Khamis, 14 Januari 2010

Isu KALIMAH ALLAH tak juga selesai. Walau sepatutnya sudah selesai.


Aneh juga rasanya memikirkan masaalah kalimah Allah yang berhadapan dengan kita kini tidak juga mahu selesai. Apa sebenarnya yang bermain disebalik kekecohan dan kekeliruan memanjang ini. Pada hamba ia adalah mainan tangan ghaib yang sebenarnya telah membuat beberapa sentuhan dan pindaan terhadap semua ugama kitab. Cuma Al Quraan sahaja yang tidak berjaya terpinda kerana masih ramai lagi menghafalnya. Hafazan hafazan itu pula adalah berorganisasi dan terkawal. Namun percubaan percubaannya tetap ada, tetapi syukurlah kita masih mampu bertahan. 

Cuma yang mengganggu kita dengan parah kini ialah sengketa sesama kita yang terjadi dari berbagai cetusan itu. Dalam hal isu Kalimah Allah kini walau pun Dato Haron Din dan Taib Azzamuddin telah membuat penegasan yang begitu nyata namun TGNA masih lagi bermain dengan kata kata dan berpolitik. Hasilnya anak anak didik yang dilatih sebagai penyerang bagi pihaknya masih lagi berlegar dengan bermacam macam selaran yang cukup memandai. Hamba tidak hendak hendak terjemahkan kata kata merika itu dari segi usul atau fikh kerana penegasan Dato Haron Din dan Taib Azzamuddin sudah cukup jelas.

Hamba cuma nak ulangkan fakta sejarah bahawa Bible King James yang diterbitkan pada tahun 1769 telah membuang semua istilah "aleh" (bukan Allah pun). Sebelumnya ada 4 insiden yang menyebut istilah itu tetapi ia dilupuskan untuk tidak mengelirukan orang kristian yang telah dipertegaskan dengan kefahaman terhadap konsep Triniti.
 

Persoalan sekarang ialah kenapa mereka (orang kristian) nak gunakan istilah itu kini; selepas 240 tahun keputusan untuk menerbutkan bible King James itu dibuat. Bible King James itu adalah versi yang diterima pakai oleh semua gereja sampai kini. 

Pada hamba kekecohan mengenai penggunaan kalimah Allah ini bukan sahaja menyentuh sensiviti umat Islam tetapi sekali gus terus memberi tekanan terhadap penganut Kristian sendiri, sesuai dengan hasrat  "... we will assassinate God." di dalam Protokol Yahudi.

Maka seruan ini bukan sahaja hamba tujukan kepada saudara hamba orang Islam sahaja; malah kepada sahabat kita orang orang Kristian juga. Bayangkan apabila didapati anak anak muda Islam sudah mula didapati keliru kelak: Tentulah orang Islam akan mengambil tindakan memperjelaskan secara terbuka tentang pengertian "Kalimah ALLAH" itu. Penjelasan itu tentunya akan menegaskan juga bahawa
Allah itu hanya Esa (satu) Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tiada yang bersamaan atau menyerupaiNya. Kalau ada yang bersamaan maka tidak munasabahlah ia menjadi Tuhan yang dipanggil Allah. (Sedangkan ada zuriat itu sendiri pun sudah menunjukkan persamaan dengan makhlok yang dijadikan) dan lagi dan lagi dan lagi yang tentulah akan mengelirukan anak anak muda kristian yang sudah menggunakan istilah "Allah".

Bayang bayanglah. Sanggupkah kita membiarkan kegagalan kita hari ini menjadi penyebabkan kekeliruan yang mengucar kacirkan generasi akan datang?



Fikir fikirkanlah.



5 ulasan:

  1. Salam. .

    Macamana la hendak selesai jika isu agama seperti ini pun dipolitikkan oleh mereka yang gila kuasa.

    BalasPadam
  2. SLM TUAN..KNP KHALID TAK HABIS2 MEMBANTAH TITAH SULTAN?. SELAGI ADA RUANG UTK MENIMBULKAN ISU INI SELAGI TU DIA RASA MCM TAK SENANG HATI. APE AGAKNYA YANG DIA NAK LG? SEPATUTNYA DI NI DH BLH DI KENAKAN TINDAKAN!!!

    BalasPadam
  3. Salam,

    izinkan kawan menyatakan pendapat kawna dalam isu kalimah Allah. ada satu komen dalam blog saya menyatakan bahawa orang kristian lebih banyak menyebut jesus Christ berbanding Allah. Ini kerana mereka mengambil Jesus sebagai tuhan mereka dan jika penggunaan nama Allah dikhuatiri boleh menyesatkan akidah umat Islam d negara ini bagaimana pendakwah atau mubaligh kristian itu boleh melakukannya sedangkan mereka menyebut Jesus itulah tuhan?

    Kawan sangat2 berharap agar isu ini tidak lagi diperdebatkan pada masa depan kerana kita cuma akan menanjangkan perbalahan terhadap umat sesama Islam lebih daripada niat mereka mempertahankan Hak kalimah Allah daripada penggunaannya oleh agama lain.

    Lebih teruk, jika ada yang mengambil kesempatan terhadap isu ini sebagai alat untuk berkempen pada PRU ke13 kelak. Jika begini gayanya penentangan terhadap isu ini, alamat lingkuplah BN di Sabah dan Sarawak kelak.

    BalasPadam
  4. Tahniah dan syabasy di atas fokus Sdr Apai. Pada hamba spt tergambar dlm catatan2 hamba di sini dan juga di fb punca kpd masaalah ini adalah daripada Illuminati. Org kristian sendiri pun kena semak itu dgn cermat dan selak rahsia2 sampai bawah tikar krna kerja mereka itu cukup halus dan licik.

    Namun perkara yg lebih kena kita urus dengan lebih cermat ialah PRU 13 bukan cuma Sabah dan Sarawak sahaja, malah termasuk semenanjung pun.

    BalasPadam
  5. salam'alaik...
    ampun tuanku...
    hidayah ni..
    ape status kalimah Allah tu kini ye?

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.