Nampak jelas kini keadaan menunjukkan PKR yang tertubuh atas dasar perjuangan tokoh individu itu sedang nazak kini dan akan lenyap dari arena politiking dalam negara. Bukan sahaja Ahli Parlimen, Adun dan pemimpin pemimpinnya sudah berbondong bondong meninggalkan parti itu. Kini kelihatan Blogger Blogger penting mereka juga kini sedang berarak meninggalkan parti yang ditadbir dengan penoh kepincangan dan penting diri tokoh tokoh tertentu itu. Sebagai contoh lihatlah di
Lagi Blogger Keluar PKR Dan Mahu Anwar Dipenjara !!! http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/02/lagi-blogger-keluar-pkr-dan-mahu-anwar.html
dan: http://www.anwaraidc.com/?p=6307
Ada perkara paling menarik hamba lihat mengenai senario yang jelas tergambar kini. Rupanya ramai sahabat sahabat yang berjuang menyokong PKR itu adalah hasil dari lonjakan dari gesaan dan janji janji manis yang ditaburkan. Maka jadilah semangat perjuangan itu tidak tulin dan sebenarnya PERJUANGAN. Oleh kerana kelahiran pengerak penggerak yang kuat menongkat itu berlaku secara tidak tulin maka akhirnya lahirlah kekecewaan dan kehampaan; apa lagi apabila janji janji tertabur tidak terlaksana.
Berbanding dengan (hamba perturunkan satu contoh yang hamba kutip dari reaksi seorang sahabat dilaman blog di linkkan di atas seperti berikut :
- Bezanya mereka dengan hamba yang juga telah menjual beberapa harta kepunyaan peribadi adalah bahawa mereka dilantik dan diberi tugasan dengan janji janji. Sedangkan hamba memilih untuk membuat kerja ini atas kehendak sendiri; kerana perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air. Untuk masa depan anak cucu kita semua. Tiada siapa yang lantik. Tiada siapa memberi tugas. Tiada janji dari siapa siapa. Hanya Demi Allah swt. Sekarang pun masih ada 3 lot tanah tapak rumah kediaman sedang dalam tawaran untuk dijual. Mudah mudahan akan ada pembeli sebelum wang yang masih ada dalam simpanan kini kehabisan. Inshaallah.Perkara menjadi menarik bagi hamba ialah rupanya ramai penggerak yang memberi sokongan kepada UMNO adalah seikhlas itu. Dan rupanya perkara ini dinikmati oleh ramai pemimpin dalam UMNO tanpa disedari barangkali. Kerana tidak disedari itulah gamaknya mereka tidak pernah memberi perhatian kepada pengorbanan pengorbanan begitu.Hamba ingin mengambil satu lagi contoh yang hamba tahu kerana ada rintihan hamba terima dari seorang sahabat. Beliau menghubungi hamba mengadukan peri beliau dalam perjalanan ke Malaysia Timor dengan tiket telah disediakan walhal dalam sakunya ada RM: 25 sahaja dan sebelum meninggalkan rumah beliau telah meninggalkan RM: 70 kepada untuk isterinya (yang masih suri rumah sepenoh masa walau mempunyai ijazah dari Al Azhar) hidup seminggu bersama 3 orang anak. Hamba menangis sendirian mendengar rintihan itu. Namun beliau menolak permintaan hamba untuk mendapat nombor akaun banknya dengan harapan untuk memasukkan setidaknya sekadar cukup untuk isteri dan anak anak itu hidup selama ketiadaan suami, seorang pejuang. Bayangkanlah betapa pilunya.Kesah ini adalah mengenai orang orang yang tidak pernah ada ruang untuk berjuang dari dalam UMNO sendiri kerana barangkali ruang itu tidak pernah terbuka. Kenapa keadaan begitu boleh berlaku. Hamba ada jawapan yang teramat mudah. Bagi sahabat sahabat itu mereka sedar bahawa perjuangan mereka adalah benar demi kerana Islam mengikut kehendak Allah. Namun janganlah nikmat terhasil dari antara lain termasuklah juga perjuangan mereka yang ikhlas ini diambil dengan rakus tanpa menjelingi perghargaan setidaknya sebagai pernyataan terima kasih serta galakan untuk terus berjuang.Tidaklah dinapikan bahawa kini ramai pemimpin sudah berubah namun masih lagi ramai yang tetap rakus dan tidak kurang yang masih enak enak dalam lena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.