Rabu, 20 Januari 2010

PENIPUAN YANG NYATA.


Sudah agak lama juga hamba tak memberi layanan kepada laman penyokong komunis yang diberi nama Sosialis Hijau. Sememangnya tidak ada gunanya memberi layanan atau cuba membaca paparan paparan yang di buat di laman itu.

Pengurusannya cukup tidak adil dan tertutup. Kita cuma boleh baca sahaja. Tak boleh beri pendapat atau pandangan. Dia tutup peluang itu. Hamba pun tidaklah rela untuk menjadi ahli kumpulannya kerana pasti apabila menjadi ahli kumpulannya hamba juga ikut menambahkan bilangan yang akan dibanggakan.

Setelah mengikuti beberapa catatan nyatalah bagi hamba ia membuat paparan yang membela melulu terhadap pihak komunis sambil menolak kenyataan sejarah yang hamba tahu nyata kerana melalui sendiri beberapa peristiwa. Maka itulah hamba telah membuat keputusan untuk tidak membuka atau memberi layanan kepadanya.

Namun hari ini terpampang logo BTN dalam hadapan paparannya. Oleh kerana terkejut dengan paparan itu hamba pun bukalah. Disini hamba salinkan untuk makluman semua. Mereka yang pernah mengikuti kursus BTN barangkali berminat untuk memberi komen terhadap pembohongan yang nyata ini:


PANAS : TRAGEDI NGERI DI KEM BINA SEMANGAT YANG DI RAHSIAKAN

hwa hwa hwa .. who's in da house .. ? hari ni wa nak cite pasal si Taib ( bukan nama sebenar ) .. budak skolah tingkatan 4 disebuah skolah diselatan .. perghh .. ni terpengaruh ngan watak Abg Khairul VI .. huhu .. Satu hari pihak skolah telah memutuskan akan menghantar bebudak tingkatan 4 menghadiri kem bina semangat utk membentuk sahsiah jatidiri sebagai pelajar yg berdedikasi dan cemerlang .

Dipendekkan cerita .. Taib menjalani rutin harian sebagaimana pelajar lain di kem itu dengan penuh ceria .. sehingga lah pada malam terakhir ketika semua pelajar dikumpulkan di dalam satu dewan untuk jamuan perpisahan dan "amanat" terakhir dari pihak kem .

Fasilitator memulakan majlis dengan memainkan 'lagu wajib' dan seterusnya ngan ceramah "motivasi" yang berapi api . Taib yg sepanjang malam itu kelihatan tidak berapa bersemangat dan bermuka sedih .. hanya menekur memandang lantai .. sehinggalah si fasilitator menyuruh semua pelajar berdiri untuk laungan semangat ...

Dengan suara lantang dan separuh menjerit .. fasilitator tersebut bertanya ...

Fasilitator : Baiklah pelajar pelajar yg dikasihi sekalian .. setelah menjalani semua ini adakah anda gembira ??

Semua pelajar : Ya !!!!!!!!!!

Fasilitator : Setujukah kamu sekiranya saya katakan bahawa kerajaan kita baik ????

Semua Pelajar : Setuju !!!!!!!!

Fasilitator : Setujukah kamu sekiranya kerajaan meneruskan kem seperti ini ??

Semua Pelajar : Setuju !!!!!!

Fasilitator : Setujukah kamu jika kita terus menyokong kerajaan ??????????

Semua Pelajar : setuju !!!!!!!!!!

Begitu lah seterusnya hingga beberapa soalan lagi diajukan dan tetap mendapat jawapan yg penuh emosi .. namun si fasilitator terperasan ada sorang murid yg tak langsung membuka mulut dan sentiasa memandang lantai .. dengan perlahan lahan beliau menghampiri pelajar tu .. dan bertanya dengan penuh 'hemah' ...

Fasilitator : Siapa nama kamu ?

Taib : Muhd Taib bin Fadhil , tuan .

Fasilitator : Kenapa sejak tadi saya lihat kamu tidak memberikan respon kepada setiap soalan saya .. ada apa apa masalah ??

Taib : Maaf tuan .. keluarga saya adalah penyokong pembangkang ..

Fasilitator : Adakah sekiranya keluarga kamu menyokong pembangkang .. maka kamu pun wajib mengikut mereka ??

