Khamis, 31 Disember 2009

Komunis ----- sedang menyerang ????

Malam tadi hamba membaca beberapa catatan di laman Sosialis Hijau. Hamba cuba meninggalkan sedikit catatan tetapi ia adalah laman tertutup dan dibuka khas untuk ahli ahlinya sahaja. Hamba pun cuba salin untuk diulas dilaman ini. Itupun terhalang. 

Apakah kemahiran hamba terlalu dangkal atau memang mereka memang cuma nak kata sahaja. Tudak sudi mendengar. Maka hamba pun membuat keputusan menutup minat hamba untuk membaca catatan catatan berterabur sejak semalam dan malam ini juga itu. Adilkan ?? 

Cuma hamba masih lagi sudi meninggal pesan kepada Sosialis Hijau: kalau kita ikhlas dalam bicara dilaman terbuka ini bukalah dan kita bicara dengan minda terbuka. Dengan minda tertutup itu macam mana anda akan mendapat minat untuk dapat orang lain ikut pendapat anda yang ditutup itu.



Yang menjadi persoalannya ialah kenapa sejak semalam posting berlapis tindan muncul dilaman Sosialis Hijau. Semuanya berbicarakan sokongan kepada Ching Peng Komunis sambil mengutuk kita dan Negara kita ini. Tetapi mereka bercakap satu hala dan tudak berminat untuk melihat pandangan orang lain terhadap apa yang mereka lontarkan itu. 

Apakah itu cara kasar komunis. Apakah pembicara dan pengendalinya adalah penganut tegal fahaman dan cara komunis. Dan kenapa tiba tiba sejak semalam serangan mereka bermula dan begitu bertalu talu sekali. Apakah ini menunjukkan apa apa.

2 ulasan:

  1. Salam CLJ, komunis ni dah ada sokongan dari dalam, apalagi mereka ini memulakan serangan lah.... dia tahu ramai orang Melayu dah tak mahu menjadi Melayu lagi.......

    BalasPadam
  2. Mashaallah....
    Kita buat kerja kita Yang. Tetapi apa lagi yang dapat kita buat untuk menyedarkan mereka semua.
    Berdoalah .....

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.