Jumaat, 6 Mei 2011

RELAKAH KITA ???


MAKA TERINGATLAH HAMBA AKAN SATU DASAR YANG DIWARWARKAN OLEH PIMPINAN PAS TERENGGANU DALAM TAHUN 1999 SELEPAS MEREKA MENGAMBIL ALIH KUASA MEMERINTAH TERENGGANU DARUL IMAN.  MEREKA NAK LANTIK PIMPINAN PERINGKAT DESA DALAM SISTIM YANG MEREKA PANGGIL SEBAGAI SISTEM SYURA. 

MAKA MEREKA PUN MENGISTIHARKAN DASAR DALAM PERLANTIKAN ITU SEBAGAI   

" BEBAS DARI DOSA DOSA BESAR DAN TIDAK MENGAMAL DOSA KECIL."  

CANTIK SUNGGUH BUNYINYA. CUMA SEMASA DILAKSANAKAN; PENGAMAL JUDI LAGA AYAM PUN IKUT TERPILIH SEBAGAI "PENGERUSI JAWATANKUASA SYURA RAKYAT" ITU.

HARI INI PUN NAMPAKNYA MEREKA MASIH LEBIH PARAH DALAM NAPSU YANG BERTAMBAH SERAKAH APABILA HADI DIRAKAMKAN SEBAGAI BERKATA 

"KITA CUMA NAK PERINTAH MALAYSIA. NILAI INDIVIDU ADALAH TIDAK PENTING" 

MAKA BERSEDIALAH MEREKA MENERIMA WALAU PENZINA ATAU PELIWAT PUN MENJADI PEMIMPIN; ASALKAN DAPAT MEMERINTAH MALAYSIA. 

MASAALAHNYA KITA SEMUA SEBAGAI PENGUNDI. SUDAH BERSEDIAKAH KITA ????

Jumaat, 18 Februari 2011

OPP LALANG = NAK KENA DIULANGI KAH ???


Minta maaflah kalau tajuk kepada catatan ini tampil dalam bentuk persoalan yang seperti mengancam. Nampak sangat pihak pihak tertentu sedang menggunakan isu itu dengan cerita yang terselindung. Padahalnya apa yang kita semua tidak tahu ialah apa mungkin terjadi kalau opp lalang itu tidak dilaksanakan dalam masa yang diperlukan atau tertangguh perlaksanaannya. 
Masih ingat hamba suasana masa itu memang teramat hamba rasakan bimbangnya. Kg kg di daerah hamba kebanyakannya mesjid dah jadi dua atau kalau satu mesjid pun solatnya termasuk solat jumaat menjadi 2 imam. Kampong yang dah jadi dua mesjid dalam satu mukim itu pula makmum untuk jumaatnya menjadi tidak cukup 40 ahli khariah anak mukim. Solat berlainan imam atas mesjid yang sama itu pula ada yang dah jadi tak cukup bilangan anak mukim diperlukan itu. 
Kahwin dianggap tidak sah kalau imam nikahnya bukan orang puak tertentu itu. Berlakulah rumah tangga sedia ada menjadi porak peranda. Bagaimana pula anak anak hasil dari perkahwinan dahulu. Anak terpisah dari ibu bapa. Isteri terpisah dari suami. Keluarga berpecah belah sehingga tidak tegor menegor.  Malahan ada yang sampai enggan menjawab salam.

Sembelihan tidak boleh makan termasuk sembelihan Tok Guru pondok dekat rumah hamba sendiri. Tok Guru yang lebih 20 tahun belajar di Mekah itu. Parahnya bekas anak murid Tok Guru sendiri yang kebetulan adalah juga anak saudara dan anak sepupunya sendiri sudah dengan berani serta hilang sopannya mencaci mencela serta menyumpah maki terhadap Tok Guru atas pentas. Masih tertengarlagi suara keluhan Tok Guru dalam nada yang sayu pada masa itu berkata; " ... eh tobeie moknasia nok wak geno ..."   

Masih ingat juga hamba dua daripada empat bapa saudara hamba sendiri juga ikut terlibat. Walau tiada bahasa kasar dan suara keras menghukum namun dalam suara perlahan dan beralun mereka juga tetap tegas dengan hukum mengikut fatwa memunah itu. Kenduri kahwin saudara pupu hamba sendiri walau mereka datang namun langsung tidak menyentuh dagingnya. Padahal Tok Guru yang menyembelih lembu lembu itu adalah seorang tokoh ulamak yang teramat disegani dan adalah antara yang dilantik sebagai pakar rujuk hal ehwal ugama Islam negeri Terengganu di zaman TS Wan Mokhtar menjadi MB. 

Paling parah serta menakutkan ialah fatwa bahawa darah orang lain daripada puak mereka sendiri adalah halal. Cuba bayangkan kalau tidak sempat opp lalang mematahkan arus itu. Cuba banyangkan. Namun syukurlah kerana selepas opp lalang kalau tidak silap 4 orang telah ditahan. Dua daripadanya dilepaskan tidak berapa lama selepas itu tetapi 2 orang lagi telah ditahan dalam jangka masa secukupnya dan dibuang daerah dengan hukuman pergerakan terhad kemudiannya. 

Syukur kerana selepas itu keadaan telah beransur pulih. Apakah kita mahu suasana sedimikian berulang. Atas apa pun sebab. Hamba berpendapat keadaan kini adalah lebih mengancam dan tindakan, kalau lewat, adalah lebih rumit kerana keadaan sekarang melibatkan lintas budaya dan ethnik. 

Wallahuaallam.

Khamis, 17 Februari 2011

PKR Dah Nazak.

Nampak jelas kini keadaan menunjukkan PKR yang tertubuh atas dasar perjuangan tokoh individu itu sedang nazak kini dan akan lenyap dari arena politiking dalam negara. Bukan sahaja Ahli Parlimen, Adun dan pemimpin pemimpinnya sudah berbondong bondong meninggalkan parti itu. Kini kelihatan Blogger Blogger penting mereka juga kini sedang berarak meninggalkan parti yang ditadbir dengan penoh kepincangan dan penting diri tokoh tokoh tertentu itu. Sebagai contoh lihatlah di

Lagi Blogger Keluar PKR Dan Mahu Anwar Dipenjara !!! http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/02/lagi-blogger-keluar-pkr-dan-mahu-anwar.html 

dan: http://www.anwaraidc.com/?p=6307

Ada perkara paling menarik hamba lihat mengenai senario yang jelas tergambar kini. Rupanya ramai sahabat sahabat yang berjuang menyokong PKR itu adalah hasil dari lonjakan dari gesaan dan janji janji manis yang ditaburkan. Maka jadilah semangat perjuangan itu tidak tulin dan sebenarnya PERJUANGAN. Oleh kerana kelahiran pengerak penggerak yang kuat menongkat itu berlaku secara tidak tulin maka akhirnya lahirlah kekecewaan dan kehampaan; apa lagi apabila janji janji tertabur tidak terlaksana. 

