Rabu, 11 November 2009

Sweep Malaysia = Apakah Masaalah Sebenarnya.

Beberapa ketika yang lalu kita telah digemparkan oleh amok pemuda dan mahasiswa saudara kita sendiri dari Indonesia mengenai perkara yang sebenarnya adalah masaalah lintas budaya yang melibatkan tarian pandet Bali, Seni Batik dan berjangkit2. Amok itu akhirnya menjadi melampau2 sehingga semarak gemburan cerita bahawa orang Indonesia akan beramai2 datang ke Malaysia melalui berbagai cara dengan membawa berbagai senjata termasuk buluh runcing.

Namun kini keadaannya sudah reda dan malahan sudah sejuk pun. Kita tidak faham tentang apa sebenarnya sudah berlaku. Jadi selalu selalulah ikuti laman ini. Inshaallah akan di muat turunkan beberapa kerat klip vedio yang menarik. Jangan ketinggalan.
.

7 ulasan:

  1. Kita dituduh palagiat atau curi budaya Indonesia. Siapa yang hasut dan beri penerangan yang salah tidak pula diketahui.

    Di Johor, sebahagian besar rakyat Melayu/Islam adalah penghijrah daripada Tanah Jawa. Dahulu alam Melayu atau Nusantara tidak ada sempadan negara yang kemudiannya telah diracik-racik menjadi negara. Penghijrahan mereka adalah dari alam yang sama. Ianya berbeza dengan pendatang daripada benua lain seperti benua China dan India. Satu dipanggil penghijrahan, satu lagi dipanggil pendatang

    Penghijrahan orang Jawa bukan sahaja membuka tanah untuk tujuan pertanian tetapi membawa budaya dan cara hidup mereka daripada tanah Jawa. Misalnya budaya permainan kuda kepang adalah satu tarian tradisional jawa yang telah dijadikan tarian budaya Johor tetapi akhirnya diharamkan oleh MAIJ kerana ada unsur-unsur khurafat. Ianya bukan peniruan, ciplakan atau maling (curi) atau palagiat. ia memang budaya Jawa yang dibawa oleh penghijrah Jawa dahulu.

    Ia juga meliputi jenis-jenis makanan, pakaian, permainan tradisional, cara hidup, adat resam dan lain-lain budaya seperti barongan, kempelingan, kompang Jidur, seni mempertahankan diri dll.

    Tegasnya ianya bukan 'maling'. Malingsia adalah satu gelaran untuk memburuk-burukkan negara ini. Orang Jawa sudah diserap masuk Melayu kerana makna Melayu itu luas. Pakistan dan Malbari pun Melayu, Cina dan India masuk Melayu/Islam asal 'disunat' anunya itu. hehehe.

    Tuduhan mengatakan Malaysia ini 'maling' adalah menunjukkan mereka mendapat maklumat salah, tolol,dungu dan buta sejarah.

    BalasPadam
  2. skg dah senyap sebab dah terima padahnya hari tu .. gempa bumi kat Padang. tu yg dorang senyap.

    http://unitmediasiber.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Membaca catatan Saudara Amir PG teringat hamba kepada seorang tokoh dari Air Hitam barangkali dari kawasan PG sendiri. Pak Margono namanya. Beliau adalah seorang penerusnurun wayang kulit jawa, kuda kepang dan malahan gamelan yang beliau ciptakan sendiri alatannya dengan cara tersendiri.

    Semua itu berlaku kerana beliau seperti terserlah pada namanya sendiri adalah orang Jawa. Beliau tidak mahu terpisah daripada tradisi asalnya; orang Jawa.

    Adilkan kalau kita terpaksa putuskan beliau dan pengikut pengikutnya daripada tradisi nenek moyangnya, orang Jawa.?

    Selebihnya tunggulah tengok apa yang akan terserlah dalam klip vedio yang akan dimuat turunkan mungkin petang ini nanti. Pada masa ini hamba masih menghadapi kekangan masa. Maaf.

    BalasPadam
  4. tadak masalah sangat pun... yang masalahnya pasai rakyat2 depa tu dah terlalu biarkan diri depa tu jadi "bodoh-piang", sampai senang2 percaya apa2 jugak yang di jaja oleh "penyebar2 fitnah". nak kata depa tak mau kaji sejarah, memang betoi la. zaman la ni mana ada orang minat belajaq sejarah. rakyat kita pun ramai buta sejarah. tapi kalu dah sampai dah tak reti nak pikiaq logik, tak reti nak tapis hat mana betoi hat mana labun... memang kategori bodoh-piang la tu...

    tapi, nak duk kata2 sgt kat rakyat depa pun, rakyat kita pun nampak2 gaya duk nak pi jadi "bodoh-piang" serupa tu gak...

    nasib la labu...

    BalasPadam
  5. Salam Che Lah, kalau deme ingat lagi, kawan pernah menyiarkan peranan Anwar bersama-sama sahabat andainya di Indonesia pada 14 Ogos 2009, selepas tarikh itu maka wujudlah bermacam-macam demonstrasi membantah Malaysia walau pun dengan perkara yang kecil..... tetapi Allah telah memberi pertunjuk kepada mereka....

    BalasPadam
  6. Sahabat sahabat, hamba masih lagi menghadapi masaalah teknikal. Masih lagi berada dikawasan yang signal tak cukup kuat. Inshaallah sebaik sahaja ada kesempatan singgah di kawasan yang baik signalnya akan upload vedio yang dijanjikan. Dengan maklumat 14 Ogos 2009 Yang Gambi barangkali kita akan dapat kaitkan dengan lebih jelas lagi. Inshaallah.

    BalasPadam
  7. SLM CHE LEH..BTUL KATA YG. KLU XDE ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG. ANUWAR SEPERTI YG KITA TAU ADA 'PASANG KAKI' PUTARBELIT KAT INDON. PIHAK2 INILAH YG MENJADI DALANG ATAU PAK TURUT YG BODOH BANGANG MENGIKUT TELUNJUK ANUWAR. TAPI KITA TAK SLHKAN DIORANG SBB DIORANG DI UPAH. CUMA KITA KESAL KERANA MEREKA NI SANGGUP MENCALARKAN MARUAH NEGARA MEREKA SENDIRI HANYA KERANA TAKSUB. MCM PAS JUGAK!

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.