Selasa, 5 Januari 2010

KALIMAH A L L A H. = Allahhuakbar

Syukur Alhamdulillah: 

Mengikut catatan yang sempat hamba kutip dari FB seperti disalinkan dibawah ini pihak Kabinet Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan agak tegas. 

Namun penyelesaian sekali ini dirasakan tidak juga menyelesaikan permasaalahan hati dan perasaan. Sesuatu masih dirasakan perlu berlaku dalam lingkup masih tertib dan sopan untuk menjana proses jangka panjang barangkali untuk kita nikmati kedamaian hati buat selama lamanya. Semua pihak harus sedar. 

Apakah perlu dan wajar Majlis Raja Raja yang kita tahu mempunyai kedudukan tersendiri (Daulat Tuanku Tuanku) mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan juga menggerakkan sesuatu jentera untuk memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai hak dan kuasa yang ada padanya. 


Namun kesedaran sebenar dan berkekalan hati dan perasaan manusia manusia hendaklah berlaku.


Catatan Norhidayah Azaman: Kabiet Putuskan Penggunaan Nama 'ALLAH' oleh Bukan Islam::Herald can’t use ‘Allah’ in its publications
Catatan Norhidayah|Catatan tentang Norhidayah|Profil Norhidayah
Kabiet Putuskan Penggunaan Nama 'ALLAH' oleh Bukan Islam::Herald can’t use ‘Allah’ in its publications
Bagikan
 Hari ini jam 11:17
Friday, January 4, 2008

Kabiet Putuskan Penggunaan Nama 'ALLAH' oleh Bukan Islam
Alhamdulillah, isu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja Kristian dalam majalah mereka yang boleh mengelirukan umat Islam terutama anak-anak remaja Islam telah diputuskan. Surat terbuka PGSM boleh dirujuk untuk memahami isu ini.

Disedut dari Utusan 4 Jan 2008.

_______________

Kabinet benarkan Islam sahaja guna kalimah Allah


PUTRAJAYA 3 Jan. – Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar masing- masing bagi mengelakkan wujud suasana tidak harmoni.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, keputusan itu dibuat kerana penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh agama lain boleh menimbulkan kekeliruan dan kemarahan di kalangan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, adalah tidak wajar larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh agama lain dijadikan perbahasan umum yang menggambarkan seolah-olah tiada kebebasan beragama di negara ini.

‘‘Semalam, Kabinet memutuskan untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ seperti mana yang telah diputuskan dalam mesyuaratnya pada 18 Oktober dan 1 November 2006.

‘‘Lagipun, mengikut amalan sejak sekian lama di negara ini, kalimah ‘Allah’ hanya merujuk kepada Tuhan penganut agama Islam sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1429/2008 yang akan disambut pada 10 Januari ini di sini hari ini.
Acara tahunan kali ini yang bertemakan ‘Menjana Ummah Gemilang’ itu akan dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Pada 31 Disember lalu, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah ‘Allah’.
Bagaimanapun, pada hari yang sama, Timbalan Menteri KKDN, Datuk Johari Baharum menegaskan, sekali pun permit akhbar itu diperbaharui, larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ masih kekal.

Sehubungan itu, Abdullah memberitahu, pihaknya akan memaklumkan secara rasmi kepada KKDN berhubung keputusan tersebut secepat mungkin.

Beliau berkata, selain kalimah ‘Allah’, kalimah solat, Kaabah dan Baitullah adalah dilarang penggunaannya dalam penerbitan agama lain.

‘‘Ia berdasarkan keputusan Kabinet pada 31 Julai 2002,” katanya.

________________

Disedut daripada the STAR

Herald can’t use ‘Allah’ in its publications
By MAZWIN NIK ANIS


PUTRAJAYA: The Herald - The Catholic Weekly publication is not allowed to use the word “Allah” in its publications, the Cabinet decided.

