Rabu, 25 November 2009

RAJA PROPOGANDIS

"Raja Petra hilang 7 bulan bersembunyi di Melbourne"
Tajuk akhbar muka depan Berita Harian Rabu 25hb. November, 2009.

Raja Propogandis itu rupanya seperti disangka telah keluar dari Malaysia melalui pintu haram ke Thailand dan mengambil penerbangan terus ke Australia: "Maklumat mendapati dia kemudian menggunakan jalan serta dokumen sah untuk ke Australia," 

Persoalannya ialah mengenai keesahan dokumen sesebuah negara. Adakah ia tetap dipandang sebagai sah apabila didapati ia telah digunakan secara tidak sah; iaitu digunakan di negara luar tanpa cop tanda keluar dari immigresyen negara yang mengeluarkannya. 


Persoalan kedua: adakah sesebuah negara boleh nenerima pakai sesuatu dokumen perjalanan tanpa mengesahkan pengguna/pembawanya hadhir kenegara itu secara sah.


Persoalan ini bukanlah bertujuan untuk mencetuskan ketegangan antara negara. Tetapi ada hal lain yang patut rakyat Malaysia yang layak mengundi terutamanya di Kota Siputeh fahami. Bermaknanya di Thailand sana tu keadaannya ialah semua pihak mudah dimanupulasi. 


Hamba menimbulkan perkara ini untuk merujuk kepada satu kes mahkamah di Selangor yang melibatkan pihak tertentu yang tidak percaya kepada keboleh percayaan pakar forensik tempatan lantas telah membawa pakar dari negara luar yang mudah dimanipulasi itu. Rupanya mereka seperti semua orang tahu betapa mudahnya pihak pihak dari sana itu dimanipulasikan untuk keuntungan peribadi.


Sedangkankan bila pakar lain yang jauh lebih menuja tahap keboleh percayaannya dibawa mereka mempersoalkan pula. Soalannya bolehkah kita letakkan harapan dan kepercayaan kepada pihak yang membawa sikap dan perangai yang begitu. 

Wallahuaallam.

Sabtu, 21 November 2009

BANJIR BURUK DISELAMA = Terburuk dalam masa 13 tahun.



Tahniah kepada YB Hamzah yang telah segera memberikan perhatian dan telah juga memberi arahan segera kepada beberapa perkara yang perlu disegerakan seperti diceritakan dilaman one2many. Tahniah juga kepada Pemuda Umno Selama yang telah segera turun padang. Tetapi hati hatilah jangan pula terperangkap dengan pertuduhan pertuduhan seperti pilih kasih, tidak adil, tidak menyeluruh dan sebagainya. 

Tahniah dan terima kasih kepada one2many kerana telah berjaya membentangkan tanggongan derita rakyat jelata ini lengkap dengan gambar gambarnya sekali. 2 keping gambar gambar itu hamba tompang guna di sini. Terima kasih.



    Kami pernah ada pengalaman dimana satu kawasan di Terengganu dilanda banjir yang mungkin lebih parah ketika PAS baharu sahaja menjadi kerajaan disana.

    Ketika itu JKK dan JSR masing masing buat kajian dan senarai keluarga terlibat serta kerugian ditanggong. Beza yang ketara kelihatan dalam kedua2 kajian dan senarai yang patut menerima bantuan.

    Dalam keadaan rakyat jelata yang miskin menanggong musibah tidak tertanggong itu kelompok kelompok politik masih serang menyerang sesama mereka dan cuba menyatakan diri sendiri adalah benar dan pihak lain tidak betul dan tidak adil. (Semuga perkara begini tidak berlaku di Selama; apa lagi kerajaan negeri dan pusat kini adalah sejalan.)

    Ketika itu kami telah berjaya mengumpulkan sekumpulan mahasiswa dari sebuah universiti swasta dan mengaturkan kajiselidik bebas melalui satu NGO.  Akhirnya saranan bantuan kumpulan bebas ini telah diterima pakai oleh Kerajaan Pusat. Percubaan pihak pihak tertentu untuk bermain isu untuk mendapat sedikit untung dalam pancingan politik mendapat malu sendiri.

    Ini adalah satu kes contoh yang mungkin boleh diamati untuk menghasilkan satu cetusan menubuhkan gerakan perjuang syka rela yang ikhlas bagi mengharmonikan keadaan serta mengelak berbagai pertuduhan tidak sihat terhadap pihak tertentu yang merupakan finomina biasa dalam kehangatan gelojoh politik berebut kuasa kini.

