Khamis, 31 Disember 2009

Komunis ----- sedang menyerang ????

Malam tadi hamba membaca beberapa catatan di laman Sosialis Hijau. Hamba cuba meninggalkan sedikit catatan tetapi ia adalah laman tertutup dan dibuka khas untuk ahli ahlinya sahaja. Hamba pun cuba salin untuk diulas dilaman ini. Itupun terhalang. 

Apakah kemahiran hamba terlalu dangkal atau memang mereka memang cuma nak kata sahaja. Tudak sudi mendengar. Maka hamba pun membuat keputusan menutup minat hamba untuk membaca catatan catatan berterabur sejak semalam dan malam ini juga itu. Adilkan ?? 

Cuma hamba masih lagi sudi meninggal pesan kepada Sosialis Hijau: kalau kita ikhlas dalam bicara dilaman terbuka ini bukalah dan kita bicara dengan minda terbuka. Dengan minda tertutup itu macam mana anda akan mendapat minat untuk dapat orang lain ikut pendapat anda yang ditutup itu.



Yang menjadi persoalannya ialah kenapa sejak semalam posting berlapis tindan muncul dilaman Sosialis Hijau. Semuanya berbicarakan sokongan kepada Ching Peng Komunis sambil mengutuk kita dan Negara kita ini. Tetapi mereka bercakap satu hala dan tudak berminat untuk melihat pandangan orang lain terhadap apa yang mereka lontarkan itu. 

Apakah itu cara kasar komunis. Apakah pembicara dan pengendalinya adalah penganut tegal fahaman dan cara komunis. Dan kenapa tiba tiba sejak semalam serangan mereka bermula dan begitu bertalu talu sekali. Apakah ini menunjukkan apa apa.

Jumaat, 25 Disember 2009

SMS DARI AHLI PAS


Lepas Isyak tadi ada message masuk melalui talipon. Bila buka rupanya ada message dari seorang kenalan yang memanjangkan message yang dia dapat dari seseorang yang dia tidak kenal tetapi mendakwa dia seorang ahli PAS. Menarik juga message itu. Tetapi tak tahu tahap kebenarannya kerana sumbernya adalah tidak diketahui (anonimus). Namun benar atau tidak, tidaklah lama untuk kita ketahui. Cuma kita hanya ada 2 hari sahaja tempoh untuk dapat mempastikan benar atau tidaknya berita itu. Sama samalah kita semak nanti. Messagenya itu adalah seperti berikut:

  • " Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor akan mengadakan perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat pada Ahad 27 Dis 09 Jam 11.00 pagi di Pej. Perhubungan PAS Selangor, No 13C, Ting. 3, Blok 1 Worldwide Business Centre, Sek. 13, Shah Alam. Satu memorandum akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Hassan Ali. Kami berpendirian kepentingan Islam akan tenggelam dengan PAS dalam PR. Mari hadir beramai2. Tlg sebarkan. "

Panglima Perang Cyber: EDISI KHAS : BPN MENGUTUK TINDAKAN HACKERS MENGGODAM BLOG PEMBELA NEGARA !!!

Pada mulanya hamba sangkakan hamba seorang sahaja yang menjadi mangsa serangan pengecut yang khianat itu. Rupa rupanya ramai yang menjadi mangsa. Untuk mengetahui lebih lanjut bacalah seterusnya dilaman:

  Panglima Perang Cyber: EDISI KHAS : BPN MENGUTUK TINDAKAN HACKERS MENGGODAM BLOG PEMBELA NEGARA !!!

Rabu, 23 Disember 2009

Anugerah "Tokoh Demokrasi" bukti Anwar guna konsultan kempen US

http://analisaringan.blogspot.cpmAnugerah "Tokoh Demokrasi" bukti Anwar guna konsultan kempen US
By aidc editor on December 22, 2009 3:40 AM | 0 Comments | 0 TrackBacks
JoeNapolitan
Joseph "Joe" Napolitan (kanan) pengasas IAPC, konsultan kempen politik utama di Amerika Syarikat

Oleh NTAnwar, AIDCclub

Selepas Foreign Policy Magazine menamakan Anwar Ibrahim sebagai salah seorang tokoh daripada 100 tokoh pemikir dunia baru-baru ini, sekali lagi Anwar diberi anugerah yang sama di peringkat negara iaitu sebagai "Tokoh Demokrasi".

Majlis penganugerahan "Tokoh Demokrasi" berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 20 Disember 2009 yang dihadiri oleh Robert Murdoch mewakili IAPC (The International Association of Political Consultants).
Apa itu IAPC ?

IAPC atau The International Association of Political Consultants adalah sebuah Konsultan Politik Antarabangsa yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1968. Idea asal penubuhan dicetuskan oleh Joseph Napolitan, sekitar tahun 1960-an, berdasarkan pengalamannya menjadi tokoh penting di sebalik tabir menaikkan tokoh-tokoh penting dalam kerajaan Amerika Syarikat. Antara pengalamannya adalah bekas Pengarah Kempen Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy pada tahun 1960 dan Pengarah Media Kempen Hubert Horatio Humphrey untuk calon Naib Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1968. Klik di sini

Khusus sebagai konsultan kempen di Amerika Syarikat, Joseph Napolitan menubuhkan APPC (The American Association of Political Consultants).

Pada tahun 1968, Joseph Napolitan berpakat dengan Michel Bongrand, tokoh konsultan kempen politik dari Peranchis untuk mewujudkan Konsultan Kempen Politik di Peringkat Antarabangsa. Pertemuan di Paris, pada tahun tersebut yang dihadiri oleh tokoh-tokoh kempen politik dari 15 buah negara akhirnya mewujudkan sebuah organisasi dinamakan IAPC. Klik di sini

IAPC berpengkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan-cawangan di negara-negara strategik. Pengerusinya adalah Ben Goddard; Presidennya, Tom Edmonds; Setiausahanya, Faye Diamond dan Bendaharinya adalah Nancy Todd Tyner. Keempat-empat tokoh tersebut adalah dari Amerika Syarikat.Klik di sini

Siapa Robert Murdock ?

Robert Murdock adalah konsultan Amerika Syarikat yang menetap di Indonesia. Beliau merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah IAPC [klik di sini] yang dipertanggungjawabkan membuka cawangan IAPC di peringkat Asia yang dinamakan APAPC (The Asia Pacific Association of Political Consultants).

Di peringkat Asia, APAPC ditubuhkan pada tahun 2005 [klik di sini] yang berpusat di dua negara iaitu Australia dan Indonesia [klik di sini]. Kedua-dua pusat operasi itu diuruskan oleh Robert Murdock [klik di sini]

Penasihat utama APAPC adalah Joseph "Joe" Napolitan, warganegara Amerika Syarikat yang menjadi pengasas IAPC dan APPC. Klik di sini


Konsultan Amerika juru kempen Anwar ?

Dengan pemilihan Anwar Ibrahim sebagai "Tokoh Demokrasi" bermakna mengesahkan badan konsultan Amerika Syarikat sudah mengesahkan siapakah tokoh yang menjadi pilihan mereka untuk dikempen sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang.

Itu merupakan isyarat yang sangat jelas dan Anwar terlalu gembira dengan pemilihan itu sehinggakan menwar-warkan secara terbuka di blognya. Klik di sini di sini dan di sini

Pada tahun 2007, Robert Murdock dan IAPC telah memberi anugerah yang sama kepada Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dari Indonesia. [Klik di sini] Anugerah yang diberikan kepada SBY itu diberikan sempena dengan Persidangan Dunia IAPC ke-40 di Bali, Indonesia. Dalam persidangan itu, Anwar Ibrahim bersama Dr Colin Rubenstein [Executive Director of the Australia/Israel and Jewish Affairs Council (AIJAC)] merupakan antara tenaga penceramahnya. Klik di sini dan di sini

Kesan pemilihan SBY sebagai "Tokoh Demokrasi" sangat penting kepada survival politiknya. Kesan paling utama SBY mempunyai pelobi, jurukempen dan konsultan pemikir dari Amerika Syarikat. Akibatnya dalam pemilihan jawatan Presiden Indonesia, Robert Murdock dan IAPC menjadi juru kempen di sebalik tabir SBY yang membolehkan beliau mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Indonesia.

Murdock mengiktiraf Indonesia dan SBY sebagai model "Demokrasi" dan "Kebebasan" di Asia.[klik di sini]. Pujian dan kempen besar-besaran Murdock kepada SBY akan menaikkan imej tokoh itu di peringkat antarabangsa khususnya di Amerika Syarikat.

