Mungkin kerana setelah lama terlantar dan tidak ada peluang untuk ke kedai buku hamba pun sudah lama tidak ada peluang untuk membaca tajuk sedemikian dari penulis barat. Ironinya bagi hamba ialah setelah sekian tumpuan diberi hamba terus membelek reaksi umum yang ada. Memang menarik tulisan ini kerana reaksinya sudah lebih 100 dan hamba pun turut membaca beberapa darinya sampai ke reaksi yang terakhir yang seperti berikut bunyinya: "Shishi Sy Tun, rupe2nya Israel yg mguasai dunia not US..but why US can be treated like "kerbau kena cucuk hidong" by Israel??"
Yang aneh itu rupanya adalah hamba sendiri kerana hamba pun ikut memberikan reaksi tetapi bukan terhadap reaksi Tun yang panjang lebar itu, tetapi hamba memberi reaksi terhadap tulisan dua baris daripada Shishi Sy itu.
Reaksi hamba itulah sebenarnya nak hamba kongsikan dengan kawan kawan walau pun teramat ringkas. Bacalah: ....Putera Mahameru
"After all the reading; wish to respond SS's question above. And my respond will be just another question because the answer will be always the same let it be from whoever. My question is:
Who is ruling US after all. What a shame to all Americans."
Who is ruling US after all. What a shame to all Americans."
Aduh jam sudah pukul 1.00 petang dan hamba perlu bersiap siap untuk ke Mesjid. Hari Jumaat ni kena awal sikit. Nanti akan hamba sambung lagi untuk menyatakan kenapa jadi begitu sama ada dibawah ruangan komentar dibawah posting ini atau di posting berikutnya.
Maaf.
Persoalannya ialah kalau benarlah ada pihak lain yang memegang kuasa dalam memerintah US tentulah ia menjadi teramat memalukan seluruh warga negara itu. Semuga ia tidak begitu.
BalasPadam