    Semuga dapatlah kita mengelak daripada perbezaan dan perselisihan sesama kita untuk menghadapi parah derita rakyat marhain menanggung musibah itu bagi menyampai bantuan sewajarnya. Mereka sedang memerlukan. Cubalah bayangkan betapa tersentuhnya hati hati yang sedang sayu itu menerima belaian simpati dan apa lagi bantuan yang ikhlas ketika parah derita sedang memuncak rasa pilu yang menyayat.


Hamba sekadar melontar satu pengalaman untuk dikongsikan bersama kiranya dirasakan sesuai dan perlu.

Jumaat, 20 November 2009

SPRM tak boleh KERJA LEBIH MASA.


Zaman bebas kini macam macam boleh jadi. Kefahaman hamba pun dikejutkan oleh satu cerita yang hamba baca dari laman Batu vs Kayu. Penulis hanya menurunkan cerita sahaja tanpa sebarang ulasan. Hamba jadi keliru dan tidak faham. Apakah asas asas pertimbangan yang boleh membawa hakim memutuskan bahawa sebuah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk melaksanakan kerja kerja siasatan. Apakah kekesanan kerja siasatan itu mudah dicapai dengan desiplin ketat mengikut masa dan kaedah kaedah yang mudah. 

Hamba percaya ramai kawan yang ada pengetahuan mendalam tentang perkara ini. Bolehkah hamba tompang mendapat kefahaman. Tolong boleh ka ?

KL: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.
Sementara itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini juga membenarkan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan mengisytiharkan bahawa dia telah ditahan dengan salah oleh SPRM.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Ariff Md Yusof.
Beliau memutuskan demikian pada prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan pada 22 Julai lalu oleh Boon Wah selaku pemohon.
Dia menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga dalam saman pemula itu.
Plaintif mendakwa mereka yang disiasat bawak seksyen 30 (1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 09 hanya boleh direkodkan pernyataan sebagai saksi dalam waktu pejabat mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan bukan selepas tempoh yang ditetapkan.
Dengan keputusan tersebut Boon Wah berhak menerima ganti rugi atas penahanan salah SPRM terhadapnya pada pukul 9.45 pagi 15 Julai hingga 2.53 keesokan harinya.
Dengan keputusan tersebut bermakna SPRM tidak boleh menyoal siasat saksi melebihi waktu pejabat. / Bernama.

Kawan kawan yang faham bolehkah menghurai perkara ini. Barangkali ramai juga sahabat sahabat lain juga bersama hamba yang ingin mencari kefahaman.

Dr. Asri = Kertas Pertuduhan Terhadapnya Masih Belum Siap.

Adalah menjadi kebiasaan bagi hamba apabila melayari laman laman dan menemui catatan menarik; hamba kutip dan simpan untuk tatapan peringatan dan mengulangkaji. Maka pada llhb. Oktober 2009 ada satu catatan dari Dr. Asri yang kebetulannya menghadapi pertuduhan kontroversi di Mahkamah Syariah Gombak Timor pagi tadi. 

Hamba perturunkan semula catatan berkenaan untuk tatapan semula kawan kawan. Semuga catan ini dan sebagainya bukanlah menjadi punca beliau kena tangkap walau pun sampai ke pagi tadi pihak pendakwaan masih lagi belum bersedia dengan kertas dakwaan. 

Kita tentulah sentiasa mengharapkan yang baik baik dan benar untuk kehidupan yang aman dan tenteram. Janganlah dalam hal ugama pun kita dikelirukan oleh motif motif selain demi hak dan kebenaran.

Catatan dimaksudkan adalah seperti berikut:
Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka
Disiarkan pada Oct 11, 2009 dalam kategori Akidah
Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Sebagai renungan, cuba fikirkan kenapa kita meletakkan sebahagian kandungan seperti berikut; ?


Khawarij


Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij.


Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:


“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka.


Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).


Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.


Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida ‘Ali bin ‘Abi Talib. Selepas zaman ‘Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.


Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka:


“Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari).


Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi s.a.w memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jamaah mereka.


Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan.


Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya.

