kita mahu suasana sedimikian berulang. Atas apa pun sebab. Hamba berpendapat keadaan kini adalah lebih mengancam dan tindakan, kalau lewat, adalah lebih rumit kerana keadaan sekarang melibatkan lintas budaya dan ethnik.
puak khawarij begitulah sifatnya... pesan awal2.. tiap kali lepas solat, amalkan baca surah Al Kahfi ayat 1 -10, diikuti dengan 3 qul.. mudah2an terlindung drpd godaan politik benci dan memaki hamun puak tu
BalasPadam