Sebab itu jika dibandingkan dengan dua peristiwa yang muncul serentak kepada Anwar dalam bulan Disember ini, Anwar tidak begitu teruja dengan kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi, ulama tersohor dari Mesir yang datang ke Malaysia, jika dibandingkan dengan kedatangan Robert Murdock yang datang dari Amerika Syarikat.

Anwar lebih teruja dengan kunjungan Robert Mudock yang memberi anugerah "Tokoh Demokrasi" kepadanya. Hal ini dibuktikan dengan beberapa penulisan 'penuh ghairah' di blognya.

Sebab itu, semasa berceramah di Pusat Konvesnyen Putrajaya, anjuran JAKIM, Dr Yusof Al Qaradawi membangkitkan soal masa depan Islam di Indonesia. Walaupun Murdock memuji Indonesia sebagai "Negara Demokrasi dan Kebebasan", tetapi Dr Yusof Al Qaradawi melihat sebaliknya, di mana terdapat ancaman besar kepada masa depan Islam apabila perjuangan bertunjangkan "Demokrasi" dan "Kebebasan".

Dr Yusof Al Qaradawi menceritakan pengalamannya sendiri berada di Indonesia, di mana di hotel-hotel hanya dibekalkan dengan kitab Injil. Ini merupakan proses kristianisasi secara halus, kata ulama tersohor itu.

Hadiah amat besar kepada Anwar tahun ini adalah anugerah "Tokoh Demokrasi" dari Robert Murdock. Bermakna, mulai saat ini, Anwar boleh tidur bermimpikan mahligai Putrajaya, kerana Murdock telah melakukan pekara yang sama kepada SBY sebagai Presiden Indonesia.

sumber - NTAnwar

Artikel lain berkaitan :

1. Kenapa Anwar Ibrahim tak jadi bersumpah di depan Dr Yusof Al Qaradawi ?

2. Terbongkar semula : Anwar arah DNA Afifa ditukar ?

3. Anwar : Ada apa dengan BTN ?

4. Nasib baik Anwar tidak jadi Presiden PAS


Categories:


JANGAN CERITA NANTI JADI PERKAUMAN.


Rupert Murdock dan Anuar Ibrahim
 





Rockfeller dan Li Chang
 
 
Jangan cerita apa apa nanti kita menjadi perkauman.

Sabtu, 19 Disember 2009

PETRIOTISMA vs CHOVANISMA ?

Dalam melayari laman laman fb anak anak yang sedang seronok berbicara tentang petriotisma setelah menerima sedikit kejutan yang membawa kesedaran; tiba tiba hamba terserempak dengan satu komen yang cukup menarik. Oleh kerana ia cukup menarik hamba petik dan perturunkan dibawah ini untuk tatapan dan pandangan kawan kawan yang berminat seperti hamba sendiri.

Lokahawa- Chai
oi.. ming chai la.. i wont slim down .. d sky will topple.. 2012 will become reality. impossible.. ?

haha

ok ok. hope c ya again. jzu hope for our result la. hope for all d best la. reli....

God bless le~


Apa yang sahabat sahabat fahami dari catatan ini ? Dipaparkan untuk kita semua olah bersama. Silakan.

Khamis, 17 Disember 2009

The Assassination of John F. Kennedy and the Federal Reserve Bank

The Assassination of John F. Kennedy and the Federal Reserve Bank

    Important Caveat: This article should be read in conjunction with these articles, Debunking Federal Reserve Myths. Edward Griffin, a well-known Federal Reserve researcher and no friend of the Federal Reserve, has questioned the alleged JFK assassination/EO 11110 connection, given in the article below. I am in absolutely no doubt that the Kennedy assassination was a conspiracy in which Lee Harvey Owald was almost definitely the “patsy”. But I am not convinced that signing EO 11110 was the reason. And while the Lincoln letter that Wes Penre quotes in his article is probably authentic, the version which Rick Crawford gives in his article on its authenticity does not contain the following words, which Penre includes: “The money powers preys upon the nation in times of peace and conspires against it in times of adversity. It is more despotic than a monarchy, more insolent than autocracy, more selfish than bureaucracy. It denounces, as public enemies, all who question its methods or throw light upon its crimes. I have two great enemies, the Southern Army in front of me & the financial institutions at the rear, the latter is my greatest foe.” I will be contacting both Penre and Crawford for further elucidation on this issue.

The Assassination of John F. Kennedy and the Federal Reserve Bank
by Wes Penre, Nov 22, 2003

Since that dreadful day on November 22nd of 1963 when JFK was assassinated, there have been lots of speculations as to why and by whom he was murdered. You may think that you have heard it all, and that we don’t need another theory. However, I have researched JFK quite a bit; especially with regards to the assassination, and I have come up with a different, and not very widely discussed possibility for the killing; with a parallel that goes back almost a hundred years in time.

JFK was a very controversial President; he wanted to change things around. By doing so, you can’t please everyone, and he stepped on quite a few toes. One thing he wanted to do was to re-organize the CIA from within, because he considered the Agency being a Government within the Government, with too much power. Allen Dulles, who was the head of the CIA at the time did not like the idea of course, and this alone could have been the reason for the assassination. But there is another interesting aspect as well…

To understand this theory we must understand that the real power is not with the politicians, but with the International Bankers. They are the ones that control this country behind the scenes. You and I can try to run for Presidency if we want to, but we would not stand much of a chance. It is not because we don’t have good ideas, or are incapable, but we don’t have the right powerful sponsors. The final candidates are the ones that are chosen by the International Bankers and sponsored by them. The rest of the candidates cannot afford to compete. Also, the same sponsors support both candidates, and can therefore keep almost total control over the election.

Most people know that the FEDERAL Reserve bank is creating the US dollars. But the truth is that the Federal Reserve is not federal at all, but owned by twelve super-wealthy International Banking families, such as the Rothschild’s and the Rockefellers. This is a well hidden secret, but can even be verified in “Encyclopedia Britannica”, and by the statements in this article, as we shall see. This setup is against the US Constitution, where the government is supposed to create our money (the 16th Amendment), which should be backed up by gold and silver.

What JFK did was to create interest-free government money, backed up by the silver reserve, contrary to the Federal Reserve money, which is not backed up by anything as we will see. He wanted to pay off the US debt this way. He obviously knew the secret about the Federal Reserve, and decided to follow the Constitution. Of course, this was a very dangerous thing to do, because if he was allowed to continue, it could put the International bankers out of business in the long run. So this was even more serious than to reorganize the CIA. Interestingly, soon after the assassination the interest-free money was taken out of circulation [1]. Kennedy signed a not very well known Executive Order, no 11110[2] in June of 1963, four months before the assassination (also, click here to read ALL Executive Orders JFK wrote throughout his Presidency, ordered by numbers).

This Order returned to the Government the power to issue currency, without going through the Federal Reserve Bank. Kennedy gave the Treasury the power to issue silver certificates against any silver bullion, silver, or standard silver dollars in the Treasury. In plain language this means that for every ounce of silver in the US Treasury vault, the government could introduce new money into circulation. JFK brought nearly $4.3 billion U.S. notes[3] into circulation. So by signing this Executive Order, he was about to put the Federal Reserve Bank (and with them all the International Bankers) out of business.
The Federal Reserve Notes would eventually not be in demand anymore, and by doing so, Mr. Kennedy probably also signed his own death warrant. Executive Order 110 gave the U.S. the ability to create its own money backed up by silver. Maybe the assassination of President Kennedy was a warning to successors not to “make the same mistake” as this courageous President did. Brilliance is only allowed and acknowledged if it serves the Illuminati Agenda.

Although Mr. Kennedy was of an Illuminati bloodline and probably also an occultist at some level, and even involved in practices common man would disagree with, I believe he was a man of honor when it came to politics and taking his job seriously. Being a Kennedy was enough for the International Bankers to sponsor him, thinking he would adjust to the Agenda. But time told them they had made a mistake and put a person in power who refused to abide and had his own ideas, ready to execute them. The same thing goes for his brother Robert, and his son John F. Kennedy Jr., who threatened to reveal the Secret behind Power shortly before he had his “accident”.

It is very interesting to see that all those three people are now dead before their time, while Edward (Ted) Kennedy is still alive, being the one who goes in his father Joe’s footsteps to bring the New World Order into a reality. The attempt to end the Vietnam War (which was a very profitable war for the bankers) by 1965 would severely have cut the profits of the private owned Federal Reserve Bank and the banking establishment.

