- Sebaik selepas kejadian Mei 13 1969 yang tidak kita inginkan itu kerajaan telah menubuhkan Lembaga Perpaduan Negara. Tujuannya adalah untuk merancang dan melaksanakan program program yang boleh mendekat dan memesrakan perasaan antara kaum2. Lembaga itu sudah menjadi jabatan pun kini. Tanyalah pegawai2 kanan disana apa masaalah yang dihadapi. Kerelaan dan kesediaan untuk merealisasikan keikhlasan untuk sama sama berkampong secara hormat menghormati tentulah menjadi rumusan akhir.
- Kita pun telah mencipta tonggak nilai untuk menjadi penghayatan semua kaum; satu rukun yang dinamakan sebagai Rukun Negara. Ia tidak pun bercanggah pun dengan mana mana ugama. Tetapi ia tidak menjadi penghayatan sehingga mampu menjadi tonggak dalam pembinaan nilai. Kenapa ? Masing2 sibok dengan pegangan sedia ada dalam budaya masing masing dan bedegil untuk mempertahankannya tanpa menghormati sensiviti ethnik lain.
- Kongress Kebudayaan Kebangsaan 1971 menyarankan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan telah pun diterima pakai oleh kerajaan pada ketika itu. Hamba sendiri terlibat dalam berbagai usaha pengkajian, perancangan dan perlaksanaan berbagai program tahun tahun berikutnya. Ia tidak diterima kerana setiap ethnik mahu selinapkan bahagian yang lebih dari ethnik sendiri. Mana ada keikhlasan terhadap segala yang sudah digarapkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah diterima itu. Padahalnya semua orang faham bahawa budaya itu adalah dinamis. Ia membina dan berubah mengikut keperluan sezaman. Bagaimana ia mahi dipaksakan tanpa menghormati teras yang sepatutnya menjadi tonggak kepasa sistem nilai yang membina dan berkembang. Ikhlah terima dan sama samalah kita menyumbang kepada pembinaan dan pembangunannya. Namun dia tyidak menjadi begitu. Masing masing mahu meletakkan syarat mengikut peratusan pula. Demikian itu namanya memaksa. Bukannya mengizinkan assimilasi dan intergrasi dalam proses pembinaan dan pembangunannya. Kita juga melihat percubaan untuk melaksanakan mengikut hasrat begitu dalam dunia hiburan. Namun ia berlaku secara berjajar (perallel) dan tiada serapresapan (assimilasi). Inilah jadinya apabila masing masing keras mengawal sempadan budaya tanpa memberi izin yang ikhlas kepada proses yang bebas dari emosi yang lupa kepada rasional dan realiti.
- Kita juga pernah menyarankan dasar Sekolah Wawasan.
- Kerana dasar mengenai Sekolah Wawasan tidak diterima kita muncul lagi dengan saranan Sekolah Intergrasi dimana Kerajaan sanggup menyediakan bangunan2 yang sempurna di kawasan kawasan terpilih. Masing masing boleh melaksanakan sekolah masing masing. Cuma tempatnya sahaja bersama supaya kanak kanak yang belum menebal sentimen perkauman itu masih tetap ada kesempatan untuk berkawan dan berinteraksi. Semuga mereka boleh menjadi kawan yang faham memahami. Ini pun ditolak entah kerana apa. Cuma juara juara dalam proses bantahan dan demonstrasi mengenainya dapat kita kenalpasti sebagai juara perkauman dari parti parti politik tertentu.
- Terakhir ini kita bentangkan pula dengan 1 Malaysia, rakyat diutamakan. Dalam diam hamba sempat mengutip maklumat langsung dari sekumpulan anak anak muda kaum tertentu yang menyatakan; "tak bolehlah tok, sebab perbezaan kaum tu dah termaktub dalam perlembagaan itu sendiri dah." Kalau beginilah keluhan yang tersebar kepada anak2 yang masih mentahan; hamba sebenarnya dapat membayangkan masaalah yang cukup besar.
Memaparkan catatan dengan label keluhan rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluhan rasa. Papar semua catatan
Sabtu, 29 Ogos 2009
Intergrasi Kaum.
Masaalah dihadapi dalam hasrat INTERGRASI ANTARA KAUM di Malaysia bukan masaalah teknikal atau masaalah proses. Ia adalah sebenarnya masaalah kepentingan tersembunyi. Ada cita cita lain yang disorok dibawah permaidani. Buktinya boleh difahami apabila kita cuba melihat kepada berbagai dasar yang pernah disarankan:
Rabu, 26 Ogos 2009
Laga Ayam vs Laga Orang ; apa bezanya.
