Memaparkan catatan dengan label PRK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK. Papar semua catatan

Khamis, 17 Februari 2011

PKR Dah Nazak.

Nampak jelas kini keadaan menunjukkan PKR yang tertubuh atas dasar perjuangan tokoh individu itu sedang nazak kini dan akan lenyap dari arena politiking dalam negara. Bukan sahaja Ahli Parlimen, Adun dan pemimpin pemimpinnya sudah berbondong bondong meninggalkan parti itu. Kini kelihatan Blogger Blogger penting mereka juga kini sedang berarak meninggalkan parti yang ditadbir dengan penoh kepincangan dan penting diri tokoh tokoh tertentu itu. Sebagai contoh lihatlah di

Lagi Blogger Keluar PKR Dan Mahu Anwar Dipenjara !!! http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/02/lagi-blogger-keluar-pkr-dan-mahu-anwar.html 

dan: http://www.anwaraidc.com/?p=6307

Ada perkara paling menarik hamba lihat mengenai senario yang jelas tergambar kini. Rupanya ramai sahabat sahabat yang berjuang menyokong PKR itu adalah hasil dari lonjakan dari gesaan dan janji janji manis yang ditaburkan. Maka jadilah semangat perjuangan itu tidak tulin dan sebenarnya PERJUANGAN. Oleh kerana kelahiran pengerak penggerak yang kuat menongkat itu berlaku secara tidak tulin maka akhirnya lahirlah kekecewaan dan kehampaan; apa lagi apabila janji janji tertabur tidak terlaksana. 

Berbanding dengan (hamba perturunkan satu contoh yang hamba kutip dari reaksi seorang sahabat dilaman blog di linkkan di atas seperti berikut :

C L J berkata...
Bezanya mereka dengan hamba yang juga telah menjual beberapa harta kepunyaan peribadi adalah bahawa mereka dilantik dan diberi tugasan dengan janji janji. Sedangkan hamba memilih untuk membuat kerja ini atas kehendak sendiri; kerana perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air. Untuk masa depan anak cucu kita semua. Tiada siapa yang lantik. Tiada siapa memberi tugas. Tiada janji dari siapa siapa. Hanya Demi Allah swt. Sekarang pun masih ada 3 lot tanah tapak rumah kediaman sedang dalam tawaran untuk dijual. Mudah mudahan akan ada pembeli sebelum wang yang masih ada dalam simpanan kini kehabisan. Inshaallah. 
Perkara menjadi menarik bagi hamba ialah rupanya ramai penggerak yang memberi sokongan kepada UMNO adalah seikhlas itu. Dan rupanya perkara ini dinikmati oleh ramai pemimpin dalam UMNO tanpa disedari barangkali. Kerana tidak disedari itulah gamaknya mereka tidak pernah memberi perhatian kepada pengorbanan pengorbanan begitu. 
Hamba ingin mengambil satu lagi contoh yang hamba tahu kerana ada rintihan hamba terima dari seorang sahabat. Beliau menghubungi hamba mengadukan peri beliau dalam perjalanan ke Malaysia Timor dengan tiket telah disediakan walhal dalam sakunya ada RM: 25 sahaja dan sebelum meninggalkan rumah beliau telah meninggalkan RM: 70 kepada untuk isterinya (yang masih suri rumah sepenoh masa walau mempunyai ijazah dari Al Azhar) hidup seminggu bersama 3 orang anak. Hamba menangis sendirian mendengar rintihan itu. Namun beliau menolak permintaan hamba untuk mendapat nombor akaun banknya dengan harapan untuk memasukkan setidaknya sekadar cukup untuk isteri dan anak anak itu hidup selama ketiadaan suami, seorang pejuang. Bayangkanlah betapa pilunya. 
Kesah ini adalah mengenai orang orang yang tidak pernah ada ruang untuk berjuang dari dalam UMNO sendiri kerana barangkali ruang itu tidak pernah terbuka. Kenapa keadaan begitu boleh berlaku. Hamba ada jawapan yang teramat mudah. Bagi sahabat sahabat itu mereka sedar bahawa perjuangan mereka adalah benar demi kerana Islam mengikut kehendak Allah. Namun janganlah nikmat terhasil dari antara lain termasuklah juga perjuangan mereka yang ikhlas ini diambil dengan rakus tanpa menjelingi perghargaan setidaknya sebagai pernyataan terima kasih serta galakan untuk terus berjuang. 
Tidaklah dinapikan bahawa kini ramai pemimpin sudah berubah namun masih lagi ramai yang tetap rakus dan tidak kurang yang masih enak enak dalam lena.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Calun Pilihan Bahagian ?



