Ahad, 14 November 2010

Selamat Bertemu Lagi ....... (setelah hampir dua bulan menyepi)

Syukur alhamdulillah kerana hamba masih lagi mampu kembali bertemu kawan kawan di laman laman maya ini. 
Maaf dipohon kerana telah hilang menyepi dalam jangka waktu yang agak lama. Hamba sebenarnya telah melalui satu pembedahan usus di HKL (pembedahan kali kedua) dan bersambung pula dengan pantauan kajian keupayaan jantung oleh IJN. 
Hari ini adalah hari pertama hamba mendapat kesempatan kembali berlayar di maya. 
Selamat bertemu kembali. 
Inshaallah.

Ahad, 19 September 2010

Semua pun kena TIPU.


Semenjak hari pertama terdedah kesah penangkapan mereka yang dishaki terlibat dengan pembunuhan Dato Sosilawati hari tu akhbar dan semua orang pun percaya dikatakan peguam yang terlibat itu adalah seorang dato. Hamba terkejut mendapat tahu dari seorang kawan bahawa dia sebenarnya tidak pernah menerima sebarang bintang yang membawa gelaran dato. 

Namun semua orang sejak lama dahulu memanggil dia dato kerana dia sendiri menggelarkan dirinya sebagai dato. Bermula dari pejabatnya sendiri dan orang orang sekelilingnya dan akhirnya semua orang sangka dia memang dato betul betul. Aneh ? Tidak kerana kita tidak ada makanisma untuk menyemaknya. Barangkali senarai orang orang bergelar ini patut diurus oleh satu badan yang sentiasa menyemaknya.

Lebih menarik lagi ialah satu lagi maklumat yang hamba dapat dari sumber yang sama mengkhabarkan bahawa orang itu sebenarnya sudah tidak layak digelar peguam pun. Ini adalah lesen pengamal undang undangnya sudah dibatalkan semenjak lama dahulu atas kes pecah amanah wang pelanggan. Kalaulah perkara ini benar tentulah polis sudah mengetahuinya kecuali kalau lesennya itu tidak disemak. Takkan laa.

Perkara ini menjadi lebih menarik lagi dengan adanya perkhabaran (khabar angin) mengatakan dia adalah ahli Majlis Peguam. Sedangkan lesen amalan undang undang itu ada sangkut paut juga dengan Majlis Peguam. Cerita sudah menjadi caca marba. Kita tidak tahu mana satu yang betul. Tetapi mana mana pun adalah bersalahan belaka. 

Namun ramai pula yang menjalankan urusan urusan bernilai tinggi dengannya. Demikian rupanya bila ada orang bijak bercakap. Mudah dipercayai orang ramai. Ada lagi yang terkenal bijak bercakap semenjak zaman dia di UM dulu. Semenjak itu lagi semua orang tahu fakta dah diputar belit. Namun sampai sekarang masih lagi dia dipercayai oleh orang ramai. Maknanya silapnya adalah cara hidup kita yang tidak pernah pandai menyemak kebenaran. Cara hidup kita yang selalu mudah percaya dengan orang yang bijak bercakap.

MAKA KITALAH BARANGKALI KENA SEMAK DIRI KITA SENDIRI UNTUK TERLEPAS DARIPADA SENTIASA TERPERANGKAP DALAM PENIPUAN ORANG.

Rabu, 15 September 2010

LGE tu KM bagi jajahan takluk Singapore ke ?

Umno Kuala Selangor
LGE Asyik Pi Singapore, Ada Apa-Apa Ke?

Sejak jadi CM di Pulau Pinang (sekarang biasa disebut Penang) ini, kita dapati kerap betul LGE pi melawat ke Singapork nun, confirmlah perbelanjaan atas dana kerajaan Pulau Pinang. Dengan hubungan sejarah DAP dan PAP, musykil juga kita apa yang dibuatnya selalu pergi sana?

