Ahad, 14 Oktober 2012

" POLITIK BARU " ??


Setelah beberapa lama bertafakur dipulau bikinan sendiri, kerana tidak senang dengan suasana semasa yang tidak selari dengan pemikiran ku; aku pun sampai keperingkat terpaksa cuba cuba untuk muncul kembali ke dunia nyata. Antara peristiwa awal dalam proses itu yang ku ingat ialah PRK bagi DUN Sanggan di Pahang. 

Aku ikut datang berkemah dalam kawasan PRK itu dengan tujuan utamanya untuk menemui kawan kawan sambil mengutip maklumat dan menggilap kembali pengetahuan ku mengenai suasana dan senario politik yang sudah sekian lama aku ketepikan kerana ia memang sudah menjadi tidak sesuai dengan pemikiran dan pegangan ku. Pada masa itu aku menemui satu nama seorang muda yang agresif memburu tapak dalam pimpinan di bahagian. 

Berdasarkan beberapa maklumat yang tersinggah dalam kelongsong minda ku mengenai pemimpin muda itu; aku terus membuat kesimpulan sendiri bahawa ia adalah satu lagi pemimpin muda yang perlu diberi perhatian kerana adalah merbahaya dan boleh membawa pencemaran kepada suasana politik di Malaysia. 

Malangnya beberapa tahun kemudian nama itu yang telah berjaya menakluki kepimpinan di Bahagian dan telah tersenarai sebagai calun parlimen bagi kawasannya. Seterusnya nama itu telah terlantik sebagai seorang timbalan menteri. 

Kita pernah dengar istilah "POLITIK BARU" yang pernah digunakan oleh timbalan menteri berkenaan sambil memperlekehkan sahabat sahabat ramai yang sedang bertungkus lumus memerhatikan gerakan politiking dalam kampus kampus IPT. Sikit punya panas dada dada para sahabat yang sedang ikhlas berjuang cuba membela adik adik mereka dari tergoda dan menjadi salah percaya oleh salah dorongan dari maklumat yang salah dan sengaja disalahkan. Namun atas dasar keikhlasan terhadap perjuangan yang diredha relakan sahabat sahabat ramai itu berjaya kembali menjadi tenang dan aman. 

Seterusnya hari ini kita sekali lagi menjadi terkejut oleh kata kata tokoh timbalan menteri berkenaan yang membayangkan pandangan seperti menyarankan bahawa kita patut merelakan erat kasih SUARAM dalam pelokan cinta Soros yang sedang serunda cuba membeli pengaruh diserata muka bumi itu. 

Kekeliruan aku pun sudah sampai tahap yang memadai untuk aku membuat kesimpulan bahawa: TOKOH INI SUDAH KEMBALI MEMBAWA WATAK ASALNYA SEBAGAI PENGIKUT BENDUL KEPALA SONDOLNYA YANG KINI SEDANG HANYUT DIAWANGAN DENGAN PERASAN AKAN MENYANDANG JAWATAN PM. Demikian adalah pendapat ku yang rasanya kena dilontarkan kepada semua yang masih ingin berfikir. 

Silakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.

Catat Ulasan