Berbanding dengan (hamba perturunkan satu contoh yang hamba kutip dari reaksi seorang sahabat dilaman blog di linkkan di atas seperti berikut :

C L J berkata...
Bezanya mereka dengan hamba yang juga telah menjual beberapa harta kepunyaan peribadi adalah bahawa mereka dilantik dan diberi tugasan dengan janji janji. Sedangkan hamba memilih untuk membuat kerja ini atas kehendak sendiri; kerana perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air. Untuk masa depan anak cucu kita semua. Tiada siapa yang lantik. Tiada siapa memberi tugas. Tiada janji dari siapa siapa. Hanya Demi Allah swt. Sekarang pun masih ada 3 lot tanah tapak rumah kediaman sedang dalam tawaran untuk dijual. Mudah mudahan akan ada pembeli sebelum wang yang masih ada dalam simpanan kini kehabisan. Inshaallah. 
Perkara menjadi menarik bagi hamba ialah rupanya ramai penggerak yang memberi sokongan kepada UMNO adalah seikhlas itu. Dan rupanya perkara ini dinikmati oleh ramai pemimpin dalam UMNO tanpa disedari barangkali. Kerana tidak disedari itulah gamaknya mereka tidak pernah memberi perhatian kepada pengorbanan pengorbanan begitu. 
Hamba ingin mengambil satu lagi contoh yang hamba tahu kerana ada rintihan hamba terima dari seorang sahabat. Beliau menghubungi hamba mengadukan peri beliau dalam perjalanan ke Malaysia Timor dengan tiket telah disediakan walhal dalam sakunya ada RM: 25 sahaja dan sebelum meninggalkan rumah beliau telah meninggalkan RM: 70 kepada untuk isterinya (yang masih suri rumah sepenoh masa walau mempunyai ijazah dari Al Azhar) hidup seminggu bersama 3 orang anak. Hamba menangis sendirian mendengar rintihan itu. Namun beliau menolak permintaan hamba untuk mendapat nombor akaun banknya dengan harapan untuk memasukkan setidaknya sekadar cukup untuk isteri dan anak anak itu hidup selama ketiadaan suami, seorang pejuang. Bayangkanlah betapa pilunya. 
Kesah ini adalah mengenai orang orang yang tidak pernah ada ruang untuk berjuang dari dalam UMNO sendiri kerana barangkali ruang itu tidak pernah terbuka. Kenapa keadaan begitu boleh berlaku. Hamba ada jawapan yang teramat mudah. Bagi sahabat sahabat itu mereka sedar bahawa perjuangan mereka adalah benar demi kerana Islam mengikut kehendak Allah. Namun janganlah nikmat terhasil dari antara lain termasuklah juga perjuangan mereka yang ikhlas ini diambil dengan rakus tanpa menjelingi perghargaan setidaknya sebagai pernyataan terima kasih serta galakan untuk terus berjuang. 
Tidaklah dinapikan bahawa kini ramai pemimpin sudah berubah namun masih lagi ramai yang tetap rakus dan tidak kurang yang masih enak enak dalam lena.

Khamis, 10 Februari 2011

PEMBOHONGAN DAN KEPALSUAN PAS = Satu Kutipan Yang Cukup Baik.


Sekian lama hamba menyeru dan meminta sahabat sahabat menghimpun segala pembohongan dan penyelewengan Pas. Betapa mereka berdolak dalik dalam cakap cakap mereka yang seperti sengaja dilupakan oleh pengikut pengikutnya. Akhirnya hadhir disini sati kerja yang cukup baik dari Wan Motor yang hamba kutib dari FBnya. Memandangkan catatan asal sudah agak panjang hamba tidak membuat sebarang tokok tambah atau pengukuhan. Namun adalah diharapkan sahabat sahabat akan membuat sumbangan masing masing supaya akhirnya hasil kutipan meluas nanti dapat sama sama kita gunakan pada masa masa perlu akan datang kelak. Inshaallah.
Wan Motor 
sila baca dan renung kenyataan PAS dahulu dan bandingkan dengan tindak tanduk PAS sekarang.saya minta maaf kerana artikel ini terlalu panjang.

1.PAS selama ini bercakap tentang memperjuangkan Negara Islam tetapi pada 25 Jun 2008 semasa sessi perbahasan menjunjung kasih di atas titah Paduk Seri Sultan Perak, ADUN Pasir Panjang telah membuat kenyataan seperti berikut:

“Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS hendak melaksanakan Negara Islam. Saya minta pandangan dan jawapan di manakah transkrip PAS dalam memorandum ke dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS nak melaksanakan Negara Islam”

Tidakkah ini menggadaikan prinsip ???

2. Begitu juga tentang soal hudud. Sebelum ini PAS membuat pelbagai tuduhan kepada pimpinan UMNO mengenai hudud. Namun kenapa kini wujudnya perubahan sikap pemimpin PAS sendiri mengenai pelaksanaan hudud apabila hendak mewajarkan kerjasama dengan DAP.

Pada 7 Mac 200, Timbalan Presiden PAS ketika itu, Haji Hadi pernah dilaporkan berkata:

" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000.

Terbaru,Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat kenyataan mengenai pelaksanaan hudud pada 2 September 2010 dengan jelas menyatakan:

“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat. Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya”

Tidakkah ini menggadaikan prinsip ???

3. Begitu juga dalam soal pemerintahan. UMNO pernah dikafirkan kerana menjalin kerjasama dengan orang bukan Islam. Buktinya:

Majlis Ulama PAS Kelantan pada Ogos 1963 membuat kenyataan “"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram"

Namun demi kepentingan politik apa pula kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat pada 12 Mei 1999 “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.”

Tidakkah ini juga namanya menggadai prinsip ???