Soal DAP adalah peningg...alan Lim Kuan Yew di Malaysia, bukan soal baru tapi lama dah, semua pun dah tau. Soal DAP akan mencinakan Pulau Pinang (malah Malaysia kalau ada peluang) dengan mengusir semua melayu dari pulau juga bukan perkara baru, kita dah tau lama malah sekarang pun ‘pengusiran’ tersusun etnik melayu keluar dari bahagian Pulau sedang rancak berlaku.

Kalau nak tahu, slogan Malaysian Malaysia tu pun dicipta oleh Lee Kuan Yew dan DAP meneruskannya sahaja. Pendek kata hubungan DAP dengan PAP ni memang rapat macam Azmin dan Anwarlah layaknya.

Antara yang sempat kita rekodkan ialah:-

27th April 2009 – Table Talk With New Strait Times (S’pork)
4th – 8th June 2009 – Penang Outlook Forum
28th July 2009 – Old Boys Of St Xavier Secondary School
15th June 2010 – The Old Free Association Dinner
30th June 2010 - World Cities Summit

Itu baru 2009-2010, belum lagi kita tengok rekod 2008 lagi tu. Dilapurkan juga bahawa LGE beberapa kali mengadakan lawatan ke Hongkong dan China malah terbaru 7 – 13 September LGE pi melawat Shanghai dan Xiamen di China.

Kita pelik dan hairan, parti multiracial macam DAP (kononnya) hanya nak mencari peluang pelaburan di negara yang memang china atau dikuasai orang cina saja, kenapa? Nak kata pelaburan dari Singapork masuk berduyun, tidaklah jugak.

Pelaburan seluruh negeri pun turun mendadak daripada 10 bilion pada 2008 (usaha kerajaan BN sebelumnya) hinggalah kepada RM 200 lebih juta saja pada 2010. Soalannya apa yang LGE buat pi sana (singaporl) selalu? Itu baru kita tengok lawatan LGE, belum lagi pemimpin DAP yang lain.

Kalau kita tengok rekod di atas, bukan semuanya ada kaitan langsung dengan perniagaan, dinner old school boys tu semua mungkin takdak berkaitan sangat kot. Nak kata cina melaka ni sekolah di Singapura tidak jugak sebab kalau ikut bodatanya disini, dia bersekolah di Batu Pahat dan Melaka.

So, timbul persoalan, apa yang dibuatnya hadir majlis makan malam sebegini di Singapork? Apa kesesuaian majlis makan malam old boys sekolah dengan jawatan yang dipegang LGE?

Banyak jugalah orang cakap DAP dapat dana dari PAP, ini kita tidak pastilah kesahihannya tapi dengan asal usul DAP itu sendiri dari serpihan PAP singapork, perkara ini memang tidak mustahil. Tapi yang pasti, DAP sedang laksana apa yang PAP berjaya laksanakan dulu, kurangkan orang melayu serendah mungkin dan lebihkan orang cina setinggi mungkin.

DAP dengan kerjasama Majlis Peguam sedang edar naskah Perlembagaanku dengan alasan nak bagi pemahaman lebih kepada rakyat. Walhal dia nak tunjuk dan fahamkan kepada rakyat apa yang perlembagaan sekarang tulis dan apa yang dia akan tukar jika berjaya letak diri jadi kerajaan pusat nanti (mintak jauhla).

Berselindung disebalik alasan-alasan seperti nak tuntut pencerahan (clarification), DAP sebenarnya sedang cabar Artikel 152, 153 dan yang lain-lainnya.Penasihat DAP pun sudah tukar nama Malaysia kepada MALAYsaja. Itu menunjukkan keinginan membuak-buak DAP untuk mencaturkan boneka melayunya dalam PAS dan PKR jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan besok.

Dengan balaci DAP menguasai Majlis Peguam, tidak mustahil sistem keadilan kita pun akan dihijack oleh mereka.

