Tulisan asal ini telah hamba salin dari laman fb
assalamualaikum dan selamat hari raya para sahabat.kali ini saya menulis ingjn menyentuh sedikit persoalan politik dahlu dan semasa.soalan yang jawapan tiada pada saya dan saya percaya jawapan ada pada para sahabat
Dan tidak puaslah hamba kalau tidak ikut memberi ulasan walau pun ulasan hamba nanti akan seberapa ringkas yang boleh. Inahaallah. Pun begitu hamba juga tidak mahu mengganggu suasana raya di shawal kedua ini. Maka ulasan hamba akan datang kemudian. Tetapi kalau ada sahabat sahabat yang sudi membuat ulasan dan pandangan segera silakan dahulu. Catatan asal ini hamba postkan dahulu tanpa ulasan dari hamba.
1) 13 mei 1969 ,insiden tersebut mugnkinkah ada niat rahsia tersembunyi yamg dirahsiakan oleh para pejuang veteran.apa yang menyebabkan melayu cina menjadi begitu menggila sekali pada
hari kejadian??
2)tragedi AUKU mahasiswa pada era 70-an.ketika anwar ibrahim memimpin ABIM ketika itu.apa penyebabnya??
3)malays dilemma hasil penulisan mantan pm kita iaitu tun mahathir muhammad.apa isi pendapat dalam buku tersebut??
4)isu pengasas UMNO iaitu dato onn jaafar keluar dari umno.kenapa beliau membuat keputusan keluar dan membuat parti baharu??
5)PKMM. . .bila kita kaji selidik balik ,ramai orang melayu menyertainya dan parti yg bergabung dengan mereka iaitu angkatan pemuda insaf (API) dan angkatan wanita sedar (AWAS)??sedangkan dalam parti tersebut majoritinya belia muda melayu.
6)benarkah kesatuan melayu muda (KMM) berpaling tadah kepada pihak jepun setelah pencerobohan malaya brlaku??
para sahabat dan pejuang muda sekalian.disini saya ingin jawapan pendapat dan pencerahan dari kamu semua.kalau nak copy paste pn x apa.ini kerana saya masih tiada jawapan bagi teka teki ini.
*anak muda buta sejarah :-)
Selepas perang dunia kedua dan Jepun dah mengaku kalah, Semenanjung Tanah Melayu (Persekutuan Tanah Melayu) nak cuba diletakkan secara langsung di bawah tadbir British dengan bertuankan Maharani kerajaan Bretain. Namun tekanan yang terjadi hasil dari tersatunya orang Melayu yang masih terbahagi kepada rakyat negeri negeri berasingan telah membuatkan mereka berfikir semula dan membatalkannya lalu menubuhkan (Persekutuan Tanah Melayu) atau Malaya. Gerakan kesatuan Melayu yang sudah berarus terus terjadi dan mengukuh sehingga 1957. Hasil dari rundingan rundingan kemerdekaan telah dianugerahkan.
Proses ini tidak dapat mengeluarkan negeri negeri selat kecuali Singapura. Namun gerakan untuk memerdekakan bumi ini terus berlaku jua di Sabah dan Sarawak yang telah kemudiannya diletak syarat untuk menjadi sebahagian dari Malaya yang terpaksa ditukar namanya menjadi Malaysia. Proses yang selesai pada tahun 1963 itu telah ikut merangkumkan Singapura sekali. Itu syaratnya.
Maka bermulalah satu pergolakan yang menghasilkan ketegangan yang berlaku dalam diam kerana api perkauman sudah mula bertiup atau ditiupkan. Apinya membakar dalam sekam secara berterusan sampai Singapura terpaksa disingkirkan keluar dari gagasan Malaysia dalam tahun 1965. Namun apinya masih semarak dan membakar dengan unggunannya masih ditinggalkan membara dan merebak (malahan hingga kini). Pembakaran api perkauman oleh pihak tertentu itu mendorong keputusan pilihan raya 1969 dimana telah terjadi sepakat dan sekata dalam kalangan kaum tertentu walau pun kaum lain masih lalai dalam selesanya.
Keputusan 74 kerusi parlimen dimenangi Perikatan (parti memerintah) dan 70 kerusi dimenangi oleh lain2 termasuk Pas yang telah menguasai Kelantan dan Terengganu serta beberapa kerusi di utara. Sabah dan Serawak juga ikut terbahagi bahagi. Parti Perikatan masih memegang mejoriti tetapi beberapa kumpulan parti lain yang belum bergabung merasakan mereka boleh berhimpun dan bergabung sambil menarik beberapa orang wakil yang menang atas tiket Perikatan untuk menyertai mereka untuk menubuhkan kerajaan gantian.
Keadaan ini telah menimbulkan keseronokan melampau dan perayaan perayaan telah bersemarak sehingga menghina dan memalukan pihak pihak tertentu dengan kata kata serta perlakuan tidak terkawal dan tertapis. Malahan keterlanjuran keterlanjuran telah tidak dapat dikawal lagi walau pun pihak penguat kuasa keamanan (polis) cuba mencampuri. Keadaan yang sudah terlalu kucar kacir memaksa penyerahan kepada kawalan tentera. Mujurlah keputusan itu cepat dan tidak sempatlah para pendekar jihad dari merata cerok rantau mara ke bandar bandar yang menjadi pusat kucar kacir itu walau pun beberapa kelompok telah berjaya bolos dalam fantasi keghaiban tersendiri.
Pada menjawab persoalan adakah "rahsia tersembunyi" hamba ingin mendorong kajian kepada pendedahan ringkas ini sahaja. Banyak benda yang memerlukan huraian tetapi memang sengaja hamba sematkan dalam lipat lipat tersirat untuk mengelak daripada menyengat emosi sesiapa atau membakar semangat mana mana pihak. Demikianlah pembicaraan bahasa berbudi pilihan hamba. Kita carilah penyelesaian dengan cara jangan mengungkit sehingga menimbulkan debat yang kelak boleh mengguris rasa atau meleret kepada tekan menekan yang boleh mendorong kepada amarah yang nantinya menggamit cabar mengundang balas. Demikian itu bukanlah cara mencari penyelesaian; malahan menambahkan hangatnya sengketa.
Persoalan ini akan hamba lanjutkan jika dirasakan masih ada keperluan yang masih tidak akan gelincir dari landasan budi bijaksana. Sementara itu hamba memohon izin untuk masuk mengulas bicara dalam perkara soalan soalan (2) hingga (6) kemudian kelak kerana sekarang sudah masuk waktu zohor. Inshaallah.
3)malays dilemma hasil penulisan mantan pm kita iaitu tun mahathir muhammad.apa isi pendapat dalam buku tersebut??
4)isu pengasas UMNO iaitu dato onn jaafar keluar dari umno.kenapa beliau membuat keputusan keluar dan membuat parti baharu??
5)PKMM. . .bila kita kaji selidik balik ,ramai orang melayu menyertainya dan parti yg bergabung dengan mereka iaitu angkatan pemuda insaf (API) dan angkatan wanita sedar (AWAS)??sedangkan dalam parti tersebut majoritinya belia muda melayu.
6)benarkah kesatuan melayu muda (KMM) berpaling tadah kepada pihak jepun setelah pencerobohan malaya brlaku??
para sahabat dan pejuang muda sekalian.disini saya ingin jawapan pendapat dan pencerahan dari kamu semua.kalau nak copy paste pn x apa.ini kerana saya masih tiada jawapan bagi teka teki ini.
*anak muda buta sejarah :-)
— bersama Kai Al-Waled dan 19 yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.