Semua pihak sungguh seronok dengan kemenangan cemerlang di Kawasan N 31-DUN Bagan Pinang. Fahamlah hamba kerana kita semua dah lama tertekan oleh 7 PRK yang lepas. Sepatutnya kita tidaklah tertekan sangat kerana kalau ditelitikan dengan cermat kita sebenarnya nampak pergerakan angka angka sebenarnya menjurus kepada perubahan.
Cuma ada perkara lain yang tersirat. Itu pun sebenarnya kita faham dan sebenarnya kita tahu. Kita tahu ada pihak pihak lain yang kena mengambil tindakan secara kebijaksanaan mereka sendiri. Dan kita sedang membelai urut masaalah itu. Maka tenang amanlah kita semua dengan doa dan usaha berterusan.
Hamba cuma sedang memerhatikan satu kesimpulan umum yang bertalu talu dihambur ulang sehingga gemanya ikut berkumandang didendangkan berulangan sampai ke Perhimpunan Agong yang masih berlangsung kini. Seolah olahnya kita meletakkan sebab dan punca kemenangan di Bagan Pinang itu kepada satu hal sahaja. Dan hal itu pula disempitkan kepada "pilihan Bahagian".
Hamba tidak ingin menapikan perakuan ini kerana memang ada benarnya. Namun janganlah kita letakkan hakikat itu menjadi mutlak sehingga menapikan faktur serta kemungkinan kemungkinan lain juga. Apa lagi di Bahagian lain pada masa lain dengan suasana persekitaran dan latar belakang yang lain nanti. Kita bukan miskin pengalaman tentang suasana suasana di berbagai rupa dan bentuk permasaalahan di Bahagian2. Jadi janganlah hendaknya kita klausa matikan satu ayat begitu sehingga ia menjadi syarat wajib.
Pada hamba kemenangan sebenar di Bagan Pinang itu ialah kerana TS Isa itu sebenarnya adalah pilihan rakyat ditambah oleh faktor faktor lain yang kebetulan kena pada masanya.TS Isa adalah Pilihan pengundi Bagan Pinang. Suara UMNO Bahagian Bagan Pinang adalah kebetulan sebenarnya menyampaikan suara pilihan pengundi. Kalau kita hukumkan pilihan bahagian sebagai hukum yang terkanun, kita akan terdedah kepada kesilapan dalam keadaan yang berbeza di tempat lain pada masa yang lain dalam latarbelakang yang berbeza kelak.
Mungkin bijak kalau kita serukan supaya suara dari bahagian menjadi faktor utama dalam pemilihan calun.
Salam bro,
BalasPadamKita kena fikir juga, zaman Tun Mahathir menjadi Presiden, jika sesuatu penyelewengan berlaku dikalangan Ahli UMNO, kalau buat keputusan tidak akan berbelah bahagi...... Era Tun Abdullah, hanya Isa saorang dikenakan tindakan, sedangkan ada 2,3 orang lagi yang lebih dasyat dari Isa, oleh kerana sesuatu agenda, Isa jadi kambing hitamnya..
Mengapa era Tun Abdullah, UMNO nampak lemah ? Kerana terlalu banyak perkara yang tidak berlaku semasa era Tun Mahathir berlaku di era Tun Abdullah, contoh mudah : Berapa ramai wakil-wakil rakyat di pilih bukan mengikut kehendak masyarakat setempat, ada sesetengah itu, jadi ahli UMNO tak sampai 6 bulan sudah dipilih jadi calon, janji ada hubung kait dengan Tun Abdullah, tidak kira peransaan rakyat setempat....
Budaya mengenang budi terhadap kepimpinan lama juga dihapuskan, sudahlah menjadi calon dalam kawasan orang lain, perasaan masyarakat setempat tidak dihurmati langsung. Perkara seperti ini tidqak pernah berlaku di era Tun Mahathir, sebab itu UMNO kelihatan gagah dan perkasa....