4.Begitu juga dalam soal Perlembagaan Negara – UMNO dituduh mempertahankan perlembagaan sekular dan Presiden PAS sekarang pada 7 April 1981 telah mengeluarkan amanat yang berbunyi:

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka.Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'”

Tidak cukup dengan itu, Mursyidul Am PAS semasa menyampaikan khutbah di Masjd Pengadang Baru Marang pada Oktober 2001 menyebut:

"Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."

Namun hakikatnya dalam Perlembagaan PAS Fasal 6 (11) dengan jelas menyebutkan:

“Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang Negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar”

Tidakkah ini tidak berprinsip namanya ???

Amanat Haji Hadi ini jelas bercanggah dengan Islam sesuai dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Keputusan:

1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -

(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;

(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan

(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang –

(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan

(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.

Status Penwartaan: Diwartakan

Nombor Rujukan: PMM/0020 Jld.4 (61)

Akta/Enakmen: M.P.U. 13

Banyak lagi contoh-contoh bagaimana PAS sanggup menggadai prinsip dan mengelirukan masyarakat demi memuaskan nafsu politik parti itu. Natijah daripda kenyataan yang dibuat ia telah menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam.

Antara lain:

Tahun 1979 Tok Guru PAS di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, Haji Mustafa Abu Bakar mengeluarkan fatwa semasa berceramah di sebuah surau di Hulu Besut mengkafirkan ahli UMNO.

Disebut di mahkamah bahawa beliau didapati menuduh “orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional (BN) hukumnya murtad” dan “orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan imam sembahyang”. Juga ‘‘sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan”; “tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional” dan “kalau tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu Barisan Nasional nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina.”

Himpunan Kenyataan-Kenyataan Nik Aziz

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

HUKUM MENGIKUT RASA

1. PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

2. Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab "Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq

3. Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.

PERPECAHAN UMMAH

1. Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

MEROSAKKAN AMAL IBADAT

1. Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain dimana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

1. Program-program Islam bagi melaksanakan Instituis Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.

2. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).

AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN

1. Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).
PENYELEWENGAN ZAKAT

1. PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.

DERMA JIHAD YANG JAHAT

1. PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut "Derma kita adalah Jihad".

PULAU MEMULAU

1. Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).

PEMBOHONGAN PAS

1. PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.

BERGADUH SURUHAN ALLAH

1. Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:

"Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini ". Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).
MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

1. PAS telah mempersednakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata "Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata :" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.
PAS HINA WANITA

1. PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.

Jumaat, 4 Februari 2011

PENGUMUMAN DARI MALAYSIAN STUDENT DEPARTMENT KAHERAH


MODUS OPERANDI EVAKUASI

PENGUMUMAN DARI MALAYSIAN STUDENT DEPARTMENT KAHERAH

Tarikh bermulanya Operasi: 2 Februari 2011
...
Modus Operandi

1. Penerbangan dengan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM):
a) Kaherah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK)
b) Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Rumah MARA)
c) Mansourah – Iskandariah – Jeddah (Tempat Berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5th February, 1000 hrs)

2. Pelayaran:
a) Pelabuhan Al-Adabiyah – Pelabuhan Jeddah (Tempat Berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir)

3. Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

4. Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Port Klang.

5. Kos perjalanan balik ke Mesir adalah di atas tanggungan sendiri.

6. Perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.

7. Setiap peserta hanya dibenarkan membawa hand luggage kecil tidak melebihi 7 kilogram.

8. Peserta diingatkan untuk membawa passport/dokumen perjalanan yang sah.
9. Peserta hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Sekretariat dari masa ke semasa.

Jadual Perjalanan

Penyelaras hendaklah mengatur perjalanan dari tempat berkumpul ke lapangan terbang (Rujuk Jadual Penerbangan).

Waktu untuk berkumpul di tempat berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang adalah seperti berikut:

a) Kaherah – 2nd February, 1100 hrs
3rd, 4th dan 5th February, 1000 hrs
b) Alexandria – 4th, 5th and 6th February, 0900 hrs

Kriteria Pemilihan Pelajar-Pelajar

1. Pelajar wanita
2. Pelajar berkeluarga
3. Pelajar yang uzur dan sakit
4. Berada di zon risiko tinggi
5. Pelajar tahun pertama
6. Pelajar sekolah rendah/sekolah menengah

Tindakan Yang Perlu Diambil

Sila isi borang makluman pelajar yang disertakan. (sila rujuk pegawai Negeri, Alex, MARA masing-masing atau klik terus di sini
http://jpmk.info/wp-content/uploads/Borang-Peribadi-Pelajar_2011-utk-Evakuasi1.pdf)

Jadual Penerbangan dan Pelayaran Kaherah ke Jeddah

Tarikh Flight 1 (3 aircrafts) Flight 2 (3 aircrafts) Bunga Emas 5
3rd February (delayed)
4th February 0600 hrs 1300 hrs
5th February 0600 hrs 1300 hrs 1400 hrs
6th February 0600 hrs 1300 hrs

Jadual Penerbangan Alexandria/Mansourah ke Jeddah
Tarikh Flight 1 (2 aircrafts) Flight 2 (2 aircrafts)
5th February 0600 hrs 1300 hrs
6th February 0900 hrs 1600 hrs
7th February 0900 hrs 1600 hrs
*TBC

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila berhubung dengan pegawai-pegawai Kedutaan seperti di bawah:
1. En. Saharudin Hassan (+2010-5005338)
2. En. Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris (+2010-1101004)
3. En. Muhammad Hazam Hajanan (+2010-8714264)
4. En. Samsul Kahar Kamarudin (+2010-5382715)
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
2 Februari 2011

Disediakan oleh - SQUAD PERHUBUNGAN SEMENTARA MESIR-MALAYSIA
Lihat seterusnya..
jpmk.info

Isnin, 31 Januari 2011

PERKONGSIAN - (bolehkah berlaku ia tanpa keikhlasan)

Tertarik dengan Catatan ringkas tetapi bermakna Ipoh Malay di Laman Ipoh Malay hamba telah mencatatkan satu komen yang tidak disedari menjadi panjang. Maka catatan berjodol Jodoh PKR Dan Kaum India Tak Panjang itu hamba salinkan semula disini bersama catatan hamba yang telah berlaku dalam tidak sedar kerana terlalu seronok itu dengan harapan untuk membuka peluang perkingsian yang lebih meluas lagi.

