Memaparkan catatan dengan label Malaysia Indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia Indonesia. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Oktober 2011

Mesra Rasa Bangsa Serumpun = Kemana Hanyutnya ?


Semalam Siti Zainun Ismail membuat catatan ringkas mengenai pamiran lukisannya di Taman Ismail Marzuki (TIM) di Jakarta pada tahun 1974. Kalau tidak silap hamba ketika itu beliau yang kini adalah seorang Prof. yang dah pencen masih lagi sedang berjuang memperkasakan kekuatan akademik dirinya di ITB. 

Tujuh tahun kemudian (1981) Dato' Ghazali Ismail pula telah membawa persembahan theater "Ngoyang"nya untuk bermain di TIM itu. Kesah ini menarik perhatian hamba kerana TIM yang sukar dimasuki oleh sebarangan kumpulan yang tidak mendapat pengiktirafan yang tinggi itu sesungguhnya sudah membuka ruang untuk bentuk bentuk ekspresi dari orang Malaysia. 

Dalam tahun tahun sekitar itu kita di Malaysia pun selalulah menerima berbagai kunjungan dari berbagai kumpulan theater dan lain lain ekspresi seni dari Indonesia yang selalunya kita bawa untuk berkunjung ke banyak lokasi diseluruh negara. Pertukaran dan jalinan mesra rasa berlaku dengan spontan pada waktu itu.

Malangnya ia tidak lagi berkembang sebaik itu selepasnya. Apa yang berlaku dan kemana terlepasnya perhatian kita semua sehingga kini kita sebaliknya sering digembur kejutkan oleh isu isu yang seperti sengaja tersirat dalam rancangan mencari belah. 

Siapakah pengkaji atau pemerhati yang mampu memberi ulasan atau tanggapan untuk kita semua membuka perbincangan. Silakan.

Jumaat, 13 November 2009

Lintas Budaya Malaysia - Indonesia

Beberapa ketika yang lalu kita telah digemparkan oleh amok pemuda dan mahasiswa saudara kita mengenai perkara lintas budaya yang melibatkan tarian pandet Bali, Seni Batik dan berjangkit2. Amok itu akhirnya menjadi melampau2 sehingga semarak gempuran cerita bahawa orang Indonesia akan beramai2 datang ke Malaysia dengan berbagai senjata termasuk buluh runcing.

Kita semua menjadi kebingungan. Namun kita bersyukur keadaan sudah menjadi reda dan malahannya sudah sejuk pun. Semuga pengalaman melalui satu pengalaman yang tidak enak itu dapat kita semua ambil sebagai satu pengajaran. Untuk tujuan itu hamba ingin mengajak sahabat sahabat baik di Malaysia mahu pun di Indonesia untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Marilah kita semua menonton beberapa kerat vedio yang dimuat turunkan di sini. Selepas itu buatlah kesimpulan sendiri. Apa sebenarnya yang berlaku.


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 1



Sahabat sahabat telah tonton sendiri temuramah melalui vedio itu tadi. Temuramah itu bukan dibuat di Malaysia. Jadi ini bukanlah kes bela diri. Kita juga telah didedahkan kepada asal usul serta proses terbitnya tayangan comercial di sebuah stesyen tv negara ketiga itu. Kita sudah jelas apa asalnya dan apa yang berlaku dalam proses yang barangkali boleh dipersoal atau dicurigakan.

Hamba tidak bertujuan untuk mencari siapa yang bersalah atau cuba menunjukkan kemungkinan ada perkhianatan seperti terancang. Hamba cuma ingin mengajak sahabat sahabat baik di Malaysia mahupun di Indonesia untuk menelai sendiri dan akhirnya buatlah kesimpulan sendiri. Temu tanya yang telah divediokan di atas telah dibuat bersempena dengan satu majlis forum yang hamba percaya telah berlangsung di Indonesia. Hamba dibekalkan oleh seorang sahabat yang memperolehinya dari alam maya. Dengan harapan untuk kita memahami intipati dalam hal terbabit dengan lebih jelas marilah kita seterusnya mengikuti apa yang berlaku dalam forum berkenaan.

Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 2


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 3


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 4


Maafkan hamba kerana vedio yang terlalu panjang ini tidak hendak hamba editkan. Maka supaya lancar tayangan yang dibentangkan hamba keratkan kepada keratan tidak beredit. Tontonlah keratan berikutnya sehingga sempai ke kesimpulan oleh moderator forum serta ahli2 panel yang bijaksana. Semuga kita berjaya menompang untuk menjadi lebih cerdik setelah mengikuti pandangan pandangan dari ahli ahli yang berilmu ini. Silakan sahabat sahabat mengikuti keratan seterusnya:

Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 5


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 6


Itulah hasil pandangan daripada ahli ahli yang bijaksana. Tokoh tokoh ilmuan kita. Syukur kita kerana masyarakat kita masih mempunyai tokoh tokoh seperti bapak bapak sakalian. Semuga kita tetap berterusan terpelihara daripada tersalul tanggapan tersalah kefahaman sehingga tersilap dalam pengurusan emosi. Inshaallah.

Setelah menonton semuanya hamba ada satu permohonan kepada semua saudara serumpun di Malaysia, Indonesia dan lain lain lagi semuga kita sentiasa ingat bahawa kita adalah satu rumpun bersaudara yang tidak wajar berhangatan dan berbalahan. Salah dan silap sama sama kita maafkan. Yang tidak jelas sama sama kita cari penjelasan. Seterusnya kita juga harus sedar bahawa dalam dunia yang sudah menghampiri hujungnya ini: kita berhadapan dengan berbagai bentuk musuh. Namun mudah mudahan kita tetap selamat dengan kita pandai dan bijak mengenali saudara dan kawan disebalik musuh dan lawan.

Hamba seterusnya memohon saudara saudara hamba di seluruh alam Melayu ini agar bijak mengurus emosi dengan menggunakan ilmu serta sikap yang sentiasa terbuka kepada proses keilmuan. Dipohon juga agar kita semua jangan mudah melenting terhadap apa sahaja. Zaman kini bukan lagi zaman tulang besi urat dawai. Zaman ini ialah zaman tulang plastik urat getah. Inshaallah.