3 hari lepas tersebar pula cerita ada markas pemuda pas kena serang oleh kira kira 200 orang Pemuda UMNO bermotorsikal.
Salahuddin Ayub membuat pemgumuman itu. Ada gambar gambar pula. Tetapi apabila ditelitikan gambar itu kecurugaan mula menerpa. Namun apalah daya kita; kita tidak berada dilokasi semasa kejadian untuk menidak atau mengiakan. Jadi tinggal curuga sahaja la.
Dalam gambar itu ada dua jalur tetasan pada baju berwarna merah yang dikatakan bekas kena tetak dengan parang. Kira hebat jugalah pemakainya kerana kulitnya tidak menetas pun. Koyak dibaju itu agak panjang yang menunjukkan kalaulah ia bekas kena tetakan parang; penetak tentunya bukanlah calang calang orang. Sebab kalau sekadar hentakan hayun sahaja tetasan baju itu tentulah tidak sepanjang itu dan begitu rupanya.
Penetaknya tentulah cukup mahir dengan teknik tetak dan tarik/hiris dan ada dua pula jalurnya. Maknanya ketangkasan penetak itu cukup hebat sehingga sempat diulang tetak tarik dalam kedudukan yang tidak beranjak. Petunjuk kepada hal ini adalah kerana jalur tetasannya selari dan demikian bentuknya.
Lebih mengkagumkan lagi apabila tetakan tarik/hiris itu tidak meninggalkan kesan luka pada kulit pemuda yang kena tetak itu. Ini bermakna kekebalannya bukanlah sebarangan kebal. Khabarnya kalau setakat kebal besi kuning tetakan tarik itu boleh menetas setidaknya kulit ari. Itu belum dikira lagi kehebatan penetaknya. Mengikut tanda tanda yang dapat dilihat pada gambar itu kalaulah benar ia adalah hasil tetakan penetaknya juga tentulah hebat orangnya.
Masaalah dan kekeliruan selesai apabila hamba terjumpa pula gambar yang satu lagi. Nampak muka ada darah yang mengalir dari atas kepala. Maknanya yang kena tetak itu luka juga. Maka terjawablah persoalannya. Terdedahlah penipuan nyata itu. Nak menipu tak kaji betul betul.
Malam ini tadi hamba pun berkesempatan menonton berita dan sempatlah melihat Ketua Polis Negeri Sembilan sendiri bercakap. Katanya tiada lapuran pun dibuat mengenai hal itu. Kerana itu beliau seterusnya memaklumkan bahawa Salahuddin telah dipanggil untuk diambil keterangan. Nampaknya pembohongan ini memakan diri.
Seterusnya hamba pun terfikir pula. Kalau Salahuddin tak hadhir untuk memberi keterangan, polis boleh mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana beliau telah sekaligus menuduh polis tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap kes itu. Apakah Salahuddin akan dilindungi dalam kubu kebodohan taksub orang orang pas yang telah dihantui juga oleh DAP dan PKR.
Mashaallah benar benar mencari sebab yang sengaja nampaknya mereka ini.
Dah la :
SEMUA ORANG DAH TAHU DAH.
.
Pakar...... memang pakar puak-puak munafik PAS buat filem drama..... kalau tak pun mungkin mereka telah di bawa ke Indonesia oleh Anwar untuk belajar ilmu kebal.....
BalasPadamKalau benar pun ilmu kebal jangan ia sampai kepada sebarangan orang. Yang benar sekali pun tersalah bawa menjadi syirik nanti. Dan tengok lah rupa dan "outfit" budak tu. Mashaallah... habis benda nak disalah guna.
BalasPadam