Jodoh PKR Dan Kaum India Tak Panjang


Tak terlambat teman nak ucapkan Selamat Keluar PKR kepada Panglima Perang PKR Cabang Kaum India, N Gobalakrishnan yang mengisytiharkan dirinya keluar PKR semalam.

Teman dapat bayangkan agenda PKR tidak pernah menyamaratakan kaum-kaum di dalamnya melainkan orang India melaksanakan aktiviti keindiannya manakala orang Melayu menjalankan aktiviti kemelayuannya.

Acara mesyuarat PKR tidaak ada bacaan doa kerana kononnya mengguris hati orang India.

PKR di DUN Hulu Kinta hanya menjalankan acara bergendang dan menari kerana ia dikuasai oleh kaum India satu ketika dulu selepas Perak jatuh ke tangan mereka.

Buktinya, program Kompleks Komuniti Taman Perpaduan yang diusahakan oleh Ahli Parlimen Tambun, Husni hanadzlah dipenuhi acara kaum India PKR.

Hari ini, diketahui umum bahawa convenience marriage antara kaum India dan PKR tak pernah berjaya.

Gobalakrishnan yang berguling di jalan mempertahankan PKR hari ini telah angkat kaki. Kaum India perlu sedar bahawa PKR hanya menjanjikan kekecewaan kepada mereka. 
Dan setelah meneliti catatan itu dengan penoh minat maka terbitlah reaksi hamba yang diturunkan semula dibawah ini. Semuga dapat kita kongsikan bersama dalam usaha mencari yang baik, benar dan merfaedah untuk kita dan masyarakat Malaysia selepas kita. Inshaallah ...

Rupa rupanya kaedah penyelesaian para pemimpin dahulu kala yang merancang tanganan intergerasi antara kaum di Malaysia ini adalah sebenarnya sudah merupakan satu cara yang bijak.

Namun kita kenalah ikhlas menerima hakikat bahawa budaya Malaysia yang telah menebal dengan bentuk budaya "parallel" berbagai kaum atas rancangan rapi penjajah itu bukan mudah diintergrasikan menjadi satu. Menjadi Budaya Malaysia yang diterima, diamal, dikagumi dan dipertahankan secara bersama.

Pimpinan masing masing kaum melalui parti masing masing yang akhirnya disatukan secara cantuman puncak seperti keujudan Parti Perikatan awalnya dan yang digantikan kemudiannya dengan Parti Barisan Nasional itu memanglah sudah betul dan sebenarnya satu cara yang bijak dan praktis dalam mencari keseimbangan yang kena diakui memang tiada dibawah jelujur budaya yang membina dan menebal semasa zaman penjajahan dahulu.

Ketiadaan itulah yang diterima sebagai realiti dan cuba ubati, dipulihkan dan diselaraskan melalui berbagai dasar yang malang. Malang kerana berbagai dasar yang pernah disarankan dari dulu hingga kepada dasar 1 Malaysia kini sentiasa mendapat tentangan, tekanan oleh hambatan kepentingan pehak pehak yang sengaja mempolitikkan dasar itu menjadi isu. Padahal pihak pihak berkenaan sebenarnya memburu kepentingan sendiri.

Disinilah timbul soal keikhlasan yang perlu dibina secara bersama di atas kerelaan bersama. Keikhlasan itu nampak benar jelas ikhlasnya dalam konsep 1 Malaysia kini. Namun ia juga mungkin akan menghadapi kegagalan kiranya pimpinan kaum kaum tidak berjaya membuktikan keikhlasan dalam mencari imbangan dan intergrasi itu.

Adakah kita rela melihat sahaja sambil menantikan kemusnahan negara Malaysia yang tentunya akan dirayakan dengan sorak hilai oleh pihak pihak luar yang memang menantikan saat itu untuk mereka pulah menjajah negara ini ??

Rabu, 26 Januari 2011

PAS DAN KHAWARIJ = Satu Kajian.

 
Risalah PAS dan KHAWARIJ = Satu Kajian ini hamba kutip dari laman fb:  Pas Cawangan Neraka
Hamba hanya memindahkah risalah ini tanpa sebarang pindaan atau tambahan melainkan penyesuaian tata atur yang dibuat dengan tujuan untuk lebuh memudahkan proses pembacaan. Pada hamba bercadang untuk membahagikah risalah ini kepada beberapa  bahagian untuk buat pembaca lebih rajin membacanya. Tetapi setelah dibuat penyesuaian tata atur itu rasanya fungsi memberi galakan membaca itu sudah sedikit sebanyak terjadi. Maka silalah sahabat sahabat menatapnya seadanya. Sebarang percambahan menyumbang kepada pengkayakan proses ilmiah tentulah boleh dianggap sebagai menarik. Silakan

Demi memberi sedikit input kepada saudara-saudara kita yang tidak berkesempatan dan berpeluang memahami pembahagian Islam dalam bentuk Daai(Dakwah), Hizbi(berparti), dan sebagainya maka tulisan ini bertujuan memberi sedikit kefahaman secara ikhlas dan sukarela. Jika ada orang menyahutnya saya ucapkan terima... kasih dan jikalau ada yang menentangngnya saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan kerugian, malah saya sudah terlepas tanggungjawab tehadap Allah SWT.

Kalaulah saya menjadi Mahfuz sudah pasti saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Umno yang telah berusaha mengadakan sistem perubahan terhadap orang Melayu yang menyebabkan Mahfuz boleh menikmati kesenangan sekarang ini kerana dari segi taraf pendidikan akadamik yang ada pada Mahfuz beliau tidak boleh capai taraf apa yang beliau nikmati sekarang ini.

Boleh dikatakan kesemua orang Malayu Islam yang masih hidup roh jiwanya akan terasa sedih , tetapi bagi saya kesedihan itu tidak sampai ke peringkat kemuncak, kerana di dunia ini kita katakalanlah boleh hidup sejuta tahun lagi, lepas itu kita berhadapan dengan Allah di akhhirat nanti, pada waktu itu apakah jawapan kepada soalan Allah betapa orang Melayu tidak bertanggungjawab terhadap bangsa dan agamanya sehingga kuasa Melayu Islam boleh hilang, dan inilah yang dianggap abadi yang sepatutnya pemimpin Pas dan PKR berfikir.