Taib : errrrrr .. tak jelas tuan

Fasilitator : Baiklah sekiranya .. ibu dan bapa kamu pencuri dan perompak ... adakah kamu akan turut merompak ???

Taib : errr .. kalau ibubapa saya macam yg tuan cakapkan tu .. dah konfem kitorang selama ni dalam kerajaan tuan ..

kwang kwang kwang ..
hasil karya KARMIC WHEEL melalui Face Booknya.


Membaca paparan ini bagi hamba jelas kelihatan satu penipuan yang nyata kerana sepanjang mengikuti kursus kursus BTN hamba menyedari satu kaedah yang cukup menarik dan terbuka. Jauh sekali dari gambaran yang di bentangkan malahan apa yang digambarkai itu tidak langsung menunjukkan bahawa si pencerita itu pernah mengikuti kursus BTN pun.

Hamba pun bertanyalah kepada beberapa orang sahabat. Mereka gelak besar dan menyatakan kalau adalah fesilitator BTN yang buat kerja begitu memang setakat itu sahajalah khidmatnya digunakan. Keras juga penegasan kawan kawan itu. Soalnya macam mana sipencerita ini mendapat ceritanya. Ini adalah suatu cerita rekaan dan pembohongan yang nyata. Inilah sebenarnya gambaran sikap pengendali laman Sosialis Hijau yang komunis itu.



7 ulasan:

  1. SLM TUAN..PUAK2 BLOGGER PENCACAI UPAHAN PR DH KETANDUSAN ISU DAH. BLOG TULANG BESI KARAT, MALAYSIANWAVE, GREENBOC DAN LAIN2 DH MULA MEREPEK MERABAN. DI TAMBAH PLAK DGN KEKALUTAN YG MELANDA KERAJAAN PR SKRG NI. TANDA2 DH JELAS HUHUHU

    BalasPadam
  2. Salam CLJ,

    Kepala kalau sudah dirasuk komunis beginilah jadinya..... mereka suka mengkritik tetapi tidak suka dikritik....

    BalasPadam
  3. TK Jeff dan Yang: Nampaknya eloklah kita kita biarkan si loncai dengan labu labunya. Kita buat kerja kita je.

    BalasPadam
  4. Itulah kiasan cerita..
    Mmg kerajaan sekarang baik..dan kita patut sokong..
    Cuma kenapa sipengkhianat yg menjual pasir 500-700 lori ke s'pore tu tidak disekat..?
    Sepatutnya semua blogger harus buka mata bukan sekadar TDM sahaja..
    Yg salah kena tegur sekali pun datang dari puak sendiri..
    Kalau tak ubah benda2 lagu ni..bukan orang lain yg akan memberikan mmasalah tapi dari dalam rumah sendiri jugak..
    Semangat saja tak guna sekiranya kita tak sensitif dgn masalah aset negara ni..

    BalasPadam
  5. Salam. .

    Mc sendiri pernah menghadiri kursus BTN sebanyak dua kali. Masa sek men. dan semasa IPT dulu. Tak pernah pula kena macam tu. nampak sangat pihak ini berniat jahat dan membuat tanggapan serong terhadap btn.

    BalasPadam
  6. Tk. Bululana dan Mc; Masaalah pasir 700 truck dikata selica utk microchip itu pembohongan kerana klu selica 700 truck itu adalah cukup untuk kilang kilang kaca dalam negara yang kini import >70 % untuk keperluan. Jelas bohong.

    Kursus BTN. Asas jer laaa. Proses yg diceritakan itu tak kena langsung dgn kaedah diamal oleh BTN. Itu kaedah indoktrinasi komunis. Cara dia la tu kot.

    BalasPadam
  7. saya baru mengikuti kursus asas BTN bersama ayah wan baru2 ini..memang ada politik..jgn nak tipu..memang pada mulanya tiada politik...cth,semasa fasi beritahu pasal perlembagaan..mmg tiada langsung politik pada awal-awalnya..tetapi,semasa penerangan dan contoh yg diberikan,mmg politik..jgn nak tipu..kenapa selalu diberi contoh yg baik baik kpd kerajaan dan kenapa contoh yg tak baik kepada pembangkang..?sy cuba utk meneutralkan kepala sy supaya tidak dimasuki unsur2 politik..tetapi,tidak berjaya..tetapi,ayah wan mmg bkn berpolitik..yg sy maksudkan itu adalah fasi2 yg lain...

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.