Semua pihak sungguh seronok dengan kemenangan cemerlang di Kawasan N 31-DUN Bagan Pinang. Fahamlah hamba kerana kita semua dah lama tertekan oleh 7 PRK yang lepas. Sepatutnya kita tidaklah tertekan sangat kerana kalau ditelitikan dengan cermat kita sebenarnya nampak pergerakan angka angka sebenarnya menjurus kepada perubahan. 

Cuma ada perkara lain yang tersirat. Itu pun sebenarnya kita faham dan sebenarnya kita tahu. Kita tahu ada pihak pihak lain yang kena mengambil tindakan secara kebijaksanaan mereka sendiri. Dan kita sedang membelai urut masaalah itu. Maka tenang amanlah kita semua dengan doa dan usaha berterusan. 

Hamba cuma sedang memerhatikan satu kesimpulan umum yang bertalu talu dihambur ulang sehingga gemanya ikut berkumandang didendangkan berulangan sampai ke Perhimpunan Agong yang masih berlangsung kini. Seolah olahnya kita meletakkan sebab dan punca kemenangan di Bagan Pinang itu kepada satu hal sahaja. Dan hal itu pula disempitkan kepada "pilihan Bahagian". 

Hamba tidak ingin menapikan perakuan ini kerana memang ada benarnya. Namun janganlah kita letakkan hakikat itu menjadi mutlak sehingga menapikan faktur serta kemungkinan kemungkinan lain juga. Apa lagi di Bahagian lain pada masa lain dengan suasana persekitaran dan latar belakang yang lain nanti. Kita bukan miskin pengalaman tentang suasana suasana di berbagai rupa dan bentuk permasaalahan di Bahagian2. Jadi janganlah hendaknya kita klausa matikan satu ayat begitu sehingga ia menjadi syarat wajib. 

Pada hamba kemenangan sebenar di Bagan Pinang itu ialah kerana TS Isa itu sebenarnya adalah pilihan rakyat ditambah oleh faktor faktor lain yang kebetulan kena pada masanya.TS Isa adalah Pilihan pengundi Bagan Pinang. Suara UMNO Bahagian Bagan Pinang adalah kebetulan sebenarnya menyampaikan suara pilihan pengundi. Kalau kita hukumkan pilihan bahagian sebagai hukum yang terkanun, kita akan terdedah kepada kesilapan dalam keadaan yang berbeza di tempat lain pada masa yang lain dalam latarbelakang yang berbeza kelak. 

Mungkin bijak kalau kita serukan supaya suara dari bahagian menjadi faktor utama dalam pemilihan calun. 

Wallahuaalam.

Rabu, 14 Oktober 2009

Bagan Pinang Sudah Selesai...........

PRK Bagan Pinang sudah selesai. Keputusannya sudah jelas tahniah diatas kebijaksanaa para pengundi Bagan Pinang. Masing masing pihak sepatutnya menerima keputusan itu dengan baik. Apa lagi kita orang MELAYU berugama ISLAM dan yang BERIMAN. Tidak perlu yang kecewa mencari salah pihak lain untuk menjadi sasaran menuding jari.

Yang menang pun begitu. Jangan pula menjadi ghairah dan apa lagi angkuh. Bersyukur dan teruskan kerja kerja benar dan baik pada kaca mata semua. Semuga kemenangan itu menjadi bertambah tambah lagi nikmatnya. Kerana fokus sebenarnya adalah matlamat yang lebih besar dan lebih penting. PRU 13 yang tidak jauh dari sekarang kalau masa bekerja untuk pencapaian terbaik mahu diambil kira.

Hamba menerima SMS dari seorang sahabat yang hamba memang kenal dan tahu telah menyerahkan saki baki hidupnya untuk keselamatan negara dan umatnya. Kerana hamba cukup cukup tersentuh dengan harapan yang digambarkan dalam SMS itu maka hamba salinkan di sini keseluruhan SMSnya sebagai satu perkongsian dengan sahabat sahabat:

Mohon expand (postkan dalam blog dgn kata2 tuan sendiri):

Melayu terpecah 2 antara UMNO dan PAS maka umat Islam semakin lemah dalam politik lebih lebih lagi di negeri marginal di Pantai Barat. Itu pun belum masuk kira orang2 Melayu atas pagar yang ramai juga tak keluar mengundi pun kecuali bila meluat/protes.

Cina/India semakin bersatu menolak BN semata mata kerana tak mahu UMNO berjaya sbagai tunjang BN/Kerajaan. Parti2 komponen BN pun lebih kurang saja - hanya mahu mintak tak mahu melayan pengundi2 Melayu yang memenangkan mereka.