Balik pada tajuk asal tadi, apa yang LGE buat selalu pi Singapork? Dapat dana, dapat nasihat (bagaimana nak singkir melayu), atau apa? Seperkara lagi yang menjadi kerisauan ialah pembocoran maklumat sulit pertahanan negara. Pulau Pinang ialah dimana terletaknya Pengkalan Utama TUDM iaitu di Butterworth tempat Hornet beroperasi.

Maklumat senjata mungkin LGE takdak akses tapi layout pengkalan sudah tentu ada padanya sebagai pentadbir tanah. Negara yang dalam keadaan standby untuk berperang 24 jam macam Singapura sudah tentu dahagakan maklumat ini. Memang LGE pernah nafi dulu tapi perbuatan LGE ini tak membayangkan penafian tersebut.

Kalau betul ada ketelusan dan intergriti macam digebang, sila jawab LGE, eewwahh, macam pantun pulak.

Sumber : MyKmu
Lihat Selengkapnya

Isu Isu Panas .. .... .... Fokus Sasaran Kita ?


NAMPAKNYA SEKARANG INI KITA SEMUA DIBAKAR HANGAT OLEH KES PEMBUNUHAN YANG MELIBATKAN PEMIMPIN HINDRAF YANG JUGA TOKOH PR SERTA ANGGOTA MAJLIS PEGUAM SEHINGGA MENJADI SEPERTI LIPA KITA KEPADA FOKUS SASARAN KITA YANG SEPATUTNYA TIDAK HILANG ATAU MENJADI KURANG PENTINGNYA.

Isnin, 30 Ogos 2010

Satu Perbandingan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs404.snc4/46740_146463902055064_100000743648494_277772_1508231_n.jpg

Selasa, 17 Ogos 2010

Kerajaan Othmaniah sudah tiada.

