Sabtu, 17 Oktober 2009

Harapan Pemimpin = Siapa Nak Buat


Buka blog ingat nak tulis sajak untuk Penyair Dari Gunung. Tiba tiba terbaca dulu beberapa catatan kawan kawan. Baca punya baca terbaca catatan Keris Putera. Menarik juga. Hamba pun sedutlah sebahagian daripada catatan itu untuk kita kongsi bersama dengan kawan kawan yang lain.



Petikan daripada catatan dalam Blog Keris Putera:

NAMUN DISEBALIK SEMUA ITU ADAKAH KETUA2 BAHAGIAN YANG MEMANG MENCARI MAKAN DIDALM UMNO AKAN BERSETUJU???ADAKAH KETUA2 PEMUDA YANG MEMPERJUANGKAN PERNIAGAAN BERBANDING MEMPERJUANGAKAN BANGSA AKAN MENG"IYA"KAN KEHENDAK NAJIB ITU??ADAKAH KETUA2 WANITA YANG HENDAKAN KESAMARATAAN DALAM UMNO AKAN MENYOKONG???
DAN ADAKAH KETUA2 PUTERI YANG BARU DILAHIRKAN TAK SAMPAI 15 TAHUN SUDAH PANDAI MEMINTA INI DAN ITU AKAN MAMPU TERUS MEMBUAT KERJA???
FIKIR-FIKIRKANLAH
RENUNG2KANLAH

DALAM PERSIDANGAN PEMUDA DALAM PERSIDANGAN WANITA
DALAM PERSIDANGAN PUTERI. SEMUANYA MENYENTUH SOAL PERUNTUKAN
SOAL DUIT,SOAL PROJEK,SOAL KERUSI DI GLC DAN MACAM2 LAGI....
ADAKAH ITU YANG RAKYAT MAHUKAN BILA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DIADAKAN???

Walau pun hamba tak kenal siapa dia penulis blog yang memakai nama Keris Putera itu hamba percaya penulis adalah seorang anak muda. Kalau seorang anak muda sudah pandai melihat dari perspektif rasa murni sebuah perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air ini hamba pun terfikirlah nak tanyakan orang UMNO pula. Sudah bersediakah UMNO membuka ruang kepada anak anak muda yang mempunyai idealisma sebegini untuk melapisi pimpinan supaya kemudia nanti mereka boleh mengambil alih kepimpinan UMNO? (Hamba percaya kita dah mempunyai stok yang ramai anak anak muda dengan sikap dan pandangan seperti Keris Putera itu.)   

Ataukah benteng berkubu untuk mereka itu tembus masuk masih terlalu kebal. Tak apa lah mereka pun bukan boleh masuk untuk bersaing diperingkat AJK Bahagian, kerana mereka kena duduk 3 tahun dulu diperingkat AJK Cawangan. Tapis lah dia. Atau kat cawangan lagi dah kena sekat? Maklumlah mereka ini orang profesional, ada kerja sendiri yang penting. 

3 tahun peluang untuk ditapis itu cukup baik untuk melihat komitmennya dengan semangat UMNO dan juga kebenaran suara mereka kini. Tun Musa Hitam dalam ucapannya diUiTM seperti dipetik akhbar dan beberapa laman blog bercerita mengenai pelajar yang anti rasuah semasa belajar tetapi bila memegang jawatan penting dah jadi pengamal rasuah pula. Itulah pentingnya tempoh ujian selama 3 tahun di peringkat cawangan itu.

MANA JANJI2 KHAIRY YANG KONONYA MAHU JADIKAN PEMUDA SEBAGAI PEMUDA YANG PENDESAK???KENAPA PULA USUL BANK PEMUDA DIDEBATKAN?? TIDAK CUKUPKAH LAGI DUIT YANG DISAPU OLEH PEMUDA2 DAN AHLI UMNO YANG LAIN???
JIKA WUJUD BANK PEMUDA LEBIH BAIK PERGERAKAN PEMUDA UMNO ITU DIKUBURKAN!!!TIADA MAKNANYA LAGI...

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MINGGU INI JUGA TELAH MEMECAHKAN ISI HATI SEBENAR WANITA UMNO!!! DIAKUI TANPA WANITA UMNO AKAN SAKIT TAPI BILA WANITA UMNO SUDAH MULA PANDAI MEMINTA ITU DAN INI ADAKAH INI DINAMAKAN TRANFORMASI YANG DIIGINKAN OLEH PRESIDEN?? WANITA DILIHAT CEMBURU PEMUDA YANG KAYA RAYA DAN MEREKA MAHUKAN MACAM2 TERMASUKLAH PEMBAHAGIAN KERUSI DALAM GLC.. DIMANA KEIHKLASAN WANITA DALAM MEMBANTU UMNO???ADAKAH SHARIZAT JALIL BAKAL MENGKOPORATKAN WANITA SELEPAS INI???

RENUNG2KANLAH
SELAMAT BERAMAL


Keris putera meletakkan noktah kepada catatannya itu dengan ucapan SELAMAT BERAMAL. Tidakkah kita ingin menguji dan melihat samaada generasi keris putera yang ada juga sanggul puteri bersamanya teruji di cawangan cawangan selama 3 tahun diseluruh negara ? 

Kita tengok sanggupkah mereka membuat kerja secara berterusan dengan masa tenaga dan tambang menambang sendiri. Kalau nak tengok kenalah beri ruang itu kepada mereka. 

1 ulasan:

  1. salam...

    Jika ini perjuangan UMNO maka Najib harus melihat kembali setiap inci kepimpinan Pemuda, Puteri & Wanita UMNO. Jika UMNO masih lagi tidak sedar diatas kesilapan dan kealpaan lalu maka tidak mustahil Parti UMNO akan terjadi seperti berlaku di Jepun. Diharapkan agar saf-saf kepimpinan UMNO melihat kembali setiap inci yang boleh diperjuangakan demi agama, bangsa & negara

    BalasPadam

Siapa pun berhak kata apa sahaja. Cuma hak itu sah selagi tanggong jawabnya masih ada. Maka siapa pun yang merasakan ikhlas bertanggong jawab, silakanlah catat apa sahaja. Semuga terbuka lorong pemikiran lebih jauh lagi bagi kita semua.