Sabtu, 17 Oktober 2009

Gerakan Memperkasa Pemimpin....

Berdasarkan catatan hamba yang terdahulu dalam tajuk "Calun Pilihan Bahagian ?" seorang sahabat setia memberi pandangan biasa tetapi menarik pandangan hamba. Terima kasih, tuan membantu hamba untuk berfikir lebih jauh dan sekaligus meyakinkan hamba bahawa perbincangan ini berguna. Terima Kasih sekali lagi. Nyatanya dari pandangan itu hamba menjadi teringat kepada beberapa perkara berkaitan dengan pegangan nilai sendiri dalam hal menelai kepimpinan serta kenegarawanan dan sekaligus teringin untuk berkongsi sengan kawan kawan. Manalah tahu kita akan dapat belajar dan mencari kefahaman lebih jauh lagi dengan perbincangan ini.
 

Hamba harap tidaklah menjadi halangan bagi tuan yang berkenaan kalau hamba mengambil pandangan tuan itu sebagai asas untuk membuahkan perbincangan lanjut yang mungkin berguna untuk mencari keharmonian nilai lebih bersama antara kita sesama sahabat. Perbincangan ini bukanlah satu perbahasan. Ia adalah satu pengembangan ilmiah dengan harapan untuk mencari pencapaian lebih jauh dan mendalam serta murni. Untuk tujuan itu rasanya adalah menjadi lebih praktis kalau hamba perturunkan semula pandangan itu di sini:

Kita kena fikir juga, zaman Tun Mahathir menjadi Presiden, jika sesuatu penyelewengan berlaku
dikalangan Ahli UMNO, kalau buat keputusan tidak akan berbelah bahagi...... Era Tun Abdullah,
hanya Isa saorang dikenakan tindakan, sedangkan ada 2,3 orang lagi yang lebih dasyat dari Isa,
oleh kerana sesuatu agenda, Isa jadi kambing hitamnya..

Mengapa era Tun Abdullah, UMNO nampak lemah ? Kerana terlalu banyak perkara yang tidak berlaku semasa era Tun Mahathir berlaku di era Tun Abdullah, contoh mudah : Berapa ramai wakil-wakil
rakyat di pilih bukan mengikut kehendak masyarakat setempat, ada sesetengah itu, jadi ahli UMNO
tak sampai 6 bulan sudah dipilih jadi calon, janji ada hubung kait dengan Tun Abdullah, tidak
kira peransaan rakyat setempat....

Budaya mengenang budi terhadap kepimpinan lama juga dihapuskan, sudahlah menjadi calon dalam
kawasan orang lain, perasaan masyarakat setempat tidak dihurmati langsung. Perkara seperti ini
tidqak pernah berlaku di era Tun Mahathir, sebab itu UMNO kelihatan gagah dan perkasa....

Cara melihat kebelakang dengan perspektif begitu juga penting untuk mencari jalan dalam mencari
penyelesaian terhadap sesuatu masaalah. Namun bagi hamba kita kena melihat dengan cara yang
lebih menyeluruh dan mengusul cari sebab musabab kenapa sesuatu itu berlaku begitu. Sebab bukan menjadi tujuan kita untuk mencari kekurangan atau kelemahan seseorang pemimpin. Kita nak fahamai sebaik baiknya kenapa sesuatu masaalah itu berlaku untuk panduan dalam mencari penyelesaian masaalah.

Hamba agak skaptikal untuk merumuskan dengan mudah bahawa ramai calun terbang telah membawa akibat kekalahan pada 2008 sedangkan pada 2004 ramai juga calun gantian membawa kemenangan menakjubkan. Maka contoh mudah itu tidaklah dapat diambil pakai sepenohnya dengan begitu mudah. Hamba lebih cenderung kepada mengkaji secara keseluruhan proses, termasuk latar belakang suasana gelombang emosi yang bertiup pada sesuatu masa. Gelombang itu pun ada sebab musababnya yang
berbagai juga punca yang kena diteroka. Kadang kala gelombang itu adalah juga hasil dari perancangan pihak tertentu.