Barangkali kesah disebalik gambar dan cerita yang hamba kutip dari laman sahabat fb ini membawa cerita yang boleh memberi banyak peringatan dan pengajaran kepada kita semua yang sedang melalui proses keadaan sosio politik terkini. Ataukah ramai yang tidak mahu ambil kesah dan merasakan apa nak jadi pun jadilah. Namun hamba tetap percaya ramai yang tidak akan lagi hidup menghadapi suasana yang tidak akan direlakan begitu. Wallahuakllam.
(Link sumber): http://www.facebook.com/profile.php?id=100001440412456
(Gambar : Gambar yang sempat dirakam menunjukkan Khalifah Sultan Abdul Hamid II dan 4 orang (Ahli Freemasons) iaitu Laz Arif Hikmat Pasha (anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Uthmaniah), Aram Afandi (wakil Rakyat Armenia), Arnavut As’ad Tubtoni (wakil ra...kyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan) dan Emanuel Qarh Sou (Yahudi warga Itali) semasa baginda Sultan diberitahu bahawa baginda dipecat daripada jawatan Khalifah di pejabatnya) Kisah Disebalik Gambar Semasa pemerintahan Khalifah Sultan Abdul Hamid II, Daulah Islam Uthmaniah menghadapi ancaman internal (dalaman). Ia tampak pada munculnya gerakan-gerakan nasionalisme yang didalangi oleh Barat khususnya gerakan al-Ittihad Wat Taraqqi. Gerakan inilah yang disebut-sebut sebagai gerakan kemerdekaan negara Turki. Di antara visi mereka adalah cita-cita utama mereka kononnya untuk menyelamatkan Khilafah Uthmaniah. Ketika musim bunga 1908, Britain melantik seorang duta ke Istanbul bernama Gerald Luther. Apabila dia sampai ke Istanbul, sekumpulan orang daripada Jawatankuasa al-Ittihad wat Taraqqi (Turki Muda) telah menyambutnya dengan baik hinggakan mereka memisahkan kuda-kuda dari ‘chariot’nya dan menarik ‘chariot’ itu sendiri. Kesemuanya ini diberi inspirasi oleh jawatankuaa al-Ittihad wat Taraqqi dan dari inisiatif mereka sendiri. Kumpulan ini begitu kagum dengan idea-idea Barat hingga sampai ke peringkat di mana mereka tidak sedar bahawa idea-idea itu bertentangan dengan negara yang mereka tadbir. Disamping itu mereka tidak nampak akan percanggahan idea-idea Barat dengan Islam. Kejahilan dan kelemahan wawasan mereka menarik perhatian orang-orang Eropah hinggakan salah seorang diplomat yang bertugas di Istanbul pada ketika itu memberi gambaran tentang mereka, “Mereka selalu melakukan langkah kedua sebelum melakukan langkah pertama.” Aktivis-aktivis dalam kumpulan itu terburu-buru menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada mereka yang telah mendalami undang-undang dan pemikiran Barat dan golongan pro-Barat ini akhirnya menguasai parti Turki Muda itu. Apabila mereka sedar bahawa penguasaan keatas tentera akan seterusnya membawa kepada penguasaan sepenuhnya (ke atas negara), mereka berusaha menjadikan sebarang perlantikan baru berdasarkan kepada dasar parti. Maka, mereka mewajibkan semua pegawai tentera menjadi anggota parti Turki Muda dan mereka tidak mengambil berat sama ada pegawai tentera itu adalah pakar atau orang yang tidak berpengalaman dalam bidang ketenteraan. Mereka juga memperkenalkan perundangan yang menyatakan bahawa mengikut undang-undang, setiap warga Khilafah Uthmaniah adalah berhak mendapat hak-hak yang sama yang dinikmati oleh bangsa Turki dan sepatutnya memenuhi tanggungjawab yang sama. Cita-cita mereka ialah untuk melakukan