Then, of course, the fact that both JFK and Lincoln met the same end is a mere coincidence(!)

The Warren Commission, which investigated the killing, consisted of a number of people, who would probably have wanted to see the President dead; one of them was Allen Dulles(!) and another one was the President-to-be, Gerald Ford, a 33° Freemason. Cover-up? Well, the reason people in power are assassinated varies, of course, but is always an indication that other higher powers are at work, often hidden from the public. And today, not many people believe that the assassination was not a conspiracy of some sort.

An investigation also showed that very few people think that the Kennedy assassination will ever be resolved. However, thirty-three years after the Warren Commission was held, former President Gerald Ford, as one of the key members of the Commission, was forced to admit that the Warren Report was fictionalized[4].

An interesting thing, which makes the Federal Reserve theory considerable, is a parallel 98 years from the year JFK was killed. In 1865 another US President was assassinated. His name was Abraham Lincoln. What did he do before the assassination? Well, he created government interest-free money, so called greenback dollars, to pay off the debt from the Civil War. Shortly after he was killed, the greenbacks were taken out of circulation[5]…

Lincoln was well aware of what was happening, as shown in this letter:

    “I see in the near future a crisis approaching. It unnerves me and causes me to tremble for the safety of my country. The money powers preys upon the nation in times of peace and conspires against it in times of adversity. It is more despotic than a monarchy, more insolent than autocracy, more selfish than bureaucracy. It denounces, as public enemies, all who question its methods or throw light upon its crimes. I have two great enemies, the Southern Army in front of me & the financial institutions at the rear, the latter is my greatest foe. Corporations have been enthroned, and an era of corruption in high places will follow, and the money power of the country will endeavor to prolong its reign by working upon the prejudices of the people until the wealth is aggregated in the hands of a few, and the Republic is destroyed.”[6]

[1] Lyndon B. Johnson’s first act on the plane (Air Force One), after being sworn in on the flight [Jackie was standing next to him, still in shock], was to put back into effect the Federal Reserve Act that Kennedy had revoked and paid the one billion buy out clause that was part of that act. Johnson nullified the reason JFK was murdered just so he could be president. He had already set up with the Rothschild’s (International Banker Family) a deal to put him in office if he repealed the nullification of Fed Act.

[2] Click here to see the JFK Executive Order 11110. Also, see the following article for more information: President John F. Kennedy, The Federal Reserve And Executive Order 11110 .

[3] Definition of ‘note(s)’

[4] www.illuminati-news.com/ford-and-warren-report.htm

[5] More on this issue here: http://www.prolognet.qc.ca/clyde/pres.htm

[6] raham Lincoln, letter to William Elkins, Nov 21, 1864 (after the passage of the debt causing National Bank Act [June 3, 1864])

Edisi Khas :Resolusi BPN Untuk Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat !!!


Catatan ini hamba kutip dari laman seorang sahabat. Kerana dirasakan ia berguna untuk semua hamba paparkan semula dilaman ini. Sekadar untuk melihat sebarannya menjadi seluas mungkin.

Edisi Khas :Resolusi BPN Untuk Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat !!!

1. BPN memandang serius saranan Perdana Menteri di laman 1Malaysia ( di sini ) yang mahukan blogger mengamalkan kod etika yang boleh menjadikan mereka dihormati oleh semua pihak. Antaranya :

• Be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information

• Never plagiarise

• Identify and link to sources whenever feasible

• Never publish information they know is inaccurate - and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt

• Distinguish between advocacy, commentary and factual information

• Admit mistakes and correct them promptly

• Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity

• Explain each blog's mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers' conduct

• Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas

• Abide by the same high standards to which they hold others

2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.

3. Budaya ini sangat tidak sihat di dalam usaha Perdana Menteri untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dan sebagai Blogger Pembela Negara kami tidak akan membiarkan blogger seperti ini berada di dalam senarai blog di kalangan 85 ahli BPN termasuk 22 Penyokong BPN. Usaha ini juga akan disokong oleh blogger-blogger yang lain kerana mereka juga meminta BPN memainkan peranan yang berkesan di dalam mengatasi masalah yang semakin membarah ini.

4. Untuk itu BPN mendesak blogger yang dimaksudkan agar berhenti dengan segera dari terus menggunakan pendekatan kasar, kesat di dalam mengkritik/ memalukan pemimpin tertentu termasuk menggunakan perkataan ugutan terhadap Perdana Menteri sehingga menimbulkan suasana tidak sihat di kalangan blogger yang pasti akan menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan di PRU akan datang.

5. Jika tidak, maka kami terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan blog-blog mereka yang melampau dari senarai blog kami dan meminggirkannya dari terus berada bersama kumpulan yang membela agama, bangsa dan negara. Tempoh diberikan sehingga 17 Disember Khamis 11.59 malam pada 1 Muharam 1431.

Mereka juga perlu meminta maaf kepada semua pihak yang dihentam dan memadamkan semua artikel yang telah mengguris perasaan sebilangan pihak yang lain di dalam UMNO dengan kadar segera.

Semoga kita akan menjadi blogger yang menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama dan menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keamanan yang kita kecapi selama ini khasnya di alam siber.

Sekian, terima kasih !

Yang benar,


Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Ahad, 6 Disember 2009

Perbezaan akan terhapus kalau kita pandai mencari persamaan.

Dalam pelayaran dilaman laman FB hamba ketemu satu catatan yang menyangkut paut dengan BTN. Hamba cuba membuat catatan tetapi terhalang. Hamba jelujur masuk simpangan dari link yang ada disitu pun gagal meninggalkan catatan. Oleh itu hamba kembali kelaman ini untuk menurunkan catatan itu. Tengoklah dulu apa pandangan kawan kawan yang membaca catatan ini kiranya ia perlu dikembangkan.


Hamba nak cuba kembali kepada dasar asas. Hakikat yang semua kita kena terima ialah bahawa manusia itu dijadikan berbeza beza tidak lain melainkan agar mereka itu kenal mengenali. Nak kenal kena kaji.

Kajian tentunya melibatkan akal dan persepsi yang berbeza beza lagi. Fahaman dan pandangan yang berbeza beza itulah nak kena dikenali. Kalau dah kenal baru boleh timbang bezanya. Beza beza itulah keindahan.

Ia menjadi indah kalau kita menerima ia sebagai hakikat kejadian Tuhan dan cuba mengkaji rahsia rahsia disebaliknya. Betapa kebenaran itu boleh jelma dalam berbagai rupa dan bentuk dan betapa manisnya proses mencari dan menemui kebenaran itu.

Namun masaalahnya manusia juga dijadikan mempunyai napsu. Napsu menentukan yang benar itu ialah aku dan hanya aku. Maka yang aku faham itu sahajalah yang benar. Apa sahaja yang berbeza adalah salah dan tidak benar.

Menjadi lebih parah apabila pihak lain juga diasak dengan dorongan supaya percaya inilah yang benar dan sebarang yang berbeza itu adalah salah.

Kerja ini menjadi mungkin kerana manusia juga mempunyai sifat sifat malas mengkaji dan mudah mengambil mudah. Mahunya ialah orang lain mengkaji untuknya. Padahal dia juga diajarkan untuk mentiasa menyemak dan mengkaji. Tanggong jawab menyemak dan mengkaji itu adalah tanggong jawab individu. Itulah sebabnya dosa dan pahala juga adalah individu.

Kelemahan manusia dalam menyemak dan mengkaji ini mudah diambil kesempatan oleh orang yang bercita cita besar mahu menjadi besar dengan sokongan bilangan yang besar. Diatas kelemahan inilah maka hamba ingin mengatakan sistem demokrasi itu sebenarnya tidak sesuai bagi masyarakat manusia.

Tetapi apa yang hendak dikatakan kerana kita dilahirkan dengan apa yang sudah berada bersama kita ini sebagai cabaran yang kena dihadapi. Kita kena hadapinya dengan bijak sambil mencari kebijaksanaan untuk membawa kebaikan menjadi bertambah baik. Bertambah benar. Penambahbaikan yang menambahdekatkan apa yang sedia ada ini dengan hakikat kebenaran kena kita tangani dengan bijaksana. Kena difikirkan.

Nah kita berbeza lagi. Seterusnya kita dihambat dan ditambat lagi oleh keangkuhan dan napsu. Lebih parah lagi kita juga ditipu oleh musuh musuh kita yang memang sudah ada sejak Adam dilahirkan.