Hamba masih ingat dengan akibat gelombang 1999 yang melanda maruah UMNO dengan begitu parah. Ia bukanlah bermula dari 1998. Malahannya telah dimulakan oleh gerakan tertentu semenjak era menjatuhkan Tun Ghaffar dan mula menjana halajunya sebaik sahaja selepas Tun Ghaffar berjaya ditumbangkan. Bermula dari ketika itu pihak pihak yang licik merancang arus politik negara memang sudah dibayangi kebimbabgan terhadap kekuatan dan kehebatan DS Najib. Maka dalam tinjauan tinjauan yang dimuktamadkan rumusannya oleh Tun Mahathir; Mr Clean iaitu Tun Abdullah telah dinamakan sebagai penggantinya.

Semangat (emosi?) para pengundi termasuk pemimpin UMNO sendiri yang banyak terpengaruh dengan kebencian dan kemarahan terhadap pimpinan yang sudah sekian lama terleret masih lagi membakar. Maka ramailah antara mereka yang tidak bernasib baik menjadi sasaran. Yang kebetulannya terbelit dalam sasaran itu digantikan walau pun ramai antara mereka berjaya berdiri tegap dalam kubu yang telah dibina kukuh. Namun pengundi yang ramai pada masa itu sebenarnya telah meletakkan ramai antara pemimpin yang digantikan itu dalam senarai kebencian dan kemarahan merika. 


Sebenarnya ini semua adalah hasil dari kerja menabur kebencian oleh pihak tertentu yang telah berjaya menerobos kedadarasa rakyat dan orang UMNO sendiri pun. Maklumlah UMNO yang jumlah keahliannya berjumlah lebih 3 juta itu kurang bijaksana dalam GSPS. Walau bagaimana pun keadaan itu telah berjaya dipintas oleh proses pemilihan calun pada ketika itu (walau pun ada beberapa gantian sebenar pada masa itu tidaklah begitu menepati). Namun kebencian dan kemarahan pengundi telah berjaya ditawari dengan gantian calun yang ada antarnya diterbangkan dari luar UMNO sendiri. Pihak penyebar api kebencian tidak sempat mengolah tala semula kebencian itu kepada gantian calun kerana beberapa tindakan persediaan telah dibuat sebelum itu.

Inilah petanda menunjukkan bahawa kejayaan cemerlang pada 2004 itu banyak disumbangkan oleh calun terbang. Ini tidak pula menapikan faktor faktor lain yang sebenarnya adalah sama penting apa lagi rasa serik pengundi atas pagar termasuk orang UMNO sendiri yang telah tersilap mengundi bukan UMNO pada 1999. Senario ini digarapkan untuk menunjukkan bahawa kajian hendaklah jangan diasas pada faktor yang terhad. Maka fatwa mudah tidaklah boleh disimpul mati. Bukan tidak boleh disimpul, tetapi jangan disimpul mati.

Serupalah juga bila kita membaca satu ayat dari al quraan. Kita kena kaji dulu sejarah turunnya, situasi dan suasananya, sebab ayat itu diturunkan dan bandingkan juga dengan ayat ayat yang lain; baharulah hukum dapat diputuskan.

Satu perkara lagi yang tiba tiba menjadi menarik bagi hamba kini ialah adanya kecenderungan biasa untuk membandingkan seorang pemimpin dengan pemimpin yang lain yang sesungguhnya tidak pernah hamba minati. Bagi hamba membandingkan seorang dengan seorang serupalah dengan membandingkan tembikai dengan labu atau ayam dengan itek. 