Akibatnya? Pembangkang yang dikuasai DAP yang anti Melayu (masih tak nampak lagi ke?) sudah berkuasa di 5 negeri sdgkan PAS terus menjadi alat. Nak haramkan arak pun tak berdaya, itu belum kira mengkritik Elezabeth Wong atau Teresa Kok.

Apakah para pengundi Melayu (tak kira UMNO atau PAS atau atas pagar) akan redha dgn ini berulang lagi? Jangan tersilap anggap negeri2 Melaka, Negeri Sembilan dan Johor itu selamat, semuanya marginal belaka dan jika Cina & India di situ boikot habis BN.

Apakah Cina/India di negeri2 itu TIDAK akan bersikap anti Melayu? Jika begitu akhirnya apakah Malaysia akan jadi macam Fiji dimana minoriti INDIA yg berkuasa ? Dan mejoriti (pribumi) merana? Apa guna demokrasi jika yang minoriti berkuasa ? Jawapan di tangan pengundi2. Kita tengoklah nanti dalam PRU ke 13. Ketenteraman awam di negara kita akan banyak bergantung kpd samada Melayu akan celek atau buta tuli lagi.

Hasrat yang hendak disampaikan oleh pengirim SMS itu sudah cukup jelas; tidak perlulah hamba mengolah atau mengulas. Hamba cuma mahu manarik perhatian kepada beberapa perkara yang hamba sendiri pun memang terasa terlalu terkilan.

Pertamanya dimusim semua orang lain sedang ghairah untuk menuntut bahagian yang lebih daripada bahagian sediaada yang sebenarnya sudah lebih itu kita orang Melayu masih tidak sedar rupanya. Apakah kita mahu sehingga kita menjadi macam keadaannya di Fiji baru mahu sedar?

Tidak serik lagikah kita dengan pengalaman apabila sebahagian kita sukakan ura ura kedatangan Jepun pada tahun 1941 dahulu untuk menanggong derita berpanjangan. Tidak serik lagikah kita dengan apa yang terjadi dengan perbezaan penguasaan kerusi parlimen yang sedikit dalam tahun 1969 yang lalu?

Kedua ialah perihal Orang di negeri negeri mejoriti ketara bagi orang Melayu. Mereka manjadi selesa kerana ke kiri ke kanan pun dirasakan mereka merasakan masih memilih Melayu. Satu perbezaan (bersangkut pula dengan ajaran Islam) yang tidak disedari kerana memang dituba supaya mereka menjadi tidak sedar ialah perbezaan antara berkingsi kuasa dengan pihak kafir zimmi yang bersedia untuk duduk dibawah kepimpinan orang Islam disatu pihak dengan orang Islam yang tidak sedar telah terperangkap dalam helah kafir harbi yang telah dengan jelas menyatakan pendirian tidak menerima kepimpinan Islam.

Sampai keperingkat sekarang perkara ini sudah jelas kelihatan apabila Perak satu masa dahulu dan kini masih lagi begitu di Selangor dan Kedah: Walau pun MB nya masih Melayu tetapi kerana kekuatan sokongannya adalah daripada kafir harbi yang disokong juga oleh pengundi Melayu, tindak tanduknya cukup cukup mengancam kedudukan Islam itu sendiri. Persoalannya sudah sampai begitu masih lagikah orang Melayu tidak mahu sedar. Apakah petunjuk yang telah dengan begitu cemerlangnya di gambarkan melaluin keputusan PRK Bagan Punang tidak boleh menjadi landasan untuk pembinaan perkembangan suasana citarasa politik berterusan selepas ini ?


Catatan ini bukan satu percubaan untuk mensemarakkan semangat perkauman dikalangan orang orang Melayu, tetapi sayugia disedari bahawa dalam komposisi kaum serta sejarah negara ini negara ini akan tatap aman untuk terus mengembangkan kemakmorannya dibawah kepimpinan MELAYU.
..

Sabtu, 10 Oktober 2009

N 31 Bagan Pinang.

Diam diam hari ini dah 10hb. Besok adalah hari mengundi untuk kawasan DUN - N 31 - Bagan Pinang. Kebanyakan pengundi sudah membuat keputusan masing masing. Keputusan untuk memberi undi kepada calun dari parti mana. Walau barangkali masih ada juga yang membuat keputusan untuk tidak keluar mengundi. Hamba ingin mengulangi laungan ramai pemimpin bahawa mengundi itu adalah satu tanggong jawab rakyat terhadap negara.