reformasi keatas sistem pemerintahan di sana. Caranya dengan merombak negara dengan konstitusi dasar model konstitusi negara-negara Eropah moden. Pelopor gerakan ini ialah Midhat Pasha yang disebut-sebut sebagai Bapa Kemerdekaan Turki. Pada awalnya, gerakan ini berhasil membuat konstitusi (perlembagaan) dasar. Namun, Khalifah Sultan Abdul Hamid II menghapuskan konstitusi tersebut dan tetap berpegang kepada hak-hak Khalifah. Akhirnya meletus Revolusi pada tahun 1908 Masihi dengan semboyan yang dinamakan sebagai kemerdekaan di Turki. Ketika berlaku ketidakstabilan politik di Istanbul, kuasa-kuasa barat mengambil peluang untuk merampas wilayah-wilayah Khilafah. Austria menakluk Bosnia-Herzegovina sejurus selepas berlakunya Revolusi 1908 itu. Pada 17 November 1908, perasmian parlimen Uthmaniah menjadi mudah dan Sultan tunduk buat sementara waktu kepada parti Turki Muda. Baginda bagaimana pun berusaha untuk mengenepikan perlembagaan itu dan untuk mengembalikan Syariah Islamiyah. Perlaksanaan semula perlembagaan 1879 yang dirintis oleh Midhat Pasha telah mengakibatkan berlakunya Revolusi pada 13 April 1909 terhadap pemerintah-pemerintah baru (parti Turki Muda) yang menunjukkan penolakan majoriti umat Islam terhadap kekuasaan Turki Muda. Para ulama’ juga mendapati bahawa perlembagaan 1879 itu akan mengheret Khilafah Uthmaniah ke arah sekularisme dan perlanggaran terhadap Syariat Islam. Pasukan tentera memberontak dan mengepung pegawai-pegawai mereka (yang pro-Barat). Mereka melaungkan, “Hancurkan Turki Muda! Hancurkan Turki Muda”. Maka, Deen Islam telah memberi inspirasi untuk menentang reformasi pro-Barat dan kebanyakan penduduk berarak membantah perlembagaan ala-Barat. Untuk memulihkan keamanan, pegawai-pegawai tentera Macedonia mengirimkan Harekat Ordusu dari Salunik tetapi pasukan yang diketuai oleh seorang Daunama-Freemasons bernama Ramzi Bey telah menyerang kedudukan Khalifah dan menghancurkan benteng-benteng pertahanan pasukan yang mempertahankan Syariat Islam. Pada 15 April 1909, Sultan melantik Taufiq Pasha sebagai Wazir Besar dan menyerahkannya tanggungjawab untuk mengembalikan Syariah Islam dan peraturan-peraturan Islam dalam aspek pelaksanaan serta memansuhkan perlembagaan ala-Barat tetapi tentera di Salunik memberontak sekali lagi terhadap Sultan, merampas kuasa dan memecat pemerintah. Pertubuhan al-Ittihad wat Taraqqi telah menjadikan Salunik sebagai pusatnya. Salunik atau Macedonia pada ketika itu memiliki ciri alami yang berbeza dengan wilayah keKhalifahan Uthmaniah yang lain. Separuh daripada penduduknya adalah orang Yahudi yang berhijrah dari Andalusia (yang ketika ini dikenali sebagai Sepanyol). Mereka ingin menemukan toleransi beragama di bawah payung Islam. Kebanyakan daripada mereka memeluk Islam pada abad ke-17. Salunik juga lebih banyak berinteraksi dengan dunia Eropah jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah Uthmani yang lain. Baik dengan warna Asia mahu pun Eropah. Di Salunik inilah lahir Mustafa Kamal. Di Salunik ini pula terdapat tentera Uthmani yang ketiga. Yahudi khasnya Yahudi Daunamah terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II, memberhentikannya lalu menghancurkan Khilafah Islam untuk membuka jalan bagi mereka untuk mendirikan negara mereka (Israel) di Palestin, bumi Islam yang penuh berkat.