Cubalah sama sama kita teliti kalau kalau ada pihak yang terasa perit dengan catatan ini. Dan agaknya marahkah mereka ? Tapi ...  ....  .....

Barangkali ramai kawan ada banyak perkara nak kembangkan dari cetusan ini. Silakan. 

Jumaat, 13 November 2009

Lintas Budaya Malaysia - Indonesia

Beberapa ketika yang lalu kita telah digemparkan oleh amok pemuda dan mahasiswa saudara kita mengenai perkara lintas budaya yang melibatkan tarian pandet Bali, Seni Batik dan berjangkit2. Amok itu akhirnya menjadi melampau2 sehingga semarak gempuran cerita bahawa orang Indonesia akan beramai2 datang ke Malaysia dengan berbagai senjata termasuk buluh runcing.

Kita semua menjadi kebingungan. Namun kita bersyukur keadaan sudah menjadi reda dan malahannya sudah sejuk pun. Semuga pengalaman melalui satu pengalaman yang tidak enak itu dapat kita semua ambil sebagai satu pengajaran. Untuk tujuan itu hamba ingin mengajak sahabat sahabat baik di Malaysia mahu pun di Indonesia untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Marilah kita semua menonton beberapa kerat vedio yang dimuat turunkan di sini. Selepas itu buatlah kesimpulan sendiri. Apa sebenarnya yang berlaku.


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 1



Sahabat sahabat telah tonton sendiri temuramah melalui vedio itu tadi. Temuramah itu bukan dibuat di Malaysia. Jadi ini bukanlah kes bela diri. Kita juga telah didedahkan kepada asal usul serta proses terbitnya tayangan comercial di sebuah stesyen tv negara ketiga itu. Kita sudah jelas apa asalnya dan apa yang berlaku dalam proses yang barangkali boleh dipersoal atau dicurigakan.

Hamba tidak bertujuan untuk mencari siapa yang bersalah atau cuba menunjukkan kemungkinan ada perkhianatan seperti terancang. Hamba cuma ingin mengajak sahabat sahabat baik di Malaysia mahupun di Indonesia untuk menelai sendiri dan akhirnya buatlah kesimpulan sendiri. Temu tanya yang telah divediokan di atas telah dibuat bersempena dengan satu majlis forum yang hamba percaya telah berlangsung di Indonesia. Hamba dibekalkan oleh seorang sahabat yang memperolehinya dari alam maya. Dengan harapan untuk kita memahami intipati dalam hal terbabit dengan lebih jelas marilah kita seterusnya mengikuti apa yang berlaku dalam forum berkenaan.

Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 2


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 3


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 4


Maafkan hamba kerana vedio yang terlalu panjang ini tidak hendak hamba editkan. Maka supaya lancar tayangan yang dibentangkan hamba keratkan kepada keratan tidak beredit. Tontonlah keratan berikutnya sehingga sempai ke kesimpulan oleh moderator forum serta ahli2 panel yang bijaksana. Semuga kita berjaya menompang untuk menjadi lebih cerdik setelah mengikuti pandangan pandangan dari ahli ahli yang berilmu ini. Silakan sahabat sahabat mengikuti keratan seterusnya:

Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 5


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 6


Itulah hasil pandangan daripada ahli ahli yang bijaksana. Tokoh tokoh ilmuan kita. Syukur kita kerana masyarakat kita masih mempunyai tokoh tokoh seperti bapak bapak sakalian. Semuga kita tetap berterusan terpelihara daripada tersalul tanggapan tersalah kefahaman sehingga tersilap dalam pengurusan emosi. Inshaallah.

Setelah menonton semuanya hamba ada satu permohonan kepada semua saudara serumpun di Malaysia, Indonesia dan lain lain lagi semuga kita sentiasa ingat bahawa kita adalah satu rumpun bersaudara yang tidak wajar berhangatan dan berbalahan. Salah dan silap sama sama kita maafkan. Yang tidak jelas sama sama kita cari penjelasan. Seterusnya kita juga harus sedar bahawa dalam dunia yang sudah menghampiri hujungnya ini: kita berhadapan dengan berbagai bentuk musuh. Namun mudah mudahan kita tetap selamat dengan kita pandai dan bijak mengenali saudara dan kawan disebalik musuh dan lawan.

