Posting ini hamba jumpa dan kutip dari fb seperti tertera. Hamba rasa perbincangan akan lebih menarik kalau di laman blog. Kerana itu hamba salin dan turunkan semula di sini. Menarik bagi hamba kerana kita tidak pernah dengar satu kajian tapak dan laluan berlaku. Maka tidak pernah kita dengar juga ada rundingan dengan tuan tuan empunya tanah tanah milik yang terlibat dalam laluan leboh raya itu. Kalau benar ini adalah satu hikayat tercipta untuk menghadapi musim pilihanraya maka banyaklah lagi olahan yang mungkin akan menuruti hikayat ini. Maka itu marilah kita sama sama mencatatkan satu perbincangan yang lebih berbentuk kekal dan mudah dirujuk kembali apabila masanya tiba kelak. Inshaallah.
ANTARA
REALITI DAN HIPOKRASI Pada 28 Mei yang baru lalu, berlakulah upacara
pecah tanah gilang gemilang yang dilakukan Menteri Besar Kelantan, Dato
Nik Abdul Aziz Nik Mat tanda bermulanya pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota
Baru-Kuala Kerai. Dan yang lebih menariknya, pembinaan lebuhraya ini
adalah atas WAKAF yakni melalui derma
orang ramai. Alhamdulillah, konsep WAKAF sudah berjaya dikembangkan oleh
kerajaan PAS Kelantan untuk membina sebuah lebuhraya bagi keperluan
rakyatnya. Sememangnya itu adalah sesuatu yang amat membanggakan.
Namun, sebelum kita bercerita lebih lanjut lagi tentang projek lebuhraya
tersebut, marilah kita sama-sama fikirkan kenyataan yang telah dibuat
oleh LIM Guan Eng yang mempertikaikan kos pembinaan Lebuhraya Banting
-Taiping pada 29 Januari, 2012 yang lalu. Lim Guan Eng telah
mempersoalkan kos lebuhraya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau
RM22.3 juta setiap km adalah “dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya
yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km.” Untuk melihat
kenyataan penuh beliau, sila layari link dibawah:- http://www.themalaysianinsider.com/litee/print/bahasa/dap-tuntut-penjelasan-pm-bagaimana-lebuhraya-rm7-bilion-akan-memberi-rakyat-manfaat/
Di sinilah pertikaian terhadap kos pembinaan Lebuhraya Kota Baru
-Kuala Krai itu bermula. Difahamkan kos keseluruhan pembinaan lebuhraya
tersebut berjumlah RM 1.8 billion bagi kepanjangan 73 kilometer yang
akan bermula di seksyen III dari Bukit Tiu, Machang sehingga ke Dusun
Damar, Kuala Krai merentasi Hutan Lipur Bukit Bakau. Untuk maklumat
lanjut berkenaan projek tersebut, sila layari link-link dibawah:- 1) http://www.harakahdaily.my/lebuh-raya-tunjuk-jalan-keluar-buat-umno-kelantan 2) http://paspb2.blogspot.com/2012/05/tahniah-lebuhraya-kota-bharu-kuala-krai.html?m=1
Ironinya, jika Lim Guan Eng yang kredibilitinya diiktiraf sama seperti
Klalifah Umar Bin Abdul Aziz oleh totok-totok PAS telah mempertikaikan
kos pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping berdasarkan harga sekilometer
dan dibandingkan pula dengan kos pembinaan per kilometer di India,
adakah Nik Aziz mengetahui berapakah kos pembinaan per kilometer
Lebuhraya Kota Baru-Kuala Krai tersebut? Wahai Nik Aziz yang
dimuliakan. Tidaklah sukar bagi anda untuk mendapatkan sebuah mesin kira
jenama CASIO keluaran syarikat Jepun yang dibuat di Malaysia. Dan jika
produk buatan Malaysia tersebut boleh menyebabkan iman anda goyah kerana
bimbang kezuhudan anda berkurangan kerana CASIO adalah jenama terkemuka
dan mewah, tentu tidak sulit bagi anda untuk meminta tukang cuci lantai
di pejabat anda mewakafkan sebuah mesin kira jenama AURORA buatan
Taiwan yang tentunya lebih murah harganya berbanding jenama CASIO
keluaran tempatan yang mana kerajaannya telah anda kafirkan melalui
amanat Haji Hadi Awang lantaran berkongsi kuasa dengan orang kafir untuk
memerintah Malaysia suatu waktu dahulu. Kita lupakanlah amanat Haji
Hadi tu. Orang tua selalu berpesan barang lama usah dikenang walaupun
sakitnya hati bila dikafirkan masih dirasai orang-orang UMNO. Kita
berbalik semula pada perkara pokok ye Nik Aziz ye. :P Sudahkah mesin
kira jenama AURORA yang diwakafkan oleh tukang cuci lantai pejabat anda
