Jenazah allahyarhamah Tun Fatimah Hashim telah selamat disemadikan di Makam Pahlawan di Mesjid Negara bersebelahan makam suaminya allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin bekas Ketua Hakim Negara dan kemudian menjadi Menteri Undang Undang. Tun Fatimah adalah bekas Ketua Wanita UMNO dan Menteri Kebajikan Masyarakat. Beliau terkenal dan disanjung kerana kegigihannya memperjuangkan hak hak wanita.
Mengikut perakuan salah seorang anaknya beliau didapati sukar untuk pergi meninggalkan dunia ini kerana risaukan masa depan anak anak dan cucu cucunya. Beliau cuma dengan tenang menghembuskan nafas terakhirnya setelah anak anaknya membuat perakuan bahawa mereka boleh menjaga diri masing masing. Terkedu hati hamba menonton perakuan salah seorang anak beliau di TV3 jam 8,00 malam tadi.
Perkara yang terfikir oleh hamba pada ketika itu ialah betapa seorang pejuang bangsa begitu risau meninggalkan generasi akan datang. Malanglah bagi Tun Fatimah kerana sebelum pergi meninggalkan kita semua beliau sempat menyaksikan gelodak sengketa sesama kita yang sedang berebut tapak untuk berkuasa. Beliau sempat menyaksikan perkembangan pembinaan emosi masyarakat akhir 1960an yang dijanakan atas tujuan tujuan tertentu.
Barangkali beliau membandangkan pergolakan perasaan pada tahun tahun akhir 1960 itu dengan keadaan yang sedang berlaku pada masa ini. Beliau juga tentulah sempat memahami perbezaan kesediaan pihak pihak terlibat pada masa itu berbanding kini yang diburukkan lagi dengan kerenah kerenah tidak bertanggong jawab orang Melayu sendiri. Hamba mengetahui sejak awal awal lagi Tun Fatimah memang mengenali benar nama nama terlibat dalam kerja kerja khianat terhadap negara kini. Itulah barangkali kerisauan sebenar Tokoh Wanita ini.
Maknanya yang dirisaukan itu bukan sekadar masa depan anak cucu beliau sahaja; malahan kita semua dan anak cucu kita juga. Apakah kita semua sedar akan ancaman dan cabaran yang dihadapi kini? Atau sememangnya lebih ramai daripada kita sudah menjadi lali dengan hujah hujah diolah oleh pihak pihak yang nyata mempunyai kepentingan sendiri untuk cita cita sendiri? Mashaallah ......... ....... ........
AL-FATIHAH UTK ALLAHYARHAMAH DAN SLM TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA ARWAH. SEMOGA ROHNYA TENANG DAN DI CUCURI RAHMAT OLEH ALLAH S.W.T...AMINNN
BalasPadamsalam CLJ,
BalasPadamAl Fatihah buat arwah.....takziah buat keluarganya.....
Sesungguhnya kita merasa kehilangan srikandi negara ini....
A;kum CLJ..sesungguhnya semangat beliau akan terus diperjuangkan oleh anak cucunya. Mereka juga bersedia dan mempunyai kekuatan yang sama. InsyaAllah.
BalasPadamCCZ memberi komen sebentar tadi tetapi takut tersangkut lagi. Izinkan sekali lagi hamba ini berperi..
BalasPadamSemangat Tun Fatimah
Akan sentiasa ada di zamannya
Jika dulu abad ke 15
Kini abad ke 20
Tun Fatimah takkan tiada di dunia
Seperti Melayu takkan hilang di tanah sendiri
Semoga hamba menjadi seperti dia
Membantu tanahair dengan semangat yang ada..