Sabtu, 25 Disember 2010

Kemanakah Arah Tuju Yang Sedang Kita Sasarkan ?

Syukur Alhamdulillah. Malaysia yang tertubuh 55 tahun yang lalu dengan penduduk berbilang ethnik dalam komposisi yang sedemikian rupa masih lagi mampu pertahankan keamanan dan kemakmuran. Malahan tambah berkembang dengan begitu menggalakkan sekali.

Ini sebenarnya adalah kejayaan yang cukup cemerlang kerana kalau dilihat pada mana mana pun negara di dunia ini yang penduduknya berbilang kaum dan bilangan kaum kaum itu semuanya agak ramai selalunya menghadapi berbagai cabaran serta tekanan. Perasaan tidak puas hati, dengki, cemburu, tamak bersangka sangka  semuanya tidak aman kerana dikatakan sebagai: Ada hasad dengki dan rasa tidak puas hati disatu pihak melawan tamak haloba rakus dan rasa tidak cukup. Namun di Malaysia cara hidup kaum kaum yang ada telah berjaya di atur dalam arus mencari dan membina keseimbangan yang cukup lunak. Semua kaum telah berjaya menghayati sikap toleransi yang tinggi dan hebat.
Perebutan kuasa yang tidak terkawal sehingga tiada yang kena tiada yang betul dan boleh diterima oleh semua pihak juga selalu menjadi ancaman dan menggugat ketenteraman bermasyarakat. Namun di Malaysia semua itu sudah dilunakkan melalui rumusan rumusan berhikmah seperti pakatan murni bermaksud perkongsian kuasa dan pembahagian kuasa yang telah dirangka dan dibentuk dengan berhikmah sekali.

Maka itulah Malaysia masih boleh bertahan dalam keadaan aman dan damai sehingga kini.

Namun apakah kita sudah bosan dengan keamanan dan kedamaian itu sehingga ruang ruang mempersoalkan perkara perkara yang sensitif sedang dengan enaknya kita buka ?

Sudah tidak mampu bertahan lagikah toleransi yang kita ada; dan tidak sudi lagikah toleransi hebat itu kita terus bina dan perkukuhkan ?

Sudah terlalu tidak mencukupikah apa yang kita ada dan dapat sehingga membuatkan kita semua tidak lagi rela melihat apa yang orang lain dapat dengan penuh persoalan dan rasa cemburu dan tidak puas hati ? 

Atau sebenarnya kita kini sedang didatangi oleh unsur lain yang diam diam mengajar kita (meracuni fikiran kita) supaya merombak dan membuka rahsia rahsia yang selama ini kita simpan dengan baik dalam peti hati dan sentiasa kita belai dengan rasa rela redha dan ikhlas itu ?


Maka segala struktur yang berhikmah yang sudah sekian lama menjadi keistimewaan yang hebat bagi kita itu sudah hendak kita rombakkan kini tanpa berfikir panjang lagi ? 

Sudah sampaikah masanya segala faktur kedamaian berhikmah yang sekian lama kita jaga itu kini mahu kita ungkit persoalkan ? 

Masa depan kita dan anak cucu kita adalah bergantung kepada keputusan kita sendiri kini. Kesimpulan kita akan membawa kita kearah bentuk bentuk tindak kita yang dengan sendirinya melahirkan hasilnya akan bagaimana. 

Semuga kita berfikir dengan cara lebih berhikmah dan menolak segala hasad dengki prasangka kerakusan dan tamak haloba. Semuga tiadalah anak cucu kita kelak yang akan menangisi hari mereka akibat dari tindakan kita yang tidak bijak hari ini. 

Inshaallah.

2 ulasan:

  1. SETERUK2 KEHIDUPAN DI MALAYSIA TAKDE LAH SAMPAI MCM KAT PAKISTAN, AFGHANISTAN, KOREA UTARA, INDONESIA DAN SESETENGAH NEGERA DI MANA PEMERINTAH LEBIH BERSIFAT KUKU BESI. SINGAPORE NEGARA PALING MAJU DI ASIA TENGGARA PUN MENGHADAPI MASALAH KETIDAK TELUSAN POLITIK. PARTI PEMBANGKANG BAGAI DAH KENE IKAT. HIDUNG PUN DH KENE CUCUK. SAMAN SAMPAI BANGKRAP HINGGA KE MATI

    BalasPadam
  2. Malaysia pun kalau dah terserah ketangan mereka nanti akan jadi lebih dari itu Jeff .. Entah entah akan ada yang akan hilang gitu gitu dan tidak dapat dikesan. Tanda tandanya dan sejarahnya pun terang memberi petunjuk. Hamba dah lalui zaman zaman semenjak zaman Jepun pun ... maka fahamlah .....

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.