Rabu, 25 November 2009

RAJA PROPOGANDIS

"Raja Petra hilang 7 bulan bersembunyi di Melbourne"
Tajuk akhbar muka depan Berita Harian Rabu 25hb. November, 2009.

Raja Propogandis itu rupanya seperti disangka telah keluar dari Malaysia melalui pintu haram ke Thailand dan mengambil penerbangan terus ke Australia: "Maklumat mendapati dia kemudian menggunakan jalan serta dokumen sah untuk ke Australia," 

Persoalannya ialah mengenai keesahan dokumen sesebuah negara. Adakah ia tetap dipandang sebagai sah apabila didapati ia telah digunakan secara tidak sah; iaitu digunakan di negara luar tanpa cop tanda keluar dari immigresyen negara yang mengeluarkannya. 


Persoalan kedua: adakah sesebuah negara boleh nenerima pakai sesuatu dokumen perjalanan tanpa mengesahkan pengguna/pembawanya hadhir kenegara itu secara sah.


Persoalan ini bukanlah bertujuan untuk mencetuskan ketegangan antara negara. Tetapi ada hal lain yang patut rakyat Malaysia yang layak mengundi terutamanya di Kota Siputeh fahami. Bermaknanya di Thailand sana tu keadaannya ialah semua pihak mudah dimanupulasi. 


Hamba menimbulkan perkara ini untuk merujuk kepada satu kes mahkamah di Selangor yang melibatkan pihak tertentu yang tidak percaya kepada keboleh percayaan pakar forensik tempatan lantas telah membawa pakar dari negara luar yang mudah dimanipulasi itu. Rupanya mereka seperti semua orang tahu betapa mudahnya pihak pihak dari sana itu dimanipulasikan untuk keuntungan peribadi.


Sedangkankan bila pakar lain yang jauh lebih menuja tahap keboleh percayaannya dibawa mereka mempersoalkan pula. Soalannya bolehkah kita letakkan harapan dan kepercayaan kepada pihak yang membawa sikap dan perangai yang begitu. 

Wallahuaallam.

3 ulasan:

  1. SLM TUAN..MMG MUSYKIL SKET PSL PASPOT MAMAT TU. MESTI ADE 'KAKI' YG TOLONG DIA CABUT LARI. KEMUNGKINAN DIA GUNA PASPOT PALSU. MANUSIA KLU DAH TERDESAK, MMG SANGGUP LAKUKAN APE SAJE

    BalasPadam
  2. Orang ada perancangan.....mudah bagi dia. Pelik bagi kita. Hidup orang macam ni mana ada yang senang. Hidup dalam buruan.

    Harap pihak-pihak yang berkenaan jangan pejam sebelah mata aje......Kita rakyat biasa tak ada kudrat nak fikir semua tu. hehehe

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.