Pas dan Khawarij
 
Antara ciri-ciri besar dalam Pas yang diwarisi daripada Khawarij ialah: 
  • suka membantah, 
  • menyalahkan dan 
  • menuduh pemimpin serta orang-orang di luar kelompok mereka dan yang tidak disenangi oleh mereka sebagai: 
  • jahat, 
  • tidak adil, 
  • malah dihukum kafir kerana mereka mendakwa pemimpin dan orang-orang di bawahnya sahaja yang mahu kepada hukum Islam.
Orang-orang Khawarij, pengikut serta pentaklid fahaman ini kuat ibadahnya, kelihatan zuhud, banyak membaca al-Quran dan melakukan solat tetapi mereka masih dimurkai Allah ‘Azza wa-Jalla. Perihal dan sifat mereka telah digambarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: yang bermaksud: 
 
“Akan keluar satu kaum (Khawarij) daripada umatku yang membaca al-Quran, mereka menyangka bahawasanya diberi pahala untuk mereka padahal (kemurkaan Allah) atas mereka. Solat mereka pula tidak melepasi tenggorokan mereka”. (H/R Muslim (1066))

Rasulullah s.a.w. juga menggambarkan sikap serta sifat buruk Khawarij yang petah bercakap, berkarisma dalam berpidato, pandai bertikam lidah dan bermain hujah tetapi hati mereka kosong daripada keimanan, lantaran mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka serta membelakangkan al-Quran sunnah RasulNya apabila bertentangan dengan kepentingan, akal dan hawa nafsu mereka. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: yang bermaksud: 
 
“Membaguskan perkataan tetapi buruk tingkahnya, mengajak kepada kitab Allah tetapi tidaklah mereka termasuk di dalamnya sedikitpun”. (H/R Ahmad (224)

Khawarij adalah nama yang diberikan kepada golongan berparti yang keluar daripada penguasa Islam sesebuah negara. Mereka mengwujudkan parti untuk menjatuhkan pemerintah atau memeecah-belah sebagaimana yang dilakukan oleh Khawarij terhadap Khalifah Uthman dan Ali bin Abi Talib. Akibat daripada pemberontakan tersebut berlaku pembunuhan Khalifah Uthman, kekecohan yang berpanjangan serta pemberontakan yang berlarutan sehingga ke pemerintahan Ali.

Pada masa kekhalifahan Ali, semakin bertambah kekejian Khawarij, mereka memisahkan diri daripada jamaah Ali. Mereka merupakan kelompok pertama yang keluar daripada Ahli as-Sunnah wal-Jamaah, mengkafirkan Ali serta para sahabat yang menyebelahi Ali kerana tidak secucuk dengan pemikiran dan manhaj mereka. Bahkan sikap keras dan pengkafiran mereka terhadap orang yang di luar kelompoknya terbukti dengan membunuh sahabat yang bernama Abdullah bin Khabab dan isterinya.

Jika difahami dari kandungan sabda Rasulullah s.a.w. tentang Khawarij, akan terbukti bahawa Khawarij akan terus muncul sehingga ke akhir zaman. Dan mereka akan sentiasa bertolong-tolongan dengan orang-orang kafir sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh baginda yang bermaksud:  
 
“Akan keluar pada akhir zaman satu kaum, umurnya masih muda, rosak pemikirannya, mereka berkata dari sebaik-baik perkataan makhluk. Membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka. Mereka terkeluar daripada agama seperti terkeluarnya anak panah dari busurnya”.

Mengkafiran orang yang tak sebulu adalah Syiar Khawarij:

Di sepanjang sejarah Islam, Khawarij dikenali sebagai golongan yang mudah menghukum kafir terhadap sesiapa sahaja yang menyalahi pandangan atau puak mereka, sehingga berani mengkafirkan manusia pilihan iaitu Uthman dan Ali radiallahu ‘anhuma serta para sahabat yang lain kerana dituduh bertahkim kepada selain yang diturunkan oleh Allah.

Antara punca para sahabat dikafirkan oleh kelompok Khawarij ialah tidak mengikut jejak mereka dalam menghukum sesat dan mengkafirkan Khalifah Ali. Awas, semua ciri-ciri Khawarij di atas ini terdapat dalam kelompok orang Islam Malaysia yang diteraju oleh Parti Pas; Ibn Taimiyah pernah menjelaskan tanda-tanda Khawarij saperti berikut:

“Dasar penekanan Khawarij ialah mengkafirkan seseorang lantaran ia berdosa, padahal berdosa tidak menyebabkan seseorang menjadi kafir. Prinsip mereka kembali kepada al-Quran tetapi tidak kepada sunnah, yang disangka menyalahi zahir al-Quran sekalipun sunnah yang mutawatir. Khawarij mengkafirkan dan menghalalkan darah serta segala apa yang ada pada orang Islam yang menentang mereka, tetapi tidak mengharamkan darah orang yang kafir”.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: 
 
“Mereka (Khawarij) membunuh (memerangi) ahlul Islam, tetapi membiarkan para penyembah berhala”. (H/R Bukhari. No. 3644. Muslim No. 1064. Lihat: Sahih al-Jami’ No. 2227. Nasruddin al-Albani.)
 
Daripada Imam Abu Ayyub Assakhtiani rahimahullah sesungguhnya dia pernah berkata:  
" Pemuja hawa nafsu semua terdapat pada Khawarij. Dan dia berkata: Sesungguhnya Khawarij berbeza-beza pada nama, mereka bersatu dalam memusuhi orang yang di luar kelompok dan dibencinya”. (Riwayatkan oleh al-Lalikaii. Dalam Syarah as-Sunnah)

Ahli Sunnah Wal-Jamaah Menentang Khawarij

Iktikad Ahli Sunnah wal-Jamaah amat bertentangan dengan pegangan Khawarij. Ahli Sunnah wal-Jamaah meyakini pelaku dosa besar selain syirik tidak mengeluarkan seseorang itu daripada keimanan. Ia masih seorang muslim tetapi muslim yang fasik, menjadi fasik lantaran dosa-dosa yang dilakukannya. Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman yang bermaksud:
 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia akan mengampunkan segala dosa selain dari itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendakiNya”. (Surah an-Nisaa’ ayat 116)

