Diam diam hari ini dah 10hb. Besok adalah hari mengundi untuk kawasan DUN - N 31 - Bagan Pinang. Kebanyakan pengundi sudah membuat keputusan masing masing. Keputusan untuk memberi undi kepada calun dari parti mana. Walau barangkali masih ada juga yang membuat keputusan untuk tidak keluar mengundi. Hamba ingin mengulangi laungan ramai pemimpin bahawa mengundi itu adalah satu tanggong jawab rakyat terhadap negara.
Memang satu tanggong jawab kerana kalau kita memilih pihak yang tidak benar benar layak untuk memberi manfaat, keselamatan, keselesaan serta kemudahan kehidupan jasmani serta rohani kepada masyarakat. Pengundilah yang membuat kesilapan. Akibatnya pengundi yang bertanggong jawab mengundi itu kena tanggung di dunia dan tidak terlepas juga di akhirat nanti. Kita tidak bercakap mengenai tanggong jawab kerana itu tanggongan dia; kita bercakap di sini mengenai kita pengundi.
Memang satu tanggong jawab kerana kalau kita memilih pihak yang tidak benar benar layak untuk memberi manfaat, keselamatan, keselesaan serta kemudahan kehidupan jasmani serta rohani kepada masyarakat. Pengundilah yang membuat kesilapan. Akibatnya pengundi yang bertanggong jawab mengundi itu kena tanggung di dunia dan tidak terlepas juga di akhirat nanti. Kita tidak bercakap mengenai tanggong jawab kerana itu tanggongan dia; kita bercakap di sini mengenai kita pengundi.
Yang melaksanakan undinya kalau betul akan untung dan kalau tidak betul kenalah tanggong. Yang tidak melaksanakan undinya juga tidak terlepas; kerana kalau keputusan akhirnya memberi kemenangan kepada yang tidak sepatutnya; kemenangan itu adalah kerana dia tidak melaksanakan tanggung jawabnya. Tak pasal pasal tak buat apa apa pun kena tanggong juga.
Kalaulah akibat dari keputusan memberi kemenangan kepada yang tidak sepatutnya itu, ramai orang menaghadapi kepayahan jalan pecah tidak berturap, peluang berniaga dan bekerja tidak tersedia, kebajikan yang memerlukan tidak terjaga, kemudahan pembelajaran tidak disempurnakan, kemudahan keperluan asas tidak lunas dan berbagai tuntutan keperluan kehidupan masyarakat tidak diberi perhatian. Itu adalah akibat dari undi yang silap atau tidak melaksanakan undi.
Kepayahan (kalau ada) ditanggong oleh seluruh masyarakat akibat dari individu yang silap buat pilihan atau tidak laksana tanggong jawab mengundi walau sekecil mana pun dosanya adalah dosa terhadap setiap orang yang terlibat. Bila didarab dengan jumlah orang terlibat tentulah sudah menjadi besar juga beban yang kena ditanggong.
Kerana itulah hamba ingin mengambil kesempatan terakhir ini untuk memberi peringatan kepada semua mereka yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan N- 31 - DUN Bagan Pinang janganlah lalai. Keluarlah mengundi esok 11hb. Okt. 2009. Keluar awal supaya jangan terdesak.
Para jentera yang sudah terlantik dan telah menerima lantikan itu janganlah alpa. Berilah segala kemudahan dan keselesaan kepada mereka yang nak keluar mengundi itu. Elaklah dari sebarang ketegangan dan kesesakan.
Pesanan ini hamba rasa perlu kerana ada pihak yang hemba tahu memang suka cari peluang untuk cetuskan ketegangan dengan berbagai cara. Terutamanya apabila mereka sudah jelas akan tewas. Kalau boleh mereka mahu buat masaalah sehingga pengundi:
takut nak keluar mengundi
tidak boleh keluar mengundi
berlaku kecohan sehingga PRK itu dapat dituntut sebagai tidak sah.
Budak upahan ini tak buat lapuran polis pun yang buat lapuran adalah orang lain yang tunjukkan kecederaan kecil kata polis.
Sebenarnya mereka sudah mula menggarapkan sebab untuk dibuat sandaran kalau sekiranya akan berlaku yang tidak baik. Mujurlah juga pihak polis cepat dan bijak mematahkan cetusan yang cuba diciptakan oleh Salahuddin Ayub itu.
Ini belum lagi kita melihat provokasi terhadap SPR.
Ini adalah ajaran pakar penasihat Anuar Ibrahim
dan juga tunjuk ajar yang pernah diterima oleh Hadi Awang dari Rusia ketika beliau menuntut di Timor Tengah dahulu.
Maka hati hatilah wahai pengundi Bagan Pinang. Maka wahai pengundi Bagan Pinang pilihlah yang betul betul; bukan yang menyusahkan yang suka menyusahkan.
Selesaikan kerja kalian awal awal.
mereka yang mendapat amanah mengundi perlu laksanakan dengan amanah juga.
BalasPadamjangan sebarang pilih takut kampung tergadai kerana pakatan rosak diberi lebih kuasa..
menang majoriti yang melampau-lampau! sekaligus menengelamkan Calon PAs yang tidak berkaliber itu... :) BN sudah mula mara...!
BalasPadamSederap kita bergerak
BalasPadammara kepuncak menara
membina gemilang bangsa
untuk semua
1 Malausia.