Peringatan yang ingin sekali hamba sebutkan dalam huraian berliku ini ialah mengenai umat Musa yang telah menipu Harun dan pura pura dengan Musa sendiri. Mereka memang bijak dan akan berbuat apa sahaja untuk mendapatkan apa sahaja yang mereka mahu dan tidak akan puas sehingga mereka mendapat segalanya termasuk keimanan kita terhadap mereka.

929 sebelum Isa dilahirkan mereka sudah mula menghimpunkan cerdik pandai mereka mengatur rencana untuk menguasai dunia. Itulah sebabnya antara 12 orang pengikut rapat Isa dikatakan sudah ada agenor yang dihantar oleh mereka.

Malahannya dizaman Muhammad saw pun ada nama nama sepertu Abdullah bin Ubai yang datang untuk bersama didalam jumaah Islam padahal beliau diam diam menjalankan kerja kerja memecahbelahkan orang orang Islam.

Muhammad saw yang khashaf itu tidak tahu ? Tidak itulah pengajaran yang kita kena amati dan fahami. Fahamlah kalau di zaman Rasullullah pun mereka ada; dizaman kita ini kenalah kita berhati hati.

Perhatikah pecah belah sesama kita atas perbezaan yang digemburkan sehingga gagal kita mencari minat untuk mencari persamaan.

Ingatlah di akhir zaman ini dajal sedang mengerok bumi dan akan keluar untuk menguasai umat manusia.

Kesatuan dan persefahaman sahaja yang akan mampu mempertahankan kita dari terjerumus kesyurga mereka yang sebenar dan sesungguhnya adalah neraka hakiki.

Ketahanan inilah yang cuba dianjurkan oleh BTN semenjak hamba sendiri terlibat dengannya pada tahun 1975 dahulu. Waktu itu BTN belum ada. BTN tertubuh kalau tak silap 1983. Tetapi 1985 ia diletakkan dibawah kuasa Anuar Ibrahim yang telah menyertai kerajaan pada 1982. Hamba pun tidak tahu apa yang berlaku waktu itu.

1997 BTN telah dikembalikan kebawah jagaan Pak Lah dan hamba sendiri baru kembali menjengok jengoknya 1999. Jadi hamba faham dan terlalu sedih apabila kalangan kita juga ikut dalam ikut ikutan memacam macamkan rupa wadah BTN itu.

Hakikatnya ialah kita cuma mencari jalan menambah peluang untuk memperkukuhkan kedudukan sebenar kita semua dalam akaun di Bank Pusat Almahsha.

Sabtu, 5 Disember 2009

Ketuanan Melayu = Suatu Methos ?

Dalam pelayaran siang tadi tiba tiba terserempak dengan satu catatan Hishamuddin Rais di laman Malaysia Kini. Ada perkara menarik mengenai pandangan yang cuba dikemukakan oleh Hishamuddin mengenai cerita yang dikutip dari sastera klasik Melayu. Dan seterusnya menamakan agenda Ketuanan Melayu sebagai Methos yang mustahil.


Hamba merasakan ada keperluan untuk terjemahan itu dilihat semula dari minda yang berbeza dengan asas minda Hishamuddin. Apa lagi apabila catatan itu diberikan tajuk "Siapa mangsa Ketuanan Melayu". Kerana itu hamba kutipkan sepenohnya catatan Hishamuddin itu.  Hamba akan membuat ulasan dari kacamata hamba secara langsung dicelah celah catatan itu. Bahagian tulisan hamba itu akan berwarna merah sementara catatan asal diwarnakan dengan warna kundang.


Malaysia Kini
Siapa mangsa Ketuanan Melayu?
Hishamuddin Rais
Mar 29, 01
9:06am

Al-kesah mengikut kata sahibul hikayat maka muncullah Raja Suran di Bukit Seguntang Mahamiru datang bertemu dengan Wan Empok dan Wan Malini. Maka padi pun berbatangkan tembaga, berdaunkan perak dan berbuahkan emas tanda menyambut kesampaian putera raja keturunan Iskandar Zulkarnain. Cucu-cicit benih Wan Empok dan Wan Malini inilah yang menjadi orang Melayu. Sekian adanya.

Pembaca Sejarah Melayu hari ini tidak perlu menganut fahaman pascamoden untuk menerima kutipan ceritera di atas sebagai sebahagian genre mitos.

Mitos Wan Empok dan Wan Malini dari Bukit Seguntang Mahamiru adalah sebahagian ingatan kolektif manusia Melayu untuk melihat dan merayakan kembali asal-usul keturunan mereka.

Kita patut menyedari bahawa hikayat hikayat Melayu itu tidak harus dilihat  secara literal semata mata. Sindiran simbolisnya adalah unsur lebih penting dan menarik dari itu.  Wan Empok Wan Malini adalah lambang "otak besar dan otak kecil" bermaksud minda analisa dan minda tindak. Bukit Seguntang melambangkan bahagian tertinggi dalam badan manusia iaitu kepala dan Puncak Mahamiru pula melambangkan Takhta Tempat Bertapaknya Iman. Inilah penggerak dan penentu dalam pimpinan Insan. Hikayat ini lebih kepada dorongan untuk memotivasikan jiwa Melayu walaupun kini jarang memahaminya atas menifestasi kejayaan dasar penjajahan yang berbunyi, "penjajahan budaya untuk kekuasaan politik dan ekonomi".

Mitos yang mengaitkan keturunan Melayu dengan keturunan Raja Iskandar Zulkarnain bertujuan memperkuatkan dan menghalalkan pemerintah golongan feudal Melayu di Melaka.

Ia sama seperti Maharaja Jepun mendakwa mewakili tuhan di atas bumi atau mitos Ahmad Reza Pahlavi berasal dari Raja Darius yang memerintah Parsi 3000 tahun dahulu.
 


Kelihatan disini kebencian Hishamuddin terhadap sistem feudal yang masih menjadi sebahagian daripada sistem politik di Malaysia. Kaitan asal usul keturunan raja raja Melayu disini lebih banyak memberi kesan kepada jatidiri jiwa Melayu daripada mengagungkan Raja Raja. Kalau Hishamuddin nak tahu susul galur keturunan Raja Raja Melayu jemputlah membaca buku buku mengenai kesah asal usul Wali Songo yang digalurkan keturunannya sampai ke 5 orang cucu Hassan cucu Rasullullah. Dari keturunan itulah lahirnya; melalui silangan perkahwinan, keturunan Raja Raja Melayu. Ada terdapat beberapa naskah carta susul galur ini dan hamba sendiri pernah meluhatnya di rumah seorang Syed keturunan Al Idrus di Kuala Terengganu. Salinan ini pernah disalinkan oleh Allahyarham Tan Sri Syed Nasir.

 
Mitos diwujudkan dalam suasana budaya dan lanskap politik tertentu. Semua mitos adalah social construction untuk tujuan tertentu. Ada yang bertujuan baik dan tidak kurang juga mitos diwujudkan untuk tujuan jahat.

Bukan kesalahan atau kekolotan untuk mempercayai sesuatu bentuk mitos - jika mitos itu bertujuan merayakan kehidupan. Manusia kuno merayakan seluruh kehidupan mereka berpandukan pelbagai mitos dan legenda.

Hari ini, kemodenan (modernity) telah meretakkan banyak mitos. Ada yang pecah berderai-derai untuk menjadi bahan ketawa. Ada yang masih dipercayai walaupun si penganutnya mengetahui bahawa kepercayaan mereka itu hanyalah mitos.

Kemajuan sains dan kemodenan manusia berjaya memperlihatkan banyak daripada mitos-mitos ini tidak masuk akal dan tidak berdiri dalam alam rasional.

Hamba kena membantah kalau kelahiran sesuatu catatan ceritera itu dikatakan atas tujuan tidak baik. Tujuan diwaktu kelahirannya tetap baik. Yang menjadi nampak seperti tidak baik itu adalah perspektif yang berbeza dari perspektif pencatat dari masyarakat yang malahirkannya. Hamba juga tidak pernah merasa enak menggunakan klasifikasi melulu sebagai mithos kerana perspektif hamba adalah dari pelbagai sudut. Sebagai contoh telah digarapkan satu urutan simbolisma diatas.

Bagaimanapun, keretakan mitos akibat kemodenan itu tidak pula bermakna manusia ketandusan mitos. Manusia moden juga terus mencipta mitos-mitos baru dalam suasana budaya dan lanskap yang baru.

