Gerakan cauvanis yang bergerak secara terselindung semenjak zaman komunis lagi boleh dikatakan kini berjaya menakluk pilihan hati kaum ramai orang Cina. Faktur kejayaan mereka itu adalah diatas kegagalan gerak kerja MCA dan Gerakan yang selalu terperangkap dalam perebutan kepentingan sesama sendiri sehingga menjadi lupa bahawa mereka masih lagi satu pasukan dalam BN.
Hamba tidak mahu membilang dan menamakan siapa lebih dan siapa yang kurang. Mereka punya sejarah yang silih berganti mengintai peluang mencari langkah lebih panjang berbanding sesama sendiri sehingga lalai meladini strategi DAP dan cauvanis sejati yang memang menggunakan DAP sebagai kenderaan tampak mereka.
Pada hamba selera (taste) untuk lebih condong kepada DAP, PKR, Gerakan atau MCA bagi kaum Cina sebagai orang yang matang dan cermat berpolitik adalah hasil dari pemerhatian semasa. Malangnya MCA yang utamanya; bersama Gerakan juga gagal melihat dari sudut itu dan sentiasa berselera untuk berebut pengundi yang sudah menjadi tegar DAP sehingga mereka lupa untuk memainkan peranan membawa masyarakat Cina yang rasional untuk memahami dan menerima idealisma kesepakatan antara kelompok, ethnik dan kaum melalui BN.
Inilah pada hamba yang membuatkan mereka kadang kala terlihat sebagai cauvanis serupa DAP juga. Hamba membentangkan pandangan ini kini kerana tercetus rasa bimbang terhadap beberapa suara dari kalangan pemuda terutamanya MCA kini. Semuga mereka akan terbaca pandangan ini dan menyemak hakikatnya. Semak semaklah.
Semuga UMNO juga akan lebih terdorong untuk membawa sahabat sahabat sepakat dari MCA dan Gerakan untuk sama sama mencari strateginya. Janganlah hendaknya UMNO pun ikut melenting pada setiap geselan mancis dan menyimbah minyak sehingga menyalakan obor pembakar diri dan akhirnya takhta kita juga ikut terbakar dalam umarah yang tidak terkawal. Semak semaklah dengan resional dan bijaksana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.