Memang satu tanggong jawab kerana kalau kita memilih pihak yang tidak benar benar layak untuk memberi manfaat, keselamatan, keselesaan serta kemudahan kehidupan jasmani serta rohani kepada masyarakat. Pengundilah yang membuat kesilapan. Akibatnya pengundi yang bertanggong jawab mengundi itu kena tanggung di dunia dan tidak terlepas juga di akhirat nanti. Kita tidak bercakap mengenai tanggong jawab kerana itu tanggongan dia; kita bercakap di sini mengenai kita pengundi.

Yang melaksanakan undinya kalau betul akan untung dan kalau tidak betul kenalah tanggong. Yang tidak melaksanakan undinya juga tidak terlepas; kerana kalau keputusan akhirnya memberi kemenangan kepada yang tidak sepatutnya; kemenangan itu adalah kerana dia tidak melaksanakan tanggung jawabnya. Tak pasal pasal tak buat apa apa pun kena tanggong juga.
 
Kalaulah akibat dari keputusan memberi kemenangan kepada yang tidak sepatutnya itu, ramai orang menaghadapi kepayahan jalan pecah tidak berturap, peluang berniaga dan bekerja tidak tersedia, kebajikan yang memerlukan tidak terjaga, kemudahan pembelajaran tidak disempurnakan, kemudahan keperluan asas tidak lunas dan berbagai tuntutan keperluan kehidupan masyarakat tidak diberi perhatian. Itu adalah akibat dari undi yang silap atau tidak melaksanakan undi.

Kepayahan (kalau ada) ditanggong oleh seluruh masyarakat akibat dari individu yang silap buat pilihan atau tidak laksana tanggong jawab mengundi walau sekecil mana pun dosanya adalah dosa terhadap setiap orang yang terlibat. Bila didarab dengan jumlah orang terlibat tentulah sudah menjadi besar juga beban yang kena ditanggong. 

Kerana itulah hamba ingin mengambil kesempatan terakhir ini untuk memberi peringatan kepada semua mereka yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan N- 31 - DUN Bagan Pinang janganlah lalai. Keluarlah mengundi esok 11hb. Okt. 2009. Keluar awal supaya jangan terdesak. 

Para jentera yang sudah terlantik dan telah menerima lantikan itu janganlah alpa. Berilah segala kemudahan dan keselesaan kepada mereka yang nak keluar mengundi itu. Elaklah dari sebarang ketegangan dan kesesakan. 

Pesanan ini hamba rasa perlu kerana ada pihak yang hemba tahu memang suka  cari peluang untuk cetuskan ketegangan dengan berbagai cara. Terutamanya apabila mereka sudah jelas akan tewas. Kalau boleh mereka mahu buat masaalah sehingga pengundi:
takut nak keluar mengundi 
tidak boleh keluar mengundi
berlaku kecohan sehingga PRK itu dapat dituntut sebagai tidak sah.
Budak upahan ini tak buat lapuran polis pun yang buat lapuran adalah orang lain yang tunjukkan kecederaan kecil kata polis.
Sebenarnya mereka sudah mula menggarapkan sebab untuk dibuat sandaran kalau sekiranya akan berlaku yang tidak baik. Mujurlah juga pihak polis cepat dan bijak mematahkan cetusan yang cuba diciptakan oleh Salahuddin Ayub itu.

Ini belum lagi kita melihat provokasi terhadap SPR.


Ini adalah ajaran pakar penasihat Anuar Ibrahim 
dan juga tunjuk ajar yang pernah diterima oleh Hadi Awang dari Rusia ketika beliau menuntut di Timor Tengah dahulu. 
Maka hati hatilah wahai pengundi Bagan Pinang. Maka wahai pengundi Bagan Pinang pilihlah yang betul betul; bukan yang menyusahkan yang suka menyusahkan.

Selesaikan kerja kalian awal awal.

Bagan Pinang. .. .. Ada cerita orang kena tetak.

Sebelum meninggalkan Bagan Binang tempoh hari hamba telah mendapat maklumat mengenai Husam dan Nik Amar bersama kira2 200 orang pemuda dan pemudi Pas berada di Pulau Perhentian. Khabarnya persediaan dibuat sebelum mereka itu dihantar ke Bagan Pinang. 

3 hari lepas tersebar pula cerita ada markas pemuda pas kena serang oleh kira kira 200 orang Pemuda UMNO bermotorsikal.

Salahuddin Ayub membuat pemgumuman itu. Ada gambar gambar pula.  Tetapi apabila ditelitikan gambar itu kecurugaan mula menerpa. Namun apalah daya kita; kita tidak berada dilokasi semasa kejadian untuk menidak atau mengiakan. Jadi tinggal curuga sahaja la. 