Hamba seterusnya memohon saudara saudara hamba di seluruh alam Melayu ini agar bijak mengurus emosi dengan menggunakan ilmu serta sikap yang sentiasa terbuka kepada proses keilmuan. Dipohon juga agar kita semua jangan mudah melenting terhadap apa sahaja. Zaman kini bukan lagi zaman tulang besi urat dawai. Zaman ini ialah zaman tulang plastik urat getah. Inshaallah.

Rabu, 11 November 2009

Sweep Malaysia = Apakah Masaalah Sebenarnya.

Beberapa ketika yang lalu kita telah digemparkan oleh amok pemuda dan mahasiswa saudara kita sendiri dari Indonesia mengenai perkara yang sebenarnya adalah masaalah lintas budaya yang melibatkan tarian pandet Bali, Seni Batik dan berjangkit2. Amok itu akhirnya menjadi melampau2 sehingga semarak gemburan cerita bahawa orang Indonesia akan beramai2 datang ke Malaysia melalui berbagai cara dengan membawa berbagai senjata termasuk buluh runcing.

Namun kini keadaannya sudah reda dan malahan sudah sejuk pun. Kita tidak faham tentang apa sebenarnya sudah berlaku. Jadi selalu selalulah ikuti laman ini. Inshaallah akan di muat turunkan beberapa kerat klip vedio yang menarik. Jangan ketinggalan.
.

Selasa, 3 November 2009

SIFAT DAN TABIAT MANUSIA


Hamba tiba tiba teringat kepada konsep yang pernah dibentangkan oleh KT Tan yang menjadi Pengarah Sumber Manusia Public Bank sejak mula bank itu ditubuhkan sehingga ia menjadi konglomerat yang besar dan menyerap beberapa bank lain semasa kita menghadapi proses penggabungan bank bank bagi menghadapi cabaran cabaran zaman globalisasi ini. Konsep itu telah dibentangkan oleh Mr. Tan dalam bukunya bertajuk "Releasing from traped mind"  Konsep yang dibentangkan berpenunggulkan gabungan huruf berikut:

B A C H A.

B  = Blind spot. Dalam usaha kita melihat sesuatu pasti ada sudut pandangan yang gagal kita temui. Maka akan adalah rahsia terselit yang kita masih tak nampak. Jesteru itu kita yang cuba melihat kenalah cuba berkeliling arca yang sedang dikaji dan cuba intai intai segala yang terselit dan tersorok untuk memahami segala permasaalahan. Memahami segala barulah keseimpulan menjadikan rumusan kita paling bijak untuk membuat keputusan paling tepat.

A = Assume. Biasalah kalau orang luar menjadi perumus paling mudah dari andaian sekadar kadar. Orang luar memang punya maklumat terhad dan sengkat. Tetapi malanglah kalau orang dalam yang terlibat juga mengambil kesimpulan dari himpunan maklumat yang tidak diteliti sempurnakan. Perkara ini biasa berlaku dalam banyak situasi dan sebab kerana lumrah manusia tentulah mudah percaya kepada apa yang dia sedia tahu. Lebih parah kalau manusia itu mudah percaya kepada apa yang dia sentiasa rasa.

C = Complacence. Atau selesa. Siapa yang tidak suka memilih untuk senang senang. Nak senang kenalah bersikap ambil mudah. Terima sahaja seadanya sebagai sudah memadai. Tidak perlu mengkaji dan meneliti lagi. Inilah sikap yang kena dielakkan. Inilah musuh dalam diri yang biasa menjadi penghalang kepada pembinaan kejayaan / kecemerlangan.

H = Habit. Iaitu tabiat. Tabiat orang yang nak jadi bijak hendaklah sentiasa menolak rasa selesa; suka meneliti dan selalu melihat segala isu dan masaalah dari segala sudut. Memahami isu / masaalah secara menyeluruh dan mendalam. Sifat sifat ini mendaklah bukan sekadar dibuat buat. Ia hendaklah menjadi tabiat. Untuk menjadi tabiat ia kenalah sentiasa tubi dilatih.

A = Attitude. Sikap. Sikap yang sentiasa cuba memahami sebarang isu / masaalah secara menyeluruh dan mendalam dengan cara mengkajinya dengan teliti mendalam dan berkeliling dari segenap sudut pandangan akan membina menjadi tabiat. Maksudnya kita hendaklah bertegas dengan sikap untuk tidak mudah mengambil mudah; meneliti segala sesuatu secara melihat dan mengkaji dari segala sudut pandangan sehingga ia menjadi tabiat.