Walaupun orang Khawarij mengaku mereka kembali kepada al-Quran tetapi mereka meninggalkan tafsiran al-Quran yang dirasakan bertentangan dengan akal fikiran dan hawa nafsu mereka, kerana mereka menerima al-Quran jika hukum hakam itu tidak menyakitkan mereka, sebab itu kita dapati kesemua pemimpin Pas tidak pernah berasa bersalah dan meminta maaf walaupun perbuatan mereka jelas bercanggah dengan hukum al-Quran

Memang diakui puak Khawarij yang tergolong penganut politik ini nampak kuat beribadah, bersolat, berpuasa dan membaca al-Quran, akan tetapi menurut penjelasan daripada hadis Rasulullah mereka tidak memahami tentang agama Allah kepada peringkat yang sepatutnya. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menerangkan perbandingan ibadah Khawarij dengan ibadah para sahabat, seolah-olah kebaikan, solat dan ibadahnya para sahabat lebih rendah dibanding solat dan ibadahnya Khawarij. Namun baginda telah bersabda tentang hakikat puak Khawarij itu maksudnya:

“Mereka (Khawarij) keluar daripada agama sebagaimana keluarnya anak panah dari sasarannya”. (H/R Bukhari (7432). Muslim (1064). Ahmad (111/73). an-Nasaii (2577). Abu Daud (7464) dan ath-Thayalisi (2234)

Kesungguhan Khawarij beribadah bukan di atas dasar kebenaran, keikhlasan atau ilmu yang sahih, tetapi di atas dasar hawa nafsu. Oleh itu jadilah kesungguhan ibadah mereka sebagai amalan yang bid’ah, fitnah dan keburukan yang menimpa mereka dan individu-insividu Islam yang telah diperangkap oleh penipuan mereka sendiri.

Khawarij Menggemari Perpecahan

Khawarij tidak akan menentang atau memerangi orang-orang kafir, tetapi mereka lebih membenci dan memusuhi orang-orang Islam terutamannya yang tidak sealiran dengan pemikiran mereka. Khawarij lebih gemar menentang dan memerangi orang Islam yang benar-benar berpegang dengan manhaj Salaful Ummah. Kenyataan ini telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bemaksud

“(Khawarij) akan memerangi atau membunuh orang Islam dan meninggalkan (membiarkan) penyembah berhala”. (H/R Bukhari (7432). Muslim (1064). an-Nasaii (2577). Abu Daud (7464) dan ath-Thayalisi (2234

Sejarah Khawarij lebih dipenuhi dengan keganasan dan pembunuhan terhadap orang-orang Islam dan pemimpinnya. Mereka telah memerangi dan membunuh kaum muslimin dan membunuh Khalifah Ali bin Abi Talib, Zubair bin Awwam dan sahabat-sahabat pilihan. Mereka akan terus mengecoh, memfitnah dan membunuh kaum muslimin yang tidak sealran dengan mereka. Oleh kerana itu, al-Allamah Ibnu Qayyim rahimhullah menegaskan dalam mensifatkan golongan Khawarij serpti berikut:

“Mereka menghafal nas-nas namun dangkal pemahamannya * Sehingga mereka diberi kekurangan dalam ilmunya”.
Khawarij dulu dan khawarij sekarang gemar bertikam lidah, berbolak-balik dan bermain-main dengan nas-nas al-Quran atau hadis yang berkaitan ancaman bagi pelaku maksiat dan dosa besar, sebenarnya mereka tidak kembali kepada tafsiran Salaf as-Soleh, tidak mahu kembali kepada nas-nas lain yang terdapat janji Allah tentang adanya pengampunan dan taubat bagi Si Pelaku maksiat selain kesyirikan.

Khawarij hanya mengambil satu bahagian daripada agama dan meninggalkan bahagian-bahagian yang lain yang lebih penting dan utama kerana taksub mereka yang keterlaluan. Sebenarnya rasa semangat terhadap agama dan ingin melaksanakan tuntutannya yang berkobar-kobar tidak mencukupi kerana keduanya harus berlandaskan ilmu supaya setiap perkara dapat diletakkan pada tempat yang sewajarnya.

Bersemangat terhadap agama adalah baik tetapi mestilah di bimbing oleh para ulama melalui pengajian al-Kitab dan as-Sunnah secara keseluruhannya. Kerana tidak ada yang lebih bersemangat terhadap agama dan banyak nasihatnya terhadap kaum muslimin selain daripada para sahabat. Walaupun demikian, para sahabat tetap menolak, menentang dan membunuh Khawarij kerana mereka tahu bahaya dan buruknya Si Khawarij. Contohnya, Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu dan para sahabat memerangi Khawarij, kemudian membunuh mereka dengan seburuk-buruk pembunuhan pada peristiwa “Hanran”. Peristiwa tersebut sebagai bukti kejinya Khawarij pada pandangan para sahabat. Khawarij terkenal lantaran sikap dan pendirian mereka yang menghalalkan darah dan harta kaum muslimin yang berada di luar kelompok mereka. Tindakan para sahabat membunuh Khawarij demi untuk menghapuskan mereka, memadamkan keganasan dan pengaruh mereka yang membahayakan pemerintah dan rakyat.

Ali bin Abi Talib telah membunuh Khawarij untuk mencegah kejahatan mereka terhadap kaum muslimin. Wajib bagi kaum muslimin pada setiap zaman sedaya yang termampu menghapuskan golongan Khawarij dengan cara menyeru mereka ke jalan Allah, sebagaimana Ali pernah mengutus kepada Khawarij anak bapa saudaranya yang bernama Abdullah bin Abbas, orang yang paling alim dan penafsir al-Quran untuk berbincang dengan mereka. Berkat pertolongan Allah, kembali bersama dan taat kepada Khalifah Ali sejumlah 6000 orang. Bakinya yang tidak kembali ke jalan kebenaran, diperangi oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berserta para sahabat untuk mencegah kejahatan dan gangguan mereka terhadap kaum muslimin. Oleh itu, jika Khawarij menentang pemerintah dan rakyat, maka pemerintah wajib membunuh Khawarij untuk menolak dan menghapuskan niat serta kejahatan yang sentiasa mereka rancangkan, sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Ali bin Abi Talib demi mentaati perintah Rasulullah s.a.w. dan menyelamatkan umat daripada bala fitnah Khawarij.  
 