Untuk manusia Melayu, mitos paling moden yang dicanangkan dalam konteks budaya politik hari ini ialah ‘Ketuanan Melayu'.

Kadang-kala mitos yang dianggap sebagai fakta ini timbul terbuka di persidangan separa rasmi. Mitos ini dipungut pula untuk disebarkan melalui media arus perdana berbahasa Melayu.

Sama seperti mitos-mitos kuno, mitos tentang ketuanan Melayu ini sering berjalan secara senyap.

Mitos ketuanan Melayu yang dijual sebagai fakta boleh kita fahami seperti ini: Malaysia asalnya kepunyaan Melayu. Melayu wajib bersatu. Kalau tidak, ketuanan Melayu akan pupus.

Pada satu peringkat Hishamuddin mengatakan konsep Ketuanan Melayu itu "dipungut pula untuk disebarkan melalui media arus perdana berbahasa Melayu". Sedangkan beliau juga berkata, "tentang ketuanan Melayu ini sering berjalan secara senyap". Nampak benar Hishamuddin teraba raba dengan niat untuk memperlekeh dan menyelar. Konsep Ketuanan Melayu ini juga diistilahkan sebagai  mitos yang bukan fakta. Untuk makluman Hishamuddin cernaan konsep Ketuanan Melayu ini sebenar dan sesungguhnya telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Silalah baca sendiri sebelum menyelar melulu begitu. Janganlah menggunakan ayat ayat seperti, "dijual sebagai fakta". Tidak ada dagang jual dalam hal ini ia memang fakta. Cuma kini ia dipersoalkan oleh orang orang yang derhaka sahaja.


Konsep ketuanan Melayu ini amat senang untuk difahami, berbanding mitos-mitos kuno yang mempunyai unsur-unsur misteri, seram dan magis.

Malah jika mitos ketuanan Melayu ini diberi sedikit perhatian, maka akan jelas kelihatan kedangkalan dan lompongnya, hinggakan susah untuk dipercayai lagi.

Konsep mitos ketuanan Melayu itu menjadi bertambah lompong jika mereka sendiri tidak memiliki asas-asas ekonomi dan punca-punca pengeluaran yang boleh mempengaruhi arah dan tujuan budaya politik negara ini.

Memiliki ekonomi bukan bermakna memiliki sebuah warong, satu lot saham amanah Mara atau sebuah Proton Saga. Pemilikan seperti ini adalah pemilikan kepompong. Memiliki kepompong sama sahaja ertinya dengan tidak memiliki apa-apa pun.

Kalau nak dikatak kuasa ekonomi ditangan orang Melayu itu lemah bolehlah hamba setuju. Namun itu bukan lompong dalam konsep Ketuanan Melayu. Itu kelemahan ekonomi yang sejak merdeka telah diusahakan melalui berbagai dasar. DEBdan DPN. Pencapaiannya memang banyak masaalah apa lagi dengan berbagai ganguan dari pihak pihak yang ada hasad dengki dan khianat. Namun ia bukan lompong kepada Ketuanan Melayu tetapi kelembapan pencapaian dalam pembinaan capaian ekonomi setelah lemah dilemahkan selama 446 tahun. Yang menjadikan kedaulatan Ketuanan Melayu itu agak lemah kini ialah sengketa dan perselisihan sesama Melayu dan gangguan dari orang orang yang tiada kesetiaan kepada negara ini.

Asas ekonomi wajib dijadikan petanda utama ketuanan yang hakiki. Selagi asas-asas ekonomi dan punca-punca pengeluaran ini tidak dimiliki oleh seluruh manusia Melayu, tidak mungkin konsep ketuanan Melayu itu wujud.

Malah segelintir manusia Melayu yang "dihebohkan" sebagai pemilik ekonomi hasil Dasar Ekonomi Baru ini hanyalah cukong-cukong yang menjadi kuda tunggangan kaum pemodal yang lebih besar.

Pemodal yang lebih besar inilah yang sebenarnya memiliki ekonomi dan menjadi tuan di negara ini. Dengan modal yang besar mereka boleh mempengaruhi garis, arah dan mengurus lanskap budaya politik di negara yang sarat dengan ketuanan Melayu ini.

Konsep ketuanan ini juga tidak masuk akal dalam budaya politik majmuk Malaysia hari ini. Jika diterima konsep ketuanan Melayu, pasti ada yang menjadi hamba orang Melayu. Jika ada tuan, sudah pasti ada hamba. Tidak ada tuan, tidak mungkin wujud hamba.

Dalam mitos ketuanan Melayu, siapa pula yang ingin dijadikan hamba - manusia-manusia Cina, India, Kadazan, Murut, Orang Asli, Jakun, Temiar atau siapa?

Juak-juak dari pelbagai parti politik yang mencanangkan mitos ketuanan Melayu ini tidak pula berani menyebarkan mitos ini dengan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jadi, ada yang berselindung di belakang nasionalisme sempit dan ada yang berselindung di belakang agama dalam usaha mereka untuk menyebarkan mitos ketuanan Melayu ini.

Ada juga kempen menyebar mitos ini dilakukan dengan tersusun secara "gelap". Ada golongan protagonis politik Melayu dari semua parti secara senyap-senyap berbisik-bisik menyebarkan mitos ini.

Ada juga pencanangan yang lebih tersusun terutama untuk anak-anak muda pelajar universiti. Mereka sering dikumpulkan dalam khemah-khemah rasmi atas biayaan kerajaan untuk mendengar mitos ini. Mereka akan ditakut-takutkan bahawa ketuanan Melayu sedang dicabar dan akan pupus.

Mitos ketuanan Melayu sama seperti mitos raja turun dari langit atau raja sebagai wakil tuhan untuk memperkukuhkan sesuatu golongan atau kumpulan.

Mitos ketuanan ini bukan bertujuan merayakan kehidupan orang Melayu tetapi untuk memperkukuhkan segelintir pemodal Melayu.

Manusia Melayu tidak perlu ditakut-takutkan dengan mitos bahawa ketuanan mereka akan pupus. Manusia Melayu seharusnya dihadapkan dengan fakta dan bukan dengan mitos ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu tidak pernah wujud. Ketuanan yang wujud dalam konteks budaya politik hari ini ialah ketuanan pemodal yang memiliki punca-punca pengeluaran negara ini.

Kaum-kaum pemodal inilah yang sedang menjadi tuan untuk menggariskan pembudayaan anak cucu-cicit Wan Empok dan Wan Malini. Lalu ikan di lubuk mati kehausan, padi di huma kuning mengering. Sawah serelong tinggal sekajang dan tergadailah tanah sekangkang kera.

Kuasa Melayu yang menjadi tuan kepada negara Malaysia sejak dulu hingga kini dan akan datang pun tidak pernah berhasrat atau dihasratkan untuk menapikan hak hak orang lain. Hishamuddin jangan cuba mengelirukan rakyat negara ini. Tidak ada pihak yang akan menjadi hamba seperti hasrat Hishamuddin. Dasar dasar kerajaan ialah untuk membantu golongan yang lemah dengan hasrat untuk membina kesimbangan dalam ekonomi. Itu sahaja. Tiada siapa yang jadi mangsa atau akan jadi mangsa. Janganlah cuba cetuskan kegelisahan, walau pun tuan memang pakar dalam hal itu kerana mendapat latihan dan pengalaman yang luas.



Akhirnya jelaslah bahawa Hishamuddin cuma sekadar mahu menulis dan menyelar sahaja. Dia tidak faham konsep Ketuanan Melayu yang bermaksud tuan kepada negara ini; ia itu Ketua Negara. Kedaulatan Ketua Negara itu cumanya diperkukuhkan oleh kuasa politik yang kini walau pun masih di tangan orang Melayu tetapi ia cukup lemah. Apa lagi dengan gangguan orang orang seperti Hishamuddin itu sendiri. Walau bagaimana pun Ketuanan Melayu tetap akan dipertahankan. Sahabat Hishamuddin yang masih besar cita citanya pun sedang melunsur lemah kini.

Rabu, 25 November 2009

RAJA PROPOGANDIS

"Raja Petra hilang 7 bulan bersembunyi di Melbourne"
Tajuk akhbar muka depan Berita Harian Rabu 25hb. November, 2009.

