Selasa, 3 November 2009

SIFAT DAN TABIAT MANUSIA


Hamba tiba tiba teringat kepada konsep yang pernah dibentangkan oleh KT Tan yang menjadi Pengarah Sumber Manusia Public Bank sejak mula bank itu ditubuhkan sehingga ia menjadi konglomerat yang besar dan menyerap beberapa bank lain semasa kita menghadapi proses penggabungan bank bank bagi menghadapi cabaran cabaran zaman globalisasi ini. Konsep itu telah dibentangkan oleh Mr. Tan dalam bukunya bertajuk "Releasing from traped mind"  Konsep yang dibentangkan berpenunggulkan gabungan huruf berikut:

B A C H A.

B  = Blind spot. Dalam usaha kita melihat sesuatu pasti ada sudut pandangan yang gagal kita temui. Maka akan adalah rahsia terselit yang kita masih tak nampak. Jesteru itu kita yang cuba melihat kenalah cuba berkeliling arca yang sedang dikaji dan cuba intai intai segala yang terselit dan tersorok untuk memahami segala permasaalahan. Memahami segala barulah keseimpulan menjadikan rumusan kita paling bijak untuk membuat keputusan paling tepat.

A = Assume. Biasalah kalau orang luar menjadi perumus paling mudah dari andaian sekadar kadar. Orang luar memang punya maklumat terhad dan sengkat. Tetapi malanglah kalau orang dalam yang terlibat juga mengambil kesimpulan dari himpunan maklumat yang tidak diteliti sempurnakan. Perkara ini biasa berlaku dalam banyak situasi dan sebab kerana lumrah manusia tentulah mudah percaya kepada apa yang dia sedia tahu. Lebih parah kalau manusia itu mudah percaya kepada apa yang dia sentiasa rasa.

C = Complacence. Atau selesa. Siapa yang tidak suka memilih untuk senang senang. Nak senang kenalah bersikap ambil mudah. Terima sahaja seadanya sebagai sudah memadai. Tidak perlu mengkaji dan meneliti lagi. Inilah sikap yang kena dielakkan. Inilah musuh dalam diri yang biasa menjadi penghalang kepada pembinaan kejayaan / kecemerlangan.

H = Habit. Iaitu tabiat. Tabiat orang yang nak jadi bijak hendaklah sentiasa menolak rasa selesa; suka meneliti dan selalu melihat segala isu dan masaalah dari segala sudut. Memahami isu / masaalah secara menyeluruh dan mendalam. Sifat sifat ini mendaklah bukan sekadar dibuat buat. Ia hendaklah menjadi tabiat. Untuk menjadi tabiat ia kenalah sentiasa tubi dilatih.

A = Attitude. Sikap. Sikap yang sentiasa cuba memahami sebarang isu / masaalah secara menyeluruh dan mendalam dengan cara mengkajinya dengan teliti mendalam dan berkeliling dari segenap sudut pandangan akan membina menjadi tabiat. Maksudnya kita hendaklah bertegas dengan sikap untuk tidak mudah mengambil mudah; meneliti segala sesuatu secara melihat dan mengkaji dari segala sudut pandangan sehingga ia menjadi tabiat.


Mudah mudahan kita semua terlepas dari sifat dan tabiat mudah membuat kesimpulan dan apa lagi keputusan yang memandu kita kepada tindakan. Takut nanti kita jugalah kelak yang kena menanggong akibat dari tindakan yang tidak bijak; apa lagi salah. Takut kelak anak cucu kita yang kelak terpaksa menanggong derita akibat dari tidak bijaknya keputusan dan tindakan kita.

4 ulasan:

  1. Salam Che Leh, satu paparan yang baik untuk panduan kawan..... terima kasih.

    BalasPadam
  2. wahai orang tua yang kubur kata mari dunia kata pergi...ingatlah bahawa UmnO adalah pejuang sekular....orang yang berjuang sekular adalah bukan dr kalangan Islam.....insaflah..taubatlah..

    BalasPadam
  3. WAHAI ORG TUA ARRAJI YG SYOK SENDIRI..INGATLAH BAHWA SE NYE PAS MENGGUNAKAN AGAMA SEBAGAI ALAT SAJE. ORG YG PERGUNAKAN AGAMA SBG ALAT ADALAH GOLONGAN YG PALING HINA DI SISI ALLAH..INSAFLAH DAN BERTAUBAT LAH (JGN TAU BUAT JEK!..HEP!)

    BalasPadam
  4. salam
    arraji boleh buang jauh2 umno dan peluklah dap

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.