(Semua teks boleh dilihat dalam kitab “Lamhah ‘Anil Firaq ad-Dhalalah”. Oleh Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan.)

Tipu Helah Khawarij

Sememangnya syariat Allah diturunkan semata-mata untuk dilaksanakan dan dijadikan rujukan dalam menentukan hukum hakam, baik di bidang akidah, ibadah atau akhlak kerana Allah telah berfirman yang bermaksud:  
 
“Dan hendaklah engkau memutuskan hukum antara mereka menurut yang telah diturunkan Allah”. (Surah al-Maidah ayat 49)

Dan juga maksud ayat:  
 
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan”. (Surah an-Nisaa’ ayat 65)

Namun golongan Khawarij yang beralasan untuk mendirikan kerajaan Islam yang kononnya akan melaksanakan hukum Allah sepenuhnya, mereka memperalatkan beberapa hujah dan ayat-ayat al-Quran dengan laungan dan helah dan tipu daya mereka melalui cara menyeru, mempropaganda dan mendiayahkan tauhid hakimiyah melalui tafsiran hawa nafsu, andaian akal fikiran mereka yang jahil dan sempit serta putar belit. Tujuan mereka ialah untuk mencapai matlamat mereka yang keji.

Seruan tauhid hakimiyah yang dilaungkan oleh Khawarij bukanlah untuk mengajar kaum muslimin tentang tauhid yang dibawa oleh para nabi dan para rasul atau untuk berhukum dengan hukum Allah, melainkan tipu muslihat dan senjata politik mereka untuk mengkafir sesiapa yang tidak masuk ke dalam jamaah dan perjuangan mereka.

Tipu daya penyeru tauhid hakimiyah golongan politik Khawarij ialah dengan mempersempitkan pengertian tauhid hakimiyah. Antara alasan-alasan yang mereka kemukakan ialah untuk melaksanakan hudud tetapi hanya difokaskan pada perlaksanaan hukum pidana dan hukum-hukum sosial politik semata. Caranya dengan mengelirukan penafsiran dalil-dalil syarak dan tujuannya pula ialah untuk menentang pemerintah Islam yang dianggap kafir. Inilah antara penipuan yang disolek indah untuk mengabui fikiran umat dan kesalahan yang paling besar yang bertopeng atas nama akidah yang dilakukan oleh golongan Khawarij sama ada dahulu dan yang sekarang.

Perjuangan Khawarij yang diteruskan oleh pengamal politik moden ini sangat menitik-beratkan cara-cara menjatuhkan penguasa yang telah mereka hukum sebagai kafir, syirik atau zalim. Mereka menilai keIslaman seseorang atau pemerintah hanya pada perlaksanaan hukum terutamanya hudud bukan pada nilai akidah mereka. Pemahaman seperti ini adalah salah kerana ia diwarisi dari sikap Zul Khuwaisirah yang menentang Rasululullah yang dituduh tidak berlaku adil. Buah fahaman yang dipetik dari benih yang ditanam oleh Khawarij yang menentang Nabi s.a.w ini adalah bertentangan dengan pemahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh dalam mensikapi pemerintah dan orang-orang Islam.

Mereka yang sefahaman dengannya menghidupkan semangat revolusioner penderhakaan dengan cara memperjuangkan tauhid hakimiyah. Mereka beralasan dan berkeyakinan: “Apabila penguasa yang kafir dan zalim dijatuhkan kemudian digantikan dengan seorang Imam atau yang alim, maka rakyat akan berubah menjadi muslim yang sempurna” Begitulah peranan tauhid hakimiyah antara alat politik yang diperalatkan sehingga dijadikan diayah dan penipuan yang paling mungkar oleh puak Khawarij terhadap ummah Islamiyah.

Para ulama Salaf as-Soleh menunaikan seruan dakwah yang diwajibkan kepada mereka secara syumuliah. Meliputi semua lapisan masyarakat dengan mendahulukan persoalan akidah di samping membetulkan tata-cara beribadah, bermuamalah, melaksanakan hukum-ahkam syariah dan berakhlak mulia sebagai ibadah di setiap sendi kehidupan mereka, bermula dari masalah membangun rohani, kebendaan, etika kebersihan (bersuci), pengurusan, sehinggalah pembentukan Daulah Islamiyah, iaitu dengan nasihat yang lemah-lembut, kata-kata yang lunak, amar makruf nahi mungkar, menjaga kehormatan dan maruah pemerintah serta rakyat jelata, memelihara harga diri serta darah kaum Muslimin. Begitulah sifat hamba Allah yang terbaik dan mulia sebagaimana firman Allah: yang bermaksud: 
 
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah”. ( Surah Ali Imran, ayat 110)

Saya merayu dan memohon para pembaca mengulangi kefahaman daripada tulisan ini, kemudian pandankan pula dengan kegiatan parti politik Pas sekarang ini, Insya-Allah akan memberi kefahaman yang jitu terhadap persoalan yang sedang kita perbincangkan sekarang ini. Sekian dulu, terima kasih.

Jumaat, 7 Januari 2011

Harga Getah = Siapa yang berjasa ??


Biasanya hamba tidaklah berminat untuk memberi perhatian kepada pencacai pencacai muda dari pihak mana pun yang mencacai sambil menyerlahkan betapa kurangnya cerdik mereka. Hamba pun tentulah tidak mahu ikut menjadi bodoh dengan berbicara dengan orang yang demikian. Tetapi kali ini hamba terjumpa senda ini di fb kumpulan KEBANGKITAN MAHASISWA MALAYSIA: Hamba merasakan semacam kejanggalan membiarkan sekumpulan anak anak yang berkumpul atas nama Kebangkitan Mahasiswa bersorak dengan gambaran mentaliti diparas itu. Maka hamba pun membuat dua ulasan yang hamba turunkan semula disini dengan didahulukan oleh kelakar yang mencuit hati itu:

boleh tak aky nk tanya pada penganut agama hadhari...
semua rakyat kat malaysia nie penoreh getah kew????
n harga getah naik sebab umno kew???
kah3x...
weh aku gastrik nie...
jgn wat lawak pecah perut woi...
senak perut aku
hahahahahahahahaha

Putera Mahameru
Pertamanya tidak ada ugama yang dipanggil agama hadhari. Jangan pesongkan fahaman orang ramai. Apa lagi ada kaitan dengan ugama pula. Mengenai harga getah tengoklah posting berikut ini. TK ...