Isnin, 16 Ogos 2010

Wong Loi @ Muhammad Alif Abdullah (kononnya)

Cerita mengenai dua nama Cina menjualkan nama Islam tetapi setelah disemak tidak terdapat namanya di mana mana pejabat ugama islam di Malaysia. Dikatakan sedang menjalankan kegiatan penipuan. Ada gambarnya sekali dilink berkenaan seperti berikut:
http://www.facebook.com/photo.php?pid=303220&id=100000363925414

Rabu, 11 Ogos 2010

MAHASISWA DAN POLITIK.

POLITIK ?
Maafkan hamba kalau hamba suka memusatkan pembicaraan ini kepada takrif terhadap istilah politik yang menjadi pegangan dan kepercayaan hamba sendiri.  Namun pegangan itu adalah berdasarkan kepada rumusan para ilmuan dalam bidang berkaitan.

Maksud Saitifik:
Sains pentadbiran dan pengurusan negara.
 
Maksud Lanjutan:
Hubungan antara negara atau hubungan antarabangsa.
 
Maksud Serpihan Masyarakat Kini:
a) Gerakan perebutan kuasa.
b) Strategi memenangkan diri atau kumpulan.
 
Isu Larangan:
Larangan berpolitik terhadap mahasiswa adalah dikhususkan kepada larangan menyertai politik kepartian.

Kenapa Perlunya ??
Bila disebut politik kepartian itu bermaksud keterlibatan dalam strategi atau gerakan rebutan kuasa dan strategi memenangkan diri atau kelompok oleh pihak pihak tertentu.
 
Ini adalah kancah yang teramat banyak dihantui oleh berbagai kepalsuan dan kerenah dari penyakit hati manusia. Mereka yang terlibat akan mudah terperangkap dengan senjata senjata pemasaran ideologi oleh berbagai pihak berkepentingan yang kadangkala menggunakan apa sahaja untuk mencapai tujuannya. Kadang keghairan untuk membina alat yang berkesan untuk mencapai tujuan itu boleh sampai melangkauan segala sempadan seperti sempadan kebenaran, sempadan keadilan dan malah ada kalanya sempadan ugama sekali pun dilangkaui.
 