Terkesah dalam sejarah mengenai asal usul daerah Besut, iaitu daerah yang terletak paling keutara dalam Negeri Terengganu DI. Asalnya konon adalah sebuah jajahan dalam Negeri Kelantan. Raja Kelantan telah berlawan melagakan ayam sabungan masing2 dengan Raja Terengganu. Oleh kerana ayam sabungan Raja Kelantan ditewaskan oleh ayam Raja Terengganu maka tergadailah sebahagian negerinya iaitu kawasan dikenali sebagai Daerah Besut kini menjadi sebuah daerah dalam Negeri Terengganu DI. Ini cerita lama dalam sejarah yang sudah dilupakan.
Sinonom dengan cerita di atas itu hamba ingin merujuk kepada kekecohan yang berlaku beberapa tahun yang lalu ketika Negeri Kelantan DN dilanda penyakit selsema burung. Siasatan dan kajian teliti oleh pohak berwajib menemui punca awal jangkitan itu sebagai datang dari seekor ayam sabongan yang telah dibawa oleh seorang juara ayam dari Kg. Pasir Pekan untuk diadulagakan di gelanggang laga ayam di Takbai di Thailand.
Dari sinonim dua cerita ini terbitlah seloka yang selalu hamba bacakan merata2 di seluruh negara untuk difahami oleh anak2 zaman kini dan sekaligus mencari terjemahannya. Seloka itu adalah seperti berikut:
Dulu Raja melaga ayam;
Tergadai sekerat negeri.
Kini rakyat jelata melaga ayam;
Terancam nyawa seluruh umat.
Tujuan hamba ialah untuk menunjukkan betapa kemusnahan negeri yang dahulu biasa ditudingkan gejalanya kepada pihak berkuasa kini sebenarnya disedari atau tidak adalah diakibatkan oleh rakyat jelata. Inilah akibatnya apabila dalam sistem demokrasi kuasa dipindahkan kepada pemilihan rakyat yang enggan menerima pengertian sewajarnya. Tidak tahulah sama ada kita ini sudah layak menganut sistem demokrasi yang tidak dapat kita mengelak darinya itu. Padahal hari ini pun rakyat jelata masih lagi enak menuding jari kepada kuasa2 atasan dalam banyak perkara. Mungkin kerana banyak pihak menganjurkan begitu tanpa menyedari betapa akibat yang akan menimpa. Rakyat yang tidak mengerti apa apa ikut terlibat dalam perang pihak2 tertentu berebut kuasa untuk kepuncak kuasa mengancam kedaulatan negara.
Ehwal tidak mengerti apa2 ini bukan tersarung setakat rakyat jelata itu sahaja rupanya. Kini ramai lidah2 yang mahu ternama sebagai lidah bijak sedang menggelidah minda masyarakat untuk ikut terlibat dalam kesah2 laga orang pula. Maka jadi banterakan atau kelihatan seperti berbanterakanlah ramai pemimpin sesama sendiri. Barangkali ada untung yang boleh dikutip sebagai habuan kepada yang terlibat itu. Hasil sebenarnya tidak dikesahkan.
Hamba pernah menyuarakan perkara orang2 mencari untung sebegini kepada seorang terhormat (kerana bijaksananya). Sampok beliau ialah bahawa untung kebendaan itulah yang dicari oleh semua orang, bagaimana akan dapat kita menghalang mereka. Namun hamba tetap mahu berpegang kepada amanah untuk memakmurkan muka bumi ini.
Sengketa sengketa yang kita sedang semarakkan itu, biar pun tujuannya mencari keuntungan dan kemenangan sendiri pasti akan mengundang cabaran2 kemusnahan. Wajiblah kita semua benteraskan ia. Sifat seorang muslim ialah: Dengan segala kepujian kebijaksanaan memikul amanah menyampaikan tanpa henti tanpa hujung (Sidik, amanah, tabligh, fatonah).
Kalau menjanasemarakkan sengketa itu dipandang sebagai alat berkesan dalam mencari kemenangan dan keuntungan siapakah yang samggup untuk merelakan diri menjadi faktor pendamai. Padahal mendamaikan sengketa itu besar pahalanya. Wallahuaalam.....

Langgan:
Catatan (Atom)