Mithalnya hamba adalah seorang pengkagum Tun Mahathir. Malahan hamba namakan beliau sebagai seorang avant guarde (lahir sebelum zamannya) yang dikatakan oleh ahli ahli falsafah yunani dan juga oleh para ulama Islam dahulu kala (pemimpin besar) sebagai lahir dalam sesuatu masyarakat yang besar sekali dalam 100 tahun. Tetapi hamba masih melihat kepada kesilapan dan kelemahannya (maaf tak akan sebut)

Bab ini hamba sentuh cuma untuk mengajak kita sama sama menoleh kembali melihat pola kejayaan pemimpin pemimpin kita semenjak zaman PM pertama sampai kini. Ramai juga sahabat sahabat kita suka melihat pola itu dalam bentuk kelok naik turunnya. Mula dari yang pertama sebagai asas yang menojah ketragedi berdarah 1969. Kedua menaik, ketiga menurun, keempat naik lagi tetapi menerjah ke tsunami politik 1999,  kelima menurun lagi (walau ada capaian keputusan PRU terbaik 2004 sebelum ia menurun). 

Sekarang ini adalah giliran DS Najib yang kalau dituruti aliran kelok itu adalah giliran menaik.  Menuruti kelok itu menyedarkan kita kepada dua musim menurun yang berlaku lantaran ketiadaan pelapis tersedia. Oleh itu barangkali finomina itu boleh memperingatkan kita untuk memfokoskan pelapis sebagai barisan pengganti untuk DS Najib. Pelapis ini juga kalau diperkasakan tentulah menjadi penyokong yang kuat pula untuk menambahkan potensi kecemerlangan DS Najib. 

Perkara ini boleh dilaksanakan secara berfokus kalau mampu kita bebatkan nilai kesetiaan tulin. Jangan lupa kepada ancaman daripada pelapis hampir yang terlalu kuat kalau nilai kesetiaan tidak dapat dijamin dan nilai gelojoh tidak dapat dibersih kikiskan. 

Walau apa pun hamba ingin mencadangkan kepada sahabat sahabat kenegaraan yang punya banyak kesempatan mengutip dan memproses maklumat supaya berkumpul duduk dalam kelompok kelompok untuk menggunakan maklumat terkumpul itu bagi menghasilkan lapuran dan cadangan bagi dibekalkan kepada pemimpin. Untuk tujuan itu izinkan hamba mengutip satu lagi komen daripada seorang sahabat lain yang ditekan rasa bimbang dan bertanyakan tentang persoalan ini.:

T/Kasih Che Leh. Saya amat tertarik dgn perenggan akhir ini:
"Semuga mereka yang pandai melihat awal awal ini tidak akan meninggalkan pemimpin pemimpin terkotang kateng tanpa lapuran dan makluman".

Saya setuju sangat ni. Keputusan yg terbaik hanya dapat di buat (oleh pemimpin yg bijak) jika ada maklumat yg tepat, dan menyeluruh. Menurut pendekatan sains sekalipun, segala faktor persekitaran haruslah di ambil kira dan di pastikan terlebih dahulu sebelum sesuatu kesimpulan dapat di buat. Begitu pun, masih ada perkara2 yg tidak dapat di pastikan. Maka timbullah istilah "ceteris paribus"...

Persoalannya, apakah ada ruang, saluran atau mekanisma utk laporan2/makluman2 ini dapat di sampaikan kepada pemimpin2, tanpa terpaksa melalui kerenah birokrasi yg pelbagai, atau ditapis/diolah terlebih dahulu bagi kepentingan pihak2 tertentu???

Yang saya lihat sekarang, kekangan sebegini memang banyak. Berlapis2 peringkat perlu di lalui sebelum sesuatu maklumat itu boleh sampai ke pemimpin. Akhirnya, maklumat itu akan menjadi salah satu yg berikut:

a) Tak sampai lansung (ni yg banyak nya jadi)

b) Sampai, tapi tak tepat kerana dah di tapis/olah

c) Sampai, tapi tak tepat kerana proses "evaporasi (pemelowapan?) semulajadi" (betapa mudahnya maklumat tercicir/terpesong melalui proses ini)

d) Sampai, tapi dah terlambat atau dah basi.

