Ahad, 19 Disember 2010

REPUBLIK MALAYSIA .. # =# .. Apa bezanya ???

Tulisan ini merujuk kepada sebuah tulisan yang boleh dibaca di :-

http://en.wikipedia.org/wiki/Joshua_Benjamin_Jeyaretnam

mengandungi dokumen satu keputusan daripada Privy Council yang bahagian berkenaan itu disalinkan di bawah ini. Maklumat dari dokumen itu adalah digunakan dengan tujuan untuk menggambarkan kedudukan perkara bagi menyampaikan pandangan hamba dalam hal tajuk tulisan ini. Penggunaannya cuma bertujuan untuk memberi gambaran dalam kes tertera yang ada dalam satu sistem berbanding dengan sistem sedia ada di Malaysia untuk difahami dan menjadi tatapan dengan harapan kita semua menjadi lebih tahu mengenai pilihan yang akan kita buat mengikut selera sendiri kelak. 

Rujukan termaksud adalah:

"Since the trial had been held in a district court, Jeyaretnam could not appeal the conviction, but he did appeal his disbarment to the Privy Council. The Council duly reversed the judgment, noting:
"Their Lordships have to record their deep disquiet that by a series of misjudgements, the appellant and his co-accused Wong, have suffered a grievous injustice. They have been fined, imprisoned and publicly disgraced for offences of which they are not guilty. The appellant, in addition, has been deprived of his seat in Parliament and disqualified for a year from practising his profession. Their Lordships order restores him to the roll of advocates and solicitors of the Supreme Court of Singapore, but, because of the course taken by the criminal proceedings, their Lordships have no power to right the other wrongs which the appellant and Wong have suffered. Their only prospect of redress, their Lordships understand, will be by way of petition for pardon to the President of the Republic of Singapore." [1]"
Hamba cuma ingin menunjukkan melalui rujukan ini apa yang berlaku dalam perayuan tertinggi bagi sesuatu kes dalam sistem mahkamah bagi sebuah negara anggota commonwelth yang Malaysia sendiri tidak boleh mengelak darinya. 
Perhatikan satu kes dimana Privy Council telah membuat satu keputusan berbeza dengan keputusan terdahulu di dalam sebuah mahkamah di negara asalnya yang kebetulan mengamalkan sistem republik. Walau pun Privy Council mempunyai pandangan berbeza daripada keputusan asal yang telah dibuat dalam mahkamah di negara asalnya; namun lantaran keadaan proses telah sedia ditetapkan oleh undang undang asalnya; Privy Council tidak berhak meminda keputusan asal itu. 
Keputusan hanya boleh diubah dengan rayuan kepada Presiden negara asalnya. Itu adalah kerana Presiden adalah kuasa tertinggi dalam sistem republik itu. Bayangkanlah betapa besarnya kuasa seorang presiden itu. Tidak ada lagi badan atau mana mana pihak yang boleh bertindak mengatasinya. 
Inilah perbezaan yang hendak hamba bentangkan berbanding sistem Raja Berpelembagaan yang kita ada sekarang.  Rayuan yang tersebut itu kalau dalam hal Malaysia boleh dibuat kepada DYMM SPB YDP Agong.
Sedar atau pun tidak kalau dalam sistem kita pertamanya DYMM SPB YDP Agong itu adalah tidak terlibat dengan mana mana parti politik. Maka potensi untuknya cenderung kepada badan eksekutif yang ada adalah paling minima.
Keduanya baginda tidak boleh bertindak sesuka hati atau mengikut selera sendiri melainkan sebenarnya mengikut keadilan sesungguhnya kerana baginda masih lagi ada Majlis Raja Raja di atasnya. Majlis Raja Raja boleh menubuhkan mahkamah khas bagi menjatuhkan hukuman terhadap sebarang perkara yang boleh dianggap sebagai salahlaku Ketua Negara itu dalam sistem sedia ada di Malaysia kini. Inilah jaminan keadilan paling tinggi yang kita ada. 
Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.