Jumaat, 5 Mac 2010

Anti-PKR Club Terbaru : Harussani telah mendedahkan keangkuhan Pas

Dari fb Anti-PKR Club (hamba perturunkan sahaja di sini)
BANGI 4 Mac - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.

Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).... Lihat Selengkapnya

"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.

Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya

6 ulasan:

  1. Salam CLJ, biasanay golongan khawarij tidak akan berbaik-baik dengan saudara sesama Islam yg tidak sehaluan dengan mereka, malah puak-puak ini lebih mengagungkan kaum kafir..........itulah hakikatnya... sebab itulah Ahmad Awang menganjurkan solat hajat 7 hari 7 malam kononnya untuk menghukum umat Islam lain yg sudah tidak mahu bersekongkol dengan mereka lagi.....

    BalasPadam
  2. Tidak mengapa kalau mereka memang tidak faham. Paling malang kalau mereka sebenarnya faham tetapi buat buat tidak faham dan membawa ramai orang termasuk anak anak pondok itu.

    Mashaallah.

    Takut takut terjerumus menjadi menyesatkan. Maka itulah antara perkara yang paling dibimbangi oleh Rassullallah saw. seperti terkandung dalam hadis 40.

    Satu lagi perkara yang hamba risaukan ialah takut semua itu menjerumuskah kepada kerja yang boleh diistilahkan sebagai cuba menipu Allah.

    MASHALLAH... MASHALLAH... MASHALLAH... MASHALLAH... MASHALLAH... MASHALLAH... MASHAALLAH

    BalasPadam
  3. salam
    Puak-puak ini hanya tahu menyalahgunakan agama demi untuk kepentingan diri mereka sendiri.

    BalasPadam
  4. Sama ke istilah menyalah gunakan ugama untuk kepentingan sendiri itu dengan menjual ugama ??? Sama kah istilah menyalah gunakan ayat ayat Al Qurqaan itu dengan menjual ayat Al Quraan ???

    BalasPadam
  5. Bissmillahirohmannirrohim!.. Allohhummasolli,a'laMuhammad, WA'a'la,a'lihiMuhammad!..3x
    Asallammualaikum,warohmatullah'hiwabarokatuh... seseorang yang berugama Islam diwajibkan baginya membantu saudara Islamnya yang lain, tidak kira apa jua keadaannya! Aku hanya mampu membantu saudara Islam ku di M'sia ini hanya dengan meluah dan memberi pendapat ku didalam forum ini sebagai renungan. Andai difikirkan boleh diguna pakai, maka pakailah ia; andai rasa ianya tidak munasabah maka lupakanlah ia....
    pada pandanganku, politik di M'sia adalah adalah politik ikutan yahudi, nasrani dan majusi dan tidak mengikut cara politik Islam..
    pada sesetengah yg mengaku Islam, tetapi tidak mahu mengikut cara Islam yg disuruh oleh Nabi Besar Junjungan Kita "MUHAMMAD SAW" atas alasan kalau di ikut susahlah "bangsa" kita...Yang dipentingkan adalah "bangsa", tetapi yang sebenarnya mereka takut sekiranya kepentingan "peribadi" @ "kroni2" tergugat... Al-Quran pada mereka hanyalah "kitab" sama seperti kitab2 taurat, zabur dan injil, cuma kata mereka Al-Quran ini "special" sedikit kerana taurat,zabur dan injil telah disatukan dan menjadi Al-Quran..
    Apa yang nak dikisahkan dengan Islam??? Islam sendiri pun terbahagi kepada 4 mazhab. Lain mazhab lain caranya dan selalu juga menimbulkan perbalahan sesama Islam...Jadi pada aku, isu Al-Quran dan isu Islam yang disalak-salakkan didalam politik di M'sia hanyalah sebahagian dari"gimik" atau pun "perencah" bagi menyedapkan dan menghangatkan suasana politik mereka kerana ISU AGAMA adalah ISU yang sangat SENSITIF dan mudah mendapat perhatian...apa yang penting pada mereka hanyalah "sapa kuat dia menang"dan "sapa menang dia masyuk"... kenapa??? walaupun sudah 51tahun merdeka, Islam di M'sia masih tidak bersatu! dan masih lagi "lu lu gua gua". Kenapa jadi begitu??? semuanya kerana ikutan dan cara berpolitik kaum yahudi, nasrani dan majusi sebab kalau mereka mengikut cara politik Islam perbalahan ini tidak akan berlaku dan semua orang Islam akan menjadi maju, makmur kaya raya, aman damai... Di M'sia ini kita kena kuatkan dan lebihkan kepada Islam bukannya bangsa atau keturunan...Jawa pun Islam, India pun Islam, Cina pun Islam, Minang pun Islam, Melayu pun Islam,Aceh pun Islam, Banggali pun Islam dll; cuba bayangkan semua bangsa dan keturunan ini bersatu kerana ISLAM seperti yang diajar dan wasiatkan oleh Rasullulah SAW, apakah perbalahan seperti sekarang ini akan terjadi???? Tepuk dada dan fikirkanlah.... Assalammualaikumwarohmatullohiwabarokatuh.....

    BalasPadam
  6. Maafkan hamba kalau tulisan ini tidak akan hamba jadikan tulisan yang panjang lebar; apalagi untuk mengaitkan tentang tohmahan yang tidak jelas dan tidak pasti.
    Hamba tetap percaya bahawa Islam itu akan menjadi perkasa seperti sebenarnya apabila umat pendokongnya perkasa. Untuk menjadi perkasa itu umat yang cuma ada 56% sahaja itu kenalah pertamanya bersatu menjadi satu suara sahaja. Janganlah terpecah pecah menjadi 2 atau 3 atau dua setengah.
    Hamba juga tetap percaya bahawa sesuatu keputusan itu mampu dipandang sebagai bijak apabila ia mengambilkira realiti yang ada. Maksudnya bukanlah ia sewenang wenang ditimbulkan tanpa memahami bagaimana hal hal yang ada kini itu menjadi begitu. Asal usul dan prosesnya bagaimana. Apabila ada ukuran dan angka yang terlibat kita kena pandai membuat ukuran dan kira kiranya. Melulu itu tidak bijak.
    Maafkan hamba demikianlah fahaman hamba dan akan tetap begitulah hamba. Inshaallah.

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.