Putera Mahameru
Harga getah sehingga tahun 90an adalah sekitar RM:0.30+ sahaja. Dan tidak pernah sampai melebihi RM:0.50 pun. Pada masa itu ada seorang sahabat hamba bekerja sebagai akauntan dengan syarikat yang mengawal stok penimbal dan harga getah dunia. Syarikat itu, INRO namanya, ditubohkan oleh PBB dan CEOnya yang terakhir ialah seorang Perancis dengan Ketua akauntannya seorang Tionghua berasal dari Singapura. Ibu pejabat INRO ialah di Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur ialah negara pengeluar terpenting dan juga penyumbang dana modal terbesar kepada operasi INRO. 

Ironinya belian getah tidak berlaku secara langsung antara negara pengguna dan negara pengeluar. Ujud pula negara ketiga sebagai pedagang. Maka pembayaran pun masukkanlah ke bank bank dinegara pedagang itu dan seterusnya disimpan disana. Wang yang berbilion banyaknya itu tentulah berguna untuk pembangunan ekonomi dinegara berkenaan. Sahabat hamba seorang akauntan di INRO yang menyedari keadaan itu telah membuat pandangan resmi; tetapi telah ditempelak dengan remeh. Beliau pun mengutip maklumat dan menyampaikan kepada pemimpin negara pada masa itu ia itu sekitar tahun 2000. 

Pimpinan negara kita pada masa itu telah berbincang secara deplomatik dengan pimpinan negara negara pengeluar penting bermula dari pengeluar getah asli dari kalangan negara Asean. Hasilnya negara negara berkenaan telah bersetuju dengan satu keputusan untuk menarik balik dana modal bersama keuntungannya sekali dari INRO. Hasilnya INRO telah gulung tikar dan sahabat hamba tadi pun hilanglah gaji bulanannya yang berbelas ribu pada masa itu. 

Bermula dari situ Malaysia telah mengepalai satu maufakat untuk mengambil alih simpanan stok penimbal getah asli dunia dan imbangan harga serta dagangan getah yang diikut dan dipatuhi oleh negara negara sahabat yang lain. Nah nilailah sendiri siapa yang berjasa. Buatlah nilaian dengan serius dan janganlah keanak anakan bergelak ketawa dengan ejek jijik seperti tidak matang. 

Perkara yang kita hadapi ini adalah serius mengenai negara iaitu sebuah negara yang diperintah oleh orang Islam. Dalam ugama Islam sendiri pun ada tanggung jawab diamanahkan kepada kita mengenai penjagaan negara itu. Janganlah hendaknya kita berseronok bermain main kerana sebenarnya ada dosa pahala terlibat bergantung kepada tindakan kita. 

Wallahualam.

Selasa, 28 Disember 2010

Samakah Anwar bin Ibrahim yang kita kenal hari ini - dengan Anwar yang pernah menjadi Presiden Abim dahulu ???

Sehari suntuk hari baharu kini mendapat peluang berlayar di maya. Buka sahaja hubungan fb terjumpa posting ini di dinding (wall). Hamba tak berfikir panjang terus terlintas untuk berkongsi dengan kawan kawan di blog. Posting awal ini dalam bentuk bahan asal dahulu. Kalau ada masa dan gerak rasa hamba akan teliti dan mencelah di mana dirasakan sesuai kemudian kelak. Inshaallah.

Ambodewa Pas ‎12 DALIL UCAPAN ANWAR YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM!

Sebarkan 12 dalil utama ucapan anwar yang ternyata bercanggah dengan kehendak islam.

12 Dalil kesalahan-kesalahan Anwar yang dikupas oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady adalah seperti berikut :

1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.
Anwar Ibrahim : Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.


Uthman El-Muhammady : Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

2. Persoalan Pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut; “Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan”(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

Uthman El-Muhammady : Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik ‘cahaya’ dan ‘lampu’ itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya.

3. Persoalan Konsep Agama Adalah Universal

Anwar Ibrahim : Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

Uthman El-Muhammady : Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.

4. Persoalan Pendapat Dante, Penyair Kristian abad ke-14

Anwar Ibrahim – Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan ‘Kuasa’ tetapi juga dengan ‘Akal’. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rush :

Uthman El-Muhammady : Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi ‘The Divine Comedy’, karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali rd ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, ‘Akal’ semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi juga bergantung kepada kepercayaan ‘Wahyu’ dan ‘Syariat’. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rush tidak bergantung kepada ‘Akal’ tetapi beriman kepada ‘Wahyu’ Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.

5. Persoalan Konsep Kebebasan Beragama VS Pluralisme Agama

Anwar Ibrahim : Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Uthman El-Muhammady : Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

6. Persoalan Firman Allah, ‘Tidak Ada Paksaan Dalam Agama’
Anwar Ibrahim : Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman ‘tidak ada paksaan dalam agama’, maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Uthman El-Muhammady :Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam.
Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam ‘freedom of conscience’ (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.


7. Persoalan Konsep Menuju Kepada Yang Satu

Anwar Ibrahim : Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

Uthman El-Muhammady : Dalam Islam konsep ‘Menuju Kepada Yang Satu’ perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.

8. Persoalan Semua Kepercayaan Agama Adalah Sama
Anwar Ibrahim : Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Uthman El-Muhammady : kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks Al Quran. Apabila diturunnya Al Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain (‘muhaiminan ‘alaih). Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.

9. Persoalan Perintah- Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims)

Anwar Ibrahim : Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.
Uthman El-Muhammady : Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai ‘wahyu’. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.

10. Persoalan Konsep Kebebasan

Anwar Ibrahim : kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.

Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-
jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Uthman El-Muhammady : Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara’: Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara’, maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara’ maka ia perlu dijauhi.

Sudah tentu bagi Muslimin, Syara’ mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara’ dan ijma’, itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannyahendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.


11. Persoalan Syariat Islam
Anwar Ibrahim : Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan ‘gendang purba’ itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.


Islam
Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama(Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).

Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang
ophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya.
Uthman El-Muhammady : Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara’ yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara’ berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma’, kerana terpengaruh dengan ‘penemuan-penemuan’ para pemikir, ini tidak dibolehkan.
12. Persoalan Jihad

Anwar Ibrahim : Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

Uthman El-Muhammady : Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.
rujukan : AIDC.