Raja Propogandis itu rupanya seperti disangka telah keluar dari Malaysia melalui pintu haram ke Thailand dan mengambil penerbangan terus ke Australia: "Maklumat mendapati dia kemudian menggunakan jalan serta dokumen sah untuk ke Australia," 

Persoalannya ialah mengenai keesahan dokumen sesebuah negara. Adakah ia tetap dipandang sebagai sah apabila didapati ia telah digunakan secara tidak sah; iaitu digunakan di negara luar tanpa cop tanda keluar dari immigresyen negara yang mengeluarkannya. 


Persoalan kedua: adakah sesebuah negara boleh nenerima pakai sesuatu dokumen perjalanan tanpa mengesahkan pengguna/pembawanya hadhir kenegara itu secara sah.


Persoalan ini bukanlah bertujuan untuk mencetuskan ketegangan antara negara. Tetapi ada hal lain yang patut rakyat Malaysia yang layak mengundi terutamanya di Kota Siputeh fahami. Bermaknanya di Thailand sana tu keadaannya ialah semua pihak mudah dimanupulasi. 


Hamba menimbulkan perkara ini untuk merujuk kepada satu kes mahkamah di Selangor yang melibatkan pihak tertentu yang tidak percaya kepada keboleh percayaan pakar forensik tempatan lantas telah membawa pakar dari negara luar yang mudah dimanipulasi itu. Rupanya mereka seperti semua orang tahu betapa mudahnya pihak pihak dari sana itu dimanipulasikan untuk keuntungan peribadi.


Sedangkankan bila pakar lain yang jauh lebih menuja tahap keboleh percayaannya dibawa mereka mempersoalkan pula. Soalannya bolehkah kita letakkan harapan dan kepercayaan kepada pihak yang membawa sikap dan perangai yang begitu. 

Wallahuaallam.

Sabtu, 21 November 2009

BANJIR BURUK DISELAMA = Terburuk dalam masa 13 tahun.



Tahniah kepada YB Hamzah yang telah segera memberikan perhatian dan telah juga memberi arahan segera kepada beberapa perkara yang perlu disegerakan seperti diceritakan dilaman one2many. Tahniah juga kepada Pemuda Umno Selama yang telah segera turun padang. Tetapi hati hatilah jangan pula terperangkap dengan pertuduhan pertuduhan seperti pilih kasih, tidak adil, tidak menyeluruh dan sebagainya. 

Tahniah dan terima kasih kepada one2many kerana telah berjaya membentangkan tanggongan derita rakyat jelata ini lengkap dengan gambar gambarnya sekali. 2 keping gambar gambar itu hamba tompang guna di sini. Terima kasih.



    Kami pernah ada pengalaman dimana satu kawasan di Terengganu dilanda banjir yang mungkin lebih parah ketika PAS baharu sahaja menjadi kerajaan disana.

    Ketika itu JKK dan JSR masing masing buat kajian dan senarai keluarga terlibat serta kerugian ditanggong. Beza yang ketara kelihatan dalam kedua2 kajian dan senarai yang patut menerima bantuan.

    Dalam keadaan rakyat jelata yang miskin menanggong musibah tidak tertanggong itu kelompok kelompok politik masih serang menyerang sesama mereka dan cuba menyatakan diri sendiri adalah benar dan pihak lain tidak betul dan tidak adil. (Semuga perkara begini tidak berlaku di Selama; apa lagi kerajaan negeri dan pusat kini adalah sejalan.)

    Ketika itu kami telah berjaya mengumpulkan sekumpulan mahasiswa dari sebuah universiti swasta dan mengaturkan kajiselidik bebas melalui satu NGO.  Akhirnya saranan bantuan kumpulan bebas ini telah diterima pakai oleh Kerajaan Pusat. Percubaan pihak pihak tertentu untuk bermain isu untuk mendapat sedikit untung dalam pancingan politik mendapat malu sendiri.

    Ini adalah satu kes contoh yang mungkin boleh diamati untuk menghasilkan satu cetusan menubuhkan gerakan perjuang syka rela yang ikhlas bagi mengharmonikan keadaan serta mengelak berbagai pertuduhan tidak sihat terhadap pihak tertentu yang merupakan finomina biasa dalam kehangatan gelojoh politik berebut kuasa kini.

    Semuga dapatlah kita mengelak daripada perbezaan dan perselisihan sesama kita untuk menghadapi parah derita rakyat marhain menanggung musibah itu bagi menyampai bantuan sewajarnya. Mereka sedang memerlukan. Cubalah bayangkan betapa tersentuhnya hati hati yang sedang sayu itu menerima belaian simpati dan apa lagi bantuan yang ikhlas ketika parah derita sedang memuncak rasa pilu yang menyayat.


Hamba sekadar melontar satu pengalaman untuk dikongsikan bersama kiranya dirasakan sesuai dan perlu.

Jumaat, 20 November 2009

SPRM tak boleh KERJA LEBIH MASA.


Zaman bebas kini macam macam boleh jadi. Kefahaman hamba pun dikejutkan oleh satu cerita yang hamba baca dari laman Batu vs Kayu. Penulis hanya menurunkan cerita sahaja tanpa sebarang ulasan. Hamba jadi keliru dan tidak faham. Apakah asas asas pertimbangan yang boleh membawa hakim memutuskan bahawa sebuah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk melaksanakan kerja kerja siasatan. Apakah kekesanan kerja siasatan itu mudah dicapai dengan desiplin ketat mengikut masa dan kaedah kaedah yang mudah. 

Hamba percaya ramai kawan yang ada pengetahuan mendalam tentang perkara ini. Bolehkah hamba tompang mendapat kefahaman. Tolong boleh ka ?

KL: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.
Sementara itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini juga membenarkan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan mengisytiharkan bahawa dia telah ditahan dengan salah oleh SPRM.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Ariff Md Yusof.
Beliau memutuskan demikian pada prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan pada 22 Julai lalu oleh Boon Wah selaku pemohon.
Dia menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga dalam saman pemula itu.
Plaintif mendakwa mereka yang disiasat bawak seksyen 30 (1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 09 hanya boleh direkodkan pernyataan sebagai saksi dalam waktu pejabat mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan bukan selepas tempoh yang ditetapkan.
Dengan keputusan tersebut Boon Wah berhak menerima ganti rugi atas penahanan salah SPRM terhadapnya pada pukul 9.45 pagi 15 Julai hingga 2.53 keesokan harinya.
Dengan keputusan tersebut bermakna SPRM tidak boleh menyoal siasat saksi melebihi waktu pejabat. / Bernama.

Kawan kawan yang faham bolehkah menghurai perkara ini. Barangkali ramai juga sahabat sahabat lain juga bersama hamba yang ingin mencari kefahaman.

Dr. Asri = Kertas Pertuduhan Terhadapnya Masih Belum Siap.

Adalah menjadi kebiasaan bagi hamba apabila melayari laman laman dan menemui catatan menarik; hamba kutip dan simpan untuk tatapan peringatan dan mengulangkaji. Maka pada llhb. Oktober 2009 ada satu catatan dari Dr. Asri yang kebetulannya menghadapi pertuduhan kontroversi di Mahkamah Syariah Gombak Timor pagi tadi. 

Hamba perturunkan semula catatan berkenaan untuk tatapan semula kawan kawan. Semuga catan ini dan sebagainya bukanlah menjadi punca beliau kena tangkap walau pun sampai ke pagi tadi pihak pendakwaan masih lagi belum bersedia dengan kertas dakwaan. 

Kita tentulah sentiasa mengharapkan yang baik baik dan benar untuk kehidupan yang aman dan tenteram. Janganlah dalam hal ugama pun kita dikelirukan oleh motif motif selain demi hak dan kebenaran.

Catatan dimaksudkan adalah seperti berikut:
Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka
Disiarkan pada Oct 11, 2009 dalam kategori Akidah
Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Sebagai renungan, cuba fikirkan kenapa kita meletakkan sebahagian kandungan seperti berikut; ?


Khawarij


Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij.


Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:


“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka.


Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).


Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.


Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida ‘Ali bin ‘Abi Talib. Selepas zaman ‘Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.


Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka:


“Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari).


Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi s.a.w memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jamaah mereka.


Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan.


Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya.

Cubalah sama sama kita teliti kalau kalau ada pihak yang terasa perit dengan catatan ini. Dan agaknya marahkah mereka ? Tapi ...  ....  .....

Barangkali ramai kawan ada banyak perkara nak kembangkan dari cetusan ini. Silakan. 