Mudah mudahan kita semua terlepas dari sifat dan tabiat mudah membuat kesimpulan dan apa lagi keputusan yang memandu kita kepada tindakan. Takut nanti kita jugalah kelak yang kena menanggong akibat dari tindakan yang tidak bijak; apa lagi salah. Takut kelak anak cucu kita yang kelak terpaksa menanggong derita akibat dari tidak bijaknya keputusan dan tindakan kita.

Isnin, 2 November 2009

Yadim Kehilangan Potensi Pimpinan Yang Hebat





Antara ulamak yang mempunyai paling ramai pengkagum kini ialah bekas Mufti Perlis Dr. Asri. Baru baru ini beliau dkhabarkan sebagai menerima tawaran untuk mengepalai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Ramai orang meletakkan harapan yang besar agar beliau menerima pelawaan itu kerana dirasakan peranan itu termat memerlukan kewibawaan beliau. 

Rupa rupanya beliau menolak. Hamba menjadi tidak faham kerana hamba tidak tahu puncanya. Kini barulah hamba faham. Beliau terkilan kerana difitnah oleh suara resmi sebuah NGO yang sepatutnya dihormati oleh ramai juga. Namun apabila terlaksana fitnah bodoh itu habislah kehormatan masyarakat terhadap NGO itu. 

Barangkali ahli ahlinya harus memikirkan sesuatu tindakan wajar diambil untuk mengembalikan pengiktirafan masyarakat umum terhadapnya kerana dengan kepimpinan yang ada itu reputasinya sudah musnah dimamah oleh keyakinan orang ramai terhadap kejujuran dan pengiktirafan terhadap Dr. Asri. 


Sekali sekali terfikir juga hamba sama ada Dr. Asri telah merajuk kerana kecil hatinya. Fikir punya fikir mungkin juga tidak kerana arus kehidupan memang begitu. Hamba sendiri pun semenjak 12 tahun yang lalu telah membuat keputusan untuk tidak tersangkut dengan sebarang jawatan. Malahan hamba telah sekaligus mengambil pendirian untuk tidak mempunyai sebarang perniagaan juga; dan telah menamatkan operasi beberapa syarikat yang hamba miliki. Itu hamba yang kecil ini. Yang tidak mampu pun untuk memberi cetusan yang boleh disedari orang. 

Kalau dengan wibawa dan potensi Dr. Asri yang hebat itu tentulah musuh lumrahnya banyak dan boleh mengirim keganasan melalui pelbagai rupa dari pelbagai arah. Serangan bodoh dari PGSM yang mengakibatkan gurisan bernanah dihati Dr. Asri itu adalah satu contoh sahaja. 

Maka hari ini hamba menjadi yakinlah akan kebijaksanaan keputusan Dr Asri itu disamping menjadi bertambah yakin juga dengan keputusan hamba sendiri untuk mengelak dari sebarang jawatan dan perniagaan juga. 

Cuma hamba terpaksa sekali sekali menjual harta sedia ada untuk meneruskan perjuangan. Diharapkan banyak pihak akan silih berganti menjaga kebajikan Dr Asri supaya beliau tidak terpaksa menanggong beban seperti hamba. Beliau itu terlalu penting untuk ugama, bangsa dan tanah air.


Dengan harapan agar para pembaca memahami dengan lebih jelas akan perasaan Dr. Asri sehingga mengakibatkan beliau kelihatan seperti merajuk itu hamba salinkan dua catatan keluhannya yang hamba chedok dari laman Penghuni Gua (Terima Kasih PG).


Itulah resam perjuangan, tuduhan dan fitnah menghiasi perjalanan. Saya tidak terkejut apabila PGSM dalam laman web membuat memorandum fitnah kepada Yang di-pertuan Agong membantah saya. Dalam memorandum yang kononnya disokong oleh beberapa NGO itu antaranya menyebut:

“Beliau juga tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadis yang diriwayat oleh Imam Bukhari”. Bahkan fitnah lebih dahsyat daripada itu disebut:

“Beliau juga mencerca para ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka”. Astaghfirullah, di manalah bukti mereka dalam hal ini. Adakah mereka dapat buktikan dari tulisan atau ucapan saya. Tidakkah mereka rasa takut di mahkamah Allah dengan tuduhan sebegini.

