Selasa, 5 Januari 2010

Surat Terbuka Buat Penganut Kristian Oleh Nabzrol

Kita semua masih haru dan keliru lagi mengenai isu penggunaan Kalimah ALLAH oleh Herald Weakly sebuah penerbitan pihak Gereja Katolik. Hamba menganjurkan sahabat sahabat membaca surat terbuka yang membuat huraian ilmiah merujuk kepada fakta sejarah ini. Silakan: 

dicatat oleh IPOHMALAY pada IPOHMALAY 

Persoalan sekarang, apabila berbalik kepada tuntutan pihak penerbit Herald ini ialah apa tujuannya.


    Setelah memahami kedudukan sebenar dalam amalan dan juga dokumentasi (rujukan sumber) mereka sendiri fahamlah kita bahawa mereka cuba mengeluarkan amalan ciptaan ini (menggunakan kalimah Allah) dari kebiasaan orang kristian sendiri. Padahal ia sengaja direka reka untuk mengelirikan umat Kristian sendiri sahaja. Sekali gus mengelirukan umat Islam juga. Yang demikian mencapai matlamat menimbulkan ketegangan dan akhirnya boleh mendatangkan kebencian antara satu sama lain sehingga bileh menghasilkan perbalahan antara puak atau kaum dimana umat Kristian di Malaysia kebanyakannya ialah kaum Cina.


    Jadinya padri termaksud sewajarnya disemak oleh orang Kristian sebenar sendiri juga. Apa tujuannya dan adakah dia ini sedang menjalankan missi dari mana2 pihak.


    Kita tahu dari sejarah yang sudah menjadi jelas kini; bahawa terdapat pihak tertentu telah semenjak sebelum kelahiran Isa al Masih pun berstrategi untuk memusnahkan semua ugama dengan tujuan untuk menguasai semua umat manusia menjadi pengikut mereka.


    Kesimpulannya hamba ingin menyeru kepada semua umat Kristian dan umat Islam juga supaya menyedari dan mengenali musuh kita bersama sebenarnya.


    Dari segi hamba; hamba mengaku bahawa dalam Islam pun ada terdapat orang Islam sendiri, malah peringkat pemimpin pun ada secara sedar atau tidak sedang melaksanakan peranan bagi pihak mereka (musuh kita itu = Illuminati). Maka dalam ugama Keristian pun tidaklah mustahil perkara begitu ada juga. Malahan kalau di Barat sudah ramai pun penulis penulis Keristian menyedari dan menulis mengenai perkara ini. Banyak buku dalam pasaran kini menceritakan hal yang tersebut itu dengan jelas. Tidak perlulah hamba menyebut tajuk tajuknya di sini. Bahkan untuk mereka yang malas mencari dikedai kedai buku: alam maya termasuk laman laman blog juga banyak memaparkan huraian yang terang dan nyata. Bacalah dan bertindaklah dengan berilmu, berfakta dan bijaksana. Jangan tertipu dan biarkan emosi menggoda kita sehingga kita juga pandai membuat kesimpulan yang tidak sihat (jahat).


    Di Malaysia tiadakah usaha yang perlu disemak itu berlaku? Anda menyemak dalam ugama dan kalangan anda sementara kami menyemak dalam ugama dan kalangan kami. Semuga kita tidak dapat dilaga lagakan dengan fitnah yang mudah begitu. Semuga kita tidak menjadi berlaga laga dalam arahan strategik pihak pihak yang memang nak jadikan kita semua mangsa kerakusan mereka. Marilah sama sama kita mengamalkan falsafah menang menang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.