Jumaat, 13 November 2009

Lintas Budaya Malaysia - Indonesia

Beberapa ketika yang lalu kita telah digemparkan oleh amok pemuda dan mahasiswa saudara kita mengenai perkara lintas budaya yang melibatkan tarian pandet Bali, Seni Batik dan berjangkit2. Amok itu akhirnya menjadi melampau2 sehingga semarak gempuran cerita bahawa orang Indonesia akan beramai2 datang ke Malaysia dengan berbagai senjata termasuk buluh runcing.

Kita semua menjadi kebingungan. Namun kita bersyukur keadaan sudah menjadi reda dan malahannya sudah sejuk pun. Semuga pengalaman melalui satu pengalaman yang tidak enak itu dapat kita semua ambil sebagai satu pengajaran. Untuk tujuan itu hamba ingin mengajak sahabat sahabat baik di Malaysia mahu pun di Indonesia untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Marilah kita semua menonton beberapa kerat vedio yang dimuat turunkan di sini. Selepas itu buatlah kesimpulan sendiri. Apa sebenarnya yang berlaku.


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 1



Sahabat sahabat telah tonton sendiri temuramah melalui vedio itu tadi. Temuramah itu bukan dibuat di Malaysia. Jadi ini bukanlah kes bela diri. Kita juga telah didedahkan kepada asal usul serta proses terbitnya tayangan comercial di sebuah stesyen tv negara ketiga itu. Kita sudah jelas apa asalnya dan apa yang berlaku dalam proses yang barangkali boleh dipersoal atau dicurigakan.

Hamba tidak bertujuan untuk mencari siapa yang bersalah atau cuba menunjukkan kemungkinan ada perkhianatan seperti terancang. Hamba cuma ingin mengajak sahabat sahabat baik di Malaysia mahupun di Indonesia untuk menelai sendiri dan akhirnya buatlah kesimpulan sendiri. Temu tanya yang telah divediokan di atas telah dibuat bersempena dengan satu majlis forum yang hamba percaya telah berlangsung di Indonesia. Hamba dibekalkan oleh seorang sahabat yang memperolehinya dari alam maya. Dengan harapan untuk kita memahami intipati dalam hal terbabit dengan lebih jelas marilah kita seterusnya mengikuti apa yang berlaku dalam forum berkenaan.

Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 2


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 3


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 4


Maafkan hamba kerana vedio yang terlalu panjang ini tidak hendak hamba editkan. Maka supaya lancar tayangan yang dibentangkan hamba keratkan kepada keratan tidak beredit. Tontonlah keratan berikutnya sehingga sempai ke kesimpulan oleh moderator forum serta ahli2 panel yang bijaksana. Semuga kita berjaya menompang untuk menjadi lebih cerdik setelah mengikuti pandangan pandangan dari ahli ahli yang berilmu ini. Silakan sahabat sahabat mengikuti keratan seterusnya:

Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 5


Malaysia tidak pernah klaim budaya Indonesia!!! Part 6


Itulah hasil pandangan daripada ahli ahli yang bijaksana. Tokoh tokoh ilmuan kita. Syukur kita kerana masyarakat kita masih mempunyai tokoh tokoh seperti bapak bapak sakalian. Semuga kita tetap berterusan terpelihara daripada tersalul tanggapan tersalah kefahaman sehingga tersilap dalam pengurusan emosi. Inshaallah.

Setelah menonton semuanya hamba ada satu permohonan kepada semua saudara serumpun di Malaysia, Indonesia dan lain lain lagi semuga kita sentiasa ingat bahawa kita adalah satu rumpun bersaudara yang tidak wajar berhangatan dan berbalahan. Salah dan silap sama sama kita maafkan. Yang tidak jelas sama sama kita cari penjelasan. Seterusnya kita juga harus sedar bahawa dalam dunia yang sudah menghampiri hujungnya ini: kita berhadapan dengan berbagai bentuk musuh. Namun mudah mudahan kita tetap selamat dengan kita pandai dan bijak mengenali saudara dan kawan disebalik musuh dan lawan.

Hamba seterusnya memohon saudara saudara hamba di seluruh alam Melayu ini agar bijak mengurus emosi dengan menggunakan ilmu serta sikap yang sentiasa terbuka kepada proses keilmuan. Dipohon juga agar kita semua jangan mudah melenting terhadap apa sahaja. Zaman kini bukan lagi zaman tulang besi urat dawai. Zaman ini ialah zaman tulang plastik urat getah. Inshaallah.

Rabu, 11 November 2009

Sweep Malaysia = Apakah Masaalah Sebenarnya.

Beberapa ketika yang lalu kita telah digemparkan oleh amok pemuda dan mahasiswa saudara kita sendiri dari Indonesia mengenai perkara yang sebenarnya adalah masaalah lintas budaya yang melibatkan tarian pandet Bali, Seni Batik dan berjangkit2. Amok itu akhirnya menjadi melampau2 sehingga semarak gemburan cerita bahawa orang Indonesia akan beramai2 datang ke Malaysia melalui berbagai cara dengan membawa berbagai senjata termasuk buluh runcing.

Namun kini keadaannya sudah reda dan malahan sudah sejuk pun. Kita tidak faham tentang apa sebenarnya sudah berlaku. Jadi selalu selalulah ikuti laman ini. Inshaallah akan di muat turunkan beberapa kerat klip vedio yang menarik. Jangan ketinggalan.
.

Selasa, 3 November 2009

SIFAT DAN TABIAT MANUSIA


Hamba tiba tiba teringat kepada konsep yang pernah dibentangkan oleh KT Tan yang menjadi Pengarah Sumber Manusia Public Bank sejak mula bank itu ditubuhkan sehingga ia menjadi konglomerat yang besar dan menyerap beberapa bank lain semasa kita menghadapi proses penggabungan bank bank bagi menghadapi cabaran cabaran zaman globalisasi ini. Konsep itu telah dibentangkan oleh Mr. Tan dalam bukunya bertajuk "Releasing from traped mind"  Konsep yang dibentangkan berpenunggulkan gabungan huruf berikut:

B A C H A.

B  = Blind spot. Dalam usaha kita melihat sesuatu pasti ada sudut pandangan yang gagal kita temui. Maka akan adalah rahsia terselit yang kita masih tak nampak. Jesteru itu kita yang cuba melihat kenalah cuba berkeliling arca yang sedang dikaji dan cuba intai intai segala yang terselit dan tersorok untuk memahami segala permasaalahan. Memahami segala barulah keseimpulan menjadikan rumusan kita paling bijak untuk membuat keputusan paling tepat.

A = Assume. Biasalah kalau orang luar menjadi perumus paling mudah dari andaian sekadar kadar. Orang luar memang punya maklumat terhad dan sengkat. Tetapi malanglah kalau orang dalam yang terlibat juga mengambil kesimpulan dari himpunan maklumat yang tidak diteliti sempurnakan. Perkara ini biasa berlaku dalam banyak situasi dan sebab kerana lumrah manusia tentulah mudah percaya kepada apa yang dia sedia tahu. Lebih parah kalau manusia itu mudah percaya kepada apa yang dia sentiasa rasa.

C = Complacence. Atau selesa. Siapa yang tidak suka memilih untuk senang senang. Nak senang kenalah bersikap ambil mudah. Terima sahaja seadanya sebagai sudah memadai. Tidak perlu mengkaji dan meneliti lagi. Inilah sikap yang kena dielakkan. Inilah musuh dalam diri yang biasa menjadi penghalang kepada pembinaan kejayaan / kecemerlangan.

H = Habit. Iaitu tabiat. Tabiat orang yang nak jadi bijak hendaklah sentiasa menolak rasa selesa; suka meneliti dan selalu melihat segala isu dan masaalah dari segala sudut. Memahami isu / masaalah secara menyeluruh dan mendalam. Sifat sifat ini mendaklah bukan sekadar dibuat buat. Ia hendaklah menjadi tabiat. Untuk menjadi tabiat ia kenalah sentiasa tubi dilatih.

A = Attitude. Sikap. Sikap yang sentiasa cuba memahami sebarang isu / masaalah secara menyeluruh dan mendalam dengan cara mengkajinya dengan teliti mendalam dan berkeliling dari segenap sudut pandangan akan membina menjadi tabiat. Maksudnya kita hendaklah bertegas dengan sikap untuk tidak mudah mengambil mudah; meneliti segala sesuatu secara melihat dan mengkaji dari segala sudut pandangan sehingga ia menjadi tabiat.