tu ada di tangan anda sekarang ni? Sudah? Bagus Tok Guru. Sekarang cuba
anda tekan nombor yang ada di mesin kira tu ikut turutan 1,800,000,000
(1.8 billion) yakni kos lebuhraya tersebut DAN bahagikan dengan 73 yakni
panjang lebuhraya tu. Berapakah hasilnya yang anda dapat wahai Nik Aziz
yang dimuliakan? Cuba pula anda lihat screen mesin kira jenama AURORA
buatan Taiwan yang diwakafkan oleh pencuci lantai pejabat anda tu. Mesti
terpapar angka 24,657,534.2465753 disitu. Untuk lebih mudah, kita
singkatkan angka tersebut jadi 24.66 juta. Wahai Nik Aziz yang
dimuliakan. ITULAH KOS SEBENAR pembinaan Lebuhraya Kota Baru-Kuala Krai
bagi 1 kilometer yang sedang anda dan kerajaan anda usahakan sekarang
ini. Ternyata kos tersebut lebih tinggi sebanyak RM 2.36 juta jika
dibandingkan dengan kos pembinaan sekilometer Lebuhraya Banting-Taiping
yang sedang dibina kerajaan UMNO-BN ketika ini. Malah jika mahu
dibandingkan dengan kos membina lebuhraya sekilometer di India yang mana
negara tersebut diperintah oleh kaum penyembah api, jelas lebuhraya
yang sedang dibina kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh seorang
ulama yang menduduki tempat ke-49 paling berpengaruh di dunia adalah
jauh lebih mahal. Wahai Nik Aziz yang dimuliakan. Jika pembinaan
Lebuhraya Banting-Taiping tu, Lim Guan Eng yang anda dan jemaah anda
iktiraf setara dengan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz tu mempertikaikan
kewajaran kosnya dan isu itu dipolitikkan untuk memberi gambaran yang
buruk terhadap kerajaan UMNO-BN yang dikatakan memakan wang rakyat
disebalik pembinaan lebuhraya tersebut, apakah yang anda mahu katakan
bila lebuhraya yang kerajaan anda sendiri bina melalui sedekah jariah
orang ramai yang disifatkan sebagai WAKAF itu sebenarnya jauh lebih
tinggi lagi? Bukankah sepatutnya harganya lebih rendah dari harga
lebuhraya yang dibina oleh kerajaan yang pernah jemaah anda kafirkan
melalui amanat Haji Hadi atau sekurang-kurangnya sama dengan harga
lebuhraya yang dibina oleh kerajaan India yang mana kita tahu negara
India diperintah golongan penyembah api? Wahai Nik Aziz yang
dimuliakan. Adakah pertikaian yang klon Khalifah Umar Bin Abdul Aziz aka
Lim Guan Eng itu timbulkan TIDAK membuktikan kepada anda dan jemaah
anda bahawa lebuhraya menuju ke syurga di India, negara dimana anda
belajar memutar belitkan ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis Nabi itu
sebenarnya jauh lebih murah jika mahu dibandingkan dengan lebuhraya
menuju ke syurga yang anda dan kerajaan anda sedang usahakan ketika ini
dengan hasil derma orang ramai? © Bam Bam Bigelow
Hamba tidak berniat untuk melebarkan pandangan hamba sendiri pada peringkat ini walau pun memang ada banyak persoalan yang ingin hamba bentang untuk menarik perbincangan bersama. Buat masa kini ingin rasanya hamba membuka ruang yang lebih lebar kepada pandangan sahabat sahabat yang berminat serta tambahan maklumat maklumat baru yang tentunya masih banyak.
Mj Atam Atam
BalasPadamPANDANGAN DARI ATAS LEBUHRAYA RAKYAT :
Kalau Dilihat Jalan Tersebut Banyak Melengkung Kearah Hutan Yang Banyak Terdapat Khazanah Kayu Balak.Kenapa Besarkan Kos Pembinaan Kekawasan Tersebut.JURUUKUR BEBAS Dah Mula Musykil Dengan Perbinaan Tersebut.Sedekah Rakyat Hanya Kaburkan Mata Yang Sedikit Sebanyak Mengurangkan Belanjaan Tokey Balak Dari Keturunan Cina.KONTRAKTOR MENTA CONT SDN BHD YANG BEKERJASAMA DENGAN BERJAYA SPORT (TOTO) YANG UNTUNG.Perniagaan GENTING Makin BesaU.
Mohd Zainuddin Wardi dan 3 rakan lain telah mengongsi gambar Mj Atam Atam.
BalasPadamGambar Dinding
UNTUK PENGETAHUAN : Tujuan Utama Pembinaan Highway Rakyat Adalah Untuk Mengeluarkan Balak Didalam Hutan.Pandai Jugak Mainan Hussam.Kerana Kerakusan,NIK AJIS TERUS DIMAKI DAN DIKEJI Oleh Anak Negeri.Rakyat Yang Derma,Tokey Balak Yang Untung.Hussam Dapat Komisyen.Hussam Adalah Tuan Balak Negeri Kelantan.Taakkkkkkbbiirrrr...!!!
Oleh: Mj Atam Atam