Mahasiswa masih ada tugas yang lebih penting dalam proses mematangkan dirinya sendiri untuk menghadapi berbagai cabaran yang mencabar tahap kebijaksanaan serta ketulusan hati dalam menghadapi tugas mengurus kehidupan diri dan juga masyarakat sebagai khalifah di muka bumi ini.
 
Semuga dengan tertegasnya larangan ini mahasiswa akan lebih mudah meletakkan diri untuk mematangkan pemikirannya tanpa godaan dari kekeliruan terancang pihak pihak berkepentingan.
 
Inshaallah.
(Catan yang ringkas ini adalah bertujuan untuk memudahkan pembacaan bagi kawan kawan yang tidak berapa rajin membaca.)

Sabtu, 10 Julai 2010

Tulisan lama = Patut dibaca semula

http://tokjanggutkeramat.blogspot.com/2009/08/kaedah-manusia-melayan-manusia.html

Kaedah Manusia Melayan Manusia.

Tiba2 terfikir nak tulis mengenai satu konsep menarik yang selalu hamba sebar sebarkan merata:
Manusia adalah makhlok sosial yang tidak lepas dari persekitarannya. Tidak lepas dari kerja nak kena selalu melayan dan berhubung sesama manusia. Maka hamba pun selalulah meneliti mengamati dalam percubaan untuk memahami. Hadhirlah satu kefahaman pada hamba mengenai kaedah manusia melayan manusia itu cuma ada 4 cara seperti berikut:
  1. Melayan teman kongsi.= Sebagai teman kongsi seperti juga suami dengan isteri. Kena sama berkongsi memikul tanggong segala masaalah. Kurang, cacat, lemah seorang teman kongsi kena ditampong atau ditimbus tutup. Sebarang kemenangan / keuntungan adalah kejayaan bersama. Kecemerlangan seseorang teman kongsi adalah kelebihan untuk kebanggaan bersama dan akhirnya kemenangan/keuntungan dinikmati bersama. Seorang menang semua merasai nikmatnya secara serupa. Tetapi apabila keluarga sudah menjadi terlalu besar, bertambah ramailah manusia terlibat menjadi ahli keluarga. Namun ia tidak akan mengubah nilai kekeluargaan selagi cemaran dari sikap2 buruk seperti hasad dengki, cemburu, tamak, penting diri, dendam dsb. Nilai2 buruk itu memang sukar dielak dari menghantui keluarga yang besar. Cuma kalau dalam ramainya anggota keluarga yang besar itu ada ramai juga ahli keluarga yang mulia hatinya selalu muncul untuk memainkan peranan sebagai pendamai tentulah keluarga itu akan lebih kekal kesetabilannya. Tetapa yang menjadi masaalahnya terlalu ramai manusia kini selalu mahu mencari serba yang mudah. Kaya mudah; laluan mudah; projek mudah; untung mudah; menang mudah; mudah dikenal; mudah dikagum; mudah dipuji; mudah terkenal dsb. Maka jadilah ramai orang suka cakap lantang2, keras dan kasar untuk memenagi hati pihak tertentu tanpa sedar ramai pihak lain dalam keluarga yang sama jadi tersingong hatinya. Bertambah malang lagi pihak2 tersanjung dalam kumpulan pihak2 terlibat rupanya sama2 mengabaikah hakikat nilai murni dan memberi pengiktirafan pula kepada kelantangan bermatlamat itu. Dalam politik macam mana. ? Kita yang terlibat dalam keluarga itu tetap melayan ahli ahli keluarga dengan wajaran begitukah ?? Selalu kita lupa kan ?? Sudah cukup ke bilangan ahli yang rela untuk terlepas peluang menggoda untung sendiri demi untuk menjadi pendamai itu.
  2. Melayan Pelanggan.= Kalau melayan pelanggan dalam perniagaan kita semua selalu dapat memberikan imbangan yang jelas. Malah selalu pun kita kata "pelanggan sentiasa benar" Tetapi kalau dalam politik, bagaimana kita melayan pelanggan kita. Serupa ke ?? Atau selalu kita terperangkap dengan kehadhiran emosi yang terbina oleh nilai2 buruk tersebut di atas tadi ?? Atau kita selalu terperangkap dengan nilaian yang salah, hasil dari maklumat salah yang kita kutip dari sumber yang tidak sepatutnya. Rassulullah tidak ada masaalah dengan kehadhiran Abdullah bin Ubai dalam Jumaah Islam kerana beliau kenal siapa Abdullah din Ubai. Kita dalam keluarga besar seperti dalam politik kini bagaimana ?? Lebih malang lagi kalau kita sendiri yang sengaja melantik pihak2 berkepentingan begitu sebagai pengutip dan pengumpul maklumat untuk akhirnya mengakibatkan kita mendapat krfahaman yang salah sehingga tindakan tindakan kita pun menjadi salah.
  3. Melayan Pesaing.= Kita bercakap mengenai persaingan sesama ahli keluarga. Kemenangan ahli keluarga mencapai kecemerlangan sejati adalah nikmat untuk kita juga. Namun janganlah kita jadi tergolong sebagai orang orang yang taksub dan lalai dari memuhasabah diri dan pihak kita. Tegoran kalau ada sewajarnya menjadi tegoran dari ahli keluarga kepada ahli keluarga. Jangan sampai ia menjadi longgokan emosi yang dihambur dipasaran terbuka. Takut nanti ia mudah dikutip oleh musuh musuh kita dengan olahan mengikut selera dan kehendak mereka. Kelak akibatnya kita juga yang kena tanggong bersama.
  4. Melayan Musuh.= Apabila ada mana mana pihak terletak dan ternama sebagai musuh tentulah layanan dan strategi mereka terhadap kita sebagai musuh yang sentiasa mencari lemah, cacat dan kurangnya pihak kita. Maka kenalah kita jaga laman laman lemah itu supaya tidak dengan mudah dapat diambilguna oleh pihak musuh kita itu. Janganlah dalam ghairah kita jadi lupa strategi sehingga mencorakrupakan diri kita sendiri menjadi seperti corakrupa musuh kita pula. Begitulah juga sikap kita dalam menangani strategi terhadap musuh kita. Sayangnya kerenah yang selalu dapat dilihat dalam keluarga besar seperti keluarga parti politik terbenar bangsa kita yang dikatakan berpegang kepada ajaran Islam itu gambaran sikapnya tidak pula nampak jadi begitu. Malahan fakta terkutip dari banyak pihak oleh ramai sahabat membuktikan bahawa ramai antara kita sanggup berhabisan dari segi matabenda dalam menghadapi persaingan sesama sendiri walaupun ketika cemas menghadapi perlawanan dengan musuh sebenar kita dengan kaku dan lemah menunggu habuan dan peruntukan dari atasan. Mashaallah....Salah letak ke kita ?
Hamba seterusnya memohon kerelaan para pembaca untuk mengizinkan hamba mengakhiri catatan ini dengan satu pesanan yang juga biasa hamba bawa dan ecerkan merata rata di bumi Melayu ini; " tanda tanda awal kemusnahan seorang pemimpin ialah apabila ia salah menghimpun pengutip dan pengolah maklumat disekelilingnya." Catatan ini akan dihurai kemudian jika dirasakan perlu setelah mengamati reaksi reaksi kelak.
Wallahuaalam.

Jumaat, 11 Jun 2010

Pendaftaran Pemilih.

Pesanan kepada anak anak muda: Apa lagi yang ditunggu tunggu. Sebaik sahaja anda mencapai umur 21 tahun teruslah mendaftar di sini: http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/ Janganlah abaikan tanggong jawab anda walau dimana pun anda berada.