Dalam gambar itu ada dua jalur tetasan pada baju berwarna merah yang dikatakan bekas kena tetak dengan parang. Kira hebat jugalah pemakainya kerana kulitnya tidak menetas pun. Koyak dibaju itu agak panjang yang menunjukkan kalaulah ia bekas kena tetakan parang; penetak  tentunya bukanlah calang calang orang. Sebab kalau sekadar hentakan hayun sahaja tetasan baju itu tentulah tidak sepanjang itu dan begitu rupanya. 

Penetaknya tentulah cukup mahir dengan teknik tetak dan tarik/hiris dan ada dua pula jalurnya. Maknanya ketangkasan penetak itu cukup hebat sehingga sempat diulang tetak tarik dalam kedudukan yang tidak beranjak. Petunjuk kepada hal ini adalah kerana jalur tetasannya selari dan demikian bentuknya. 

Lebih mengkagumkan lagi apabila tetakan tarik/hiris itu tidak meninggalkan kesan luka pada kulit pemuda yang kena tetak itu. Ini bermakna kekebalannya bukanlah sebarangan kebal. Khabarnya kalau setakat kebal besi kuning tetakan tarik itu boleh menetas setidaknya kulit ari. Itu belum dikira lagi kehebatan penetaknya. Mengikut tanda tanda yang dapat dilihat pada gambar itu kalaulah benar ia adalah hasil tetakan penetaknya juga tentulah hebat orangnya.


Masaalah dan kekeliruan selesai apabila hamba terjumpa pula gambar yang satu lagi. Nampak muka ada darah yang mengalir dari atas kepala. Maknanya yang kena tetak itu luka juga. Maka terjawablah persoalannya. Terdedahlah penipuan nyata itu. Nak menipu tak kaji betul betul. 

Malam ini tadi hamba pun berkesempatan menonton berita dan sempatlah melihat Ketua Polis Negeri Sembilan sendiri bercakap. Katanya tiada lapuran pun dibuat mengenai hal itu. Kerana itu beliau seterusnya memaklumkan bahawa Salahuddin telah dipanggil untuk diambil keterangan. Nampaknya pembohongan ini memakan diri. 


Seterusnya hamba pun terfikir pula. Kalau Salahuddin tak hadhir untuk memberi keterangan, polis boleh mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana beliau telah sekaligus menuduh polis tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap kes itu. Apakah Salahuddin akan dilindungi dalam kubu kebodohan taksub orang orang pas yang telah dihantui juga oleh DAP dan PKR.


Mashaallah benar benar mencari sebab yang sengaja nampaknya mereka ini.
Dah la :

SEMUA ORANG DAH TAHU DAH.
.

Selasa, 6 Oktober 2009

Berita Dari Bagan Pinang


 
Ada cerita menarik dari Bagan Pinang yang mungkin ramai orang tak faham kerana memang banyak kerja untuk buat semua orang jadi memang salah faham.
 

Dua hari lepas khabarnya SPR sudah bergerak untuk mengesahkan bahawa mereka memang serius dengan amaran bahawa parti parti yang tidak bertanding tidak dibenarkan memasang poster atau bendera masing masing. Mereka telah bertindak menurunkan lambang lambang parti parti yang tidak bertanding dalam 
PRK N 31 - Bagan Pinang. 
Pagi semalam semasa meninjau keliling hamba telah  melalui beberapa lokasi dimana lambang lambang itu terus dinaikkan semula. Tertarik dengan kerenah itu hamba pun sempatlah mengambil beberapa gambar yang dipamir di sini.
Sebelah petangnya hamba mendapat tahu bahawa parti roket juga telah mula menaikkan semula lambang lambang mereka. Tertarik dengan keadaan itu hamba pun keluar lagi pada sebelah malam. Hamba terserempak dengan program ceramah oleh DAP yang diselindungkan atas nama 
"Majlis Makan Malam DAP" 
Penceramah terakhir ialah Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga adalah seorang Ahli Parlimen. Beliau menyebut tentang SPR menurunkan lambang lambang partinya itu dan berkata mereka akan membuat lapuran polis mengenai poster dan sepanduk BN yang mengandungi gambar gambar PM serta MB Negeri Sembilan. Mereka akan menuntut SPR menurunkan poster dan spanduk itu kerana kedua dua PM dan juga MB itu tidak bertanding. 
Menarik menarik. Aneh benarlah kalau ada orang boleh menerima lawak bodoh begitu.