Lebih hairan lagi, tidakkah sebagai persatuan peguam mereka sepatutnya mendapatkan bukti terlebih dahulu, bukan terpengaruh dengan pihak-pihak tertentu yang memberi maklumat palsu. Namun, ini tidak pelik. Ia telah berlaku sebelum ini, ia akan berulang dan terus berulang.

Kita boleh berbeza pendapat. Sama ada saya atau sesiapa pun bercakap atau tidak, dunia globalisasi ini akan mendedahkan rakyat kepada berbagai-bagai maklumat. Namun, memfitnah orang, apatah lagi atas nama NGO Islam adalah tidak wajar.

Memfitnah termasuklah dalam soal dosa dan pahala. Allah melarang kita menerima maklumat yang disampaikan oleh orang lain melainkan setelah diselidiki. Firman Allah: (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Dan seterusnya satu lagi keluhan Dr. Asri yang (juga hamba petik dari laman PG) yang di catat oleh: 

Hazirah Che Sabmailto:Sabzeehan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, berkata beliau tidak akan menerima jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang ditawarkan kepadanya berikutan kontroversi yang timbul daripada memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong membantah pelantikan itu.

Pada sidang media di rumahnya di Petaling Jaya, dekat sini, malam tadi, beliau mendakwa, jawatan itu ditawarkan kepadanya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom, pada Ramadan lalu dan sekali lagi ketika dijemput memberi kuliah pada Kursus Orientasi Perdana anjuran Umno di Janda Baik awal bulan lalu. “Dakwaan yang dibuat terhadap saya dalam memorandum itu adalah satu pembohongan dan fitnah. Ia adalah tuduhan yang sangat besar membabitkan maruah saya dan boleh memecahbelahkan umat Islam.

“Sebenarnya saya langsung tidak terfikir mengenai jawatan itu apabila ditawarkan. Saya belum membuat keputusan dan masih menimbangkannya tetapi dengan apa yang berlaku sekarang saya sudah tidak berminat lagi dengan jawatan itu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan itu juga selepas mendapatkan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat lebih baik beliau menjadi suara ketiga daripada memegang jawatan dalam mana-mana agensi kerajaan. Dalam memorandum berkenaan yang salinannya turut diedarkan Dr Mohd Asri kepada media, persatuan berkenaan mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, mencerca solat hajat dan menolak hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari.

Memorandum itu turut mendakwa Mohd Asri mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali. Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, Mohd Asri turut mencabar PGSM mengemukakan bukti beliau mencerca Imam Ghazali dan Imam Nawawi serta menolak hadis Imam Bukhari melalui ucapan atau tulisannya.

“Saya tidak kisah jika mereka ingin menghantar memorandum kerana itu hak mereka dan saya juga boleh menerima jika mereka mengkritik pandangan saya dan berkata pandangan saya berlainan daripada ulama lain. Tetapi apa yang terkandung dalam memorandum itu satu fitnah dan pembohongan. “Sebab itu saya rasa perlu memanggil sidang akhbar ini untuk membuat penjelasan,” katanya yang mengakui mengetahui apa disifatkannya sebagai ‘dalang’ di sebalik memorandum itu.

Katanya, beliau belum terfikir untuk menyaman PGSM tetapi mencabar mereka mengemukakan bukti dakwaan dalam memorandum itu dalam masa seminggu. Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti politik, Mohd Asri berkata, pada masa ini, beliau tidak berminat. “Saya pernah dipelawa menyertai Umno dan Pas sebelum ini tetapi saya tidak berminat. Buat masa ini saya lebih selesa menjadi suara ketiga tanpa menyertai mana-mana parti politik,” katanya.



Jawap beliau di atas sekaligus memberi keputusan terhadap berita berkepentingan yang disebarkan oleh pihak pihak berhajat tertentu. Kita semua sudah kenal pihak itu yang memang cekap memikat dengan lunak janji dengan manis kata mereka. Namun jawapan sudah jelas kini. Perkara ini harus disebarkan seluasnya kerana sedikit sebanyak cerita cerita begitu menjejaskan nama baik Dr. Asri yang hebat itu. Biarlah kehebatan itu kekal berterusan untuk tetap bertahan gah dalam menyampaikan kebaikan tersendiri kepada umat seluruhnya. 

Inshaallah.