Mudah mudahan kita semua terlepas dari sifat dan tabiat mudah membuat kesimpulan dan apa lagi keputusan yang memandu kita kepada tindakan. Takut nanti kita jugalah kelak yang kena menanggong akibat dari tindakan yang tidak bijak; apa lagi salah. Takut kelak anak cucu kita yang kelak terpaksa menanggong derita akibat dari tidak bijaknya keputusan dan tindakan kita.

Isnin, 2 November 2009

Yadim Kehilangan Potensi Pimpinan Yang Hebat





Antara ulamak yang mempunyai paling ramai pengkagum kini ialah bekas Mufti Perlis Dr. Asri. Baru baru ini beliau dkhabarkan sebagai menerima tawaran untuk mengepalai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Ramai orang meletakkan harapan yang besar agar beliau menerima pelawaan itu kerana dirasakan peranan itu termat memerlukan kewibawaan beliau. 

Rupa rupanya beliau menolak. Hamba menjadi tidak faham kerana hamba tidak tahu puncanya. Kini barulah hamba faham. Beliau terkilan kerana difitnah oleh suara resmi sebuah NGO yang sepatutnya dihormati oleh ramai juga. Namun apabila terlaksana fitnah bodoh itu habislah kehormatan masyarakat terhadap NGO itu. 

Barangkali ahli ahlinya harus memikirkan sesuatu tindakan wajar diambil untuk mengembalikan pengiktirafan masyarakat umum terhadapnya kerana dengan kepimpinan yang ada itu reputasinya sudah musnah dimamah oleh keyakinan orang ramai terhadap kejujuran dan pengiktirafan terhadap Dr. Asri. 


Sekali sekali terfikir juga hamba sama ada Dr. Asri telah merajuk kerana kecil hatinya. Fikir punya fikir mungkin juga tidak kerana arus kehidupan memang begitu. Hamba sendiri pun semenjak 12 tahun yang lalu telah membuat keputusan untuk tidak tersangkut dengan sebarang jawatan. Malahan hamba telah sekaligus mengambil pendirian untuk tidak mempunyai sebarang perniagaan juga; dan telah menamatkan operasi beberapa syarikat yang hamba miliki. Itu hamba yang kecil ini. Yang tidak mampu pun untuk memberi cetusan yang boleh disedari orang. 

Kalau dengan wibawa dan potensi Dr. Asri yang hebat itu tentulah musuh lumrahnya banyak dan boleh mengirim keganasan melalui pelbagai rupa dari pelbagai arah. Serangan bodoh dari PGSM yang mengakibatkan gurisan bernanah dihati Dr. Asri itu adalah satu contoh sahaja. 

Maka hari ini hamba menjadi yakinlah akan kebijaksanaan keputusan Dr Asri itu disamping menjadi bertambah yakin juga dengan keputusan hamba sendiri untuk mengelak dari sebarang jawatan dan perniagaan juga. 

Cuma hamba terpaksa sekali sekali menjual harta sedia ada untuk meneruskan perjuangan. Diharapkan banyak pihak akan silih berganti menjaga kebajikan Dr Asri supaya beliau tidak terpaksa menanggong beban seperti hamba. Beliau itu terlalu penting untuk ugama, bangsa dan tanah air.


Dengan harapan agar para pembaca memahami dengan lebih jelas akan perasaan Dr. Asri sehingga mengakibatkan beliau kelihatan seperti merajuk itu hamba salinkan dua catatan keluhannya yang hamba chedok dari laman Penghuni Gua (Terima Kasih PG).


Itulah resam perjuangan, tuduhan dan fitnah menghiasi perjalanan. Saya tidak terkejut apabila PGSM dalam laman web membuat memorandum fitnah kepada Yang di-pertuan Agong membantah saya. Dalam memorandum yang kononnya disokong oleh beberapa NGO itu antaranya menyebut:

“Beliau juga tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadis yang diriwayat oleh Imam Bukhari”. Bahkan fitnah lebih dahsyat daripada itu disebut:

“Beliau juga mencerca para ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka”. Astaghfirullah, di manalah bukti mereka dalam hal ini. Adakah mereka dapat buktikan dari tulisan atau ucapan saya. Tidakkah mereka rasa takut di mahkamah Allah dengan tuduhan sebegini.

Lebih hairan lagi, tidakkah sebagai persatuan peguam mereka sepatutnya mendapatkan bukti terlebih dahulu, bukan terpengaruh dengan pihak-pihak tertentu yang memberi maklumat palsu. Namun, ini tidak pelik. Ia telah berlaku sebelum ini, ia akan berulang dan terus berulang.

Kita boleh berbeza pendapat. Sama ada saya atau sesiapa pun bercakap atau tidak, dunia globalisasi ini akan mendedahkan rakyat kepada berbagai-bagai maklumat. Namun, memfitnah orang, apatah lagi atas nama NGO Islam adalah tidak wajar.

Memfitnah termasuklah dalam soal dosa dan pahala. Allah melarang kita menerima maklumat yang disampaikan oleh orang lain melainkan setelah diselidiki. Firman Allah: (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (Surah al-Hujurat, ayat 6).

Dan seterusnya satu lagi keluhan Dr. Asri yang (juga hamba petik dari laman PG) yang di catat oleh: 

Hazirah Che Sabmailto:Sabzeehan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, berkata beliau tidak akan menerima jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang ditawarkan kepadanya berikutan kontroversi yang timbul daripada memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong membantah pelantikan itu.

Pada sidang media di rumahnya di Petaling Jaya, dekat sini, malam tadi, beliau mendakwa, jawatan itu ditawarkan kepadanya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom, pada Ramadan lalu dan sekali lagi ketika dijemput memberi kuliah pada Kursus Orientasi Perdana anjuran Umno di Janda Baik awal bulan lalu. “Dakwaan yang dibuat terhadap saya dalam memorandum itu adalah satu pembohongan dan fitnah. Ia adalah tuduhan yang sangat besar membabitkan maruah saya dan boleh memecahbelahkan umat Islam.

“Sebenarnya saya langsung tidak terfikir mengenai jawatan itu apabila ditawarkan. Saya belum membuat keputusan dan masih menimbangkannya tetapi dengan apa yang berlaku sekarang saya sudah tidak berminat lagi dengan jawatan itu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan itu juga selepas mendapatkan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat lebih baik beliau menjadi suara ketiga daripada memegang jawatan dalam mana-mana agensi kerajaan. Dalam memorandum berkenaan yang salinannya turut diedarkan Dr Mohd Asri kepada media, persatuan berkenaan mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, mencerca solat hajat dan menolak hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari.

Memorandum itu turut mendakwa Mohd Asri mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali. Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, Mohd Asri turut mencabar PGSM mengemukakan bukti beliau mencerca Imam Ghazali dan Imam Nawawi serta menolak hadis Imam Bukhari melalui ucapan atau tulisannya.

“Saya tidak kisah jika mereka ingin menghantar memorandum kerana itu hak mereka dan saya juga boleh menerima jika mereka mengkritik pandangan saya dan berkata pandangan saya berlainan daripada ulama lain. Tetapi apa yang terkandung dalam memorandum itu satu fitnah dan pembohongan. “Sebab itu saya rasa perlu memanggil sidang akhbar ini untuk membuat penjelasan,” katanya yang mengakui mengetahui apa disifatkannya sebagai ‘dalang’ di sebalik memorandum itu.

Katanya, beliau belum terfikir untuk menyaman PGSM tetapi mencabar mereka mengemukakan bukti dakwaan dalam memorandum itu dalam masa seminggu. Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti politik, Mohd Asri berkata, pada masa ini, beliau tidak berminat. “Saya pernah dipelawa menyertai Umno dan Pas sebelum ini tetapi saya tidak berminat. Buat masa ini saya lebih selesa menjadi suara ketiga tanpa menyertai mana-mana parti politik,” katanya.



Jawap beliau di atas sekaligus memberi keputusan terhadap berita berkepentingan yang disebarkan oleh pihak pihak berhajat tertentu. Kita semua sudah kenal pihak itu yang memang cekap memikat dengan lunak janji dengan manis kata mereka. Namun jawapan sudah jelas kini. Perkara ini harus disebarkan seluasnya kerana sedikit sebanyak cerita cerita begitu menjejaskan nama baik Dr. Asri yang hebat itu. Biarlah kehebatan itu kekal berterusan untuk tetap bertahan gah dalam menyampaikan kebaikan tersendiri kepada umat seluruhnya. 

Inshaallah.