Kemudian, keadaan di burukkan pula dengan situasi sekarang dimana lambakan maklumat yg tidak tepat (atau memang 100% tidak betul) juga melampau2 banyaknya. Yang peliknya, maklumat yg sebegini mudah pula sampai ke pemimpin? (cuma harapnya dalam kes ini, teori ekonomi akan segera terpakai - terlalu banyak penawaran di pasaran akan menurunkan nilai sesuatu komoditi... hehehe).

Jadi... memang betullah sekarang ini era maklumat. Maklumat itulah yang menjamin ketepatan keputusan dan keberkesanan tindakan. Lalu bagaimanakah caranya kita dapat membantu agar pemimpin sentiasa mendapat maklumat yang tepat?

Reaksi hamba sendiri terhadap komen ini ialah:

....... mengusik hati hamba kerana hamba bersetuju penoh dengan keluhan kebimbangan mek itu. Ramai orang ada pengalaman begitu. Dalam masyarakat perniagaan yang selalunya lebih langsung (direct) dan tirus salurannya pun kejadian begitu berlaku.

Namun dalam gerakan membina negara kini hamba secara peribadi mendapati ada banyak kumpulan sudah muncul dalam bentuk kumpulan yang punya laluan langsung dengan (end point).

Barangkali kita boleh atau siapa sahaja boleh gunakan saluran begitu. Secara individu barangkali memanglah sukar kerana kalau cara begitu diizinkan bilangannya terlalu besar dan tentulah tidak akan terlayan.

Apa yang hendak disampaikan pun kenalah merupakan hasil dari kajian atau setidaknya penelitian. Apabila dalam kumpulan apalagi kalau kumpulan itu besar tentulah banyak kerja menjadi lebih mudah. Termasuklah kerja kajian sekali pun. Boleh bincang.

Bukannya senang nak cari kumpulan orang orang yang ikhlas yang nak buat kerja dengan ikhlas.

Nampaknya persoalan ini sudah terjawab dengan sendirinya dengan kutipan catatan sedia ada itu. Tinggal lagi membina kumpulan kumpulan itu sahaja yang menjadi masaalah. Namun hamba tetap percaya apabila ada gerakan yang ikhlas yang bukan mencari untung peribadi laluannya tetap dapat dibina. Kalau kita pun tidak sanggup bergerak dengan ikhlas tanpa tempahan untuk keuntungan peribadi itu; tidak layaklah kita untuk menyarankan pihak lain untuk membuat kerja dengan ikhlas itu.


Setelah kita ikhlas bernekad mahu menyumbang kita pun kena hayati dan amalkan satu lagi nilai murni, iaitu Rela dan redha. Perkara ini rasanya perlu dicatatkan kerana kita semua kena sedar bahawa banyak lagi pihak lain yang juga buat kerja yang sama. Setahu hamba kumpulan yang tetap sahaja pun berbelas bilangannya. Yang berbelas itu pun ada rangkaian keseluruh negara. Cuma jumpaan dan dapatan mereka tidak semestinya tepat lantaran hal hal yang tidak wajar menjadi perbincangan kita. 


Satu lagi kumpulan pengumpulan maklumat dan pemikir jalan jalan penyelesaian adalah plus plus darab plus plus. Apa lagi kadang kadang kumpulan sukarela yang bebas ini sebenarnya berbeza latar belakang serta pengalaman, (mungkin ada ahli proffesional pun) mungkin boleh terserempak dengan permasaalahan yang berlainan dan pandai pula melihat dengan cara yang berlainan. Maka ia tentulah menjadi plus plus darab plus plus. Siapa tidak hendak kalau ia percuma. Dan bagi kita itu adalah ibadat kita. Inshaallah.


Wallahhuaallam.

2 ulasan:

  1. salam
    pada saya, perkasakan UMNO, pemilihan calon menyusul kemudian. t/kasih.

    BalasPadam
  2. Puncanya dekat persidangan tu orang dok tekankan calun hendaklah mengikut kehendak bahagian. Kadang kadang bahagian pun tak ikut kehendak pengundi sebenar. Hamba usiklah sikit. Pah tu ada reaksi lah. Panjanglah sikit.

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.