The restrictions on the use of the word “Allah” was still enforceable and shall be upheld as decided by the Cabinet in two of its meetings – on Oct 18 and Nov 1, 2006, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Abdullah Mohd Zin said.

Abdullah, who said the Prime Minister had instructed him to clarify the matter so the public would not be confused, told a press conference on Thursday:

“One of the reasons given to uphold the restriction is because that it has long been the practice of this country that the world Allah refers to God according to the Muslim faith.”

It was only proper for other religions to use the word "God" and not "Allah" when referring to their God in respective beliefs, Abdullah said, adding that the use of the word “Allah” shall not be made a public debate that may give the impression as if there is no freedom of religion in the country.

“The use of the word 'Allah' by non-Muslims may arouse sensitivity and create confusion among Muslims in the country,” he said.

On Dec 31, the publication’s editor Father Lawrence Andrew said the weekly was allowed to continue printing its Bahasa Malaysia section with no restriction on the use of the word “Allah” for God.

He said a representative from the Internal Security Ministry delivered a letter dated Dec 28 with the permit to print the newspaper and that according to him, the letter did not place any restrictions whatsoever.

The newspaper carries reports in English, Bahasa Malaysia, Tamil and Chinese, about the Catholic community. It has a circulation of 12,000

The ministry had earlier issued directives to the publisher to cease the use of the word “Allah” in the weekly, failing which its permit would either be suspended or revoked.
On Dec 5, the publisher filed a writ of summons in the Kuala Lumpur High Court to seek declarations of use of Allah.

When contacted later, Abdullah said that the Cabinet in the two meetings had decided that Herald - The Catholic Weekly should not use the word “Allah” in its publications.

“I would also like to remind the public that apart from the word 'Allah', three other words - Solat, Kaabah and Baitullah – are also prohibited and cannot be used in other religions’ publications,” he said.

____________________

SUMBER AKU SEDUT: PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM)
Diperbarui 12 jam yang lalu · Komentari · SukaTidak Suka · Laporkan Catatan

3 ulasan:

  1. SLM BRO..WLUPUN KERAJAAN BERJAYA ATAU TIDAK SEBENARNYA PERKARA NI DH JADI SATU BEKAS PARUT YG AKAN DI INGAT SAMPAI BILA2 OLEH RAKYAT. INI SEMUA DI SEBABKAN MANUSIA CELAKE AL JUBORI & THE GANG YG MEMANDAI2 TIMBULKAN PERKARA SENSITIF NI UTK SEKEPING KERTAS UNDI. YG JD MANGSA RAKYAT.

    TENGOK LA SMPI SKRG DIA MASIH SENYAP. YG BYK SONGEH JURUCKP DIA JEK. TU MENANDAKAN DIA RAMAI PASANG BALACI UTK TLG DIA JWBKAN. TP SYG JWBAN PD PERBUATAN DIA X DPT DI TERIMA OLEH MASYARAKAT ISLAM KHUSUSNYA!. LEPAS NI TAU LA NASIB DIA!

    BalasPadam
  2. Salam CLJ, DYMM Yang DiPertuan Agung mempunyai kuasa penuh untuk membatalkan keputusan hakim Mahkamah tinggi...... pergunakan kuasa itu...

    BalasPadam
  3. Salam Jeffry dan Yang; TK. Kita punya pandangan serupa. Himpunan kita kita akan menambahkan keyakinan untuk kita semua mengukuhkan kekuatan untuk terus berjuang.

    Dua perkara perlu kita buktikan kepada masyarakat:
    Pertama hubungan si Anuar itu dengan tokoh2 Illimunati dan bahawa dia adalah seorang agentor.
    Kedua bahawa pengkhianatan dan pencerobohan gerakan Illimunati kini sudah menghampiri tahap akhir iaitu "the assassination of God"

    Kalau sudah sampai keperingkat itu maka sudah selesailah kerja mereka untuk membawa semua manusia mengikut kepercayaan mereka. Inilah tanggung jawab tabligh kita kini. Teramatlah besarnya. Teramatlah pentingnya.

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.